BAB 2

10 TAHUN KEMUDIAN...

“ALONG, dari tadi aku perhatikan along asyik tersenyum-senyum menghadap laptop ni? Ada e-mel dari Maisara iya?” usik Nizam kembarnya si Mamat.

“Jangan sibuk, tepi sikit. Aku nak balas e-mel dia.” Mamat duduk membelakangkan Nizam, mencari privasi.

Nizam mencebikkan mulut. “Along sampai bila? Bukannya kau tahu rupa dia sekarang bagaimana? Gemukkah dia? Entah-entah lebih besar dari badan along dulu. Pulak tu, hampir 10 tahun sejak kita datang sini. Entah-entah dia dah bertunang, dah kahwin. Melepaslah kau, long.” bebel Nizam panjang lebar.

Mamat memekakkan telinga. Adik kembarnya yang seorang ini kalau dah mula bercakap mengalahkan ibu mereka kalau berleter. Namun begitu, dia bersyukur kerana Nizam tidak seperti dahulu. Dia sudah boleh menyesuaikan diri dengan keluarga dan terutama sekali dengan dirinya sebagai abang kembar, abang kandung.

Ceritanya begini, Nizam ketika masih bayi di jaga oleh kawan baik ibu mereka. Ini adalah kerana kawan ibunya tiada anak setelah 5 tahun berkahwin. Sebaik terdengar ibu mereka melahirkan anak kembar, di minta dan di rayu kepada ibu dan bapa Mamat dan Nizam supaya di serahkan Nizam kepada mereka untuk dipelihara. Alasan mereka manalah tahu, kalau-kalau selepas menjaga seorang budak, dengan izin Tuhan mereka akan di kurniakan seorang cahaya mata.

Atas dasar kasihan dan rasa persaudaraan, Nizam akhirnya dijadikan anak angkat. Sayang ianya tidak berpanjangan, ketika Nizam berumur 13 tahun, ibu dan bapa angkatnya menemui kemalangan, dan Tuhan telah menjemput mereka pergi.

Jadi di sebabkan itulah, Nizam kembali ke pangkuan keluarganya semula. Konflik yang di- alami ketika di beritahu perkara sebenar amat menghibakan hati Nizam dan juga Mamat. Namun mujurlah kini setelah bertahun lamanya luka itu kembali pulih. Syukur pada-Nya.

Mamat tersenyum sendiri. Nizam terangkat kening, pelik. “Kau dah teruk ni, long.” Dia mengambil bingkai gambar di atas meja tepi katil. “Maisara yang berumur 13 tahun memang comel dan cantik. Padanlah kau angau. Tapi... zaman berubah, orang pun mungkin sama... jangan terlalu mengharapkan ianya seindah hari kelmarin yang telah berlalu pergi,” nasihatnya sedikit bermadah. “Nanti engkau sendiri yang akan terluka,”

Mamat tersenyum pahit. Ada benar juga kata-kata Nizam. Hati manusia tidak dapat di duga. Maisara... nama itu meniti perlahan di bibirnya.

TALI GITAR di petik perlahan kemudian nafas di tarik kuat. Kim pandang Mamat tidak berkelip. Penumbuk di genggam, menahan kemarahan. “Seungjae, kau tegur kawan kita yang sorang ni. Dia dah gila agaknya,”

Kim benggang. Tidak lama lagi mereka akan debut, dan Mamat sebagai vokalis utama mahu menarik diri. Seungjae angkat bahu kemudian pelipis di garu. “Kalau kau sendiri pun tak dapat nak pujuk dia, inikan pula aku,” ujar Seungjae selamba.

Kim menggetap bibir, “Jadi kau setuju dia tarik diri?” Seungjae diam. Sekali kali lagi bahu di-angkat. Kim beralih pula pada Hyun dan Jun yang leka bermain gitar. “Kau orang pun sama?”

Hyun dan Jun pandang Mamat. Kepala di geleng. Kemudian Jun berkata, “Sejujurnya aku membantah tapi kita sendiri pun tahu yang ayah Mamat kurang setuju dia jadi artis dan lagipun tidak lama lagi dia akan balik ke Malaysia, jadi... ini mungkin agak membataskan aktiviti kalau dia tetap teruskan untuk debut tak ke begitu?” Jun meluahkan pendapatnya.

Kim diam tidak bersuara. Mamat menghampiri Kim. “Kim, aku bukan sengaja buat macam ni, ini untuk kebaikan kita semua, aku tak nak menyulitkan keadaan sedia ada. Aku harap kau faham situasi aku. Aku cintakan muzik tapi untuk menceburi dengan serius... aku tak rasa aku mampu. Kau pun tahu kan, aku masuk band korang pun untuk sementara saja sebelum korang dapat cari penyanyi yang sesuai, tapi aku tak sangka pula sampai begini jadinya,” terangnya panjang lebar.

