BAB 17

MESEJ yang di terima daripada Nizam membawanya ke sini. Restoran ini, dekorasinya tampak ringkas tetapi tetap kelihatan mewah. Seketika, dia kagum dengan citarasa pemilik restoran yang bijak menata hias.

“Nizam, kenapa tiba-tiba ajak aku datang sini?” tanya Maisara sebaik sahaja duduk.

“Hmm... saja nak belanja kau makan. Kenapa tak boleh?”

“Saja kau kata? Aku baru sampai rumah tak sampai setengah jam. Kau pula terus hantar mesej, kononnya ada hal penting nak jumpa aku. Kenapa tadi waktu kat pejabat tak cakap terus dengan aku?” Maisara mula naik angin. Tangan di silangkan. Matanya tajam merenung Nizam.

“Okey, aku mengaku memang ada hal penting. Tapi... bukan aku yang nak jumpa kau.”

Maisara terdiam. Belum sempat mulutnya ingin bertanya. Wajah Azam menyapa pandangan. Maisara pandang Azam dan Nizam silih berganti. “Azam, awak buat apa kat sini?”

Pertanyaaan Maisara di balas dengan senyuman. Azam kemudian mengambil tempat di sebelah Nizam. “Saya datang nak makanlah!” jawabnya selamba.

Maisara menyedari sesuatu. Azam berkerusi roda. “Azam, kenapa dengan awak? Nizam cakap kecederaan awak tak serius!”

Azam dan Nizam saling berpandangan. Nizam bangun. “Aku tinggalkan kau dengan along. Aku nak ke tandas sekejap.”

Maisara ingin memotong percakapan Nizam akan tetapi Nizam mempercepatkan langkah kakinya.

Hampir beberapa minit, suasana masih di huni sepi. Maisara leka mengunyah makanan. Azam pula matanya masih tidak lekang dari memandang seraut wajah yang di rinduinya itu. Sesekali dia tersenyum. Maisara masih seperti dahulu. Kuat makan sehingga tidak peduli orang di sekelilingnya.

Kalaulah dari awal dia dapat mengecam Maisara, tentunya perkara ini tidak menjadi serumit ini. Menatap dan berhadapan dengan Maisara lidahnya kaku bagai di gam. Segala kata-kata yang di atur hilang entah ke mana. Sungguh dia kaget. Apakah reaksi Maisara nanti?

Sekalipun dia mengamuk, Azam akur, itu memang wajar. Siapa yang suka dirinya di permainkan dan di perbodohkan. Atas kesedaran itu, Azam ingin memperbetulkan khilaf semalam. Tetapi masih adakah peluang itu untuk dirinya?

“Azam, makanan awak langsung tak terusik. Awak tak ada selera ke?” teguran Maisara mematikan terus lamunan Azam.

Azam tersengih. “Tak adalah.” jawabnya sambil terus mencapai sudu dan menyuap makanan ke dalam mulut.

“Azam, maaflah saya nak tanya sikit. Kaki awak...” Ayat Maisara terhenti di situ. Terdiam seketika.

Azam senyum. “Kaki saya lumpuh. Kelumpuhan yang sementara, masih boleh di rawat dengan menggunakan fisioterapi.” beritahunya penuh tenang.

Maisara terangguk mengerti. “Oh begitu. Baguslah. Saya doakan awak cepat sembuh.By the way, saya nampak awak amat tenang dan bersahaja. Bukan semua orang boleh menerima dengan hati terbuka macam awak. Ada sesetengah pesakit menolak untuk menjalani rawatan. Cepat sangat putus harapan. Sedangkan peluang itu ada.”

Azam angguk mendokong pendapat Maisara. “And thanks for the compliment too.”

Maisara senyum nipis. “Most welcome!” Dia mengerling jam di tangan. “Lamanya Nizam pergi tandas. Sakit perut sangat ke?” gumam Maisara perlahan. Matanya meninjau ke belakang restoran.

“Awak rasa kekok duduk dengan saya? Rasa tak selesa?” tanya Azam.

Maisara menggelengkan kepala. “Tak adalah. Mana ada. Awak sahaja yang rasa macam tu. Lagipun ini bukan kali pertama kita berjumpa. Buat apa pula saya nak rasa kekok.”

Azam terdiam. Betul juga. Tetiba dia terperasan sesuatu yang menyinar di leher Maisara. Loket itu? Maisara pakai loket itu? Loket yang mereka menangi ketika di resort. Seketika pandangannya singgah pula pada gelang di pergelangan tangan Maisara. Dia tersenyum pahit. Tekaan pada pertama kali bertemu memang tak salah cuma dia yang terlambat mengecam.

