BAB 14

TIDURNYA tidak lena. Entah mengapa malam ini dia tidak dapat melelapkan mata. Mungkin kerana esok dia bakal bertemu Mamat? Sungguh hatinya girang tidak terkata. Inilah saat yang di nantinya selama ini. Tetapi mengapa debarannya terasa berlainan sama sekali? Sepertinya kali ini mereka tidak dapat berjumpa juga?

Maisara bangun dari perbaringan. Langkah terus di bawa menuju ke kamar mandi. Wudhuk di- ambilnya dan selang beberapa minit kemudian dia telah pun berdiri menghadap Yang Maha Esa. Usai solat, dia menadah tangan berdoa agar pertemuan kali ini di permudahkan. Sungguh hatinya rindu untuk bertentang mata dengan sahabatnya itu. Moga semuanya berjalan dengan lancar. Dengan izinNya.

Terlakar senyuman di wajah Maisara. Sungguhlah ketenangan itu dapat di rasai dengan mendekatkan diri padaNya. Gambaran wajah Mamat ketika kecil terbayang di matanya. Hai hari, cepatlah menuju pagi. Hati ini, bagaikan di tarik rindu padanya.

Cinta atau persahabatan, Maisara tak pasti. Namun, saat ini dia bagaikan panasaran, seakan dirinya ini mahu berjumpa ahli keluarga yang telah lama jauh terpisah. Itulah mungkin definisi yang tepat bagi dia dan Mamat. Bagaikan air yang di cincang tidak akan putus.

ESOKNYA, Maisara bertolak awal ke tempat yang telah di janjikan. Masa yang ada, di gunakan sebaik mungkin untuk menjelajah segenap pelesuk kampung tempat dia membesar ini. Pantai... kenangan bersama Mamat banyak tercipta di sini. Pantai adalah tempat lepak mereka. Disebabkan kegilaannya pada pantai, Mamat turut menyukainya juga. Sejujurnya antara mereka banyak persamaan. Namun bila sudah menginjak dewasa ini, apakah persamaan itu masih ada? Maisara tertanya sendiri.

Seperkara lagi, hatinya kini... terbelah dua. Antara Nizam dan Mamat? Masa memang merubah segalanya. Dia akui itu. Mungkin Mamat juga begitu. Gurauan berkasih itu hanya gurauan semata. Gurauan tika kanak-kanak, masih mentah, tidak bermakna apa-apa.

Ah, Mamat tak mungkin sukakan aku. Aku sahaja yang terlalu banyak berfikir. Mamat tak pernah mengatakan. Hanya aku yang terperasan sendiri. Hanyut dalam anganan.

Sedangkan Mamat mungkin menganggap aku hanya sebagai sahabat. Dia cuba menyedapkan hati sendiri yang telahpun berpaling dari cinta monyet mereka.

Nizam... dia bagaikan teka-teki yang merumitkan lagi jiwanya. Dia sedar, Nizam insan yang baik. Nizam menolong dia di dalam banyak perkara. Berdiet, menguruskan pelanggan yang mengjengkelkan, dan termasuklah juga mendengar bebelan, leteran dan rungutannya.

Nizam penyabar orangnya walau dari segi luaran, dia tampak dingin. Nizam juga dilihat jujur berkawan dengan si montel sepertinya. Lama-kelamaan dia jadi terlalu bergantung pada Nizam. Entah mengapa dia sendiri selesa begitu. Sehinggalah, tanpa sedar, perasaan aneh itu telah pun wujud di dalam hatinya.

Maisara gigit bibir. Dia menggeleng perlahan. Perasaan itu cuba di lontar jauh. Acap kali, itulah yang sering di lakukannya. Dia tersenyum nipis. Teringat kata-kata Rifa dan Zana yang pernah memarahinya kerana ego untuk mengakui. Malah mereka mengatakan dia kurang keyakinan diri.

Angin pantai menyapa lembut pipinya. Dingin menyelubungi. Nizam umpama putera, aku pula hanyalah dayang istana, tidak aku hanyalah dugong. Jadi mana mungkin Nizam menyukai aku kan?

