BAB 19

HARI yang di jalani bagaikan tiada erti. Saban hari, dia harus menjalani fisioterapi. Bohong jika di katakan dia tidak letih dengan semua ini. Namun, itulah yang wajib di laluinya jika ingin cepat sembuh dan berjalan semula. Kepasrahan diletakkan sepenuhnya pada Ilahi, moga di permudahkan untuknya menghadapi ujian ini.

Lamunan terhenti. Sejenak dia berpaling. Kehadiran Nizam di sebelahnya di sambut dengan senyuman. “Kau dari mana ni? Ibu risau sampai berkali-kali dia telefon kau. Tapi setiap kali operator yang tukang jawab. Kau ke mana lepas kerja?”

Nizam senyum sebaris. Azam yang berkerusi roda itu di tolaknya perlahan ke penjuru katil. Dia pula melabuh duduk di birai katil. “Aku dah pun maklumkan ibu tadi. Aku pergi jumpa kawan.”

Azam angkat kening. “Kawan atau awek?”

Nizam geleng. “Taklah. Kau ni, long. Aku mana ada awek.”

Azam diam. “Kalau macam tu, kau jumpa Ria?”

Nizam tidak membalas. Matanya tertancap ke arah bingkai kecil yang terletak elok di sebelah katil Azam. Riana Maisara... Sebaris nama itu meresap ke hati. Bingkas dia bangun menghadap Azam. Bimbang. Lagi lama di tatap gambar kenangan Riana dan Azam itu semakin ngilu di rasanya.

Azam memandangnya aneh. “Nizam, are you okay?”

Nizam senyum. “Aku okey!”

“Betul? Tapi gerak hati aku mengatakan, kau ada sesuatu yang nak dicakapkan. Spill it! Jangan nak berahsia dengan aku!” arahnya tegas.

Nafas di hela dalam. Wajah Azam tidak di pandangnya. “Sebenarnya... kau betul, aku pergi jumpa Ria. Aku beritahu hal yang sebenarnya pada dia. Aku cakap kat dia, kaulah yang sebenarnya Mamat!”

Azam diam. Minit dan saat kian berlalu. Azam masih tetap begitu. Mematungkan diri. Tiada suara, tiada pergerakan. Maisara dah tahu aku Mamat? Apa reaksi dia? Marahkah? Bencikah dia pada diriku?

Azam merenung Nizam lama, “Nizam, kau kan dah janji nak tolong aku simpan rahsia? Kenapa kau degil sangat ni? Kau memang seronok agaknya tengok Maisara bencikan aku kan?” suaranya sedikit meninggi dan keras.

Nizam terpingga-pingga, kurang mengerti maksud Azam, “Along, kau cakap apa ni? Aku buat semua ni pun sebab aku nak tunaikan janji aku. Aku dah janji yang aku akan satukan kau dengan Maisara, kau ingat lagi kan? Sekarang peluang dah ada kat depan mata, kau cuma perlu rebut dan pujuk hati Maisara!

Dia tak marahkan kau. Dia hanya terkilan. Dia faham kenapa kau buat macam ni. Cuma, dia perlu sedikit masa untuk berjumpa kau. Hati dia lembut. Aku percaya lambat laun, dia akan maafkan kau dan korang akan bersama.” jelasnya panjang lebar agar Azam lebih memahami niat baiknya.

“Ya, hati dia lembut dan dia mungkin maafkan aku. Tapi untuk dia bersama dengan aku. Itu adalah mustahil. Siapa yang nak orang kurang upaya macam aku ni. Aku hanya akan menyusah dan membebankan dia.” ujar Azam merendah diri.

“Along, aku percaya Ria tak macam tu. Dia ikhlas orangnya. Aku percaya dia akan menjaga kau sepenuh hati. Lagi satu, kau dah kenal dia lagi lama dari aku. Kau tentunya lebih memahami sikap dia kan?” Nizam masih tidak berputus-asa menyakinkan Azam bahawa Maisara tercipta untuknya.

