BAB 39

PINTU bilik adiknya yang terkuak sedikit itu dibukanya luas. Azam senyum sebaris melihat gelagat Nizam yang berjalan ulang alik dari kiri ke kanan, kanan ke kiri.

“Wei, kau ni dah kenapa? Buang tabiat?” Walhal sebenarnya dia tahu sebab musabab Nizam resah dan gelisah. Sebab Maisara. Hanya gadis itu yang bisa menjadikan seorang yang bernama Hairul Nizam tunggang terbalik.

Nizam nyata terkejut dengan kehadiran abangnya yang tidak di undang itu. “Bila masa kau masuk?” Dia terus melabuh duduk di atas katil. Azam turut duduk di sisinya. Dia geleng kepala kemudian ketawa perlahan.

Nizam angkat kening sebelah. “Sekarang ni siapa yang buang tabiat? Aku ke kau? Tetiba gelak tu apahal?”

Soalan Nizam di biar tak berjawab. “Ni bila kau nak declair dengan Maisara?” Pandangan Azam tepat memanah anak mata Nizam.

Nizam mengeluh keras. “Can we please drop the topic?

You care about her right?” aju Azam.

Senyap.

“Kalau kau nak tunggu dia bagi jawapan. Memang taklah!”

Diam lagi.

“Dia ada confess kat kau kan? At the beach?! Right?”

Nizam angkat muka. Macam mana along tahu? Segaris senyuman terukir. Betullah jugak Ria dengan along kan BFF sejati. Langsung tiada rahsia antara mereka. Ternyata! Sekilas di pandang alongnya itu sebelum terangguk perlahan.

Be a man. Takkan itu pun aku nak ajar. Kau lagi pakar dari aku kan kalau bab cintan cintun ni?!”

“Banyaklah pakar! Kau pun tahu kan?! Aku sama aje dengan kau bercinta pun tak pernah!”

Azam terkekeh ketawa. “Relax! Take a chill pill!”

“Kau dari mana along? Gembira semacam aku tengok!” Lain macam pulak aku tengok along malam ni? Nak kata dia ada teman wanita... Takkan secepat itu dia mencari pengganti?

“Aku baru balik dari berpacaran dengan Maisara!”

Hampir tersedak dia mendengar sebaris ayat dari Azam itu. “Kau keluar dengan Maisara?” perlahan dia bertanya.

Angguk. “Aku belanja dia makan kat restoran Itali. Pastu aku bawa Mai pergi jalan-jalan kat pantai. Aku juga ada bagi dia hadiah sempena anniversary of our friendship and then tengok matahari terbenam.”

Nizam diam tak berkutik. Kata-kata Azam hampir tak dapat di cernanya. Berbisa dada di rasa. Bagaikan di tusuk. Sungguh dia tak memahami apa niat Azam sebenarnya. Sengaja tarik diri. Selepas tu boleh pulak dia main cinta dengan Maisara?

Bibir Azam tersungging senyum kecil. Luar dalam adiknya ini mudah di tebak. Jentik sedikit sahaja. Berubah terus muka dia tu. Senyap sepi tanpa sebarang suara.

“Kalau dengan aku pun kau nak cemburu... itu dah tahap bahaya tu. Kau pun tahu kan, aku lebih sayangkan kau dari Maisara?! So no need to worry bout me... yang patut kau risaukan si Alex tu. Bila-bila masa aku rasa dia akan hantar rombongan meminang, kalau kau tak buka langkah pikat Maisara?!”

Nizam menggetap bibir. Otaknya ligat menyusun ayat yang sesuai. “If that the case... boleh tak aku mintak tolong dengan kau?” Sebolehnya... semahunya... dan bermacam jenis se... lagi, dia kalau boleh memang tidak mahu bergantung harap pada alongnya tetapi hanya Azam Hairilah yang betul-betul mengenali sikap Maisara. Dan untuk memenangi hati Maisara, bantuan along itu tersangatlah perlu untuknya.

Azam mengulum senyum. Tertahan di hujung bibir. Sekilas ikan di kali, dia boleh baca apa yang tersirat di fikiran kembarnya ini. Rupanya sebab inilah dia jalan ulang alik macam tak cukup tanah tadi?

Along I owe you big time. Aku bersyukur sangat ada abang macam kau. Sanggup undur diri untuk aku. But then... it’s just you I can turn too. Boleh tak kau kongsi dengan aku apa yang Ria suka. The things that she adores... How to tackle her heart? Or anything between that? Pretty please?!” suaranya lembut perlahan sahaja memecah sunyi.

Azam menyilangkan tangan. Riak wajahnya tegas. Nizam terus gugup. Wajahnya tertunduk ke bawah. Azam masih dengan reaksi beku yang di buat-buatnya. Inilah masanya pun nak mendera Nizam kan? Selalunya asyik aku yang kena sakat kan?

Matanya mencerun tajam. “Kalau aku cakap aku tak nak tolong?”

Nizam tersenyum tawar. Aku dah agak dah. Mestilah jawapannya tak kan?It’s hard for you right? It’s okay. I’ll find another way!

Dey, bro! No need to find awaylah. You just need to speak out the truth. Just that. Nothing more. Most importantly, be honest. Show her, that you truly love her!”

That’s the biggest problem! Aku tak tau nak buat macam mana.” Keluhnya.

Azam menggosok dagu. “Hmm... kalau macam tu... Aku boleh kongsi dengan kau satu perkara aje. Maisara tu... kau pun tahu kan dia gadis yang naif tapi bukan beerti dia lurus?! She’s full of suprised and colour right? Misteri pun iya! Kan?”

Nizam angguk. Kenal Maisara yang sekarang berbanding masa memula kenal dulu memang berbeza. Nampak macam pemalu, sopan-santun, ala-ala perempuan Melayu terakhir, alih-alih gadis ini lepak tahap tak ingat, kasar pun iya tapi bertempatlah. Kata-katanya pula kadang tu berbisa menusuk ke kalbu. Tapi dia ada satu kelemahan, kalut tak ingat dunia. Nizam senyum sendiri.

Azam menepuk perlahan bahu Nizam. “Cara kau nak tackle dia mestilah lain dari yang lain. Something special but keep it simple and nice. She loves it that way.”

Thanks, along! I mean... for everything! You are...”

Potong Azam.“The best brother in this whole wide world right?” Dia tersengih lebar.

Nizam senyum sebaris. “Yes! You are!” And I’m thankful for that.

Previous: BAB 38
Next: BAB 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.