BAB 33

SATU antara enam jambangan bunga atas meja di beleknya. Pening kepala pulak rasanya. Sejak kejadian ala-ala sesi luahan hati di restoran beberapa hari yang lepas, Alex sepertinya tak berputus asa. Dia kelihatannya bersungguh mahu memikat Maisara.

Alex ni tak reti nak berhenti ke? Masuk minggu ni dah 6 kali dia hantar bunga. Nizam ni pulak dari tadi asyik ulang alik jalan depan meja aku. Apahal?

“En. Nizam awak ni dah kenapa? Ada apa-apa nak cakap dengan saya ke?”

Nizam membrek laju. Dia tersengih kerang. “Yang sebenarnya aku nak ajak kau teman aku pergi tengok wayang!” beritahunya dalam satu nafas.

Maisara kelip mata dua kali. Rifa dan Zana terus berpaling lipat maut. Hari ini dalam sejarah! Nizam ajak Maisara keluar??

“Kau demam ke apa ni?” soalnya penuh musykil.

Dia menggeleng laju, sekeping tiket di letak elok atas meja Maisara. “Jumpa kau tengah hari esok, okey?” Nizam terus menonong pergi. Rifa dan Zana datang mendekati Maisara.“Wei, kenapa dengan kawan baik kau tu?” tanya Rifa.

Maisara angkat bahu. “Dia dah gila kot?”

Sambut Zana dengan selamba badaknya, “Gilakan kaulah!!”

Rifa terus gelak sakan. Maisara pula merah padam terus mukanya.

TERBUNTANG mata Maisara. Nasib baik tak terjojol keluar. Mati-mati dia ingat mereka hanya keluar berdua. Rupanya Azam dengan Raina pun dia angkut sekali. Punyalah dia berdolak dalih tak nak datang tadi. Alih-alih buang karan aje dia risau tak tentu hala. Raina pun satu. Boleh dia buat buta kayu macam tak ada-apa. Tak guna punya adik.

Maisara menjeling tajam ke arah Raina sebelum beralih pula ke arah Nizam. Azam cepat membaca suasana. Dia tersengih kerang. “Jomlah masuk dalam, semua dah datang kan?” ajaknya. Mereka berempat terus melangkah masuk ke dalam pawagam.

Usai menonton wayang, mereka singgah menjamu selera di restoran yang menjual makanan Korea. Sebabnya dah lama Azam dengan Nizam tak makan makanan Korea. Mulanya Raina membantah, sebab dia tak pandai makan makanan Korea. Tapi Azam berjaya memujuknya. Sebaik kimchi masuk ke dalam mulutnya, Raina terus makan tak berhenti. Ketawa sakan mereka bertiga dengan telatahnya.

“Orang tu tadi. Punyalah berkeras tak nak masuk sini. Tengoklah sekarang, makan sampai tak dengar suara langsung!” perli Nizam.

“Diamlah kau!!” Dia menolak kuat bahu Nizam. Nasib baik Nizam tak terjatuh dari duduknya.

“Mai, kau ajar sikit adik kau ni, tatasusila ketika makan. Ganas sangat!! Nasib adik aku tak jatuh tau!” Azam membeliakkan mata pura-pura marah.

“Diamlah kau, Mr.Busybody. Ada aku kacau kau? Tak kan?”

“Memanglah tak. Tapi kau tu brutal sangat. Sebab itulah tak ada lelaki yang nak dekat dengan kau!! Minah brutal!!”

“Apa masalahnya dengan kau? Sapa kata tak ada orang nak dengan aku? Berlambaklah. Aku aje yang tak layan tau!”

“Tak layan ke jual mahal? Bajet macam dia tu cantik sangatlah!”

“Mulut kau memang nak kena cili aku rasa.”

Nizam dengan Maisara dah berbalas pandangan. Nampak gayanya tiada tanda-tanda yang dorang ni akan berhenti. Maisara pun pelik sebenarnya. Azam kalau jumpa Raina memang akan bertekak tak sudah. Sejak dulu lagi, sampailah sekarang, langsung tak berubah. Kalau bukan Raina yang mulakan. Azam yang akan mulakan.

“Korang!! Enough!!” tempik Nizam dengan Maisara serentak.

Raina yang dah pegang cili merah kaku tak bergerak. Azam yang nak mencalitkan sos ke muka Raina turut statik.

“Macam budak-budaklah korang ni! Semua mata asyik tengok sini aje dari tadi tau!” bisik Maisara perlahan.

Nizam ketawa perlahan. Tak pernah pula dia lihat sisi alongnya yang macam ni.

Azam dan Raina membetulkan posisi duduk mereka. Makanan terus di jamah macam tiada apa-apa yang berlaku. Sekali lagi, Nizam tertawa perlahan bergabung dengan tawa Maisara.