“Mungkin aku memahami dia tapi tak seperti cara kau memahami dia, Nizam. Kau kenal Maisara yang sekarang. Aku? Aku hanya ada kenangan semalam. Ria dan Maisara orang yang sama, tetapi sungguh aku seperti kurang mengenali dirinya. Seperkara lagi, dia nampaknya lebih selesa bila berada dengan kau.” luah Azam panjang lebar tentang apa yang bermain di fikirannya selama ini.

Nizam ketawa perlahan. Namun hatinya mula di landa resah yang tidak berpenghujung. “Along, apa yang kau merepek ni?”

Azam menempelak lantang. “Aku tak buta, Nizam. Aku boleh nampak yang Maisara lebih suka kalau kau Mamat.” Azam senyum hambar, “Kau pun sukakan dia kan?”

Air mukanya berubah. Getar di dadanya bergoncang hebat. “Suka? Siapa? Jangan nak mengarutlah, long. Kita tengah bercakap pasal kau dan Maisara. Bukannya hal aku!”

Nizam mula bangun membelakangi Azam. Tak sanggup rasanya dia bertentang mata dengan Azam. Karut!! Damn! Dari mana along tahu? Tak mungkin! Rasanya dia cuma nak mainkan kau je Nizam! Chill. Tarik nafas, lepas!

Azam menyambung bicara, “Ya, itu betul. Tapi tetap juga berkait dengan kau. Sebab Ria itu Maisara. Maisara itu Ria. Ria kawan baik kau, yang kau terlalu ambil berat. Maisara pula kawan lama aku. Aku tahu kau nak tolong aku, tapi rasanya kau macam nak lepaskan diri dari perasaan kau kan? Kau takut di gelar perampas kan? Kau juga sebenarnya takut nak berhadapan dengan kenyataan yang hati kau telah pun terpaut pada Ria, kan?”

Azam senyum penuh makna. Kali ini Nizam harus berkata benar. Jangan ingat dia boleh lari semudah itu. Rahsia hati Nizam ingin di selongkar sepenuhnya demi menyakinkan, mereka berdua tidak mencintai gadis yang sama. Aku harus buat macam ni demi untuk menggelakkan daripada ada antara kami yang terluka!

Nizam ketawa kuat umpama mengatakan tekaan Azam itu tak berasas dan kelakar.

“Azam Hairi, aku tak cintakan dia. Aku hanya anggap dia seperti seorang adik.Nothing more and nothing less. Just throw away your prediction! Tak munasabah langsunglah. Macam mana kau boleh fikir sampai macam tu sekali” Dia ketawa lagi. “Lagipun, kau sendiri jelas yang Ria tu langsung tak menepati citarasa aku.”

Azam di landa tanda tanya. Betulkah aku yang tersalah tafsir?Atau sebenarnya dia sengaja cakap macam tu. Dia mahu mengelak dari aku?

“Nizam aku harap kau tak tipu aku. Sebab... kalau betul kau cintakan dia, aku rela berundur. Sebab aku boleh nampak yang Maisara, dia juga sukakan kau!”

Seikhlas hati dia menuturkan. Dia sedar dirinya tidak lagi sesuai untuk Maisara. Kakinya berkemungkinan tiada harapan untuk sembuh. Mungkin akan ada yang mengatakan dia terlalu cepat berputus-asa namun pilihan apa yang dia ada. Harapan untuk memiliki Maisara terasa kian jauh.

Ketawa Nizam mati. Wajahnya berubah serius.

“Along, aku tak cintakan Ria. Dia hanya kawan baik aku. Selamanya. Percayalah. Maisara dia sukakan kau. Dia sengaja kurangkan berat badan, semata-mata nak jumpa kau. Dia tak nak rasa inferior bila berdepan dengan kau. Jadi, sekarang kau hanya perlu fikirkan cara menambat hatinya. Buanglah segala perkara yang mengganggu fikiran kau tentang aku dan Maisara. Kami memang tak ada apa-apa dan tak akan ada apa-apa!!” ujarnya tegas.

“Baiklah, kalau kau dah kata macam tu. Aku percaya!” ujarnya perlahan.

Nizam senyum. Mujurlah Azam percaya. Phew... .

“Aku keluar dulu, nak bawa Angin Band jalan-jalan pusing Kuala Lumpur.”

Azam angguk. Dalam diam dia masih memerhati tingkah Nizam yang menuju ke pintu.

