BAB 37

BUNTU. Segalanya buntu. Puas sudah dia fikirkan. Jawapan yang di cari masih tak kunjung tiba. Mengapa Azam langsung hilang tanpa khabar berita? Dari hari pertama ibu aku masuk hospital sampailah ibu dah keluar bayangnya masih tak muncul. Sibuk sangatkah dia di resort tu?

Tapi kenapa kau kecoh sangat dia tak datang melawat Mai? Kau dengan mamat tu bukannya ada apa-apa pun kan? Cuma kawan biasa aje kan? Yalah, memanglah tapi... aku kan kawan dia, kawan baik. Ibu aku sakit masuk hospital, memanglah tak serius mana. Tapi sekurang-kurangnya datanglah melawat tunjuk muka, ini sampai ibu dah keluar seminggu pun langsung dia tak tanya khabar. Pulak tu senyap macam tu je! Mai kau ingat Langkawi tu dekat sangat ke dari sini? Mungkin betul dia sibuk. Terlalu. Sebab sekarang kan dah nak masuk musim cuti sekolah kan?

Dari baring di atas katil, dia bangun duduk bersila, beruang teddy di peluk erat dalam dakapannya. Kata-kata Azam dan Nizam silih berganti bermain di fikirannya. Yang abang rela mengalah demi sebuah persahabatan. Yang adik, setia menunggu jawapan darinya. Pening. Kusut. Tapi kenapa Mai? Bukankah selama ini kau ingin keluar dari rasa yang menjerat ini? Azam dah berikan kau jalan keluar, dia dah tunjukkan kau lorong menuju kebahagiaan yang kau impikan. Dan Nizam dengan megahnya menanti kau di balik penghujung sana. Apa lagi yang kau tunggu Mai? Just go and grab it!

SMS yang masuk mematikan lamunan. Senyumnya mekar. Mesej dari Azam; mengajaknya keluar pukul 3 petang nanti. Terus dia bersetuju. Pucuk di cita ulam mendatang. Orang yang di nanti akhirnya muncul. Bracelet di tangan kemudian di renungnya lama. Mai... perasaan apakah ini? Kenapa kau teruja sangat Azam ajak kau keluar ni? Sebab aku dah lama tak jumpa dia? Lama ke tu? Dua minggu aje pun kan? Salahkah aku rindu nak jumpa dengan sahabat sendiri? Salahkah? Tak kan? Detik hatinya bersuara menyedapkan perasaan sendiri. Ah, lebih baik aku mandi, segarkan badan, barulah otak pun segar. Taklah dia fikir benda yang luar alam kan? Maisara bingkas bangun, tuala yang tergantung di belakang pintu terus dicapai dan tak sampai sesaat dia dah pun menghilang ke dalam bilik mandi.

“MAK CIK, minta maaflah, hari tu saya tak datang lawat mak cik. Memang sibuk sangat. Ikutkan memang nak lari balik sini sat. Tapi karang tinggal dekat dorang tu, lain pulak jadinya.” ujar Azam sambil tunduk menyalami tangan Puan Arisa.

Puan Arisa tersenyum ramah. “Tak apa, mak cik faham. Ni bukan kamu datang melawatlah ni pun kan?”

Azam senyum sebaris. “Mai mana mak cik? Tak siap lagi ke dia?”

“Siap dah rasanya tu, sat mak cik pi panggil dia.”

“Tak apalah mak cik saya boleh tunggu.”

“Hmm... kalau macam tu duduklah dulu iya. Mak cik nak ke dapur kejap.”

Azam angguk. Derap langkah dari atas tangga, memaksa Azam memanggungkan kepala. Meskipun Maisara hanya berpakaian ringkas, blaus dan skirt labuh, dan selendang pashmina dia tampak begitu anggun. Mulut Azam tanpa sedar ternganga luas. Cantiknya dia. Baru beberapa hari aku tak jumpa dia dah jadi cantik macam ni?

Pipi Maisara berubah rona. “Mamat, yang kau tenung aku bagai nak rak tu apahal?”

Pantas mulutnya di katup dengan tangan. “Err... tak adalah. Kau jelita sangat hari ni.” Azam menggaru belakang tengkuk, sengihnya lebar menutup malu. “Dah macam bidadari turun dari langit. One more thing, kau perasan tak muka kau ada iras-iras Jessica Alba. Keluarga kau ada bau-bau bacang dengan dia ke?”

Maisara tergelak kuat walhal sebenarnya berbunga juga hatinya. Bukan selalu lelaki yang bernama Azam ini hendak memuji dirinya. Pulak tu boleh pula dia kata wajahnya seiras pelakon filem Honey tu?! Memang putus fius. “Mat kau ni dah apahal? Dah, jomlah gerak.”

