BAB 3

“CIK Riana!!” sergahan Sharifa, teman sepejabatnya itu melayangkan terus tumpuannya pada skrin komputer. Di pejabat, Maisara lebih dikenali dengan nama pertamanya.

“Rifa, terkejut aku.” Katanya sambil mengurut dada. Sharifa ketawa perlahan. “Dari tadi aku tengok kau mengelamun jauh, macam dah terbang ke planet Pluto. Teringatkan teman lelaki awak di Korea iya?”

Sharifa sedia maklum, ini kerana dia secara tidak tersengaja terbaca e-mel yang di hantar oleh Mamat kepada Maisara. Dalam terpaksa, Maisara menceritakan sedikit sebanyak kisah di antara dirinya dan Mamat kepada Sharifa.

“Tak adalah,” sanggah Maisara sambil kelam kabut mengemaskan meja kerjanya. “Aku kan dah beritahu kau, dia hanya kawan baik. Tamat.”

“If you say so, akuno comment.” Sharifa kemudian mengerling jam di tangan. “Dah waktu makan. Jom keluar dengan aku. Hari ini suami tercinta aku ada hal sikit, jadi kau nak tak nak kena temankan aku.”

Maisara masih berkira-kira, dia menggosok dagu. Sharifa cebik mulut, faham sangat fiil temannya yang seorang ini. “Aku belanja. Dah jom cepat, aku dah lapar ni.”

Maisara ketawa lucu kemudian tersenyum. “Kau turun dulu, aku nak kena hantar dokumen ni sekejap. Kita jumpa kat parkir kereta.” beritahunya lalu bergegas ke bilik pengurus bahagian. Sharifa angguk tanda mengerti. Maisara agak gila bekerja orangnya, selagi tidak siap sesuatu kerja itu, dia tidak akan berganjak dari tempat duduknya.

“Cepat sikit, kalau tidak aku tinggal kau.” pesannya sebelum berlalu. “Baiklah,” balas Maisara separuh menjerit.

PERUT Maisara mula berbunyi. Dia tersenyum sendiri, tas tangan lalu di capai. Langkah di hayun laju, tidak mahu Sharifa tertunggu dirinya. Apabila melihatkan pintu lif hampir tertutup, dia cepat-cepat berlari dan memboloskan diri ke dalam... akan tetapi di sebabkan dia gagal mengawal keseimbangan badan, dia hampir tercium lantai lif. Mujurlah ada seseorang yang ringan tulang membantunya.

Maisara pantas mendongak, tangan hamba Allah yang menolong itu di tepisnya perlahan. Bukan muhrim, jika yang tadi darurat tak mengapa, tapi jika selepas itu jatuh haram namanya.

“Terima kasih,” ucapnya sekadar berbahasa. Lelaki itu pula angguk sambil tersenyum terlebih gula. Maisara diburu rasa malu bercampur segan. Dan lelaki itu, bukannya dia tidak sedar yang gadis di sebelahnya ini kelihatan agak menggelabah. Dia kemudian tersenyum sendiri.

Entah mengapa, Maisara merasakan perjalanan lif kali ini begitu lama. Walhal, bangunan pejabat ini tingginya hanya empat tingkat. Sudahlah hanya ada dia dan lelaki ajnabi ini, berdua sahaja di dalam lif.

Tiba-tiba, lif terhenti. Langsung tidak bergerak. Maisara dan lelaki itu saling berpandangan. Lelaki itu tanpa menunggu lagi pantas menekan butang loceng kecemasan, namun kesal tiada jawapan. Kemungkinan pengawal keselamatan belum balik dari makan tengah hari. Maisara mencuba lagi, di tekannya berkali-kali, namun usahanya tetap sia-sia.

Maisara langsung teringatkan Sharifa yang sedang menunggunya, mujurlah isyarat telefon boleh di terima, nombor Sharifa terus di dail pantas. Di kisahkan segalanya. Sharifa menyuruhnya menunggu dengan sabar. “Tunggu, aku pergi panggilsecurity guard, keep calm, okey,” pesannya sebelum memutuskan talian.

Lenguh berdiri. Dia duduk. Perutnya tiba-tiba berbunyi mengalunkan irama keroncong. Lelaki itu tersenyum panjang, lucu dengan telatah Maisara yang serba tidak kena itu.

“Lapar?” tanyanya memula bicara.

Maisara angguk. Meskipun begitu, wajah lelaki itu tidak di tatapnya. Gula-gula di hulurkan kepadanya. Maisara geleng. Kerutan terlihat jelas di dahi lelaki itu, “Ambillah, sekurang-kurangnya boleh lapik perut tu,” Tiada balasan dari Maisara. Lelaki itu tersenyum tipis, “Kenapa ni? Setahu saya, saya tak makan orang. Kenapa awak nampak macam takut-takut dengan saya? Muka saya yang comel ni, ada nampak macam muka penjahatkah?” ujarnya cuba berlawak.

Maisara masih membisu. Mungkin bukan orang jahat. Akan tetapi wajah awak itu bisa menggugurkan jantung aku.“Tidaklah, bukan begitu.”dalihnya.

