BAB 36

“RIANA,” panggilnya perlahan. Maisara menoleh. Terkejut. Setahunya, dia belum memberitahu lelaki ini. Sementelah ada perkara yang membuatkan dia segan untuk berhadapan dengan lelaki ini. Perbualan dengan Azam kembali terngiang di telinga.

Segala lamunan mati, tatkala seukir senyuman terhias indah di wajah lelaki itu. Maisara turut tersenyum. “Nizam, macam mana kau tahu ibu aku masuk hospital?”

“Aku tanya Rifa pagi tadi, kenapa kau tak masuk pejabat, terus dia beritahu aku, ibu kau masuk hospital. Terkejut aku tau. Ingatkan serius. Mujurlah cuma tekanan darah rendah aje.”

Maisara hanya terangguk perlahan seakan terlupa pula yang dia ada menelefon Rifa memaklumkan perihal ibunya. “Itulah pasal. Kelam kabut juga satu rumah pagi tadi bila ibu tetiba aje pengsan.”

“Raina dengan ayah kau mana?”

“Ayah dengan adik aku balik ambil baju, kejap lagi sampailah dorang tu.”

Nizam angguk. “Azam kau dah bagitau?”

“Aku ada cakap dengan dia tadi. Esok mungkin dia akan datang melawat kot. Sebab katanya kerja kat resort bertimbun, tak menang tangan!”

“Berapa lama ibu kau kena tahan duduk kat hospital ni?”

Belum sempat Maisara nak menjawab, satu suara terlebih dahulu mendahului, “Mak cik kena tahan duduk sini dalam 1 minggu kot rasanya. Kenapa? Nizam nak tolong jaga ke?” ujarnya dalam nada berseloroh.

Nizam tersengih kecil. Menahan malu bercampur segan kerana terlalu banyak bertanya.

Maisara lantas mencium pipi ibunya, “Alhamdulillah, ibu dah sedar?!”

“Mesti ibu dah terkejutkan kamu semua pagi tadi kan?” ujarnya dalam suara yang masih lemah sambil menggengam erat tangan Maisara.

“Sikitlah. Tapi benda dah nak jadi kan? Tapi itulah, ibu ni bukannya reti dok diam. Semua kerja nak buat. Berkebunlah. Senam robiklah. Bertukanglah. Mana tak penatnya badan tu. Pulak tu ibu jarang minum air, sebab tu yang boleh pengsan tu!” bebelnya bagai tiada henti. “Lain kali...”

Puan Arisa pantas menekup mulut anaknya. “Kamu ni kalau bercakap mengalahkan doktor. Ya, wahai anak ibu yang tercinta, ibu janji, kali ni, ibu akan jaga makan, boleh macam tu?”

Nizam sekadar memerhati, sebelum mengoyak senyum geli hati dengan telatah Maisara.

“Baiklah, Mai pegang janji ibu tu!!”

Puan Arisa tergelak kecil, spontan dia memeluk bahu Maisara. Serentak dengan itu, pintu di kuak perlahan. Tersembul wajah Raina dan ayahnya.

Setelah berbual seketika dengan ayah Maisara, Nizam meminta diri untuk pulang. Maisara keluar menghantarnya.

“NIZAM, terima kasih sebab datang melawat.” ujar Maisara dengan ayat piawai.

“Sama-sama,”

“Nizam, aku nak tanya sikit boleh?”

Nizam melabuh duduk di bangku taman mini hospital. Maisara mengambil tempat di sebelah Nizam. “Nak tanya apa? Tanyalah!”

“Hmm... macam ni, dulu kau ada cakap yang awek kau, nama dia Yuri kan?”

Nizam kerut dahi. “Kenapa tiba-tiba kau tanya pasal dia?”

“Tak. Bukannya apa. Sebab beberapa hari yang lepas aku terserempak dengan Alex dan... sepupu dia nama Yuri. So, aku justteringat yang nama awek kau pun Yuri kan?”

“Okey? Jadi?”

“Jadinya, sebab sepupu dia tu orang Korea dan imaginasi aku yang terlebih kreatif ni, terfikirlah yang dia berkemungkinan Yuri yang sama dan sebenarnya kau juga dah kenal Alex!!”

Nizam buat muka blurr. Separuh nafas dia menahan tawa. “Dah kenapa dengan kau ni?”

“Tak ada apa-apalah,” ujarnya.

“Tak sangka iya, kau ingat lagi nama dia Yuri, pasal aku pernah cerita pasal dia. Kuat juga ingatan kau iya? Atau kau sebenarnya cemburu?”

Maisara mendesis kecil. “Mana ada.”

“Sebenarnya aku ada satu benda nak terus terang dengan kau, Yuri tu... dia bukan awek aku.”

“Bukan awek? Tapi dulu kau cakap dia awek kau kan?”

Anggguk. “Aku reka cerita aje. Dia yang minat aku. Tapi aku langsung tak ada perasaan kat dia, aku anggap dia macam adik aje.”

“Kenapa dulu kau cakap dia awek kau?”

“Kau rasa sebab apa?” Pandang Nizam tajam.

Maisara tergagap-gagap menyusun kata.“Errr... mana.. manalah aku tahu sebab apa!”

Nizam bangun berdiri menghadap Maisara. Riaknya serius. “Aku tahu sekarang bukan masa yang sesuai, tapi di sebabkan kau buka topik pasal Yuri, aku rasa aku perlu tahu jawapan pada persoalan aku selama ni,”

Mulut Maisara ternganga luas.“Hah? Maksud kau?”