Dia mula berperang dengan perasaan sendiri. Cangkerang yang bertaburan di tepi pantai di kutip dan di lemparnya jauh ke tengah pantai. Seakan cuba di lempar jauh perasaannya pada Nizam mahupun Mamat. Dia bukan buta. Dia sedar siapa dirinya. Cuma... keadaan dan sikap baik kedua-dua lelaki ini, begitu menyentuh jiwa wanitanya yang dahagakan kasih sayang dan perhatian. Terasa dirinya di manjai dan di lindungi.

Jadi, wajarkah dia berpaling dari perasaan sendiri? Sedangkan diri telah hanyut dibuai perasaan. Soalnya, adakah tempat di hati mereka untuk perempuan yang sepertinya?

KELUHAN demi keluhan di lepaskan. Janji harus di tepati. Dia tahu itu. Namun, mengapa berat benar kakinya ingin melangkah? Stereng kereta di pegang kemas, cuba menyembunyikan gementar di hati. Ombak yang membadai pantai, sayup-sayup kedengaran.

Dari jauh dia terpandang kelibat seseorang. Mata di pejam erat. Dia yakin gadis itu pastinya Maisara kerana hari ini bukanlah hari hujung minggu. Jadi, tidak ramai pengunjung, yang kelihatan hanyalah dua tiga famili.

Tanpa membuang masa lagi, Nizam terus keluar dari kereta. Tiada apa yang perlu di risaukan. Segala persediaan telahpun di lakukan. Azam ada mengajarnya serba serbi hal mengenai Maisara. Kegemaran, kesukaan, kebencian dan bermacam lagi. Nafas di tarik panjang-panjang. Segalanya akan baik-baik sahaja. Kau boleh Nizam. Yakin boleh. Sekarang kau adalah Mamat!

MAISARA tersentak tatkala menyedari ada seseorang di sebelahnya. Lelaki itu tersenyum kecil, lagaknya bersahaja, payung di tangannya di buka luas, “Aku tak ada payung lebih, terpaksalah kita kongsi berdua,”

Tanpa banyak soal, Maisara tumpang berteduh di bawah payung lelaki itu. Hujan mula mencurah turun dengan lebatnya. Mereka kemudiannya menghala ke arah pondok yang berdekatan. Sepi menghuni. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulut keduanya. Masing-masing tenggelam dalam perasaan.

Nizam mengerling sekilas pada gadis yang duduk di sebelahnya ini. Kenapa... mesti dia? Dugaan apakah ini? Seketika tadi, sebaik sahaja terpandangkan sepasang mata itu, dia jadi kaget. Dia cuba berlagak tenang. Tapi mana mungkin... setelah kebenaran terpampang di depan mata.

Sangkaannya, langung tidak meleset! Riana adalah Maisara. Teman sepermainan merangkap sahabat lama dan cinta hati abangnya adalah Riana. Si gadis yang dalam diam telah mencuri perhatiannya. Ya Tuhan, ujian apakah ini? Haruskah di teruskan rancangan gila ini?

Maisara menoleh memandang Nizam. “Nizam?” panggilnya lembut.

Nizam senyum segaris. “Hmm...?”

Ada kerutan di dahi Maisara. “Kau bukannya ikut aku kan?” tanyanya teragak-agak.

“Tak.” jawab Nizam sepatah.

Macam mana ni? Apa yang patut aku cakap? Hai, saya adik Mamat. Tak, saya Mamat! Aduh, agak-agak dia percayakan aku tak? Nizam tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Patutkah aku teruskan?Dia kemudiannya bersila menghadap Maisara.

Maisara terkebil-kebil memandang Nizam. Dia mula pelik dengan tingkah laku Nizam. Dahinya berkerut, “Dah kenapa dengan kau ni?”

Nizam menghela nafas panjang. “Don’t you regonize me?”

Maisara ternganga. “Regonize you? Memanglah aku kenal kau. Kau kan Nizam, kawan baik aku.” Maisara gelak. “Kau ni kenapa yang sebenarnya?”

Nizam diam tidak menjawab. Wajah Maisara di tatap lama. “Riana Maisara bt Khairuddin! Segala apa yang bakal aku ceritakan nanti, janji dengan aku, kau takkan naik darah atau melenting atau merajuk dengan aku? Boleh?”