“Kalau begitu, ianya pasal hal tadi?” Dia ketawa sehingga menampakkan barisan giginya yang putih. “Sorry? Tapi janganlah segan sangat, lagipun saya tak tersengaja, darurat kan?” guraunya. “Nice to meet you, saya Nizam.”

“Riana!!” tiba-tiba jeritan suara Sharifa memanggilnya kedengaran dari luar lif.

Maisara pantas menyahut, “Aku ada di sini,”

“Tunggu, pak guard tengah berusaha nak buka pintu lif ni,” jerit Sharifa lagi.

Sebaik keluar dari perut lif, Maisara terus di terpa oleh Sharifa bertanyakan keadaan dirinya. Maisara tersenyum, kemudian menarik nafas. “Aku okey.”

“Siapa lelaki tu?” tanya Sharifa apabila menyedari ada seorang lelaki yang turut terperangkap di dalam lif selain Maisara. Maisara angkat bahu.

“Rupa dia ada iras-iras penyanyi dari Korea. Apa nama kumpulan dia, FT-ISLAND?” Maisara ketawa. “Tak habis-habis dengan Korea kau ni.”

Sharifa petik jari,“Betullah, muka dia memang ada iras Honggi! Entah-entah kembar dia?”

“Che kak, dia ini Melayu. Nama dia Nizam.”

Terangkat kening Sharifa, “Dah berkenalan rupanya.”

“Jom makan, aku dah lapar ni,” ajaknya. Sharifa ketawa. “Yalah, jom.” Maisara sengih.

DI WARUNG MAMAK. Sharifa kembali bertanya mengenai lelaki yang terperangkap di dalam lif bersama Maisara itu. Maisara pekakkan telinga. Nasi disuap ke dalam mulut.

“Ria, sampai bila? Kau sendiri pun cakap yang Mamat dengan kau hanya kawan kan? Jadi ambillah peluang ini untuk berkenalan dengan lelaki itu, tapi ini tidak kau biar macam itu je.”

Maisara tentang mata Sharifa. “Kau sendiri pun tahu juga yang saiz badan aku ni gempal, kurang menarik. Lelaki pastinya mahu yang langsing, kurus. Aku? Apa ada?”

“Itu mungkin kekurangan kau tapi kenapa pandang pada kekurangan? Kau tetap ada rupa dan yang penting kau comel. Bijak lagi. Aku pasti, di kalangan ramai lelaki pasti ada segelintir yang akan tertarik pada pesona kawan aku ni,”

Maisara cebik mulut. “Terima kasih atas pujian kau tu. Tapi entahlah, aku tak yakin. Tambah pula, dengan kepulangan Mamat nanti. Aku rasa gementar sangat. Apa pandangan dia, bila tengok aku yang macam ni,”

“Maksud kau, Mamat akan balik ke sini?”

Maisara angguk laju, “Begitulah perancangannya tapi...” Maisara mengeluh pula kemudiannya. Sharifa mengerutkan kening, “Tapi kenapa?”

“Dia ada hantar e-mel yang mengatakan dia akan balik ke sini dulu. Tapi tarikhnya belum pasti. Masih ada banyak perkara yang perlu dia selesaikan. Dia cakap kemungkinan ayah dan ibu serta adiknya yang akan balik dulu dan dia akan menyusul kemudian.”

“Pastinya kau rasa kecewa kan?” soal Sharifa.

“Bohonglah kalau aku cakap tidak. Tapi...apa boleh buat dia ada hidup dia sendiri. Lagipun aku dan dia hanya kawan lama.”

Sharifa tersenyum sinis. “Kawan lama yang masih berhubungan walau 10 tahun tak bersua muka? Itu kau kata kawan lama? Terkadang aku pelik dengan korang ni. Sekarang teknologi punyalah canggih. Siapa ada facebook, skype lagi, tapi korangstill send an e-mail.”

Maisara sekadar tersengih mendengar kata-kata Sharifa.

Temannya itu kemudian menggeleng kepala. “Inilah dia. Aku cakap sikit, kau tersengih, tak pun tersenyum saja kan? Macam tak ada apa-apa.” ujarnya geram kemudian menyambung semula, “Usia kau tu dah makin lanjut, sampai bila, Ria? Kerja itu penting tapi... kau tetap perlukan seseorang dalam hidup kau. Lagipun sampai bila kau nak harapkan Mamat. Entah-entah dia ada teman wanita di Korea nun, melepaslah kau,”

“Kalau dia ada pun kenapa? Aku dan dia hanya kawan.” jawab Maisara ringkas.

“Kawan? Seorang kawan tak akan tunjuk muka yang kecewa begini kalau seorang kawan itu tak jadi balik seperti yang di janjikan!” sindir Sharifa tajam.

“Rifa, aku...”

“Tak payah jelaskan pada aku. Jelaskan pada hati kau sendiri.” Titik dari Sharifa.