“Apa kata kita bagi Hyun jadi vokalis? Suara dia pun boleh tahan.” saran Mamat.

Terbeliak mata Hyun. Pantas dia menggeleng kepala, “Aku?No way? Tak naklah. Lebih baik kau suruh Seungjae yang ganti kau, tak pun bagi Kim atau Jun.” Air minuman yang dibeli tadi terus di teguk. “Cukuplah sekadar aku main bass, kalau kau nak suruh aku nyanyi, mahunya aku pengsan,” tolaknya sungguh-sungguh.

Seungjae dan Jun serentak menjawab, “Kita orang pun sama. Tak nak.”

“Habis tu macam mana? Bulan depan dah nak masuk studio. Tambah pula, Abang Jiwon si pengurus tu, sukakan suara Mamat. Dalam masa yang terdekat ni, memang susah nak cari pengganti yang mempunyai vokal seperti Mamat. Dan Mamat boleh tak kau pertimbangkan semula?” Kim pegang kepala, binggung. Mereka semua kemudian sama-sama terdiam.

Mamat tersandar ke belakang sofa. Satu-persatu wajah sahabat-sahabatnya di pandang. Dia mengeluh panjang. Lama berfikir, dia akhirnya memutuskan, “Nampak gayanya terpaksalah aku tangguhkan dahulu hal balik ke Malaysia. Aku rasa macam tak patut pula tinggalkan korang macam ni. Lagipun aku harus sudahkan apa yang aku dah mulakan tak gitu?”

Terpancar riak ceria di wajah Kim, Hyun, Jun, dan Seungjae. “Kamsamida, chinguya.” Serentak meniti di bibir mereka berempat, kemudian masing-masing ketawa lucu.

Mamat tersenyum nipis. “Aku akan bincang hal ini dengan ayah aku. Rasanya dia akan faham,”

“Mamat pegang janji kau, tak boleh berpatah balik, araseo? Selagi kami belum dapat cari pengganti, kau kena tetap jadi vokalis kami selama-lamanya?” Seungjae paut kuat bahu Mamat. “Baik, aku tahu dan aku janji.” ujar Mamat.

“Anyway, nampak gayanya terpaksalah kau tangguhkan juga hal untuk bertemu Maisara?” tanya Kim mengalih topik.

“Hmm...terpaksalah.” jawab Mamat pendek, ada nada kecewa di situ.

“Wei, janganlah macam ni, manalah tahu selepas debut nanti, kalau kita buat promosi di Malaysia, hah nanti bolehlah kau singgah pergi jumpa dia, kan?” ujar Jun cuba menghiburkan hati Mamat. Hyun angguk bersetuju. Kim dan Seungjae saling berpandangan faham akan penantian Mamat selama ini.

Kim pula berkata, “Hei, akan tiba harinya nanti kau orang berdua tetap akan bertemu. Hanya masa dan waktu serta takdir yang akan menentukan,”

Mamat angguk. Sungguh tidak di sangka di sini dia mendapat kawan sebenar, teman sejati yang sentiasa bersama di dalam susah dan senang biarpun berlainan bangsa dan agama. Dengan mengenali Kim dia juga turut mengenali Seungjae, Jun dan Hyun yang kini bagaikan saudara dengannya. Pejam celik hampir sepuluh tahun mereka bersahabat.

Selain itu, Mamat juga turut terharu. Oleh kerana, tidak mahu dia merasa jauh dari tanah air, dan demi memudahkan perbualan, mereka berempat sanggup berhempas pulas mempelajari bahasa Melayu dengan ayah Mamat yang mana merupakan Profesor Bahasa Asing. Hasilnya kini, mereka berempat fasih berbahasa Melayu.

Bahkan jua, kerana selalu mengikuti Mamat ke kelas pengajian agama, Kim dan Seungjae telah pun selamat mengucapkan dua kalimah syahadah lima tahun yang lalu. Jauh di sudut hati dia amat mengharapkan Jun dan Hyun turut di lembutkan hati mereka memeluk Islam. INSYALLAH.

MAISARA termenung lama di hadapan skrin komputer riba. E-mel yang baru di terimanya dari Mamat benar-benar menghampakannya. Mamat terpaksa memungkiri janji dan menangguhkannya untuk setahun lagi. Namun apakan daya, Mamat sudah bulat dengan keputusannya. Alasan mengapa dia tidak dapat balik, tidak di ceritakannya dengan lebih lanjut. Maisara juga malas mahu bertanya, biarlah rahsia.