Maisara terpingga-pingga, kurang mengerti apa yang di maksudkan Nizam.

“Hairul Nizam b. Fadhil, apa yang kau mengarut ni? Apa yang kau nak cerita ni? Kau nak cakap yang kau ni Mamat?” tebaknya sebelum tertawa lucu.

Tak mungkinlah Nizam boleh jadi Mamat, mereka amat kontra. Kalau betul Nizam, Mamat. Aku pasti dah lama cam dia. Dari mata dia, aku boleh...

Maisara merenung anak mata Nizam. Warna perang, dan redup mata itu... Takkanlah kot? Tawanya mati. Nizam di perhatinya kaku dan serius. Belum pernah selama mereka berkenalan, dia melihat Nizam yang sebegini.

“Nizam, kau... kenapa diam saja ni? Aku bergurau sajalah. Cakaplah apa yang kau nak cakap. Sementara kawan lama aku, si Mamat tu tak datang lagi, bolehlah aku layan sembang dengan kau, taklah bosan sangat.”

“Baiklah, harapnya kau tak terkejut sangat bila dengar cerita aku ini.” Nizam mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek seluarnya. “Ini bahan bukti, untuk melengkapkan cerita aku, sekeping gambar,”

Maisara angkat kening. “Kau pun ada rahsia juga? Menarik. Gambar apa tu? Boleh aku tengok? ” Dia cuba mendapatkan gambar itu dari tangan Nizam.

Nizam senyum tawar. Maisara amat naif. Dia sepertinya tidak dapat mengaitkan akan keberadaannya di sini bukanlah satu kebetulan semata. Dia masih tidak tahu apa yang bakal dia dengari nanti akan mengejutkannya. “Untuk kau tengok gambar ni, kau perlu dengar dulu cerita aku,”

“Okey, ceritalah. Dari tadi cakap nak cerita tapi satu apa pun tak mula lagi,” rungutnya.

Nizam ketawa paksa. “Baik, saya mulakan iya!”

Maisara angguk, “Silakan...”

Nizam menarik nafas dan kemudian satu keluhan di lepaskan.

“Aku pernah tinggal di sini untuk satu ketika sebelum berpindah ke Korea. Di sini banyak memori yang tercipta. Di pantai inilah tempat aku sering menghabiskan masa dengan seorang sahabat baik aku,my Wonder Woman.

Masa kecil badan aku agak berisi. Sebenarnya lebih gemuk dari saiz kau sekarang. Macam-macam gelaran orang panggil aku. Doraemon, Tong Dram, dan Hipopotamus. Sahabat aku, dialah bidadari kecil yang selalu lindungi aku yang pengecut ni. Zaman kanak-kanak aku terisi dengan kenangan yang terindah kerana adanya dia.” Nizam membisu, untuk seketika matanya melekat pada wajah Maisara yang kian berubah riaknya.

Maisara terpaku dan keliru. Bermimpikah aku? Nizam dia... bukan Mamat kan? Tapi... kenapa cerita dia, kisah dia? Maisara kalau Nizam adalah Mamat, bukankah masalah kau selesai? Kau tak perlu buat pilihan antara Mamat dan Nizam kerana mereka orang yang sama! Bukankah ini yang kau mahukan?

Maisara tertunduk ke bawah, tidak berani memandang sepasang mata itu. Harapnya ini bukan benar. Kalau betul, maka aku akan malu besar sebab tak dapat cam Mamat.

Nizam pula matanya tak lepas dari memandang wajah Maisara. Maafkan aku atas pembohongan ini. Aku terpaksa. Walau payah aku harus meneruskan jua. Janji aku pada along harus di tepati.

Nizam berusaha mengawal riak wajahnya sebaik mungkin. Selepas menghabiskan ceritera ini, dia bukannya Nizam lagi, tapi Mamat!

“Tapi... yang indah hanya sementara kami terpaksa berpisah. Walaupun terpisah jauh beribu batu, kami tetap dekat sebab selama 10 tahun yang lalu e-mel menjadi perantara kami. Memang agak rigid, tapi kami puas, asalkan kami dapat terus berhubung.”

