BAB 9

DESIRAN angin pantai seakan mengembalikan jiwanya yang kacau. Maisara senyum hambar. Sengaja dia membawa diri mencari ketenangan di hujung bandar. Hirup udara segar begini jiwa dan hatinya terasa damai.

Ibu mulanya pelik, pagi-pagi selepas subuh terus dia meminta keizinan mahu pergi bercuti. Ibu kaget, bimbang jika dia di timpa sesuatu. Manakan tidak, ribut tiada, hujan tiada, tetiba sahaja dia seperti ingin menghilangkan diri. Maisara pantas menenangkan ibunya, dia pergi hanya sekejap. Sekadar ingin merehatkan diri dari kesibukan kerja. Walhal ibunya tahu benar, bahawasanya anaknya yang seorang ini sangat gila bekerja jadi mana mungkin... .

Rantai tangan pemberian Mamat di renungnya lama. Mamat, adakah kau juga rasa keliru seperti apa yang aku rasa sekarang? Sejujurnya aku rasa gembira dengan pertemuan ini tapi aku juga gusar, bimbang jika kau seperti lelaki lain yang hanya sekadar melihat luaran bukannya dalaman.

Dia sedar dahulu Mamat juga gemuk sepertinya tapi itu ketika kecil, masih budak. Masih belum mengambil kira personaliti seseorang. Kini, entah bagaimana persepsi Mamat? Sungguh permasalahan ini begitu menganggu minda.

Cangkerang dan kulit siput yang bertaburan di pesisir pantai di ambil dan di campaknya satu persatu ke tengah pantai. Sang suria tampak malu-malu di sebalik awan. Deru angin pagi begitu dingin. Maisara mendongak ke langit, awan kian berwarna hitam. Patutlah, hari nak hujan.

Dia senyum sendiri. Asyik mengelamun sehingga tidak sedar keadaan cuaca. Maisara bergegas menuju ke kereta, namun malangnya akibat tergesa-gesa kakinya yang tidak berkasut itu terpijak kulit cangkerang yang tajam. Darah mengalir pekat. Maisara terhinjut-hinjut berjalan ke arah tempat duduk yang berdekatan.

“Banyak darah awak tu,” Satu suara mengejutkannya dari belakang.

Sebaik dia menoleh dan terpandangkan wajah itu, Maisara tidak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya. Mulutnya terlopong. “Nizam?? Apa kau buat kat sini?”

Nizam masih diam tidak bersuara. Dia tergaru-garu kepala. “Nizam? Maaf, rasanya cik salah orang. Saya Azam.” Tenang dia menyatakannya.

Maisara spontan teringat sesuatu. Nizam ada kembar. “Maaf, saya ingat awak Nizam.” Azam senyum sebaris. Maisara mengadu sakit. Bisanya masih terasa.

“Awak okey? Luka awak nampak teruk. Tunggu sekejap saya pergi ambik kit kecemasan dalam kereta saya,”

Sekali lagi, Maisara terlopong. Baiknya hati dia.

Tidak berapa lama kemudian Azam tiba dengan kitnya. Pantas dia mengeluarkan kapas dan menekap Dettol di telapak kaki Maisara. Maisara di terpa rasa segan. Lelaki ini terlalu prihatin pada orang yang baru di kenalinya.

“Azam, tak apa biar saya buat sendiri.” ujar Maisara. Azam kemudian membiarkan sahaja tuan empunya diri merawat kakinya.

Maisara mengerling Azam sekilas,“Awak ingat saya lagi tak? Kita pernah jumpa di klinik?”

Azam mengerutkan kening, seperti mengingati sesuatu, kemudiannya dia senyum. “Awak kawan Nizam kan? Ria?”

Maisara angguk. “Sungguh, kalau awak tak menidakkan tadi, mati-mati saya ingat awak ni Nizam.”

Azam ketawa. “Bukannya awak seorang, ramai yang dah terkena. Saya dengan Nizam kadang tu tak larat nak terangkan.”

