BAB 12

SEBAIK sahaja Puan Husna dan Encik Fadhil keluar dari wad, Nizam menghampiri Azam yang masih terlantar lesu. Dia tersenyum pahit. Boleh pula dia terpengsan semalam. Sepatutnya dia kuat tapi... hendak buat macam mana kita orangkan kembar. Heh iyalah tu. Walhal sebenarnya dirinya yang lemah dan degil.

Azam yang terbaring kaku itu di renungnya lama. Seketika, bicara antara doktor dan ibu bapanya tadi bagaikan kembali singgah di telinga. Kecelakaan itu telah menyebabkan sepasang kaki along lumpuh. Namun mujurlah ianya hanya kelumpuhan sementara, masih boleh di rawat dengan fisioterapi. Akan tetapi, bagaimana penerimaan alongnya nanti? Moga-moga dia tabah.

Kelopak mata Azam dilihatnya bergerak-gerak. Nizam mula kaget. Tangannya spontan ingin menekan butang kecemasan namun pantas di halang oleh... Azam. Nizam lantas berpaling, jelas terpancar riak wajahnya yang terkejut. “Along, kau dah sedar,” Automatik di peluk erat kembarnya itu.

Azam pula berlagak selamba bagai tidak ada apa-apa. “Hoi, kalau iyapun rindukan aku, lepaslah. Aku rimaslah. Apalah dah besar pun nak bermanja.” Meskipun badannya masih lemah, dia tetap ingin mengusik adiknya itu.

Air mata yang jatuh di seka, “Boleh pula kau nak buat lawak iya? Tak padan dengan sakit,” tukas Nizam.

Azam ketawa perlahan, hampir tidak kedengaran suaranya. “Macam ni barulah cepat sikit kaki aku sembuh. Takkan kau nak tengok aku monyok, diam macam pesakit lain.”

Nizam terdiam. “Along kau...?”

Azam angguk. “Aku dah lama sedar. Aku buat-buat tidur masa doktor masuk tadi.” Beritahunya tanpa berselindung.

Nizam menelan liur, “Kau okey, long?” Kerisauan mula menjalar, janganlah Azam meraung macam orang gila. Tapi nampak gayanya dia macam tenang gila.

“Apa maksud kau?” tanya Azam pura-pura kurang mengerti.

Nizam angkat kening. “Kau faham maksud aku kan?”

Azam diam. Kelihatan seperti berfikir sesuatu. Kemudian dengan selamba dia berkata, “Apa kata, lusa ini kau yang pergi jumpa Maisara? Boleh?”

Azam di renungnya lama. Seakan tidak percaya. Cadangan Azam memang tidak masuk akal. Bagaimana mungkin cadangan gila ini boleh keluar dari mulut abangnya? Melainkan kembarnya ini sudah hilang kewarasan.

Nizam geleng. Dia menolak sekerasnya. “Kau kenapa, long? Tak naklah aku!”

“Listen!! It just for a while, sampai kaki aku sembuh. Takkanlah aku nak pergi jumpa dia dalam keadaan kaki aku yang lumpuh ni?” Azam meminta simpati.

“Kau boleh jumpa dia selepas kaki kau sembuh kan? Ini hanya kelumpuhan sementara.” pujuk Nizam lembut cuba mengubah keputusan gila Azam.

“Ya, aku tahu tapi berapa lama masa untuk aku sembuh sepenuhnya? Kau sendiri pun tak tahu kan? Aku dah pun tangguhkan setahun. Takkanlah kali ini pun...? Tolong, Nizam. Aku tak nak kecewakan dia.” Azam tampak sugul.

Nizam bersuara perlahan, “Tapi dengan buat begini kau akan melukai dia. Along, kau tak takut dia akan menjauhi kau? Nanti kau juga yang...”

Azam memotong, “Aku buntu. Sekarang ni, hanya kau yang boleh tolong aku, Nizam. Aku merayu, tolonglah.” Dia masih lagi dengan tekadnya.

“Along, ini semua tak betul. Aku memang kembar kau. Tapi... perangai kita tak sama. Kita tetap berbeza. Maisara akan tahu. Dia kenal kau. Korang dah bersahabat lebih 10 tahun. Aku tak nak ambil risiko.” jelas Nizam.