Sepatutnya tahun lepas aku datang, tapi disebabkan ada masalah teknikal, aku terpaksa tangguhkannya. Aku tahu kedengarannya aku agak mementingkan diri. Tapi... setelah setahun akhirnya aku datang untuk menunaikan janji. Aku tak nak menghampakannya untuk kali ke-2.”

Maisara menarik perlahan gambar yang di pegang Nizam. Nizam membiarkan sahaja tindakan Maisara itu. Dia kemudiannya memalingkan wajah, tidak sanggup melihat reaksi Maisara.

Gambar itu di renungnya. Lama. Dia dan Mamat di halaman rumah arwah nenek. Tika itu musim durian... dan dia dan Mamat yang sedang berebut seulas buah durian di tangkap gambar candid oleh ayah Mamat. Gambar itu... amat lucu sebab mukanya habis basah akibat di curah air oleh Mamat. Mamat pula ketawa riang penuh ceria dalam gambar ini.

Air mata perlahan-lahan jatuh membasahi pipi Maisara. Dia tertawa dalam tangisan. “Nizam, ini bukanprank kau kan? Gambar ini bukannya palsu kan?”

Nizam geleng, “Tak, apa yang kau lihat itulah yang sebenarnya. Apa yang aku ceritakan tadi pun semuanya benar. Sebab benda ni semua hanya Mamat dan Maisara yang tahu kan?”

Maisara angguk. Matanya masih basah. “Tapi... kenapa kau tak beritahu aku dari awal? Kenapa tak tegur aku? Kenapa tak cakap yang kau ada kembar? Seronok mainhide and seek dan permainkan aku?” tanyanya bertubi-tubi. Dia mahukan penjelasan. Dia bukannya boneka yang tiada perasaan. Mengapa Nizam tega memperlakukannya sebegini?

“Ria, aku pun sebenarnya baru sahaja tahu. Ingat tak, panggilan kau dalam dua hari yang lepas. Setelah dengar apa yang kau katakan, aku jadi tak tentu arah. Aku jadi takut. Rupanya apa yang aku sangkakan selama ini bukanlah kebetulan tapi ianya kebenaran.

Dan kebenarannya kau adalah Maisara yang aku tunggu selama ini. Dan aku adalah Mamat. Selama kita kenal, kita jarang bercerita kisah peribadi, mungkin sebab itu kau dan aku, kita lambat mengecam antara satu sama lain.” simpulnya ringkas.

Maisara memicit kepala, terasa berpinar dunianya saat ini. Betulkah segalanya ini? Nizam orang yang aku rindui selama ini? Dia Mamat?

“Nizam, aku... minta maaf, semua ini terlalu drastik untuk aku. Aku... bukannya tak gembira dengan pertemuan kita tapi aku rasa macam kelakar, macam kau dan Mamat bukan orang yang sama. Ya, aku tahu! Kita dah dewasa, perangai mungkin berbeza. Tapi, kau pandai berenang. Mamat tidak. Dan banyak lagi sebenarnya yang mengelirukan aku.”

Maisara terdiam lama seolah memikirkan sesuatu. Kalau di congak darab tambah tolak bahagi, persamaannya lebih merujuk kepada Azam Hairi yang kini terlantar di hospital itu.

Maisara tersenyun sinis. “Nizam, lebih baik kau cakap perkara yang sebenarnya. Siapa antara kau dan Azam adalah Mamat? Gambar ini memang sah adalah benar. Tapi aku tak rasa kau Mamat. Azam kan orangnya?” tanya Maisara, masih sangsi.

“Kau tak percayakan aku? Kau rasa aku tipu kau?”

Maisara angguk. “Sebab segalanya macam tak kena. Cerita kau langsung tak ada simpang siurnya. Semua betul. Tapi....”

“Tapi apa? Kau ingat aku mereka cerita? Cerita kau dan aku, hanya kita berdua yang tahu. Kau masih juga rasa aku menyamar? Huh?” Nizam merenungnya tajam. “Okey, masa kecik aku tak pandai berenang, tapi benda ni boleh belajar kan? Jadi, aku belajar. Aku ambil kelas renang semasa di Seoul.”