Detik ini apa yang paling penting, dia harus buat yang terbaik di dalam peperiksaan akhir semester. Ini akan menentukan masa depannya. Sebolehnya dia tidak mahu mengulang semester. Mamat juga acap kali berpesan padanya agar berusaha menjadi yang terbaik.

Maisara senyum. Aku akan setia menunggu kepulangan kau dan pertemuan semula kita.

SEAKAN BERGEGAR studio itu angkara latihan jamming mereka berlima. Abang Jiwon, si- pengurus tersenyum nipis lalu mengangkat ibu jari. Puas hati dengan prestasi anak didiknya. “Daebak!! ( terbaik)”

Fon di kepala di tarik keluar. Mamat tersengih memandang sahabat-sahabatnya. Spontan merekaslap high five. Memang terbaik. Rakaman hari ini mungkin agak memenatkan akan tetapi ianya berbaloi. Impian mereka selama ini kian menjadi realiti.

Sehabis rakaman, mereka melepak di gerai makan bawah studio rakaman.

“ANGIN? Sedap juga nama ni. ANGIN BAND!!” ujar Kim. Usul nama kumpulan dari Jun itu di sambut baik oleh mereka semua.

“Angin... ianya selalu ada. Setiap orang perlukan angin atau udara kan? Hmm... memang ada makna yang tersendiri. Aku suka. Bijaklah kau, Jun.” puji Hyun sambil menepuk-nepuk bahu Jun.

Jun tesengih. “Spontan saja nama itu terlintas dalam kepala aku,” ujarnya merendah diri. “Tak sangka pula korang setuju.”

“Jadi, nama grup kita ialah ANGIN BAND? Semua setuju?” tanya Kim. “Tiada bantahan?”

Mamat angkat tangan, “Tunggu, aku nak cakap sikit.”

“Kenapa kau tak setuju ke?” tanya Seungjae. Begitu juga dengan yang lain, mereka terpingga-pingga tidak mengerti.

Mamat senyum segaris, “Bukan macam tu, aku setuju. Cuma aku rasa terharu, dalam banyak-banyak nama dan bahasa, korang pilih bahasa ibunda aku. Sungguh aku rasa macam nak menangis.” Di hujung kata Mamat berlelucon. Memek mukanya pula di buat gaya yang kononnya hendak menangis.

Mereka berempat ketawa lucu. Ingatkan apalah sangat tadinya. Hening seketika.

Jun bersuara, riaknya serius, “Bahasa apa pun, ianya tetap sama. Asalkan ianya mempunyai makna yang baik. Kau dah macam saudara dengan kami semua. Ini hanyalah benda kecil berbanding dengan apa yang kau dah buat. Contoh paling jelas pada Kim dan Seungjae.”

Mamat senyum. Dia pandang Kim dan Seungjae. Mereka berdua juga turut tersenyum. Faham apa yang Jun katakan itu. Pengislaman Kim dan Seungjae telah membawa perubahan kepada sikap mereka berdua yang dahulunya panas baran dan kaki gaduh. Namun, Mamat tidak henti berdoa agar Jun dan Hyun juga di lembutkan hati oleh yang Maha Kuasa.

“Gamsahamnida! (Terima kasih)” ucap Mamat sepatah.

Hening lagi. Kali ini, Hyun pula membuka kata, “Macam mana dengan teman wanita kau di Malaysia? Kau ada hantar e-mel kat dia yang mengatakan kau tak jadi balik dalam masa yang terdekat ini?”

Mamat angguk, “Aku ada hantar, tapi sampai sekarang dia masih tak balas e-mel aku. Agaknya dia merajuk.” Mamat membuat kesimpulan sendiri. Hampir 2 bulan tiada berita dari Maisara. Nanar juga dia dibuatnya. “Tapi, Hyun... kau dah salah faham. Dia bukan teman wanita aku. Dia hanya sahabat aku macam korang semua.” jelasnya.

Hyun geleng kepala, “Perempuan dan lelaki bersahabat? Analogi mana yang kau pakai ni? Kalau betul lelaki dan perempuan boleh bersahabat, takkan berlakunya perebutan dan pergaduhan akibat cinta tahu tak?”

Mamat mengulum senyum, “Kau kalau bercakap dah macam profesor cinta pula?”

Hyun geleng kepala lagi, “Aku bercakap benda yang betul.”

“Sudah-sudah nanti melarat pula jadinya,” Kim menjadi pelerai. Bimbang pula jikalau ianya berlarutan.