Azam tenang menyatakan, “Jangan risau. Aku akan tolong kau. Ibu dengan ayah pun terkadang silap memanggil kita, inikan pula orang luar. Lagipun ini hanya sementara. Aku pasti semuanya akan berjalan dengan lancar. Percayalah.”

“Azam Hairi, entahlah, aku tak pasti sama ada kaki kau yang ada masalah atau otak kau yang breakdown. Apa yang pasti aku tak nak buat kerja gila ni,” marah Nizam. Dia tersandar di tepi dinding.

“Jadi, kau memang nak aku kehilangan orang yang aku sayangi begitu? Aku dah lama nantikan pertemuan ini, tapi takdir Tuhan tidak terduga. Ikutkan hati, aku mahu jumpa Maisara meskipun dalam keadaan begini. Tapi aku tak nak menyedihkan Maisara. Lebih sepuluh tahun kami tak berjumpa.

Kalau dia tahu aku lumpuh, pasti dia akan terima aku atas dasar simpati, kasihan semata dan bukannya sebab cinta. Aku tak mahu macam tu. Aku mahu dia terima aku dengan sepenuh hati. Seikhlasnya!” terang Azam panjang lebar agar Nizam lebih memahami niatnya.

“Tapi tetap salah. Semua ini akan mengundang padah.” Nizam tetap tidak menyetujui.

“Aku tahu semua itu. Tapi aku terdesak. Aku tak nak dia ingat aku tak tepati janji. Aku tak nak dia ingat aku sengaja mengenakan dia. Nizam, hanya kau harapan aku. Tolong jumpa dia bagi pihak aku. Kau hanya perlu menyamar buat sementara waktu. Aku janji aku akan sembuh secepatnya. Jadi, kau tak perlu khuatir, okey?” Azam tidak putus merayu agar adik kembarnya ini sudi membantu dirinya.

Nizam meramas rambut. Dia terduduk lemah. Berat ini tersangatlah berat. Menyamar menjadi along? Aku dan along teramatlah berbeza. Ya Tuhan, kau berikanlah aku jalan keluar.

“Biar aku berfikir sedalamnya dahulu, boleh?” pinta Nizam agar Azam memahami situasinya.

Azam tersenyum senang. “Aku harap jawapan kau tidak menghampakan aku,”

“Pray for that!” balasnya pendek.

Azam senyum kelat. Hanya Tuhan yang tahu betapa maha berat derita yang di rasainya saat ini. Kelumpuhan ini benar-benar suatu ujian untuknya. Dan untuk itu dia redha.

DIA termanggu seorang diri di tepi kolam renang. Kedinginan malam langsung tidak terasa. Biasan wajahnya yang muncul di kolam renang di tatap. Aku dan along? Kitorang memang kembar, wajah yang seiras, saling tak tumpah tapi... permintaan along itu terlalu berat. Menyamar... sebagai dia. Segalanya hanyalah untuk Maisara?

Maisara... apa yang istimewa sangat gadis ini pada along? Sehingga along tak sanggup mengecewakan dia? Kalau benar cinta sekalipun kenapa perlu menipu begini? Dulu... along berkeras menidakkan dan kini along sanggup menyuruh aku menyamar semata-mata tidak mahu kehilangan Maisara.

Nizam merenung jauh ke atas langit yang penuh dengan bintang. Dia tenggelam dalam lamunan. Getaran telefon bimbit dari dalam poket seluar mengejutkannya. Sesaat dia tersenyum. Riana.

“Waalaikumussalam, montel. Ada apa kau telefon aku malam-malam ini? Rindukan aku ek?”

Maisara menarik muka masam. Aku punyalah berdolak dalih, mengumpulkan kekuatan menelefon dia. Alih-alih dia panggil aku montel?“Jangan nak perasanlah. Siapa rindukan kau? Aku dengar dari Encik Zainal, along kau kemalangan. Macam mana keadaan dia? Terukkah? Kau pula, okeykah? Hmm....esok kau masuk kerja tak?”

Nizam terkebil-kebil sendiri. Bertalu-talu soalan bak peluru berpandu. “Ria, kau kalau boleh bercakap laju bukan main ek? Perlahanlah sikit.”

Maisara sengih. “Heh. Maaflah tak sengaja.”