Azam bangun. “Seriously, your are so beautiful today!” bisiknya perlahan kerana tika itu Puan Arisa sedang menuju ke arah mereka berdua. Azam senyum nipis. “Mak cik saya bawa Mai keluar kejap. Sebelum maghrib saya janji saya hantar dia balik!” Dia tersengih lebar. Puan Arisa menepuk bahu Azam. “Ingat bawa kereta tu, jangan laju-laju. Pandu cermat jiwa selamat!”

Maisara tepuk dahi. Hish, ibu ni boleh pula dia buat pesanan gaya iklan keselamatan jalan raya. Azam lantas tertawa. “Ya, mak cik. Saya ingat tu!”

Usai bersalaman mereka terus menerobos masuk ke dalam kereta.

SETELAH hanya di temani suara deejay radio berceloteh dan lagu-lagu yang di putarkan sepanjang pemanduan, Azam kemudiannya bersuara memecah ruang sunyi antara mereka. “How’s your life?”

Kening Maisara terjungkit sebelah. Pertanyaan Azam ini boleh menjadi dua makna. Satu memang Azam bertannya berkenaan dirinya. Satu lagi berkemungkinan mengenai hubungan Maisara dengan adik kembarnya yang sorang tu. “Meaning?”

Azam mendesis kecil. Tak faham bahasa pulak minah ni.What else, my dear friend? You and my brotherlah!

“Tiada apa yang berubah pun. Still the same as ever!” jawab Maisara datar tanpa nada. Walhal Nizam dah pun buka langkah kuda-kuda dia pula yang menikus... macam anak dara pingitan. Hish tak kena gaya langsunglah.

Dahinya berkerut. Aku dah bagi lampu hijau kot kan? Apa yang dorang nak tunggu lagi ni? Yang Nizam pun satu hal. Make a movelah bro! “Kau nak aku tolong?’

No need!”

Why?”

You know why! Right?”

Azam angguk. Faham benar dengan perangai Maisara bila dia kata tak tu maka tak lah maknanya. Jangan di usik karang berapi jadinya. Stereng kereta di ketuk perlahan. Sekilas di pandang Maisara dengan hujung mata. Kereta di beloknya ke kanan.

Then....?”

Azam jungkit bahu kanan. “Entah. Mungkin sebab kau kawan baik aku. Nizam adik aku. Nothing else!” Enjin kereta di matikan. “Jom turun, kita dah sampai pun. Tapi nak kena jalan sikitlah dari sini. Sebab kat sebelah sana restoran tu parking dia dah penuh!”

Maisara angguk. Langkah kaki dibawa mengekori Azam yang dah pun selangkah di depannya.

AZAM ketawa bisu melihat telatah Maisara. Menu makanan di tangan sahabatnya itu di tarik perlahan dan di beri kepada waiteryang setia menunggu pesanan.

Lasagne and pasta cabonara for two! Ice lemonade and tropicana juice for drink!” ujar Azam memesan makanan untuk mereka berdua. Waiter itu angguk sambil mengulang kembali pesanan makanan sebelum tersenyum nipis.

Sebaik waiter itu berlalu ke arah dapur, mata Maisara melilau memandang sekeliling restoran. “Apasal kau tak cakap yang kita nak makan di restoran Itali?!”

Azam gelak. “Kalau cakap, bukan kejutanlah namanya!”

“Gelabah aku di buatnya tadi bila pelayan tu cakap Itali! Menu pula satu aje yang aku faham. Pasta! Yang lain apa dia tulis pun aku tak khatam!”

Azam mengekek ketawa.

“Yang kau pulak, bila masa yang kau pandai cakap Itali ni? Setahu aku kau duduk kat Korea bukan Itali kan?” Dia mencerlung penuh geram.

“Memanglah. Tapi masa kat uni dulu aku ambik Itali sebagai bahasa kedua!” jelas Azam dalam ketawa yang masih bersisa.

“Kenapa tetiba kau ajak aku makan kat sini?”

“Nak belanja kau makanlah,kawan!”

“Aku tahulah. Tapi kenapa kat sini dan bukan kat tempat lain!”

“Sebab aku kan dah janji dengan kau dulu! Ingat tak? Masa kat pondok lepas balik ngaji tu?”

Maisara tak terkata apa. Terdiam.

“Mai... kau ingat tak?”

Maisara sekadar tersenyum. Dia angguk. Azam mahu membuka mulut namun pesanan makanan telah pun sampai. Sudahnya bicaranya terhenti.

Previous: BAB 36
Next: BAB 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.