Maisara mengulum senyum lucu. “Susah juga jadi kembar seiras ni ek? Saya ingat seronok ada kembar, rupanya ada juga kekurangannya.”

“Kalau nak cerita satu buku pun tak habis.”

“Awak dan Nizam macam tiada perbezaan. Macam mana agaknya famili cam awak dan Nizam?” tanya Maisara.

Azam ketawa lagi. “Awak ni macam Nizamlah. Banyak mulut. Macam-macam awak nak tahu.”

“Oho, awak mengata sayalah ni. Tak sangka iya boleh tahan juga mulut awak ni.” Maisara pura-pura marah. Entah mengapa dia berasa senang berbicara dengan Azam.

Walhal, mereka hanya pernah berjumpa sekali. Dan ini hanyalah pertemuan kedua tapi sungguh dia terasa macam dah kenal lama sahaja lagaknya. Hmm.... mungkin kerana Azam abangnya Nizam.

Azam merenung dalam ke wajah dan mata Maisara. Senyuman itu. Senyuman Ria kelihatan seperti Maisaraku. Kalaulah ini Maisaraku, semakin galak aku akan mengusiknya. Azam senyum geli hati. Entah mengapa hatinya menjadi tidak sabar untuk bertemu Maisara. Sabar Azam, seminggu sahaja lagi.

“Hei, kenapa senyum sorang-sorang ni? Ingatkan awek ke?”

“Taklah.” beritahunya sepatah.

Maisara angguk. Malas mahu bertanya lanjut, nanti di katanya pula dia suka jaga tepi kain orang. Hujan mula membasahi bumi. Seketika suasana sepi.

“Awak masih tak jawab soalan saya tadi. Apa yang membezakan antara awak dan Nizam?”

Terkebil-kebil mata Nizam. Dia kemudian tersenyum, “Awak memang tak akan putus asa ek? Selagi saya tak jawab awak?” usiknya.

Maisara mendesis geram. Dia mengumam perlahan, “Salahkah kalau saya nak tahu? Lagipun bukankah ianya memudahkan untuk saya mengecam awak dan Nizam. Tak perlulah awak dan Nizam asyik menidakkan nanti.”

Azam garu pelipis, “Iya, baik saya beritahu.” Maisara senyum senang hati. Azam turut mengukir senyuman. “Baiklah kalau awak nak tahu, hidung saya agak tinggi. Nizam pula hidungnya agak penyet.”

Maisara angguk. Hmm...dia ada perasan itu. “Selain itu, apa lagi?”

“Saya tak pandai berenang, Nizam pandai.”

“Dan itu sahaja?”

Azam senyum. Tidak menjawab.

“Dua sahaja perbezaan awak dan Nizam?”

Azam geleng. “Tak juga. Nizam lebih outgoing. Saya pula agak introvert. Kurang bercampur dengan orang.”

“Oho, begitu.” Maisara terangguk-angguk tanda mengerti.

“By the way can I ask you something? Kenapa pagi-pagi lagi awak dah terpacak kat sini? Takkanlah datang tengok matahari terbit?” tanya Azam.

Dia hairan, berani sungguh Ria datang sendirian ke tempat yang agak jauh ini. Berseorangan tidak berteman, pasti dia ada agendanya yang tersendiri seperti dia. Dia datang sini kerana rindukan Maisara. Maisara sangat sukakan pantai. Waktu kecil dulu, saban minggu Maisara akan mengajaknya ke pantai. Datang ke pantai seakan terasa dirinya dekat dengan Maisara.

“Saja. Ambil angin.” ujarnya sepatah. Takkanlah mahu di ceritakan segalanya; yang dia datang sini kerana rindukan Mamat. Maisara senyum pahit.

Azam angguk. “Hujan pun dah reda. Saya pergi dulu. Kejap lagi ada aktiviti di resort.” Dia meminta diri setelah di lihat Maisara seperti ingin bersendirian. “Kaki tu jaga, jangan sampai terluka lagi,” pesannya.