Nizam senyum tawar. Perlukah dia menceritakan hal sebenar? Sedangkan sekarang fikirannya bercelaru. Sudahnya dia berkata ringkas. “Along aku okey. Seminggu lagi keluarlah.”

Maisara diam tanpa kata. Dari nada suara Nizam nampak gaya macam kurang okey sahaja. “Kau biar betul, aku dengar suara kau pun lain macam je. Betul along kau okey?”

Kalau aku bercerita pada Ria... adakah dia akan membantah rancangan gila aku dan along? Atau adakah dia akan menyokong keputusan aku?

“Hello... Are you still there?” jerit Maisara.

Nizam langung tidak menyedari berapa lama dia mengelamun sehinggalah jeritan Maisara singgah di pendengarannya, “Maaf, Riana, aku takdamoodlah malam ni. Kita bercakap lain kali iya? Nanti, aku telefon kau, bye!” Terus panggilan terputus.

Maisara terpinga-pinga. “Hah? Apa kena dengan budak ni?” Maisara geleng kepala. “Sah, dia memang ada masalah tapi tak nak cerita.”

Maisara mendail sekali lagi, mencuba nasib. Malang sekali, Nizam tidak menjawab. Sungguh terang lagi bersuluh,mooddia kurang baik. Namun begitu, Maisara bukan jenis yang pantang berundur sebelum mengetahui sebab musabab sebenar mengapamood Nizam jadi begitu.

Mesej ringkas terus di hantar. Sehinggalah ke mesej ke 5, masih tiada balasan dari Nizam. Elok sahaja Maisara ingin menghantar mesej yang ke-enam, tertera nama Nizam di skrin telefon bimbitnya. Maisara seyum. Heh, dengan aku jangan cuba nak menyorok.

“Ria, kau ni memang tak faham bahasa kan? Aku dah cakapmood aku tak elok malam ni. Aku letih jaga along. Aku nak rehat.” Pada mulanya suara Nizam kedengaran agak lantang, namun akhirnya, entah mengapa suaranya kendur sendiri, seolah tidak bermaya.

“Okey, aku faham. Tapi kan kalau aku buat benda yang sama, macam yang kau buat? Apa yang kau rasa? Kau tentunya terasa hati kan?”

“Aku sedar, aku silap. Tapi malam ini sungguh otak aku berserabut. Maaf, aku tak dapat nak bercerita pada kau benda ni.It’s really complicated. Trust me, you never want to hear it.” jelas Nizam.

Maisara mengeluh, “Kalau begitu, tak apalah.”

Nizam menjadi serba salah mendengar nada suara Maisara yang kecewa. “Ria, kau janganlah kecil hati pula. Aku janji, lusa ini kita jumpa. Kita keluar petang sikit, okey?” pujuknya. Riana tolonglah setuju, jadi bolehlah aku minta alasan dari Maisara si along tu, blah awal sikit.

“Lusa ni tak bolehlah.”

“Kenapa?”

“Aku ada hal sikit.”

“Hal apa?”

“Kau ingat tak kawan yang aku pernah ceritakan tu? Aku nak pergi jumpa dialah.”

Sebaris ayat Maisara benar-benar membuatkan jiwanya tersentap. “Bukan dulu kau cakap nak tunggu badan kau kurus baru nak jumpa dia kan? Sekarang apa cerita? Apa sebabnya ni?” Dahinya berkerut seribu.

“Sebab kaulah.”

“Aku?”

Maisara angguk. “Kau yang cakap, aku kena yakin dengan penampilan aku kan? Lagi pula, dia kawan lama aku. Kalau dia betul kawan yang sejati, dia akan terima aku seadanya. Bukan sebab aku gemuk, dia tak nak kawan dengan aku dah. Itu bukan kawan namanya. Jadi, aku dah buat keputusan. Aku nak tengok apa reaksi Mamat nanti!” Maisara ketawa kecil. Mamat pastinya terkejut nanti kan?

Nizam terkedu. Nama itu, nama kawan lama Riana... MAMAT??!Nizam menelan liur.

“Mamat? Nama dia Mamat?” Apakah ini hanya kebetulan? Dada Nizam bergetar hebat. Harapnya bukan Mamat yang sama. Minta simpang. Perasaan aku sahaja ni.

