BAB 38

ANGIN pantai yang berhembus lembut menghadiahkan suasana yang tenang pada petang yang panas terik. Bibirnya mengukir senyum. Penuh bahagia. Usai makan di restoran Itali tadi, terus dia memecut ke sini. Wajah Maisara yang penuh tanda tanya tidak di endahkan.

Hari ini hari bersejarah. Hari ulangtahun persahabatan mereka. Dan dia ingin meluangkan masa bersama Maisara di hari istimewa ini. “Kau ingat tak hari ni hari apa?” tanya Azam sebaik mereka melabuh duduk.

Maisara menjawab malas. “Hari Isninlah! Kenapa?”

Dia bertanya lembut. “Maksud aku, kau sedar tak pada tarikh ni, hari ni hampir 20 tahun lebih kita kenal!?”

Maisara terdiam. “Kau kira kita punya history of friendship??” Sungguh dia terharu. Azam sememangnya menghargai persahabatan mereka. Sejak dulu hingga sekarang. Dia sentiasa di sisi. Susah atau senang. Walau terpisah oleh jarak dan masa, itu tak pernah sekalipun merenggangkan tali persahabatan antara dia dan Azam. Segalanya tak mampu di ungkapkan dengan kata-kata.

“Tentulah. Kita kenal dari tadika lagi kan? Lama tu tak ke?”

Maisara tersenyum lebar. “Ya. Memang agak lamalah!”

“Sebab tu aku ajak kau keluar hari ni.”

“Bukan sebab nak minta maaf?”

“Kau masih marahkan aku sebab tak datang lawat ibu kau ke?”

“Tak juga. Aku tahu kau sibuk. Tapi tak tahu kenapa aku rasa kau macam nak jauhkan diri dari aku aje.”

“Maksud kau?”

You know why right?

“Kau risaukan aku ke?”

Angguk. “Yalah siapa yang tak risau. Kau cakap kau dah boleh terima aku sukakan adik kau. But then, tetiba kau menghilang macam tu je. Sibuk dengan kerja. Langsung tak balik jenguk ibu ayah kau kat rumah. Selalunya mana pernah kau berperangai macam ni.” Tempelaknya dalam satu nafas.

Azam tersenyum pahit. “I need time. It’s ain’t no easy for me.” Tuturnya perlahan separuh berbisik.

Masa bagaikan berhenti berputar. Berdesing terasa telinganya mendengar patah kata daripada Azam itu. “Mamat...”

But I’m all okay now! Really!” Di paksakan senyuman walaupun payah.

Maisara menala pandangan ke arah ombak yang membadai pantai. “Mamat, honestly, you don’t look that way.” Sekilas dia menoleh ke arah Azam. “And... I’m sorry for that!” bisiknya perlahan.

Ain’t no killing. Time will heal it all!”

Sunyi bertamu. Masing-masing tenggelam dalam perasaan.

Suara Azam lembut membelah hening. “Aku nak kau janji dengan aku, be happy always. And one more thing... sometimes it is good for being selfish, okay? Remember that!

Wajah sahabatnya itu di tentang. Sebak menyelubungi rasa. Aku janji Mamat.

Happy 20th anniversary... this is my gift for you. My way, to show that I love you, Mai! Kau tahu kan aku selalu ada untuk kau?! Kalau adik aku tu buat apa-apa kat kau... you can turn to me anytime.

Maisara gigit bibir bawah. “Nothing can replace you,Mamat. You are one of a kind!”

Here...” Azam mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya. “Another gift for you...

Maisara membuka dengan cermat bungkusan hadiah itu. “Jam pasir?”

Azam angguk. “Selama 10 tahun, no to be corect almost11 tahun kita terpisah... dan jam pasir ni sebagai simbolik. For all the times that we miss together. We can rebuild it again to another new journey!”

Maisara tergelak perlahan, tubir matanya bergenang. “Azam Hairi kau dah bunyi macam penyajaklah pulak. Patutnya kau ni jadi ahli sastera, bukannya pemuzik.”

Azam mencebik. “Mai, aku serius ni. Kau main-main pulak.”

“Aku tahu. And I got your point!” Matahari yang semakin condong ke barat menyimbah cahaya merah keunguan, menambah warna bahagia pada sang hati. “Thanks a lot!” ujar Maisara seikhlas hati. “For this gift. For all the time that we shared together.”

Same here.”

Mungkin ada yang mengatakan dia pelik dan agak bodoh melepaskan gadis yang di cintai selama 11 tahun, namun ini caranya. Mencintai tak semestinya bersatu. Cinta yang sejati adalah apabila kita dengan senang hatinya mendoakan kebahagiaan insan yang kita cintai.

Ewah, Azam. Bermadah pula kau ya. Sejak bila kau jadi mat jiwang ni. Well, mungkin sejak aku sedar yang cinta itu lebih indah jika kita memberi tanpa mengharapkan apa-apa kerna itu adalah cinta yang sebenar. Tulus dari hati.

Previous: BAB 37
Next: BAB 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.