Maisara diam. “But still it’s hard for me... Nizam and Mamat like a different person!!”

“Okay, then test me!! Kau pun tahu tiada rahsia antara kita. Tanya apa saja yang berkaitan dengan kau, aku akan jawab.” ujarnya yakin.

Maisara senyap. Seredup mata itu di kerlingnya sekilas. Sejujurnya selama ini, dia juga sedar Nizam ada sedikit sebanyak persamaan dengan Mamat. Baik dari segi hobi dan makanan kegemaran. Ianya banyak menyerupai Mamat. Hanya sikapnya yang mengelirukan. Mamat jenis yang lurus. Pendek kata, orangnyablurr.

Nizam pula orangnya ceria dan kadangkala dingin macam ais. Tapi bukankah zaman berubah, inikan pula orang. Dan sekarang benarkah Nizam ini Mamat?

“Baiklah, aku akan tanya kau. Tapi bukannya aku meragui kau, aku hanya nak memastikan. Aku tahu Mamat tak mungkin jaja cerita aku pada sesiapa. Sebab segalanya adalah rahsia antara kami berdua. Kalau kau Mamat, kau pasti boleh jawab soalan aku kan?”

Nizam angguk dalam senyuman. Yalah sangat, habis semua cerita korang dia cerita kat aku, Riana. Dan...haraplah Riana tanya soalan yang along ajar. Kalau tidak mampus aku. Takkan aku nak hantar mesej, talian hayat kot? Dalam diam, Nizam menelan liur. Nampak gayanya macam aku bakal tertangkap saja ni. Kenapalah Riana boleh jadi Maisara pula ni? Kenapalah aku boleh tak perasan yang nama dia ada Maisara kat belakang?

“Soalan aku senang saja, semasa darjah enam, aku pernah bergaduh dan bertumbuk dengan seorang pelajar perempuan. Aku nak kau terangkan sebab apa aku bergaduh dengan dia, dan apa nama dia?” Maisara angkat kening mencabar.

Kalau kau bukan Mamat, habislah kau Nizam. Sebab cerita ni, hanya aku dan Mamat yang tahu. Benda ni rahsia terbesar aku. Abah dan umi pun tak tahu sampai sekarang. Maisara senyum penuh makna.

Nizam gigit bibir. Alamak. Along macam pernah cerita tapi... aku macam ingat-ingat lupa. Nizam sengih. Gulp. Mati aku.Mr. Brain tolonglah jalankan tangunggjawab kau. Tolong aku.Help me somebody!!

Maisara senyum mengejek, “Kenapa senyap? Tak boleh jawab? Nizam,time out. Sampai di sini saja permainan kau. Aku tak tahu dari mana kau cekau gambar ni, dan tahu semua cerita aku dan Mamat. Tapi yang aku tahu sekarang kau sengaja nak bermain, nak buat lawak. Maaf tapi benda ni tak kelakar pun.”

Nizam tiba-tiba ketawa galak. “Pada aku benda ni kelakar sebab kau tu yang tak nak terima kenyataan yang aku Mamat kan? Kenapa kau malu ek? Aku tak kisah pun kau gemuk ke apa jadi janganlah rasa inferior dan sampai tak mengaku aku Mamat pula.”

Maisara geleng, “Tak, aku tak rasa macam tu, yang aku rasa sekarang ni kau sengaja nak mainkan aku,”

“Sweety, dengar sini, saya tak mainkan awak. Saya bukan penipu dan juga bukan penyamar. Awak nak dengar jawapan saya kan? So, listen! Firstly, yang bergaduh dengan awak bukan pelajar perempuan tetapi lelaki. Dia pengawas sekolah. Awak datang lambat sebab basikal pancit tengah jalan tapi si pengawas tu tak nak berkompromi.

Jadi, awak koyak buku catatan dia dan bagi satu penumbuk kat muka dia. Secondly, kalau bukan sebab saya tolong awak merayu budak tu, pasti awak dah di gantung persekolahan!!Lastly, nama budak hantu tu, Hashim Panjang!”