Terdengar suara Azam, lamunannya terbang. “Resort? Aktiviti? Awak kerja dekat sini?”

Azam angguk. “Awak nak ikut pun boleh? Ianya terbuka untuk semua.” ajak Azam.

“Boleh juga,” Pantas Maisara bangun dan jalan beriringan ke kereta bersama Azam.

“MENCARI harta karun??” Ternganga luas mulut Maisara. Ingatkan aktiviti apalah sangat. Apabila di baca terma dan syarat, naik juling matanya. Ianya banyak melibatkan aktiviti lasak dan dia amat bencikan semua itu. “Azam inikan aktiviti cari harta karun. Jadi ianya patut melibatkan otak bukannya badan. Saya nak tarik dirilah. Saya tak rasa saya boleh buat.”

Azam geleng. “Tak bolehlah macam tu. Awak dah pun daftar nama kan? Jangan risau. Saya kanpartnerawak. Saya janji saya akan tolong awak.” pujuknya lembut.

Maisara masih dengan rajuknya. “Awak tipu saya. Awak tak cakap pun yang aktiviti ni lain dari yang lain.”

“Okey, saya bersalah. Saya minta maaf.”

Maisara mencebik. “Yalah, saya maafkan.” Terus melebar senyuman di bibir Azam. “Okey, jom kita ke garisan permulaan,” ajaknya. Maisara dalam keterpaksaan, mengekori juga langkah kaki Azam. Apa boleh buat. Salahnya juga kerana terburu-buru mahu mengikuti aktiviti resort tanpa usul periksa.

“Ke garisan, sedia, mula...” jerit pengadil pertandingan. Sejurus selepas itu bertebaran lari sepuluh pasukan yang mengambil bahagian termasuklah Maisara dan Azam. Hampir separuh jalan, Maisara sudah melepas nafas berat. Hampir sahaja dia terduduk di tengah jalan. Mujurlah Azam sempat memegang bahunya.

“Azam, awak lari dulu kecheck point ambil petunjuk. Tak apa tinggalkan dulu saya kat sini. Karang kita kalah pula. Cepat pergi. ” gesa Maisara dalam mengahnya.

Azam geleng laju. “Nope, inikan kerja berpasukan. Mana boleh saya tinggalkan awak,”

Maisara terkelu seketika. Terimbas kembali memori zaman sekolah. Semasa dia dan Mamat di tugaskan mencari kayu api ketika perkhemahan kelas. Kakinya luka akibat terkena batang pokok hutan yang tajam. Mamat boleh sahaja pergi meminta bantuan tapi di gagahkan dirinya mendukungnya. Sungguh saat itu amat mengharukan. Maisara senyum pahit. Sungguh dia rindu Mamat, sahabatnya itu.

“Ria, hello awak ingat apa tu?” jerit Azam kuat.

Maisara sengih seperti tiada apa-apa. “Nothing!! Jomlah, orang lain dah ke depan. Kita je yang lambat. Nanti melepas harta karun tu.” Langkah di buka laju.

“Hei, betul awak okey ni?” ujarnya yang masih risau. Manakan tidak peluh merintik lebat di dahi Maisara. Bimbang pula dia jikalau Maisara sampai terpengsan.

Maisara bersungguh menyakinkan Azam. “Saya dah okey dah. Jomlah cepat.” Dia mula berlari-lari anak. Azam pantas menyaingi Maisara. Dia tersenyum sendiri.Even minah ni montel tapi dia ni comellah, gumamnya perlahan.

DIA tersandar lelah, melepaskan penat di bangku yang terdapat di taman mini resort itu. Azam menghampirinya dengan sebotol minuman isotonik, “Nah, 100 PLUS.”