Aku pasti aku tak salah. Sepertinya antara Nizam dan Maisara seakan sudah mencapai kata sepakat. Aku harap segalanya bukan sebab aku. Aku tak nak jadi punca kepada keregangan dan keretakan hubungan antara mereka. Aku sedar dan aku tak buta, mereka berdua ada sembunyikan sesuatu.

Sebelum melangkah keluar, Nizam sempat berpesan “Along, don’t give up! There’s still a chance! Trust me! Aku akan tolong kau pujuk Maisara. I promise you that!”

Azam angguk. Aku juga berjanji bahawa kau juga akan mendapatkan kebahagiaan seperti yang aku miliki.

Sebaik pintu di tutup. Nizam tersenyum ke arah sahabat-sahabat yang menanti di luar. Dia menunjukkan ibu jari, isyarat segalanya berjalan dengan lancar. Mereka berlima tersenyum. Dalam masa yang sama, Jun memandang Nizam. Sekilas, Nizam sudah dapat mengagak maksud pandangan Jun itu. Dia seakan bertanya adakah dirinya baik ataupun tidak. Nizam sekadar membalas dengan anggukan. Jun hanya mampu menggeleng kepala.

LESU, lemah dan longlai, itu pemikiran orang yang lemah. Negatif auranya. Mindanya sering berfikir yang tidak-tidak. Sedangkan orang yang positif mindanya, sering terarah ke arah kebaikan dan positif selalu. Setiap ujian di laluinya dengan tabah, dan senyuman sering menghiasi bibirnya, meskipun jauh di sudut hati, dirinya hampir rebah di mamah bumi.

Acap kali, dugaan yang menimpa, diterima dengan hati yang tenang dan bersih. Itulah, insan yang sentiasa meletakkan Allah di hatinya. Allah menjadi motivasi paling utama dalam hidupnya. Tanpa Allah sebagai kekuatan, hidup ini umpama tidak bernyawa. Ingatlah dengan mengingati Allah, hati pasti akan menjadi tenang.’

Maisara menutup lembaran buku itu. Matanya bersinar. Terang. Seakan timbulnya kekuatan di dada sebaik sahaja selesai membaca buku motivasi itu. Sejenak, dia merenung ke arah langit yang berbintang. Angin malam selepas hujan, bisa menenangkan jiwa. Terbit rasa syukur. Itulah rahmat Tuhan. Hanya dengan merasai melalui mata hati barulah keindahan itu dapat di nikmati. Diari yang terselit di celah buku motivasi, di ambil. Pen mula di larikan perlahan meniti halaman kosong diari itu.

Bagaimana pula dengan cinta? Apakah perlu di lihat oleh mati hati juga? Dan kalau begitu, hanya dia, tiada yang lain. Hati aku telah memilih. Tidak! Sebenarnya tidak perlu semua itu. Aku sendiri boleh merasai. Berada dekat dengannya, jantung aku umpama di pam tiada henti. Denyutanku semakin bertambah saat demi saat. Berjauhan pula, membuatkan aku panasaran. Hampir gila jika tidak menatap wajahnya. Mungkinkah ini yang di namakan sindrom angau dan gila bayang yang sering di perkatakan Rifa suatu ketika dulu, ketika dia sedang hangat bercinta dengan Amri?

Kini...aku pula yang sedang melaluinya. Malah, aku lebih daripada itu, aku telah menjadi perigi yang mencari timba. Aku terlebih dahulu meluahkan perasaan pada Nizam. Saat itu, sungguh aku rasa malu yang teramat. Tapi apa boleh buat. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, malulah aku seumur hidup!!

Kenapalah aku tak berfikir seratus kali sebelum bercakap? Kenapa aku terlalu berani sangat? Kenapa bila dengan Nizam je, mulut aku ni macam tak dapat di gam. Laju je bercakap. Walhal, aku bukannya mulut murai pun. Aku jenis yang pendiam. Nizamkah yang mengubah aku menjadi peramah? Benarkah seperti yang dikatakan Rifa dan Zana yang Nizam sedikit sebanyak telah mengubah sikapku?