Selang beberapa minit, Maisara menerima mesej ringkas daripada Nizam yang berbunyi:

Maaf. Aku ada hal. Terserempak dengan client.

Gotta go. Please take care my brother. Bye!

Maisara tak terkata apa. Dia segera mencari kelibat Nizam. Maisara tersenyum kelat. Nizam hilang tanpa di kesan. Apa agenda yang sebenarnya ni?

“Nizam is gone. Dia suruh saya jaga awak.”

Azam mula menggelabah. “Hah?” Nizam...sampai hati kau tinggalkan aku sorang-sorang? Tadi cakap bukan main nak sokong aku. Celaka punya adik.

Maisara menongkat dagu. “Saya rasa macam peliklah. Nizam hantar mesej suruh saya datang sini. Kemudian dia cakap pula yang bukan dia yang nak jumpa saya.And now he missing in action. Kalau bukan dia... awaklah kan? Dan kenapa awak nak jumpa saya?This is not some kind of blind date right? Tak mungkinlah kan?” Maisara ketawa sendiri dengan kesimpulan yang di buatnya itu.

Azam turut ketawa bagi menghilangkan rasa gemuruhnya. Mungkin sahaja Nizam melarikan diri bagi memberinya ruang dan peluang agar lebih selesa. Dia berterima kasih untuk itu. Tapi ini bukan perkara mudah. Ya Tuhan,help me out.

“Saya kebetulan lalu sini lepas balik dari hospital. Kemudian Nizam ajak saya datang sini. Jadi, saya pun datanglah. Tak sangka pula dia ajak awak sekali.” terang Azam sedikit berbohong. Bohong sunatlah kononnya.

Maisara tak bertanya banyak. Dia menerima dan mempercayai bulat-bulat kenyataan Azam. Langsung tidak timbul rasa syakwasangka. Azam menarik nafas lega, namun ingin di ketuk kepalanya sendiri kerana tidak berani menyatakan kebenaran. Semalam bukan main dia bersungguh ingin berterus terang tetapi sekarang janji itu entah ke mana.

Malam itu berlalu begitu sahaja, selepas Azam menghantar Maisara pulang ke rumah, rahsia masih kekal rahsia. Azam tiada kekuatan untuk meluahkan perkara sebenar kepada Maisara. Dia teramat takut akan reaksi Maisara. Dia juga tak sanggup berhadapan dengan amarah Maisara. Akhirnya terpaksalah di rayu pada Nizam agar menyamar untuk satu tempoh masa lagi.

DIA melabuhkan punggung di atas katil. Tas tangan di lempar perlahan ke atas katil. Badan di- sandarkan ke kepala katil. Keliru. Sungguh aku keliru. Antara realiti dan fantasi. Apa yang sebenarnya berlaku ni? Aku gembira dapat jumpa Mamat. Tapi mengapa macam ada yang kurang? Bila di tanya dan di soal kisah silam, Nizam macam nak mengelak.

Kebanyakan masa aku yang banyak bertanya berkenaan diri dia. Dia pula macam tak nak ambil peduli hal aku. Acuh tak acuh. Tadi pun dia macam nak mengelak. Satu hal lagi, kenapa dia tak beritahu aku Azam lumpuh? Azam pula gerak gerinya macam pelik.

Maisara pejam mata. Album gambar yang terletak elok di atas meja sebelah katil di ambilnya. Satu persatu gambar lama dibeleknya. Tangannya berhenti menyelak, matanya menangkap sesuatu pada gambar lama dia dan Mamat. Ini...?Biar betul? Betulkah apa yang aku nampak ni? Tahi lalat di bawah dagu? Nizam? Rasanya dia tak ada kan?Tak...tak mungkin! Dan kalau ini benda betul...apa alasannya? Azam?!! Kakinya lumpuh kan? Ya Tuhan benarkah tekaan aku ini?

Maisara geleng kepala. Sebolehnya dia mahu menidakkan, tapi... suratan takdir tiada siapa yang boleh mengubahnya.

MATA Azam tepat merenung ke bawah. Tak sanggup berhadapan dengan sahabat-sahabatnya. Mereka berlima menggeleng kepala. Lain yang di rancang lain yang jadi.

Nizam yang duduk di kerusi panjang tidak terkata apa. Matanya tajam memandang Azam sebelum berkata, “Apa yang kau fikirkan ni long? Kenapalah kau sia-siakan peluang yang terbentang?” nada suaranya berbaur kecewa.

