BAB 8

“JADI kau setuju jumpa Mamat?? Ria, betul kau dah bersedia dengan reaksi Mamat nanti?” soal Rifa. Wajah sahabatnya di renung lama mencari jika Maisara tekad dengan keputusannya atau hanya sekadar menurut perasaan.

Maisara pula melempar pandang ke arah sekumpulan kanak-kanak yang asyik bermain kejar- mengejar di tengah taman rekreasi itu. Seketika dia berkata, “Entahlah. Aku sendiri kurang jelas. Tapi yang pastinya aku tak nak mengecewakan Mamat lagi. Sekarang dia dah balik Malaysia tapi aku pula yang sengaja main tarik tali. Kononnya takut dia tak akan terima aku yang gedempol. Hakikatnya aku sendiri yang tak berani dan pengecut. Takut pada bayang-bayang aku sendiri. ”

Rifa menepuk perlahan bahu Maisara. “Ini barulah Riana Maisara yang aku kenal. Penuh dengan keyakinan diri.”

Maisara senyum tipis. Yakin? Mungkin iya dan boleh jadi tidak. Semuanya serba tidak kena. Entah bila rasa itu hadir. Dia tak pasti. Perasaannya kini bercelaru. Semuanya kerana Nizam. Antara sahabat dan cinta...yang mana satu harus dia kejarkan. Sungguh dia berbelah bagi.

Sedangkan hakikatnya dia sendiri tahu. Enggang tak mungkin bergandingan dengan pipit. Apatah lagi kemungkinan dia hanya bertepuk sebelah tangan. Nizam mungkin suka berkawan dengannya tapi untuk Nizam jatuh cinta padanya itu jauh sama sekali. Dia tahu itu. Jadi, dia harus rasional dan bertindak mengikut fikiran dan bukannya hati semata-mata.

“Hoi, Ria!! Kau mengelamun jauh ni apahal? Tahulah tak lama lagi dah nak jumpa si Mamat.” Tersentak Maisara dek jeritan Rifa yang tepat di telinganya. Rifa pula hanya menggeleng dalam senyuman. “Hmm...alahai, tak sangka aku teruk juga sakit rindu kawan aku ni.”

Ejekan Rifa di letak ke tepi. Dia langsung mengalih menghadap Rifa.“Rifa...aku nak tanya kau satu soalan boleh?” Rifa angguk. “Tanyalah. Apa dia?”

“Begini. Macam mana kau boleh pasti yang si Amri itu teman sejiwa kau dan sanggup berkahwin dan berkongsi hidup dengan dia?”

Terkebil-kebil mata Rifa menatap wajah si teman yang bertanya. “Hah? Ria, kau ni dah kenapa?” Matanya merenung dalam ke wajah Maisara. “Jangan-jangan kau dah jatuh cinta pada Nizam? Dan dalam masa yang sama juga kau keliru jikalau kau sayangkan Mamat sebagai sahabat atau sebaliknya??”

Maisara binggung seketika. Mudahnya Rifa membaca isi hatinya. Apakah perasaan aku mudah di tebak oleh sesiapa sahaja?Maisara gigit bibir menyembunyikan gemuruh di hati. “Rifa, kau dah fikir luar alamlah. Mana ada!! Kan aku dah jelaskan pada kau. Dua-dua kawan baik aku!”

“Teruskanlah dengan tipu diri sendiri. Kau sendiri yang akan tersiksa dan merana. Bukannya aku, kawan!” Rifa diam seketika, kemudian barulah dia menyambung, “Kau tanya aku mengapa aku pilih Amri kan? Jawapannya tanya sama hati...adakah ada rasa sayang atau cinta pada si dia!! Jika tiap-tiap hari pun dah nampak dia sahaja. Maka, faham-fahamlah sendiri!!”

KERTAS KERJA yang berselerakan di atas meja di biar sepi. Fikirannya melayang entah ke mana. Kata-kata Rifa mengusik kotak fikirnya. Tanya sama hati? Hati aku...ingat pada Nizam tapi fikiran aku terlekat erat memori indah bersama Mamat. Ya Tuhan, apakah mungkin aku terlalu tamak dalam mendambakan cinta? Takkanlah keduanya pun aku mahu? Gila!! Memang gila. Aku harus tetapkan hati!!

Tiba-tiba tersembul wajah itu di hadapannya. Tenggelam terus menungannya tadi. “Nizam!! Boleh tak bagi salam? Kalau aku sakit jantung, dah lama wassalam.”

