BAB 28

“MAMAT!!! Kau dah boleh berjalan!!” jerit Maisara dengan terujanya. Azam sengih. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke arah Maisara yang masih terkejut itu. Nizam mengekorinya dari belakang, manalah tahu kalau-kalau langkah Azam sumbang lalu terjelepok jatuh.

Puan Husna yang memerhati dari ruang tamu, mengesat air mata yang jatuh. Segala usaha dan jerih payah anaknya selama ini terbalas jua akhirnya. Syukur, doanya telah dimakbulkan Tuhan. Segala puji bagiNya.

“Mamat. Ya Allah. Gembiranya aku tak terkata.” Mahu sahaja dia menangis saat ini. Segalanya bagaikan mimpi. Azam akhirnya boleh berjalan semula.

All thanks to you. Kalau tak kerana sokongan kau, aku tak rasa aku kuat. And you, too, bro!!” ucap Azam penuh ikhas.

Selama beberapa bulan ini, Maisaralah yang banyak menemaninya ke hospital. Memberinya kata-kata semangat. Keluarganya pun sama. Nizam tak kering dengan nasihat. Ibu pula selalu ingatkan dia agar sentiasa berdoa pada Dia yang Esa. Ayah pula tak jemu membantunya berlatih berjalan.

Maisara dan Nizam sama-sama tersenyum memandang Azam. “Memang kami ada membantu kau. Tapi selebihnya, terletak pada diri kau sendiri. Kau kuat. Sangat tabah. Itu yang memacu segalanya. Dan hasilnya seperti yang kau lihat sekarang. Kau dah boleh berdiri macam ni!!” ujar Maisara masih dengan senyuman di bibir.

But still, langkah aku tak laju lagi. Kena pakai tongkat.”

Every big things started with a first step, remember that okay?” Maisara mengangkat jari telunjuknya mengingatkan Azam.

Azam angguk. Sesuatu yang besar bermula dengan langkah yang pertama.

Mereka bertiga melabuh duduk di gazebo. Maisara duduk di tengah antara Azam dan Nizam.

Azam bersuara memecah sepi. “Dah nak masuk hujung tahun kan? Macam baru semalam je aku jumpa dengan kau balik!”

Maisara angguk mendengar kata-kata Azam. Hampir 6 bulan berlalu sejak kejadian yang tak terduga itu dan sungguhlah masa tu tiada siapa yang boleh mengagak mereka bertiga boleh duduk bersembang berbual bersama begini.

“Difikirkan balik, aku rasa macam kelakar. Kenapalah aku boleh terfikir nak buat macam tu?”Azam mengeluh keras. Menyesali kesilapan semalam.

“Bukan kau sahaja, long. Aku rasa orang lain pun sama. Bila terjerat dengan keadaan, otak kita ni macam tak berfungsi. Mulalah nak fikir hal luar alam.” sahut Nizam.

Maisara pula berkata, “Bak kata pepatah. Biarlah ia berlalu. Benda dah lepas. Buat apa nak di kenang lagi. Better we live in the present than the past, right?”

Kedua beradik itu mengangguk.

“Kawan-kawan korang kat Seoul apa cerita?”

“Rabu lepas, Kim ada skype dengan aku. Dorang semua okey. Hmm... minggu depan dorang nak keluarkan single terbaru.” beritahu Azam.

Another single? Bukan 2 bulan lepas dorang dah keluarkan single ke? Wow!!” Maisara diam seketika. Dalam diam dia mengagumi kerja keras Angin Band. Patutlah pun mereka terkenal sekarang ni... .

“Rezeki dorang. Lagipun jadi artis ni, kalau tak ada lagu terbaru, orang cepat lupa.” ujar Azam berdasarkan pengalaman dia sendiri yang pernah menganggotai Angin Band.

“Hmm... aku nak tanya sikit boleh? Kau pernah cipta lagu tak?”

Azam geleng. “Aku reti menyanyi dengan main gitar je. Tapi budak ni... dia ada bakat. Dia pernah tulis satu lagu untuk Angin Band!”

Maisara langsung menoleh ke arah Nizam. Matanya berkelip tak percaya. “Kau tulis lagu?” Dia ketawa kecil. Orang macam Nizam? Yang tegas. Yang garang tak bertempat. Yang...

“Kenapa kau tak percaya ke?” Nizam menyilangkan tangannya.

Maisara masih dalam tawanya. “Bukan aku tak percaya tapi unbelievable sungguh. Macam mustahil je!”

“Tak apa, kau tunggu sini kejap. Aku masuk ambik gitar.” Nizam terus mengangkat kaki berlari anak masuk ke dalam rumah.