“Thanks!” ucapnya. Pantas penutup di buka. Gulp. Gulp. “Leganya,” Sepasang mata Azam tidak lepas dari memerhati tingkah Maisara yang selamba bersendawa di hadapannya. Kuat pula tu. Azam lantas melepas tawa, lucu dengan telatah Maisara,

Maisara menelan liur. Baru menyedari yang dia agak bebas laku di hadapan lelaki ini. “Maaf. Saya... rupa... awak... korangkan kembar. Nizam. Saya dah terbiasa macam ni bila dengan dia,” ujarnya beralasan. Wajahnya mula memerah. Malu siot.

Azam ketawa kuat. “Sweety. Saya faham.”

Maisara mengerut dahi. Sweety? Hanya Mamat yang memanggilnya sebegitu. Kolam air matanya mula bertakung. Air jernih yang terbit di hujung mata, di sekanya.

Azam kemudian tersedar yang Maisara seperti ada yang tidak kena. “Ria...kenapa ni? Saya ada buat awak rasa tersinggung? Awak kecil hati sebab saya ketawakan awak?”

Maisara senyum kecil. “Takdalah. Cuma saya sedih kita tak menang tadi. Kalau bukan sebab saya jatuh masa tengah berkayak tadi, tentu kita dah dapat sekurang-kurangnya tempat ke-3.”

Azam angguk. “Bukan salah awak pun. Kumpulan lain yang berlaga dengan kita. Kalah, menang; adat pertandingan. Dapat hadiah saguhati pun kira jadilah dari tak dapat apa langsung. Betul tak?”

“Itu memanglah betul. Tapi... kita dapat rantai kekasih. Bentuk hati pulak tu!!” ujarnya hampa.

Azam garu kepala. Betul juga. Dia dengan Maisara bukannya ada apa-apa. “Hmm... awak sajalah yang simpan. Bila awak dah jumpa theother half awak, awak bagilah kat dia,” putus Azam. Sementelah dia kurang gemar memakai rantai leher.

“Tapi... saya tak buat banyak mana pun. Awak yang....” Tanpa berfikir banyak, Maisara meletakkan seutas rantai ke atas tangan Azam. “Beginilah, awak simpan satu. Saya simpan satu. Sebagai kenangan.”

Azam senyum tak percaya, “Betul ni? Bukan sebab awak dah mula tersukakan saya?” giat Azam nakal.

Maisara cebik, “Jangan nak perasan.”

“Yalah, siapalah saya ni kan? Rupa pun tak ada!” Azam buat ayat sedih.

“Eleh, nak buat drama swasta pula dia.” Maisara tarik muncung, menyampah.

Azam tertawa. “Apa-apa pun, terima kasih untuk hari ini.”

“Hmm... salah tu. Saya yang patut ucap terima kasih kat awak. Kalau tak terserempak dengan awak pagi tadi tentunya hari saya tak happening macam ni.Thanks a lot.”

“Hari pun dah petang ni, jom saya belanja awak makan petang. Awak pun tentu dah lapar.”

“Hmm...okey juga tu. Orang kata, rezeki jangan di tolak.”

Azam senyum sahaja. Perutnya sendiri mula bergendang hebat. Minta di isi. “By the way, awak balik hari atau bermalam di sini?” ujarnya sekadar bertanya.

“Mungkin bermalam di sini kot? Hmm... awak pekerja kat sini kan? Heh, boleh tak kalau saya nak minta diskaun?” Maisara angkat kening.

Azam gelak. “Awak nak duduk percuma pun boleh.” Selamba Azam menjawab pertanyaan Maisara.

“Apa pula percuma. Saya cakap betul ni, boleh tak?”

“Saya pun cakap yang betullah. Ini resort kawan ayah saya. Encik Amran tu dah macam ayah saya. Jadi awak tak payah risaulah. Saya sendiri pun duduk percuma juga,”

“Tapi tadi awak cakap yang awak kerja kat sini kan?”

“Bekerja sambil bercuti. Lagipun Ayah Am kekurangan staf, jadi saya tolonglah setakat yang termampu.” jelasnya.