“Yalah, nama dia Mamat! Kenapa?”

“Tak ada apa-apa. Cuma pelik, nama dia pendeknya. Tapi senanglah nak ingat.”

Maisara ketawa. “Itu nama samaran sajalah. Nama penuh dia, aku tak ingatlah pula, tapi macam nama kau, ada Zam kat belakang dia kot? Muadzam ke apa nama dia? Biasalah, asyik panggil Mamat je. Sampai terlupa nama penuh dia.”

“Oh?” ringkas darinya. Kemudian agak lama dia menyepi. Terdiam, seolah mengunci diri.

Maisara pelik. Nizam ni kenapa? “Hoi, kau ni kenapa? Takkan cemburu kot sebab aku nak jumpa Mamat?” usik Maisara.

“Jangan nak perasanlah, montel.”

“Hei, montel-montel pun aku comel tau.” Maisara sengih “Dan kalau kau nak tahu hari ini aku dapat bunga dari peminat rahsia!”

“Peminat rahsia?”

Siapa? Baru beberapa hari aku tak ada, dah ada yang masuk line? Kurang asam. Siapa agaknya ya? Zamani? Boleh jadi juga. Selalu bila aku keluar dengan Ria, dia asyik pandang semacam je. Hissh, ini yang benggang ni. Banyak lagi gadis di luar sana yang cun melecun, Riana juga yang kau nak pikat.

Nizam berdehem kecil. Nampak gayanya dia sudah tewas pada ego. Dia mula mengakui perasaannya pada Riana bukanlah sayang antara kawan tapi cinta.

Maisara gigit bibir. “Hmm...aku mulanya terkejutnya juga. Ingatkan bunga untuk Zana. Rupanya untuk aku.” Maisara terdiam sesaat sebelum meneruskan, “Sebenarnya... inilah sebab aku telefon kau pun. Selain nak khabarkan yang aku akan jumpa Mamat petang lusa ini.”

“Oh! Korang jumpa kat mana?”

“Kami akan berjumpa di kampung tempat kami membesarlah, Kampung Permatang Lima.”

Nizam angguk. Kemudian matanya terbeliak besar. KAMPUNG PERMATANG LIMA??! Tak mungkin. Nizam geleng kepala. Banyak nama kampung yang sama. Jadi... tak mungkinlah. Tapi... kenapa aku tak sedap hati sangat ni?

“Kampung Permatang Lima? Kat mana tu? Tak pernah dengar pun?”

Maisara ketawa. “Memanglah tak pernah dengar, kau kan membesar di Korea. Manalah nak tahu sangat nama kampung di Malaysia.”

“Iya aku akui itu. Tapi... nama kampung kat Sabah dan Sarawak aku bet kau pun mesti tak tahu juga kan?”

Maisara cebik. “Nak juga. Yalah, kau menang!!”

Nizam ketawa mengekek. “Alahai, sayang saya dah merajuk iya?”

“Tak payah nak sayangkan aku sangatlah!” marahnya.

“Kalau tak sayangkan kau, aku nak sayangkan siapa lagi, sayang?”

Meremang bulu roma Maisara. Gatal dia dah datang dah. “Sayangkan beruk kat hutan.”

Nizam ketawa lagi.

“Okeylah, Nizam selamat malam. Melayan kau, sampai subuh tak habis!”

“Patutnya aku yang marah tau, sebab kau menganggu aku. Aku dah ada mood kau pula nak letak telefon.”

“Mood menggatal baik tak payah.”

“La... bukan kau bini aku ke? Jadi tak salah pun.. kan?”

Maisara akhirnya ketawa juga, sebelum menggeleng kepala. “Yalah sangat. Dahlah aku betul dah mengantuk ni. Selamat malam.” ucapnya sebelum memutuskan talian.

“Selamat malam,” Nizam senyum sendiri. Bercakap, berbual dengan Maisara sedikit sebanyak terhibur juga hatinya.

Namun... bila mengenangkan pernyataan Maisara, berkenaan Mamat dan Kampung Permatang Lima, dia jadi resah. Harapnya kekhuatirannya ini hanyalah perasaannya belaka. Harapan Nizam moga ia hanyalah suatu kebetulan semata.

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.