Sepi kembali.

“Mat, selepas setahun kita debut nanti, kau tetap dengan rancangan kau untuk balik ke Malaysia?” soal Seungjae tiba-tiba.

“Itulah yang sepatutnya. Tapi kenapa kau tanya?”

“Tak adalah, cuma takhappeninglah tak ada kau,”

Mamat tersenyum hambar. Wajah Seungjae dan yang lain di tentang satu persatu. “Kalau korang rindukan aku, e-mel sajalah, tak puncontact akudirectdengan facebook.”

Kim mencelah, “Satu lagi, kami tentunya rindu nak cakap Melayu.”

Mamat kerut dahi, “Cakaplah ajelah, Melayu...M.E.L.A.Y.U. hah, kan senang tu,”

Kim spontan menolak kepala Mamat. “Aku serius kau main-main pula.” Mamat lantas ketawa lucu. “La, kalau korang rindu nak cakap, cakap sajalah. Apa susah.”

“Memanglah, tapi takkan sama tanpa adanya kau. Kau kan tok guru kami.” ujar Jun.

Mamat geleng kepala, “Sungguhlah, dengan adanya korang aku langsung tak terasa berada di negara asing. Terasa negara ni macam negara aku sendiri. Kalau kita pergi ke Malaysia selepas debut nanti, pastinya ramai peminat terkejut dengar mamat Korea macam korang cakap Melayu!”

Serentak mereka semua ketawa.

“Betullah, wei. Aku tak terfikir pula. Apa kata kita rahsiakan hal ini? Barulah gempak.” cadang Hyun. Yang lain angguk bersetuju sambil tersengih macam kerang busuk.

Mereka kemudiannya enak menjamu selera. Daging lembu panggang di suap ke dalam mulut.

Mamat memecah sepi. “Sejujurnya kan? Aku berterima kasih sesangat pada korang semua kerana selama ini korang sentiasa sokong aku. Tanpa sedar korang juga sebenarnya sifu akuand also for being my very best chingu (kawan),”

“Neo gwaenchannna? (Kau okey?)” tanya Jun. “Tiba-tiba saja buat ucapan macam ni,”

“Ne. Da joayo. (Ya. Aku okey)” ucapnya sepatah.

Kim turut berasa sangsi. “Geureotji anayo (Aku tak rasa macam tu).Malhaebwa (cakap), apa masalah kau?”

Mamat diam. Senyumnya hambar. Dia sendiri pun binggung. Seharusnya lambat lagi kalau dia nak buat sesi luahan hati. Bukannya dia akan meninggalkan mereka dengan kadar segera pun. Tahun depan barulah dia akan kembali ke Malaysia. Tapi kenapa, saat ini, dia terasa bagaikan setahun itu bukanlah kayu pengukur lama atau sekejap?

“Majayo(Betul tu). Aku rasa macam berat sangat nak tinggalkan korang semua. Di fikirkan kembali, kita semua tak pernah berpisah walaupun sekali. Selama 10 tahun, banyak benda yang telah kita lalui dan lakukan bersama. Aku... .”

Kim menepuk bahu Mamat. “Bukan hanya kau yang rasa macam tu, kami pun sama. Aku tak terasa macam kau ini orang luar pun. Kau saudara kami, Mat. Kita berlima ni dah macam adik-beradik.”

Mamat menolak juntaian rambutnya ke belakang, “Joesonghamnida (maaf). Aku emosional terlebih pula hari ini.” Dia cuba mengawal air mata dari tumpah.

“Kalau kami kat tempat kau, rasanya tetap sama. 10 tahun kau duduk di Seoul. Pastinya sedikit sebanyak kau merasakan tempat ini macam kampung kau kan?” celah Seungjae.

“Ala,wei. Rileklah. Dalam tempoh yang ada, jangan di kenangkan masa depan yang masih jauh. Masa yang ada ni kita cipta dengan memori dan kenangan yang terindah.”

Seungjae menolak kepala Jun. “Banyaklah kau. Cara kau bercakap mengalahkan orang Melayu. Berfalsafah segala.”

Jun sengih. “Itulah gunanya facebook. Selain menambah kenalan, aku juga boleh menajamkan dan memantapkan bahasa Melayu aku. Tak ke begitu? Mamat? Kau setuju kan?”

Mamat mengulum senyum simpul. Menahan lucu yang bertamu. Kemudian kepala di anggukkan. Kim, Hyun dan Seungjae tergeleng kepala. Sahabat mereka yang seorang ini sememangnya penghibur semula jadi. Tanpa Jun rasanya takkan lengkap ANGIN BAND.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.