Maisara angguk mengerti. “Oh, begitu rupanya,”

ALUNAN muzik sentimental mengisi ruang senyap antara mereka di dalam kafe itu. Maisara langsung tidak menyedari Azam sedang menatapnya. Dia begitu asyik menjamah makanan laut kegemarannya, iaitu si udang galah. Azam mengukir senyum nipis. “Ria, sebetulnya awak mengingatkan saya pada seseorang...” ujar Azam tidak semena-mena setelah mereka hanya sepi tanpa suara.

Maisara angkat muka, dahinya berkerut seribu. “That’s a pick up line or what?” ujarnya berlelucon.

Azam senyum. Maisara juga. Azam kemudiannya menyedut sedikit jus oren, sebelum berkata, “Nope, seriously you really resemble her.” My Maisara, desisnya dalam hati.

Maisara senyum mencebik, “Hmm...I see.You too, also look alike him,” Dia masih lagi menyangka yang Azam hanya bergurau dan bercanda dengannya. Namun bila di sedari riak wajah Azam sekalipun tidak berubah. Senyumnya mati. “Sorry, I’m being a bit playfull. I thought that...”

Azam segera memintas, “I’m just bluffing out?” Maisara angguk. Untuk seketika ruang di antara mereka di himpit sepi. Sehinggalah Azam menyambung kata, “Honestly, I’m really miss her. Being with you for a day, really remind me of her.”

Maisara kejung, tidak tahu bagaimana harus beraksi sebagaimana yang sepatutnya. Azam masih lagi dengan riak seriusnya. Maisara menjadi tidak ketahuan. Dia kemudiannya senyum tak jadi.

Azam tiba-tiba ketawa kecil, “You must thought that I’m being cheesy right?”

Maisara geleng, bibir di ketap menahan geram. “Not being, but you really are. It’s jerking me out,” Serentak, ketawa mereka bergabung.

“Fuh, boleh pecah perut saya macam ni,” Ketawanya masih bersisa. Maisara begitu menghiburkan hatinya.

“Awaklah...,” Maisara gigit bibir, “...buatlah ayat yang nak mengayat tu lagi, bukan setakat perut awak pecah, otak pun boleh breakdown,” tuturnya penuh serius. ( kononnya)

“I ‘m really can’t winning you out, ”Azam segera angkat bendera putih, mengaku kalah.

Maisara mengangkat jari telunjuknya. “Never...and don’t ever think about it,”

“Yes, ma’am!” Azam mengangkat tabik hormat. Ketawa meletus lagi.

Telefon bimbit Maisara tetiba menjerit minta di angkat. “Hello,” Sisa ketawa masih lagi jelas. Si pemanggil di sebelah talian sana, berkerut seribu, “Hoi, kau apahal? Terkena histeria ke?”

Ketawa mati. “Tak adalah. Kau ni apahal pula, terjerit-jerit. Aku bukannya pekak,” marah Maisara. Matanya mengerling sekilas pada Azam. Harap muka sahaja sama. Beza si kembar berdua ni bagai langit dengan bumi. Azam bertanya siapa, Maisara langsung berkata ianya Nizam. Azam hanya mengangguk.

“Kenapa kau tak masuk pejabat hari ini? Kau ponteng kerja iya? Aku telefon rumah, adik kau cakap kau pergi bercuti. Sampai hati, pergi bercuti tak ajak aku,”

Maisara tertawa kecil mendengarkan rajukan sahabatnya itu. “Kau ni sikit-sikit nak merajuk. Dah macam perempuan.” perlinya.

Nizam tidak mengendahkan kata-kata Maisara, dia lalu bertanya, “Kau bercuti kat mana, Ria? Dekat ke jauh?”

“Buat apa kau nak tahu?”

“Hmmm... aku nak pergi menjejaki kaulah, sayang!” ucapnya selamba.

Maisara tersedak. “Kau buat tabiat ke apa panggil aku macam tu? Dah lama hidup?” marahnya.

