BAB 26

SEUMUR hidup Maisara, inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke sebuah konsert. Yalah. Dia kan kuat bekerja. Memang takkan berkesempatan pun untuk bersuka ria. Konsert Angin Band ini, walaupun ianya konsert mini ataupun showcase tetapi sambutannya amat luar biasa. Hampir dua ribu orang datang membanjiri dewan ini, yang mana kebiasaanya, hanya boleh memuatkan 1500 orang.

“Kim Ji Hun!! Harry!! Lee Seungjae!! Lee Jun!! Song Soo Hyun!! Jang Min Jae!!” jerit pekik para peminat memanggil nama penuh setiap seorang dari ahli Angin Band merancakkan lagi suasana. Bingit terasa telinganya. Rifa di sebelahnya tidak ketinggalan menjerit sama. Maisara geleng kepala. Bilalah demam Korea minah ni nak kebah?

Tumpuan Maisara beralih ke arah pentas. Interaksi kawan-kawan Mamat di antara para peminat amat menghiburkan. Kemuncaknya apabila mereka dengan tiba-tiba bertutur di dalam Bahasa Melayu. Tersangat fasih pulak tu. Siap dengan bahasa pasar mereka harung sekali cakap. Seisi dewan semuanya senyap sunyi. Termasuklah Rifa.

Maisara tersengih, sudah mengagak yang mereka akan membuat kejutan yang sebegini.Ya. Sememangnya bukan seperti kebiasaan artis-artis k-pop, yang sekadar mengenalkan diri di dalam Bahasa Melayu. Contohnya; Hai nama saya bla bla. Terima kasih. Dan bermacam ayat ringkas yang lain.

Dia dulu pun agak terkejut masa mula-mula di perkenalkan oleh Mamat dengan sahabat-sahabatnya itu. Fasih sungguh mereka bertutur bahasa Melayu. Tapi itu semua tak mustahil kan? Tambah pula ayah Mamat profesor bahasa asing, tambah dengan bantuan Mamat lagi. Mana tak fasihnya dorang tu kan?

Berbalik kepada mini konsert. Mereka berlima masih lagi bersembang dengan para peminat. Dan Mamat masih belum membuat kemunculan. Maisara senyum. Sesungguhnya kejutan ini amat di nantikannya.

Di atas pentas, Jun tersengih, menampakkan barisan giginya yang putih. “Nampaknya geng, dorang semua ni terbisu terus. Apa patut kita buat ni?”

Kim jungkit bahu. “Kita dah pun keluarkan senjata rahsia. Tapi mereka semua ni tengok kita macam makhluk asing lar pulak,”

Kelihatan para peminat berbisik sesama sendiri.

Seungjae tiba-tiba duduk di tepi pentas berdekatan dengan peminat. Histeria terus peminat yang berada dekat dengannya itu. Heh, korang jangan ingat kena sampuk pula. Maksud saya dorang menjerit sampai pecah anak tekak ler.

“Korang marahkan kami ke? Sebab rahsiakan benda ni?” tanyanya dengan riak comel yang di buat-buat.

Hyun pula bersuara. “Aku rasa memang dorang marah pun, tengoklah senyap je semuanya dari tadi,”

Jang sudah duduk bersila di atas pentas. “Itulah aku cakap, jangan nak buat kejutan sangat. Tengoklah apa dah jadi,” ujarnya kemudian tertunduk seolah berfikir.

Tiba-tiba lampu di dalam dewan terpadam semuanya. Gelap gelita. Lampu kemudian di buka semula. Malap sahaja sinarnya. Tumpuan di halakan ke tengah pentas. Semua ahli Angin Band kelihatan mengelilingi seseorang yang berkerusi roda.

Riuh terus seisi dewan. “Harry!!!!” tempik mereka.

Reunion ini sememangnya amat menggembirakan hati peminat. Sepi. Muzik di pasang. Kedengaran melodi dari lagu DBSK, Stand By You. Perlahan-lahan alunan suara mereka berenam bergabung memecah sunyi. Para peminat turut menyanyikan bersama.

Usai lagu itu, Kim berjalan perlahan ke arah drum, diikuti Hyun, si gitar utama dan Jun si bass. Seungjae, second guitar. Jang sebagai keyboard. Alunan melodi yang indah mula kedengaran. Lagu Memory, ost drama Winter Sonata, di lantun penuh merdu oleh Harry, bekas vokalis mereka aka Mamat.

