BAB 40

POST-IT NOTE yang terlekat di atas meja itu di renungnya lama. Ianya berbunyi:

Aku ada benda nak cakap dengan kau. Jumpa kat rooftop masa rehat nanti. -Nizam-

Mimpi apa Nizam ni? Siap tulis nota lekat atas meja aku? Meja di ketuknya perlahan. Hmm... dia kata ada benda nak cakap? Takkan dia nak luah perasaan kat aku? Kemudian tangan kanan di buat menongkat kepala. Beralih pula ke kiri. Ngerinya? Tapi kot iya pun takkan kat atas rooftop? Tak romantik langsung! Sudahnya dia menongkat dagu. Nota kecil yang terlekat itu di ambil lalu di balik-balikkan.

Rifa yang sedari tadi memerhatikan gaya pelik Maisara menghampiri rakan sekerjanya itu. “Apa masalah kau ni? Lain macam aje aku tengok.”

Maisara geleng. “Nothing.” Dia cepat-cepat memperonyok nota kecil itu lalu di campak ke dalam tong sampah. “Aku cuma ngantuk je.” ujarnya sambil tersengih. Rifa tak bertanya banyak dia kembali ke mejanya. Maisara menarik nafas lega.

“AKU suruh kau datang sini pukul 1. Kenapa kau lambat? Setengah jam aku tunggu atas ni. Ingat tak panas ke? Tengok peluh aku dah meleleh dah ni. Kalau aku sakit demam ke apa. Siaplah kau!” tempelak Nizam kasar tanpa intro.

Maisara membidas dengan kasar juga. “Dalam nota tu, kau tak tulis pun pukul berapa? Kau cuma tulis masa rehat aje kan? Terpulang kat akulah nak datang waktu bila pun kan?”

Nizam diam memikir. “Okey aku mengaku. Aku tak tulis. Tapi kau pun pada-padalah. Panas kot atas ni.” Suaranya mula perlahan.

“Siapa yang pilih tempat? Kau kan?” bidas Maisara.

Nizam garu kepala. Terkena lagi.

Sepi.

Maisara bertanya lembut. “Kau kata ada benda nak cakap dengan aku? Apa dia? Penting sangat ke? Sampai kau ajak aku jumpa atas rooftop ni?” Matanya meliar memandang ke bawah. Deretan kereta menyapa pandangan.

Nizam menyuakan sebuah kotak segi empat sama, “Aku nak bagi kau benda ni.”

Kening Maisara terjungkit sebelah. Kelmarin dulu si abang bagi aku hadiah. Hari ni adik dia pun sama?“Hadiah? Hari jadi aku dah lepaslah.”

Nizam angguk. “Aku tahu. Hari lahir kita kan sama!”

Maisara senyum. “Dah tu? Kenapa tetiba terfikir nak bagi aku hadiah? What the occasion?”

The occasion of the confession!” beritahu Nizam dalam nada yang sungguh bersahaja. Dia menongkat dagu lalu tersenyum nakal ke arah Maisara.

Terus bersimpul segala urat sarafnya dengan ayat sebaris Nizam itu. Sangkaan aku langsung tak meleset? Dia nak confess kat sini?This ain’t no funny at all!”

Nizam ketawa perlahan. “Aku tak buat lawaklah, sayang. Kelakar apanya. Cepatlah buka hadiah tu!” ujar Nizam penuh ceria.

Maisara memejam mata. Dia tertunduk memandang kotak hadiah itu. Debaran di dada makin menggila.

Sejak kebelakangan ni dah menjadi kebiasaan pula bagi Nizam memanggilnya begitu. Mulanya dia terasa alergik juga namun lama kelamaan dia dah terbiasa sendiri. Lagipun ada saja kan, kawan yang memanggil kawannya sayang. Macam Rifa. Macam Zana. Tapi dorang tu perempuan Mai. Nizam tu lelaki. Mana nak sama! Tambah pula dia sendiri sedar yang Nizam... punya rasa yang sama dengannya.

“Ria...”

“Hmm...?”

“Janganlah tenung aje hadiah tu, bukalah cepat!”

Perlahan-lahan dia mengoyakkan kertas balut hadiah itu. Matanya tak berkelip. Patung beruang yang memegang bentuk hati tertulis ‘I LOVE U’ itu mengunci terus suaranya. Masa bagaikan terhenti. Ini realiti atau mimpi?