“Maksud Nizam, Nizam nak tahu Ria betul-betul maksudkan ke apa yang Ria katakan dulu kat pantai yang... Ria sukakan Nizam?”

Maisara mengeraskan diri. Jantungnya berdetak laju. Sepatah kata tak terlontarkan. Lidahnya kelu. Apahal suara Nizam lembut mendayu tetiba ni? Pulak tu, siap tukar siaran cara bercakap? Seram pulak aku rasa...

“Ria tahu tak kenapa Nizam tipu Ria, cakap yang Yuri tu awek Nizam. Sebabnya... Nizam tak nak Ria bercinta dengan Mamat. Sebab masa tu kan Nizam menyamar jadi dia... Sungguh Nizam tak sangka yang Ria masih ingat. So can you answer me, Ria? Masa tu, Ria dah suka Nizam ke?”

“Huh? Err... apa kau cakap ni? Aku... aku tak fahamlah,” Maisara garu pelipis. Dia tertunduk ke bawah, mengelak renungan tajam namun penuh kelembutan itu.

Lama mereka berdua membisu sehinggalah Nizam bersuara...

“Hmm... kalau macam tu, aku balik dululah. Bye,” ujarnya lemah seraya bangun menuju ke tempat letak kereta. Maisara menghantar Nizam pergi dengan pandangan mata.

Nizam... aku minta maaf. Bukannya aku tak faham, cuma aku minta kau berikan aku masa. Masa untuk berfikir dengan tenang.

LANGKAH kakinya terhenti di luar tandas apabila ternampak kelibat Maisara yang baru keluar dari pantri. “Aik, kelmarin kau kata nak masuk lusa ni kan? Ibu kau kat hospital sapa jaga?”

Senafas Maisara menjawab. “Raina kan ada? Dia yang jaga. Lagipun ibu yang suruh aku masuk keja hari ni, dia kata dia dah okey dah. Tak payah nak risau sangat. Aku pun dengan terpaksa tanpa rela masuk jugaklah kerja hari ni,”

Nizam sekadar tersenyum. “Petang nanti lepas habis kerja kita pergi jenguklah dia, okey?”

“Kita?” tanya Maisara tanpa memandang wajah Nizam. Hal kelmarin tika di hospital masih segar dalam ingatannya.

Nizam pula tanpa mempedulikan Maisara, terus menerus menatap lembut seraut wajah itu.

“Yalah. Aku nak juga pergi. Kelmarin aku singgah sekejap sangat, pulak tu buah tangan pun tak bawak. Hari ni, aku ingat nak singgah mini market beli buah epal untuk ibu kau,”

“Wei, kau dah lupa ke, ibu aku mana makan buah epal.”

“Huh? Dia tak makan ke, sayang?”

Maisara geleng kepala. Selambanya dia panggil aku sayang. Aku debik juga dahi mamat ni. “Memang sahlah, kau ni banyak makan kepala ikan!!”

Nizam kerut dahi. Tak mengerti. Aku cakap pasal epal. Tetiba dia cakap pasal ikan? Apa kena mengenanya?

“Kepala ikan? Apa kena-mengena kepala ikan dengan aku?”

Maisara pandang muka Nizam dengan rasa tidak percaya. Laki kat depan aku ni. Dia ni betul-betul tak faham atau dia memang bodoh? Otak kering?? Biar betul!

“Dahlah, malas aku nak layan kau, berlambak kerja aku nak buat ni,” Maisara terus berjalan ke arah mejanya.

“Hoi, apa kena mengena kepala ikan dengan aku??” jeritnya dari jauh.

Maisara buat-buat tak dengar. Sesudah sampai di meja, dia terus menyambung kerja yang tertangguh tadi tanpa mempedulikan Nizam yang telah pun berdiri di sebelahnya. Rifa dan Zana memandang mereka dengan penuh tanda tanya.

“Kenapa dengan korang ni, pagi-pagi lagi dah bertekak ke?” tanya Rifa.

Nizam terus bercerita pokok pangkalnya. Rifa dan Zana tanpa menunggu lagi, ketawa terbahak-bahak. Maisara mengulum senyum dalam diam.

Nizam terpinga-pingga. “Apahal korang ni? Apa yang lawaknya tentang kepala ikan?”

“Nizam. Maksud Maisara tu, orang yang makan kepala ikan tu, mudah terlupa, lambat pick up faham? Contohnya macam kaulah,” terang Zana dalam ketawa yang masih berbaki.

Nizam tengok mereka bertiga tak berkelip. Dia tersenyum sendiri. Malulah tu.

“Kau ni pun satu. Dah tahu aku duduk kat Korea tu bertahun, janganlah pakai terma yang aku tak faham,” ujarnya dalam nada yang merajuk.

“Yalah, tuan. Saya janji, saya takkan buat lagi.” Maisara mengangkat lima jari, tanda aku janji.

Nizam senyum senang hati. “That’s my girl!”

I’m not your girl!”

Sooner or later you will be mine,” bisiknya perlahan di telinga Maisara sebelum berlalu pergi. Maisara menelan liur, penuh gugup. Raut wajah Nizam yang serius tika menuntut jawapan darinya kelmarin berbayang di mata.

Rifa dan Zana saling berpandangan namun kemudian mereka berdua tersenyum dalam diam.

Previous: BAB 35
Next: BAB 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.