Nizam ketawa mengekek. “Ala sayang saya ni, bergurau sikit pun tak boleh. Suara macam halilintar kalau marah. Tapi tak mengapa itu yang saya suka tu,”

Azam memandang ke arah lain, bila Maisara pandang muka dia macam nak telan orang. Kenapa pula minah ni? Aku ada cakap apa-apa ke?

Maisara menggumam perlahan; nasib kaulah Azam. Siapa suruh kau jadi kembar Nizam. Sekarang ni aku nampak macam Nizam ada je kat depan aku.

“Awak, kenapa diam je ni? Awak tak rindukan saya ke?” sapa Nizam masih dalam nada menyakatnya.

“Buat apa pula aku nak rindukan kau. Kau dah memang ada depan mata aku pun.” Kali ini giliran dia pula untuk mengenakan Nizam. Biar dia menggelabah sikit. “Bezanya kan, kenapa aku nampak hidung kau macam tinggi sikit ek? Kau ada buat pembedahan plastik ek?”

Nizam pandang kiri dan kanan. Hanya dia sahaja di dalam bilik ini. Berseorangan. “Hoi, kau kalau nak main-main pun pada-padalah.”

“Penakut rupanya.” Maisara tersengih kerang.

Azam yang mendengar kata-kata Maisara tadi mula tersenyum lebar. Mula mengerti. Rupanya inilah diri sebenar Riana. Suka mengusik. Barulah bertemu buku dengan ruas. Dia ketawa bila mengenangkan air muka adiknya tika ini. Pastinya pucat.

“Kau nak cakap dengan Along kau tak?” tanya Maisara.

“Along aku?” Nizam jelas terkejut. “Dia ada dengan kau?”

Maisara menahan tawa sebelum melanjutkan kata, “Hmm.... sebenarnya aku sedang berjanji temu dengan along kau,”

Nizam terdiam agak lama. Maisara dan along? Bila masa diorang? Hatinya berkocak hebat. Takkanlah dalam diam... Fikirannya mula tidak menentu.

Maisara kehairanan. Dah kenapa pula dengan Nizam ni. “Hai, kenapa senyap ni? Kau cemburu iya?” tebak Maisara bergurau.

Masih lagi sepi. Tiada balasan dari Nizam. Telefon bimbit yang hampir terluncur dari tangan menyedarkan Nizam dari lamunannya. “Hah? Aku cemburu? Malam sikit.”

Entah mengapa hati Maisara bagai di siat. Sangkanya Nizam... Ah, beranganlah kau Maisara. Enggang tak mungkin bergandingan dengan pipit.

Maisara senyum kelat, “Yalah, siapalah aku kan?” Diam. “Sebenarnya aku terserempak dengan along kau kat sini. Dia kerja di resort tempat aku menginap.” beritahunya dengan sedikit pengubahsuaian. “Kau nak cakap dengan along kau?”

“Boleh juga,” Lalu telefon bertukar tangan. Azam bangun dari duduknya. Menjadi kebiasaan baginya menjawab telefon jauh dari orang. Agak lama juga mereka berdua berbual.

Sekejap ketawa. Kemudian kedengaran agak serius. Entah apa yang di bualkan pasangan kembar itu, malas dia mahu mengambil tahu. Lebih baik dia menyudahkan suapan makanan yang terhenti tadi. Hehe tengok badanlah kan?

Selesai berbual, telefon kembali bertukar tangan. “Lamanya. Korang berbual apa? Nak kata lama tak jumpa. Korang duduk serumah kan?”

“Hmmm.... memanglah tapi kebelakangan ini kan, Nizam sering bertugas di luar, jadi dia jarang balik rumah. Kalau awak nak tahu, Nizam is my best bff. Di mana ada dia, di situlah ada saya. Tapi bila dah meningkat dewasa dah ada kerjaya, kami jarang lepak sekali. Kalau ada pun, hujung minggulah,”

“Tapi saya tengok awak macam tak sibuk pun. Boleh pula datang sini bercuti, dan sempat pula kerja separuh masa kat sini.” ujarnya bersahaja.