Nizam angkat tangan. “Maaf, tak sengaja. Tapi lain kali aku tak janji yang aku akan buat lagi.” Maisara mencerun memandang Nizam. Ada sahaja ayat loyar buruk keluar dari mulut Nizam. Tak pernah nak serius. Kenapalah aku boleh terjatuh hati kat dia? Huh?

“Kenapa kau datang jumpa aku ni? Ada hal mustahak ke? Kalau tak ada sila pergi. Aku ada banyak kerja nak buat.” Dia berpura-pura marah dan menghalau Nizam pergi. Walhal hatinya melonjak riang dapat bertemu Nizam hari ini setelah hampir seminggu mereka tidak bersua dek kerana Nizam bertugas di luar kawasan.

Nizam tarik muka.“Sampai hati kau. Kau tak rindukan aku? Aku punyalah bergesa datang jumpa kau lepas balik dari Nilai...tapi kau halau aku. Teruk punya kawan. Apa pun tak boleh pakai.”

Maisara buat tidak endah. Dia diamkan diri. Tangan pantas mencapai pen, kononnya ingin menyambung kerja yang tergendala sebentar tadi. Tetapi satu apa pun tak terfokus. Jantungnya bergetar hebat selagi Nizam tidak berganjak dari tempatnya.

Mujurlah kemunculan Pak Su a.k.a Encik Zainal yang entah dari mana datangnya itu menyelamatkan keadaan. Maisara mengeluh lega. Terima kasih, Tuhan!

“Bertuah punya anak saudara. Bukannya nak datang jumpa Pak Su dulu. Jom, ikut Pak Su. Pak Su nak dengar perkembangan terbaru projek kita di Nilai.”

Nizam tersengih serba salah. Dia kemudian menuruti langkah bapa saudaranya menuju ke bilik mesyuarat. Rakan-rakan sekerja Maisara terkukik menahan ketawa. Sebenarnya tiada lagi rahsia. Rata-rata pekerja di syarikat sudah pun mengetahui hubungan antara Encik Zainal dan Nizam. Ini kerana Encik Zainal sendiri yang mengumumkannya. Dia tak mahu berahsia apa-apa dengan para pekerjanya.

Zana dan Rifa kemudian datang merapati Maisara. “Sekarang, jangan nak nafikan yang kau tak ada apa-apa dengan Nizam. Keadaan tadi tu telah menjelaskan segalanya.” ujar Rifa terus-terang.

Zana angguk membenarkan. “Betul tu. Dia baru sahaja balik sini. Dan orang yang pertama dia cari siapa? Engkau!So, the decision is yours, honey!”

Sebaik Zana dan Rifa berlalu. Dia termanggu sendiri. Tumpuannya kembali menghilang. Tiga minggu lagi dia bakal bertemu Mamat. Apakah jawapan hatinya? Tegakah dia melukai hati seorang sahabat?

BULU TANGKIS yang melayang jatuh ke atas lantai konkrit itu, di kutipnya. Raket diletak ke bawah. Kakinya yang panjang itu di lunjurkan. Letihnya tidak terkata. Jarang benar dia melihat alongnya ini bermain dengan penuh bertenaga. Lagaknya seperti bermain di kejohanan antarabangsa.

“Macam mana dah mengaku kalah ke?” giat Mamat.

Nizam tidak membalas soalan abangnya itu sebaliknya dia mencebik geram.

“Mana aci, long. Kau main mengalahkan lawan dengan Lee Chong Wei. Tahulah dulu kau pernah lawan wakil daerah. Ini tidak dengan adik sendiri pun nak belasah juga.” luahnya tidak puas hati.

“Dah tu, siapa yang buat pertaruhan tadi? Kau juga yang janji dengan aku kan? Siapa yang kalah kena belanja makan stik high class, amacam? Set? Tak baik mungkir janji. Dosa!” tambah Mamat, sengaja menambah sakit di hati adiknya.

“Yalah, aku tahu. Tak payahlah nak ceramah aku. Ingatkan bolehlah merasa kau belanja aku dengan gaji pertama kau tu. Hampeh aku juga yang kena keluar duit.” bebelnya.

“Heh, kau takkan tak tahu. Along kau ni kan pantang di cabar.” Mamat senyum sambil menepuk dadanya.