KELUAR dari restoran, mereka berpecah. Raina katanya nak cari kasut baru untuk akitivi mendaki gunungnya. Jadi, Nizam dengan Raina menghilang ke dalam kedai sukan. Dia dengan Azam pula hampir lima minit berada dalam kedai emas ni. Otaknya mula menerawang fikir yang bukan-bukan. Nak bertanya macam tak kena gaya pula rasanya.

Mungkin dia nak beli kat Mak Cik Husna kot? Tapi hari lahir Mak Cik Husna 2 bulan yang lepas. Sudahnya dia mengunci mulut. Matanya sahaja yang ralit memerhati Azam menunjukkan bentuk cincin yang itu, yang begini kepada jurujual wanita itu.

“Kau cuba pakai yang ini, muat tak?”

Keningnya bertaut. “Huh?”

“Cuba ajelah. Tak salah kan?” pintanya lembut sambil menyuakan sebentuk cincin kepada Maisara.

Dia pandang Azam tajam. Dia nak melamar aku ke apa ni? “Memanglah tak salah. Tapi aku rasa pelik. Kenapa kau ajak aku masuk sini?”

“Nak beli cincin kat kaulah.”

Maisara ketawa bisu. “Pandainya kau buat lawak kan? Dahlah, jom keluar.”

“Siapa kata aku buat lawak?” nadanya penuh serius.

Pucat terus muka Maisara. Kecut perutnya tiba-tiba. Azam tersenyum dalam diam. “Kita kawan dah lama kan?”

Maisara angguk, “Memanglah. Tapi selama ni...”

“Aku diam? Langsung tak pernah sentuh soal hati? Macam tu?”

Angguk lagi.

“Sebab aku nak kau faham aku yang sekarang ni, bukan yang dulu. Yes, that was me, but this is me now! Same but not the same old Mamat.”

Tiada respon dari Maisara. Dia masih termanggu. Tertunduk memandang lantai. Sejuta tanda tanya berlayar di minda.

Azam memecah sunyi, “Will you marry me?” bisiknya.

Terangkat terus muka Maisara. Wajah Azam di tenung lama. “Are you kidding me?”

Azam geleng. “Nope! I am serious!!

Maisara bagaikan terdengar-dengar guruh berdentum. Kata-kata Azam umpama kilat yang menyambar diri. Dia terpaku tak bergerak.

Azam dengan selamba, menyarungkan cincin ke jari manisnya. “Okey. Cantik. Kita ambil yang inilah. Kakak, kami ambil yang ini.” putus Azam tanpa memandang wajah Maisara.

Maisara terus tenggelam dalam tanda tanya. Dia tengok Azam. Azam balas dengan senyuman.

“Seminggu lagi, aku akan hantar keluarga aku ke rumah kau. Bincang apa yang patut, okey?” Riak wajah Azam langsung tak menampakkan tanda-tanda dia bergurau. Dia serius, sangat serius.

Maisara tak mengangguk, bersuara pun tidak. Yang pasti saat ini, dia rasa berdebar. Bukan kerana malu-malu kucing seperti kebiasaan gadis yang sedang di lamar, tapi entahlah dia sendiri tak pasti. Gemuruh di jiwanya semakin memuncak. Ya Tuhan, apakah ini mimpi?

SEKEJAP ke kiri, sekejap ke kanan. Maisara asyik ulang alik berjalan dari tadi. Bola mata Raina bagai nak terjuling keluar. Hampir sepuluh minit Maisara begitu. Nampaknya macam ada masalah. Macam penting aje masalah dia tu. Kalau tak dia takkan nampak gelabah tak tentu hala sebegini rupa.

Raina memeluk tubuh. Apa yang tak kena dengan kakak kembar aku ni? Dia suruh aku masuk bilik dia, katanya ada benda nak cakap. Sepatah haram dia tak bersuara dari tadi.

Jarum jam di tangan, tepat menunjukkan pukul 12 tengah malam. Pulang dari menonton wayang lewat petang tadi, wajah Maisara di lihatnya dah lain macam. Seperti ada yang tak kena. Tebaknya mungkin ada kaitan dengan Azam. Sebab lepas makan-makan kat restoran tu, mereka berpecah. Dia pergi dengan Nizam. Maisara dengan Azam.

Dia terangguk pasti. “Benda yang kau nak cakap ni ada kaitan dengan Mamat ke?”

Maisara mematung. Dia menoleh ke arah Raina yang bertenggek elok di birai katilnya. “Err... tak. Tak adalah!”

“Kau nak sembunyi dari siapa ni? Muka kau tu nampak sangat ada masalah. Masalah yang tersangatlah besar kan?”

Senyumnya nipis sahaja. Tawar. Dia melabuh duduk di sebelah Raina. “Mamat ajak aku kahwin.”

Raina berdiri tegak. “Apa???!!!”

Maisara melangut merenung Raina. “Yang kau terkejut sangat ni kenapa?”