My memory

I remember those times

I close my eyes and I see everything

You’re far away

Where I cannot reach you

I didn’t even tell you, I love you

that I’d wait forever

I never knew in my dreams

that I’d meet you again like this

I still love you

I will confess my true feelings, now

I wanna love you forever

If it’s not too late

Please stay by my side forever

For a long time

You remained in my heart

After all this time

even though we were apart.

I never knew in my dreams

that I’d meet you again like this

I still love you

I will confess my true feelings, now

I wanna love you forever

If it’s not too late

Please stay by my side forever

SUNGGUH. Masa takkan pernah menunggu kita. Ia akan pergi tanpa kita sedari. Sesaaat, seminit semuanya begitu berharga pada yang mahu mengerti. Dan Maisara dia faham. Sangat faham. Sangkanya semua yang tertinggal itu boleh di ulang kembali seandainya dia bertemu Mamat semula tapi itu semua hanyalah omongan kosong belaka.

Entah mengapa dia dapat merasakan Mamat seolahnya cuba meletakkan jarak di antara mereka. Maisara binggung. Gusar. Mungkinkah Mamat mengetahui yang dia sukakan adiknya, Nizam?

Lagu yang di bawa tika persembahan khas tadi amat menyentuh hati. Sebak. Air mata mengalir tiada henti. Apa yang Mamat cuba sampaikan? My Memory oleh Ryu. Lagu tema bagi Winter Sonata itu, amat mendalam maksudnya. Sangat kena pula bagi dirinya dengan Mamat.

Dia tahu Mamat amat mencintainya. Tetapi sehingga kini Mamat tak pernah meluahkannya sendiri. Dan dia seboleh mungkin cuba melayan Mamat seolah dia tak tahu apa-apa. Tapi mana mungkin... .

Gelang pemberian Mamat di beleknya lama. Sebutir mutiara jatuh ke bumi. Maisara siapa yang kau cinta sebenarnya ni? Takkanlah sampai sekarang kau masih keliru? Semuanya... sepatutnya semakin jelas kan?

“Hello, buat apa kat sini sorang-sorang?” tegur satu suara.

Maisara senyum nipis. “Saja ambil angin.”

“Orang kat dalam tu tengah seronok, kau kat sini, buat muka sedih. Apa kes?”

“Nizam.”

“Hmm...”

“Cinta dan suka tu sama tak? Maksud aku... kalau kita sukakan seseorang tu bermaksud kita juga tentulah cintakan dia kan?”

Nizam pandang Maisara tak berkelip. “Random sungguh kau ni!”

Maisara senyum tawar.

Nizam menghela nafas. “Aku bukan doktor cinta. Bukan juga kaunselor cinta. Dan aku juga tak pernah bercinta. Tapi aku pernah mencintai seseorang masa sekolah menengah dulu, yang aku sangka itulah cinta teragung aku. Tapi lama-kelamaan dia padam dengan sendirinya.

Bila jumpa dia, aku dah tak rasa macam dulu. Macam rasa tu tak pernah singgah pun. Dan dari situ, aku mula berfikir yang dia sekadar orang yang aku suka. Yang aku sangka cinta. Tapi rupanya hanyalah, sekadar minat.”

Maisara diam.

Nizam bersuara setelah di lihatnya Maisara tidak berkutik langsung. “Aku harap soalan kau tu terjawab.”

Dia tersenyum nipis. “Hmm... kesimpulannya, orang yang kita suka tak semestinya orang yang kita cinta. Dan orang yang kita cinta tak semestinya orang yang kita suka, macam tu?”

“Ya, lebih kurang macam tu lah.”

Maisara tiba-tiba ketawa. “Nizam. Aku rasa kelakar pulak sembang benda macam ni.”

“Maksud kau?”

“Rasa macam budak remaja yang baru nak belajar apa itu cinta!”

Nizam senyum. “Kaulah. Tetiba tanya soalan yang entah apa-apa tu.”

Maisara masih dengan tawanya. Nizam senang dengan sikap Maisara yang makin ceria. Wajah Maisara di tatapnya lama.

Maisara yang sedar akan tingkah Nizam terus bertanya. “Kenapa kau tengok aku macam tu?”

“Kau dah jadi diri kau balik.”

“Huh?”

“Maksud aku, selepas semua yang terjadi sebelum ni, kau nampak lain. Dan sekarang kau balik jadi diri kau semula.”

Jeda.

“Nizam, terima kasih.”

“Terima kasih untuk apa?”

“Segalanya. Sekarang aku sedar. Kau bukan sahaja kawan tapi orang yang penting dalam hidup aku...”

“Orang yang penting? VIP?”

Maisara gelak. “Lebih kuranglah.” Nizam mencebik sebelum turut ketawa.

Previous: BAB 25
Next: BAB 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.