“Ria... aku sayang kau.” ucap Nizam perlahan.

Maisara menahan sebak. Akhirnya... Kata-kata itu... .

Nadanya serius.“Will you be my partner for the rest of my life?” Nizam dah pun berdiri menghadap Maisara. “Will you?” Matanya tepat menikam wajah Maisara. Getaran di jiwa semakin hilang rentaknya. Sabar menanti jawapan sang kekasih hati.

Are you really love me?” soal Maisara penuh dingin. Walau nalurinya kuat ingin menerima terus lamaran dari Nizam, namun akal nakalnya cepat memintas tanpa di pinta. Maisara mengulum senyum dalam diam.

Dahi Nizam berkerut seribu. Soalan Maisara yang tak terduga itu sunguh mencabar mindanya. Dia ingat aku tengah berlatih teater ke? Punyalah aku kumpul kekuatan nak menyebut boleh dia persoalkan perasaan aku? Kau nak duga aku ya, Ria?

“Kenapa kau tanya soalan tu? Itu dah semestinya. Kalau tak aku tak lamar kau sekarang kan? I really love you truly from my heart.” ujarnya penuh romantik.

Maisara menyilangkan tangan. “But... this setting not romantic at all. Proposing me tengah panas terik. Atas rooftop!!” Muncungnya dah panjang sedepa.

Kenyataan. Ada ke patut dia lamar aku tengah time lunch break, atas rooftop pulak tu dan sekarang cuaca punyalah panas??!! Kurang kesedaran sivik ke apa??

Matanya redup memandang Maisara. “I’m so sorry!” Nizam menyusun sepuluh jari memohon maaf. Maisara buat-buat bena tak bena.

“Sungguh! Aku tak tahu bila masa yang sesuai, kecuali sekarang. Sebabnya nanti, aku takut, aku takut, bila aku rasa masa tu sesuai aku akan hilang kau. Kau kan banyak peminat. Alex tu bukan boleh di buat main. Siapa tahu esok lusa dia hantar rombongan ke rumah kau. Melepas aku. Sebab tu aku lamar kau sekarang!”

Membulat terus mata Maisara. Terharunya aku! Sampai macam tu sekali?

“Aku tahu aku tak romantik. Tak peka dengan keadaaan. Aku tak sempurna. Tapi hanya satu yang pasti, aku janji aku akan bahagiakan kau sepenuh hati aku. For me it’s only you. The one and only!”

Hanya Tuhan yang mampu menilai betapa ikhlas hatinya saat ini. Bagaikan bertahun lamanya dia menunggu detik ini. Saat terlafaznya perasaan yang selama ini hanya menjadi rahsia hatinya. Bukan mudah untuknya berdepan dengan Maisara setelah apa yang terjadi dahulu. Namun, restu dari Azam memungkinkan segalanya.

Maisara terpegun. Senyumnya mekar. Air mata yang tertahan bah jua akhirnya. Kisahnya hampir sampai ke garisan. Tidak. Sebenarnya ianya baru sahaja bermula. Bab baru sebuah kehidupan.

“Ria janganlah diam saja. Apa jawapan Ria? Setuju ke tidak?”gesa Nizam yang masih kelam akan keputusan Maisara.

Maisara tertawa perlahan. Dia kemudiannya menjeling manja.

Nizam dah tergaru-garu kepala. “Gelak pulak dia! Ria ingat Nizam main-main ke? Kalau tak nak, cakap ajelah terus terang.” Tapi tadi air mata dia jatuh? Maknanya dia setuju ke?

Maisara tiba-tiba mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menaip sesuatu. Selang beberapa saat, mesej masuk. Nizam yang kehairanan terus membaca mesej di telefonnya.

Ria setuju.

Senyumnya terus berbunga bahagia. “Terima kasih, Ria.” Matanya berkaca.

“Sama-sama, Nizam.” ujarnya perlahan menahan segala rasa.

Terima kasih, Allah. Kerana Engkaulah terciptanya pertemuan antara kami. Tanpa keredhaanMu tidakkan mungkin berseminya kasih di antara aku dengan si dia. Segala puji bagiMu. Moga berkekalan hendaknya cinta kami hingga ke syurgaMu. Amin.

Previous: BAB 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.