Sekelip mata, dia sudah pun kembali duduk bersama Maisara dan Azam. Petikan gitar kedengaran. Dan... Azam dengan Nizam berduet mengalunkan lagu ciptaan Nizam. Maisara di tengah-tengah terasa bulu romanya berdiri tegak. Suara mereka berdua terlalu merdu. Sangat sedap. Harmoni di antara dua beradik ini sangat menjadi. Umpamanya dia sedang menyaksikan konsert unpluggedtak berbayar.

Tanpa sedar dia bertepuk tangan saat lagu itu sampai ke penghujungnya. “WOW!! That was so amazing!!” pujinya.

Azam dan Nizam senyum melebar. Namun tiba-tiba senyum Nizam mati.

“Kakak!! Mamat!!” Gadis yang sedang berlari anak menuju ke arah mereka itu amat mencuri pandangan Nizam. Azam dan Maisara di pandangnya silih berganti. Mereka berdua hanya mampu terdiam. Maisara terasa urat sarafnya saat ini berbelit-belit. Senak perut tetiba. Nuraina Kaisara apahal yang kau tetiba datang sini ni?!!

“Kenapa semua orang diam je ni? Ada nampak hantu ke?”

Azam dan Maisara mengisyaratkan dengan mata supaya Raina memandang ke arah Nizam. Raina angkat tangan. “Oh? Hai, lupa nak kenalkan diri. Aku Nuraina Kaisara, adik kembar Riana Maisara. Kau Hairul Nizam kan? Adik Azam Hairi aka Mamat?! Salam perkenalan!!”

Azam tersengih kelat. Maisara rasa macam nak hempuk je kepala Raina. Dengan bahasa skema segala. Siap dengan salam perkenalan apa ke hal? Bukannya Raina tak tahu yang Nizam langsung tak tahu menahu hal ini. Kenapalah dia boleh terjah datang sini hari ni. Punah sudah segalanya. Hancuss... .

Maisara terbangun terus. Dia lantas menarik Raina jauh sedikit dari Nizam yang tajam merenung ke arahnya.

“Macam mana kau tahu alamat rumah Mamat?” tanyanya separuh berbisik.

“Soalan apa yang kau tanya ni, kak? Ibulah yang bagi. Lagi pula, kali terakhir aku jumpa Mamat masa dia datang rumah 2 bulan lepas. Lepas tu, aku pergi daki gunung kat Sabah. Aku nak juga tahu apa perkembangan dia. Dah boleh berjalan ke apa. Sebab tu aku datang sini.” Jawab Raina panjang lebar menjelaskan situasi.

“Kenapa nak datang tak beritahu dulu?”

“Aku dah telefon kau tadi. Tapi tak berjawab pun.”

Maisara teringat. Telefon bimbitnya ada di dalam kereta. “Kau tahu tak apa yang kau dah buat ni?” Dia mendesis kecil.

Raina diam memikir. “Aku... dah buat sesuatu yang tak patut ya? Aku dah terbocorkan rahsia?”

Maisara tertunduk kemudian terangguk lemah. “Mampuslah aku lepas ni.”

“Kak, yang kau nampak takut sangat ni kenapa? Nizam tu garang sangat ke?”

Maisara diam. “More than you can imagine, Raina!”

“Hmm... then let me settled this thing. Don’t worry kay?” Belum sempat Maisara menahan, Raina terus berjalan ke arah Nizam.

“Nizam. Boleh aku bercakap dengan kau sekejap?”

Raina yang berdiri tegak di depan tak di hiraukannya, matanya tajam merenung wajah Maisara. “Aku tak rasa aku perlu dengar penjelasan dari kau. Aku rasa kakak kau yang perlu beri aku penjelasan!!” Perkataan kakak itu sengaja di tekankannya. Maisara menelan liur. Aura membunuh dia tu semakin kelihatan. Masak aku macam ni.

Azam merasakan dia perlu masuk campur. Kalau tak semakin parah jadinya. “Nizam, benda ni bukan seperti yang kau fikirkan. Kitaorang cuma tak tahu macam mana nak beritahu kat kau.”

Nizam menggeleng kepala. Sungguh dia tak sangka, dia tertipu sebegini rupa. Malah abang kembarnya sendiri merahsiakan hal ini daripada dia?! “Along. Aku tak sangka kau pun...” Nizam bangun. “Dahlah, aku masuk dalam dulu.”

Tinggallah mereka bertiga termanggu tanpa sepatah kata. Raina angkat kedua belah tangannya. “Sorry!”

“Dahlah, bukan salah kau pun, Raina. Benda dah nak jadi!” ujar Azam.

“Aku rasa kami balik dululah, Mat.” Maisara sudah melangkah menuju ke arah keretanya.

Azam angguk. “Pasal Nizam, kau serah kat aku. Biar aku yang slow talk dengan dia.”

Maisara diam sebelum terangguk perlahan. Serentak dengan itu, Maisara dan Raina menghilang di sebalik deruan enjin kereta.

Previous: BAB 27
Next: BAB 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.