Belum sempat Azam membalas kata. Cahaya lampu, terang menyuluh ke arah mereka. Terkesima Maisara pabila terdengar tepukan gemuruh dari pengunjung cafe ini. Dia kurang jelas dengan situasi tidak terduga ini sehinggalah salah seorang ahli kumpulan muzik dari tengah pentas menarik Azam.

“Malam ini kita ada tetamu khas yang baru balik dari Korea, sahabat saya Azam,” ujar pemain gitar utama itu. “Dia akan gantikan vokalis kami yang tak dapat datang malam ini.”

Azam garu kepala, tatkala terlihat muka terkejut Maisara. Dia tersengih kerang. Maaf. Tuturnya perlahan dengan gerak mulut.

Maisara masih membatu. Masih kelam, tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Serentak dengan itu, petikan gitar mula kedengaran, dan Azam mula menyanyi mengikut rentak lagu yang di mainkan.

Dia seakan terpaku melihat jejaka di hadapannya ini. Terbit rasa kagum. Tidak di sangka sedap juga suara Azam. Ada bakat rupanya.

Usai semuanya, Azam berjalan menghampiri Maisara. “Awak tentunya terkejut kan?”

Dia angguk. “Sikitlah. Tapi pandailah awak nyanyi. Sedap!” puji Maisara.

Azam senyum lebar. Kalaulah dia tahu aku ni dulu vokalis dalam band di Korea, mahunya dia pengsan terus kot.

SELESAI MAKAN MALAM... Azam dan Maisara kembali ke bilik masing-masing.

Azam binggung dengan apa yang di rasakannya saat ini. Suara hatinya kuat mengatakan Ria inilah Maisara yang di tunggunya selama ini. Tapi... itu tidak mungkin ...namanya Ria. Dia mengeluh sendiri. Kalaulah dia masih ingat nama penuh Maisara kan senang.

“Maisara... kenapalah aku rasa kau dekat sangat dengan aku, bila aku berada berdekatan dengan si Ria tu? Dia tak ubah macam kau. Cemerkap. Tapi comel di mata aku.How I miss you girl, you never know...” gumamnya sendiri di bawah sedar.

Sunyi hati ini, tiada siapa yang tahu. Harapan aku bila bertemu kau nanti, segalanya akan kembali menjadi indah seperti dahulu kala. Tapi adakah segalanya akan menjadi kenyataan? Kata orang segalanya mungkin. Cerita cinta aku... adakah ianya jua akan mencapai penyudah yang menggembirakan? A happy ending, maybe?

DALAM PADA ITU, Maisara sendiri leka merenung rantai berbentuk hati yang di menangi bersama Azam petang tadi. Di luar sedar bibir mengukir senyum tawar. “Pada siapa patut aku beri separuh hati ini?”

Bukan Azam sahaja yang turut merasai perasaan yang pelik itu, malah Maisara juga merasakan Azamlah, Mamat yang di nantinya. Namun cepat di tepis andaian itu. “Mamat mana ada kembar. Kalau ada pasti dia beritahu aku.” putusnya sendiri. Mamat tak mungkin berahsia dengannya.

Maisara meramas keras rambutnya yang separuh bahu itu. “Aku boleh jadi gila macam ni. Hai, hari cepatlah berlalu.”

Terasa dirinya begitu mudah jatuh hati. Apakah aku terlalu mendambakan cinta seorang lelaki? Mudah sangat tertarik pada orang yang baik dengan aku? Adakah jiwa aku terlalu sunyi? Terlalu kosong? Sehingga ianya buta untuk mengenali yang mana satu adalah cinta sejati?

Apalah yang aku melalut ni? Maisara adakah kau dah tak betul ni? Bantal peluk di peluknya erat. “Lebih baik aku pejam mata, tidur...”

DAN malam itu, berlalu pergi... Namun kedua sahabat ini yang saling merindui, saling menantikan pertemuan itu, langsung tidak menduga yang mereka telah pun bersua muka... .

Indahnya takdir tiada siapa dapat menduga.

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.