Azam mengeluh kecil. Dia tahu dia salah. Peluang yang ada terbuang begitu sahaja. Segalanya sia-sia. Entah mengapa sukar sungguh untuk dia memberitahu Maisara kenyataan itu. Lidahnya kelu. Tergam. Tidak aku sebenarnya pengecut. Aku terlalu pentingkan diri. Aku tak sanggup mendengar amarah Maisara. Aku teruk, aku sahabat yang teruk.

Kakinya yang lumpuh itu di pandang sepi. Air mata lelakinya jatuh. “Aku takut dia bencikan aku. Aku tahu aku salah. Aku yang mulakan dan aku harus hentikan. Aku tahu itu. Tapi...aku tak rasa sekarang masa yang sesuai.”

Nizam tersenyum sinis. “Bila masa yang sesuai? Lepas kaki kau sembuh? Along kau memang ego. Kau tahu tak yang nak menyamar jadi kau tu aku? Tahu tak susah untuk aku jadi kau. Berpura-pura di depan Riana, aku tak sanggup long.” Bertambah payah kerana aku cintakan dia, long. Nizam menggetap bibir. Semua ini akan lebih melemahkan benteng hatinya kalau Azam memintanya meneruskan penyamaran ini.

Kim berjalan menghampiri Azam. “Mamat, benda ni tak susah pun. Kau hanya perlu perbetulkan kesilapan kau. Berterus terang dengan Maisara. Korang dah kenal lama. Aku yakin dia pasti faham, tambah pula bila dia lihat keadaan kaki kau.”

“Benda yang senang jangan di rumitkan. Be a man. Esok kau jumpa dia semula. Boleh?” Seungjae menyampuk mengutarakan pendapatnya. Mereka yang lain terangguk bersetuju.

Azam diam. Hatinya kacau. Jiwanya kacau. Segalanya kacau. Maisara.... Dia ingin menjaga perasaan Maisara. Dia tak mahu gadis itu terluka kerananya. Azam tersenyum pudar. Sebenarnya tanpa di sedari dia telah pun melukai gadis itu. Gadis yang amat di cintainya. Di ikutkan rasa, malam semalam ingin dikatakan, diluahkan segalanya, dialah Mamat. Namun, bila melihatkan Maisara seperti kurang selesa dengannya, dia terfikir sendiri. Adakah Maisara lebih suka jika Nizam itu Mamat berbanding dirinya?

Bila bersama Nizam, Maisara tampak bersahaja dan ramahnya pun berlainan sama sekali. Sungguh dia cemburu dengan layanan mesra Maisara terhadap Nizam. Sedikit sebanyak timbul rasa iri hati. Suara hati pula mengingatkan diri bagaimana sekiranya Maisara jatuh cinta pada Nizam? Azam mnggelengkan kepala. Tak mungkin. Maisara tak akan khianati janji kami. Nizam juga tak akan menikam aku. Kepala digelengkan lagi bagi menidakkan perasaan hati.

Hyun mula pelik melihat Azam yang asyik tergeleng kepala sejak dari tadi. Dia langsung menegur, “Neo gwaenchana? ( Kau okey?)”

“Ne.(Ya!)” Jawabnya sepatah.

“Along, kalau beginilah caranya, biar aku yang cakap.” Putus Nizam tiba-tiba.

Azam mula kalut. Kerusi roda di gerakkan ke arah Nizam. “No!” bantahnya keras. “Kau tolong menyamar jadi aku untuk satu tempoh lagi.”

“Along, apa ni? Kau cakap tak serupa bikinlah. Kelmarin bukan main beriya dan sekarang?” Nizam mula naik angin. Sangkanya bolehlah dia melarikan diri dari semua ini, tapi hampeh. Along terlalu pengecut, yang jadi mangsanya aku!

“Nizam, untuk ke-dua kalinya aku pinta kau tolong aku. Aku janji akan beritahu Maisara bila masanya sesuai.” Pintanya lembut penuh mengharap.

Nizam terangguk lemah. Sepertinya dia tiada pilihan lain. “Janji dengan aku, ini yang terakhir!”

Azam tersenyum pudar. “Aku janji!”

Kim, Seungjae dan Hyun hanya mampu menggeleng kepala. Nyata kurang bersetuju dengan pendirian Azam. Jun dan Jang yang dari tadi sekadar memerhati dan mendengar, mengeluh kecil. Turut membangkang keputusan gila Azam dan Nizam.

Nizam tersenyum tawar. Kau tunggu dan lihat, along. Aku akan kembalikan Maisara pada kau. Aku janji.Tekadnya dalam diam.

Previous: BAB 16
Next: BAB 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.