Nizam mencebik. “Yalah, aku belanja. Kita nak makan kat mana?”

“Dekat Steak House Taman Baiduri. Aku dengar cerita stik kat situ, boleh tahan sedap.”

Nizam membalas sambil lewa. “Baiklah...” Wajahnya sedikit kelat. Harga stik kat situ agak mencekik darah. Habislah duit aku.

Mamat ketawa lepas. “Dah, tak payah nak buat muka toya sangat. Janji harus di tepati!!”

Nizam angguk, “Yalah, alongku sayang....” Siap dengan denggung empat harakat dia bagi pada kembarnya itu.

Sudahnya Mamat ketawa lagi. Sampai bilalah perangai tangkai jering dia ni nak berubah.

SEMENTARA menunggu hidangan sampai mereka berbual kosong. Sekitar hal kerja kemudian beralih ke konflik dunia antarabangsa. Tidak ketinggalan berita hiburan dan sukan semestinya menjadi topik utama.

“Along, kau ingat tak lagi masa kita di tingkatan empat kau dan Kim terpilih mewakili sekolah tapi 2 hari sebelum perlawananan, siku kau cedera. Dan masa tu Kim buat kerja gila suruh aku yang ganti kau.”

“Mahunya tak. Aku ingat memang akan kantoi tapi nasib baik semuanya berjalan dengan lancar. Prestasi kau pun boleh tahan. Kau punya smash, memang cantik. Terkejut juga aku.”

Nizam ketawa mengenangkan muka masing-masing yang masam mencuka akibat di denda membersihkan dewan badminton sekolah. “Tapi long, lepas tu teruk kita kena dengan Jurulatih Song. Dia cakap kita tipu pihak penganjur.”

“Apa pun benda dah berlalu. Dia nak cakap apa lagi. Betul tak? Tapi kan sungguhlah masa sekolah dulu, kita boleh tahan nakal juga kan?” Mamat angkat kening.

Nizam cebik “Aku tak! Kaulah, long. Kau dengan Kim kira otailah kat sekolah dulu. Tambah pula dengan si Seungjae, Hyun dan Jun. Korang memanglegend!!”

“Tapi senakal-nakal kitaorang. Kitaorang taklah sampai nak membuli dan bergaduh.”

“Itu yang akurespect dengan kau, long.You’re my hero!”

“Itu ikhlas dari hati atau nak suruh aku yang bayar karang, huh?” giat Mamat.

“Orang ikhlaslah. Puji pun salah. Tak puji pun salah,” rajuknya. Dan Nizam masih belum berhenti berceloteh.

“Wei, malulah kat orang. Nanti apa pula diorang kata.”

Nizam senyum. “Nak kata apa long? Sah-sah muka kita ni sama. Kembar!! Takda maknanya dorang nak fikir luar alam,”

Mamat angguk. Betul juga.

Nizam ketawa. Apalah along aku ni.“Along, bila Angin Band nak turun sini? Aku rindu gila dengan diorang. Kau cakap diorang nak datang pertengahan tahun ni, jadi ke?”

“Ikut perancangan awal macam tulah. Tapi kau tahulah, jadual diorang kan sentiasa padat. Kadang bila aku telefon, suara operator yang menjawab, bukannya dorang,”

“Kenapalah dulu kau tarik diri, kalau tidak sekarang kau dah jadi bintang K-pop, siot!”

Lambat-lambat Mamat menjawab, “Mungkin bukan minat aku. Aku sertai band Kim pun sebab masa tu Jang ikut bapa dia pindah.And now, he’s back. Itu memang tempat dia.”

“Tapi long, betul kau tak rasa menyesal? Kau tarik diri masa nama kau tengah naik. Paling penting vokal kau pula memang terbaik, der... memang sayang. Satu lagi chemistry korang, memang superb.”

“Hei, kau tahu kan, yang aku kalau buat keputusan ianya adalah muktamad.Nothing can’t back me off except Him!”

“Iya, aku tahu. Cuma aku nak tengok along aku yang dulu, yang gembira yang ceria. Bukan yang ini, asyik diam, murung, kemudian senyap je memanjang.”

“Aku baik-baik sahajalah.” nafi Mamat sekerasnya.

“But to me, it doesn’t seem like that, so...spill out. Manalah tahu aku boleh tolong.” pujuknya lembut.

“Nizam, amugeodo aniyeo! (tak ada apa-apa) Aku okey!”

“Okay, then!!”

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.