Nizam pula dari tutur katanya, menggambarkan yang dia juga punya rasa yang sama? Benarkah aku tak salah dengar? Tapi tika itu aku tak berani untuk bertanya kali kedua. Aku malu! Malu untuk menatap wajah Nizam. Nizam cakap; Put your trust in Him. Sehingga sekarang kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga aku. Setiap kali aku pejamkan mata, memori petang tadi tika di pantai, kembali menggamit.

Saban waktu aku mengingatkan diri, aku harus fokuskan perhatian aku pada Mamat a.k.a Azam. Dia perlukan sokongan aku untuk berjalan semula. Aku harus beranikan diri berjumpa dia. Tapi, aku gagal. Sekuat mana aku cuba, perasaan kesal bersalut marah itu kembali menyapa. Bercampur pula dengan rasa simpati yang menjengah pada keadaan kaki Mamat, membuatkan aku jadi marah pada diri sendiri.

Kenapa harus begini jadinya?Sepatutnya Mamatlah yang bertakhta di hati, kerana dia terlebih dahulu aku kenali. Dari darjah satu hingga kini, jikalau di congak darab; persahabatan aku dan Mamat telah mengjangkau lebih dari sepuluh tahun. Suka duka, pahit manis banyak yang telah kami rasai dan kongsi bersama. Persahabatan kami umpama air dan tebing.

Mungkinkah di sebabkan itu, aku merasai yang cinta remaja, atau sebenarnya cinta monyet antara aku dan Mamat hanyalah ilusi semata? Cinta anak sekolah yang tidak akan ke mana? Atau perlukah aku mengikut resmi seperti kebiasaannya bercinta dengan kawan baik sendiri? Seperti yang selalu di paparkan di dalam drama?Tapi hidup aku bukan drama!! Ini realiti.

Habis tu, Mamat macam mana? Kata Nizam, Mamat mencintaiku sepenuh hati. Cintanya sejati! Selama ini, di pendamkan segalanya hanya untuk mengejutkan aku di hari pertemuan kami. Sia-sia, kecelakaan yang menimpa, meragut segalanya. Maka, sebab itu, Mamat memutuskan menghantar Nizam bagi pihaknya. Soalnya sekarang;hati aku bukan macam suis. Boleh di petik dan di tutup sesuka hati.

Mamat, aku minta maaf, aku tak dapat paksa hati ini untuk mencintaimu. Aku tahu kau mungkin terasa hati dengan aku. Bencikan aku. Aku tahu aku salah. Aku teruk. Aku sukakan kau, teramat, tapi hanya sebagai sahabat. Aku tak nak kehilangan kau. Kau satu-satunya sahabat aku buat selamanya. Aku sayangkan kau. Aku sayangkan persahabatan kita. Aku tak nak semuanya terjejas di sebabkan aku tak mampu membalas perasaan kau. Maafkan aku, sahabat!

Tulisannya terhenti. Air mata mengalir perlahan. Rasa itu semakin mencengkam. Tuhan mengapa begini sekali ujianMu? Aku tahu, besarnya cuma sebesar zarah! Namun, bisanya mengapa begitu terkesan di hati? Pipi yang semakin bah dengan air mata, tidak di hiraukannya. Malam ini, dia ingin menangis semahunya. Ingin di lepaskan semuanya yang bertamu di hati.

Kenapa bukan Azam yang terperangkap di dalam lif bersamaku? Kenapa mesti Azam tundakan pertemuan kami? Kenapa Nizam yang hadir mengisi kekosongan yang Azam tinggalkan? Kenapa hati ini tidak setia menunggu kepulangan Azam? Mengapa begini jadinya? Mengapa pula Azam dan Nizam itu kembar? Kembar seiras pulak tu! Kan bagus kalau mereka tiada kaitan langsung. Bukannya adik-beradik. Tidaklah aku rasa serba salah begini.

Maisara geleng. Dia beristighfar perlahan. Air mata mengalir tiada henti. Ya Allah, siapa yang aku mahu salahkan ni? Ini takdir yang harus aku lalui. Aku harus tabah! Aku harus kuat. Aku tahu semua ini akan berlalu, kerana aku adaMu, Allah.

Previous: BAB 18
Next: BAB 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.