Raina tersengih. “Err... eh? Taklah. Rasa macam tak... betul aje! Bila wei? Bila dia lamar kau?” soalnya penuh teruja. Gila. Azam memang gila. Penuh dengan kejutan. Ini memang sesuatu yang tak terduga langsung.

Maisara tertunduk lemah. “Kat kedai emas petang tadi. Dia suruh aku pilih cincin. Selamba aje dia ajak aku kahwin. Aku ingat dia bergurau. Tapi serius gila muka dia. Seram pulak aku rasa. Tambah menyeramkan lagi, bila dia cakap nak hantar famili dia datang rumah minggu depan!!”

Raina gelak. “Memang gila. Mamat tu nampak aje macam slow. Lurus. Tapi pergh...,” Ketawanya makin kuat. “Memang sempoilah, bakal abang ipar aku ni kan?”

“Raina... kau ganti aku boleh?”

Mulutnya ternganga luas. Dia letak tapak tangan atas dahi Maisara. “Kau demam ke apa ni? Ganti kau? Kau ingat Mamat tu buta ke apa? Tak tahu nak beza yang mana satu kau, yang mana satu aku. Dah. Jangan nak mengarut. Kau patutnya melompat kegembiraan tau. Sebab... selama ni bukan kau tunggu Mamat ke?”

Raina tersenyum sinis. Bukannya dia tidak tahu siapa pemilik hati Maisara. Sangat jelas. Perasaan Maisara sangat mudah di tebak. Hanya Maisara yang ego nak mengakui. Takut dengan bayang-bayang sendiri.

Maisara senyum. Sangat nipis. Mamat. Nama itu meniti di bibir. Mamat cinta pertamanya. “Kalau benda ni jadi tahun lepas mungkin aku... “ Ayatnya terhenti di situ.

Raina menyentuh perlahan tangan Maisara sebelum menggengamnya erat, memberi kekuatan. “Tapi takdirNya menetapkan ianya terjadi hari ni. Semua yang berlaku ada hikmahNya. Mungkin Allah mahu kau tanya sama hati. Siapa yang kau suka? Siapa yang kau cinta? Aku rasa, kau dah tahu jawapannya kan?”

Angguk. “Ya. Hati aku dah pilih dia. Aku sahaja yang tak sedar. Sekuat mana aku cuba lari. Cuba tipu diri sendiri. Semakin aku rasa payah. Mulanya, perasaan tu memang mengelirukan aku. Namun, bila aku menghadapNya. Aku solat sunat istikharah. Sujud padaNya. Berdoa padaNya. Mengadu kat Dia. Segalanya kembali jernih,”

“Kak Mai, aku rasa kau patut terus terang dengan Mamat. And then, barulah kau akan jumpa penamat yang bahagia.” cadang Raina.

“Kebahagiaan tu, terletak pada akal kita. Kalau kita fikir bahagia, maka bahagialah.”

“Nak berfalsafah pula. Kita serius dia main-main.”

Maisara tertawa perlahan. Hambar. “Mamat kawan baik aku. Nizam pun. Kalau boleh aku tak nak lukakan hati mereka. Tapi apa pilihan yang aku ada?”

“Alex! Alex kan sukakan kau?”

“Alex tu? Dia tu, banyak sangat mainnya. Kaki perempuan. Rambang mata. Setakat nak di jadikan kawan bergelak ketawa, itu boleh. Jadi suami? Nak kena tunggu, dia matang dulu. Buang tabiat playboy dia tu. Then, mungkin aku akan pertimbangkan!”

Raina ketawa geli hati. “Fuyoo... anti gila kau dengan dia eh?”

“Mahunya tak. Kau tak ingat zaman uni dulu? Dia macam stalker kot. Mana aku pergi mesti nampak dia,”

“Ingat. Sampai ke rumah dia datang cari kau kan? Tambah menyerabutkan kepala, kebetulan mak Alex tu kawan ibu. Aku ingat bila dia pi Jepun, dia jumpa awek kat sana, tak kacau dah. Balik sini, dia cari kau juga.” Raina tergeleng kepala.

Untuk seketika. Sepi mengambil alih.

“Apa yang istimewanya orang dalam hati kau tu?”

“Entahlah. Aku pun tak tau. Mungkin sebab senyuman dia? Karakter dia? Pengetahuan agama dia?!”

See, muka kau dah ceria balik. Berseri-seri muka dia,” usik Raina.

Maisara cubit paha Raina. Dia mengaduh kesakitan. “Sakitlah, mak ketam,”

Terasa ringan bebannya. Sungguhlah. Kalau tak di luahkan, segalanya nampak berserabut. Sekarang yang tinggal dia perlu jujur. Berterus-terang dengan Azam. Harapannya agar Azam tenang menerima jawapan hatinya. Amin!

Previous: BAB 32
Next: BAB 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.