Selepas itu, masing-masing terdiam. Maisara akhirnya tenggelam dalam diri sendiri, mencari sebuah kepastian di dalam keraguan hatinya.

DIA menjelajah dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Matanya fokus pada kertas senarai barang yang perlu dibeli. Pagi-pagi hari cuti begini, sangkanya bolehlah bersenang-lenang tapi tidak di sangkanya pula, ibu menyuruhnya membantu membeli barangan dapur, di dalam keterpaksaan di relakan jua.

Dalam pada dia sibuk meneliti kertas senarai barang sambil mengawal troli, tanpa di duga trolinya secara tidak sengaja berlanggar dengan troli yang berada di hadapan. Si pemilik troli berpaling, wajahnya kelam tak bersuara.

Maisara menelan liur, pahit rasanya. Janganlah dia tengking aku depan orang ramai. Malu aku. “Encik, maaf, saya tak sengaja. Silap saya sebab terlalu leka hingga tak perasan encik ada di depan. Harap encik tak ambil hati. Maaf, sekali lagi.” pintanya bersungguh-sungguh.

Si pemilik troli yang di langgarnya itu kelihatan tenang, dia kemudian senyum bersahaja, “Tak ada apalah, awak bukannya sengaja pun kan? Lagipun saya sendiri pun ralit tengok barang sampai tak sedar ada orang, salah saya juga bukan salah cik saja.”

Maisara senyum serba salah, “Kalau begitu, tak apalah. Saya minta diri dulu.”

Jejaka itu kemudian menjerit kecil memanggilnya, “Cik, ini barang awak tercicir.”

Maisara mengerling sekilas. Matanya membulat. Ya Tuhan, dompet aku! “Terima kasih!!” ucap Maisara pendek.

Jejaka itu membalas dengan, “Sama-sama.”

Selangkah Maisara menapak, jejaka itu memanggil lagi. Maisara memaniskan muka. Aku dah pun ucap terima kasih. Apa lagi yang dia nak. Takkan dia nak minta aku belanja dia makan kot?

“Cik ini, bukan yang terperangkap di dalam lif dengan saya itukah? Maaflah, kalau saya tersilap orang. Tapi rasanya betul orang yang sama kan?”

Maisara mencuba mengimbas kembali memori, di mana dia terperangkap di dalam lif. Sejurus, kotak ingatannya kembali tersusun, jari telunjuknya spontan di hala ke arah jejaka itu.

“Betullah tu, saya orangnya. Kuat juga ingatan awak iya? Walhal, dah berminggu benda tu terjadi.” Tanpa dapat di kawal, muka Maisara memerah pabila terkenangkan peristiwa lif itu.

Nizam mengukir sengih, “Mahunya tidak, sejak dari hari itu, fobia juga saya kalau nak naik lif. Awak tak rasa macam tu?”

Maisara ketap bibir. Senyumnya tampak pudar, nampak sangat seperti dibuat-buat.

“Sikit-sikit tu adalah juga, tapi nak buat macam mana kalau dah hari-hari kena naik lif, terpaksalah di buangkan rasa fobia tu.”

Melihatkan Maisara seperti tidak selesa di ajak berbual, Nizam terlebih dahulu mengambil inisiatif untuk mengundur diri. “Baiklah, Riana. Saya pun nak kejar masa ni, ada jodoh jumpa lagi.”

Mendengarkan nama pertamanya di sebut lancar. Maisara langsung membeliakkan matanya. “Dari mana awak tahu nama saya?” nadanya tegas.

“Maaf, saya terdengar kawan awak panggil awak dengan nama itu. Maaflah, kalau awak tak suka saya terus panggil nama awak macam itu saja.”

Maisara diam tidak bersuara. Riaknya sukar di tebak.

“Awak, janganlah buat muka macam tu, nanti orang ingat saya pengapakan awak pula.” Nizam melilau memandang keadaan semasa.

Maisara senyum nipis. Lucu pula rasanya melihatkan wajah cuak lelaki ini.

“Eh, yang awak senyum ni kenapa? Awak tak marahkan saya lagi?”

Maisara geleng. “Saya tak marahkan awak pun. Saya cuma terkejut awak masih ingat nama saya.”

“Oho, ingatkan awak marahkan saya tadi. Cuak juga saya di buatnya tadi.”

“Baiklah, kalau dah tak apa-apa lagi, saya minta diri dulu.” Maisara kembali berpaling ke belakang, “Dan maaf, saya tak berapa ingat, nama awak apa iya?”

Nizam mengukir senyum segaris. Comelnya gadis ni. Dalam malu-malu dia, berani juga bertanyakan nama aku. “Nizam. Hairul Nizam!”

“By the way, thanks, Nizam sebab kembalikan dompet saya.Thanks again!”

Nizam membalas dengan anggukan. Dan, sejurus selepas itu, mereka membawa haluan masing-masing.

Pertemuan untuk kali kedua ini, mungkin impaknya belum terkesan di hati. Namun, jika takdir mula menongkah arus dan pertemuan kali ke-tiga mula terlakar di kanvas, bisakah ianya?

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.