Nizam angkat kening sambil tersenyum nakal ke arah Maisara. Fuh, di saat terakhir Mr. Brain akhirnya beroperasi. Selamat aku!

Maisara terdiam seribu bahasa. Semuanya betul, tiada yang kurang. Dia panggil aku Sweety? Nizam memang Mamat?! Hancuss hidup aku. Malu besar siot!!Maisara memegang dahi, terasa nak pitam.

Nizam senyum melebar, “Cik Riana Maisara, sekarang awak dah boleh terima yang saya ini Hairul Nizam adalah Mamat?”

Perlahan-lahan dia mengangguk. “Apa lagi yang boleh aku cakap. Kau memang Mamat. Aku akui itu. Sebab itu memang rahsia terbesar aku, tiada siapa yang tahu kecuali aku dan Mamat. Sekali lagi aku nak tanya, betul kau pun baru tahu aku Maisara dan bukannya kau sengaja intip gerak geri aku?” soalnya untuk kepastian hati.

“Yes, Sweety, untuk yang ini aku tak menipu. Kau pun tahu kan aku bukan jenis yang macam tu.” Matanya di tala ke arah pantai. Ombak yang tadinya bergelora kembali tenang. Hatinya pula tidak. Sememangnya dia pun baru tahu. Dan hanya Tuhan yang tahu, dia hampir gila di sebabkan kenyataan ini. Layanannya selepas ini terhadap Maisara mungkin akan berlainan. Dia bukan lagi Riana, si gadis yang di cintainya tapi bakal kakak iparnya. Cinta itu harus di kuburkannya.

“Maaf, sebab aku meragui kau, Mamat!” ucap Maisara.

Nizam senyum segaris. “Tak apa, aku faham. Sekarang memang ramai pun penipu, penjahat! Memang wajar kau syak wasangka dan berjaga-jaga.For that reason, somehow I respect you.”

Seketika ruang di isi sepi. Terdiam. Keduanya tenggelam dalam emosi sendiri.

“Mamat, selamat kembali!!” ucap Maisara memecah sunyi. Dia kemudian mengukir senyum semanis mungkin. “Dan ini khas untuk kau,” Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam plastik. “Selamat hari jadi!”

Mata Nizam bulat. Terkejut. Sesaat kemudian barulah dia membalas, “Terima kasih!Happy birthday to you too!” Tangannya laju mahu membuka bungkusan itu, tetapi pantas di halang Maisara. “Buka kat rumah!” katanya. Nizam angguk. Betul juga, hadiah ni bukan untuk dia pun, tapi untuk Azam.

Maisara menghulurkan tangan, “Aku punya mana?”

Nizam sengih serba salah. “Aku lupa nak beli?”

Maisara mencebik. “Apa punya kawan. Sampai hati. Dahlah bertahun kita tak jumpa. Hadiah aku boleh kau cakap lupa nak beli?” marahnya.

Nizam mengulum senyum. “Maaf? Apa kata kita pi makan? Aku belanja!”

Maisara jatuh bahu. “Yalah, aku ikut sajalah.” ujarnya acuh tak acuh. Kemudiannya dia sengih jahat, “Aku nak makan udang galah. Dan satu lagi, aku tak nak kau halang apa yang aku nak makan.No diet for today!”

“Yes, ma’am!”

Segalanya telah di ungkaikan. Amanah Azam telah di laksanakan. Akan tetapi bahananya selepas ini, tiada siapa yang tahu. Nizam mengeluh dalam diam. Harapannya hanya satu, semoga Azam cepat sembuh. Selepas itu segalanya akan berakhir. Mamat dan Maisara akan bersatu seperti yang sepatunya. Kegembiraan mereka kebahagiaan untuknya. Dan dirinya pula? Entahlah labu... Dia menggeleng perlahan.

“Hoi, kau ralit apa lagi, cepatlah start enjin kereta tu, perut aku dah berbunyi ni,” terjahan Maisara mematikan lamunannya.

Nizam sengih. “Yalah, kita gerak sekarang. Kau kalau bab makan, laju saja kan?” Serentak dengan itu, keretanya mula laju meluncur membelah jalan.

Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.