BAB 32

PEPOHON cinta kian merimbun. Mampukah didustai hatinya lagi? Acap kali dia menegaskan sendiri, aku sudah melupakannya. Tapi hanya Tuhan yang tahu. Kalimah cinta itu, kian mekar. Semakin ingin di cantas pergi, semakin ianya bercambah.

Dia tak pernah menyulam cinta. Apatah lagi bercinta. Jadinya... dia tersesat. Keliru dalam rasa hati sendiri. Berkali-kali cuba di tipu diri sendiri. Aku tidak mencintainya. Dia hanya sahabat dan akan kekal begitu. Aku tak nak kehilangan sahabatku. Sekuat daya dia cuba melupakan. Namun dia tewas. Orang kata cinta itu indah. Indah pada yang melihatnya. Perit pada yang merasai deritanya. Entahlah. Sesungguhnya hanya pada Dia di serahkan segalanya.

“Hmm... dah sampai ke planet mana tu?”

“Eh, ibu?”

“Awal balik hari ni?”

“Hari ni, buat setengah hari aje, pening kepala sikit,”

Migrain kamu datang balik?” tanyanya penuh prihatin.

Angguk. “Tadi, dah jumpa doktor. Dia bagi ubat macam biasa. Esok dah boleh masuk kerja. Ibu jangan risaulah,”

“Ibu ambil berat. Sebab kamu tu anak ibu.”

“Ya. Mai tahu, ibu,”

“Sebenarnya... ibu ada benda sikit nak cakap dengan kamu. Kamu kenal, Aunty Bella kan?”

“Aunty Ain Isabella, kawan universiti ibu tu? Kenapa dengan dia?”

“Anak dia...”

Maisara terus bangun dari sofa. Aduh, tak ada benda lain ke ibu aku ni?

“Duduklah dulu. Dengar ibu habis cerita.”

“Okey. Kenapa dengan anak dia? Dah nak kahwin ke? Aunty Bella jemput kita pergi kenduri anak dia?”

Puan Arisa memegang bahu Maisara. “Mai. Alex dah balik sini.”

Terus wajah lelaki kacukan Melayu-Jepun-British tu menerjah ruang ingatannya. “Oh, si Adrian Alexander tu? Bila dia balik sini, bu?”

Terus Puan Arisa mengukir senyum. “Dalam 2 bulan yang lepas.”

Sepi mengunci suara antara mereka.

“Ibu... kalau dah tak ada apa-apa, Mai naik atas dulu ya?”

Perlahan Puan Arisa menarik tangan Maisara, meminta dia duduk semula. “Dari dulu lagi kamu sendiri pun tahu kan, yang Alex minat kat kamu kan?”

“Itu dululah ibu, masa tengah belajar kat universiti. Entah-entah selama dia bekerja kat Jepun tu, dia jumpa awek Jepun yang comel-comel. Mana kita tahu kan? One more thing, Mai harap sesangat, yang Aunty Bella dengan ibu tak rancang apa-apa boleh?”

“Ibu tengok Mai dengan Azam, macam takda perkembangan aje. Korang hanya kawan biasa kan? Apa kata Mai dengan Alex...”

“Ibu, Mai naik atas dulu. Nanti kita bincang lain, okey?” Dia melangkah laju menapak anak tangga.

Puan Arisa hanya mampu terangguk lemah. Besar harapannya anaknya itu bertemu jodoh dengan Alex. Isabella tu, kawan lamanya tika di universiti, kalau boleh melalui anak-anak dia ingin mengeratkan lagi hubungan persahabatan mereka.

Azam, sahabat anaknya tika kecil itu, berkenan juga di hatinya. Azam sudah dia anggap seperti anak sendiri. Tapi nampak gayanya persahabatan mereka, dilihatnya bagaikan tak mungkin bertukar arah kepada percintaan.

ESOKNYA, sewaktu makan tengah hari, “Hai, Yana!” Suapan nasi ke dalam mulutnya terhenti. Agak lama dia tidak mendengar seseorang memanggilnya dengan nama itu. Dan... hanya ada seorang manusia sahaja yang memanggilnya begitu. Andrian Alexander. Sebutnya perlahan dalam hati.

Nizam, Zana dan Rifa yang memandangnya penuh dengan tanda tanya itu, dia buat-buat tak nampak. “Hai, Alex. Kau buat apa kat sini?” tanyanya pada Alex dengan senyuman semanis mungkin. Seboleh mungkin segala rasa yang bertandang cuba di tepis pergi.

“Inikan restoran. Aku datang nak makanlah. Tak sangka pulak, boleh terjumpa kau kat sini. Hmm... boleh aku join korang lunch sekali?” suara Alex penuh dengan keceriaan.

Mulut Maisara terherot sebelah. Bibirnya bergerak-gerak bagaikan mengata sesuatu.

Yalah sangat kebetulan. Nampak sangat kau intip aku kan? Perangai tak pernah berubah. Buat ikut sedap hati dia aje.

“Boleh tu memanglah boleh, tapi nak kena tanya kawan-kawan aku ni dulu,”

Zana dan Rifa menjawab serentak. “Kita orang okey je!”

Nizam pula terangguk perlahan. Maisara dan Alex di pandangnya silih berganti. Sapa pulak lelaki ni? Tanpa sedar, hatinya terasa panas. Dia mula tak senang duduk.

Alex tanpa segan silu menarik kerusi dan duduk di sebelah Maisara. “Lupa pulak aku nak kenalkan diri. Korang mesti tertanya-tanya siapa aku ni kan? Di pendekkan cerita. Aku dengan Yana dulu pernah bercinta. Tapi sebab aku ni playboy. Dia tak tahan, lalu kita orang pun putus. End of the story!!”

Tiga pasang mata pandang Maisara tak berkelip. Tambah-tambah Nizam. Macam nak tembus dinding dia tengok muka Maisara.

Maisara yang perasan renungan tajam Nizam, menelan liur penuh kesat. Dia cepat-cepat melarikan pandangan. “Alex, kalau kau nak bergurau sekalipun, agak-agaklah. Bila masa pulak aku dengan kau, bercinta, bahlul!!” Maisara menahan geram tak sudah.

Alex ketawa kuat. “Emo sungguhlah kau ni. Nak berlawak sikit pun tak boleh ke?”

“Boleh tak boleh. Kau dah buat kawan-kawan aku ni, terkejut besar tau tak.”

“Yalah. Yalah. Korang, pembetulan. Aku senior Yana, masa kat universiti. Aku pernahlah minat kat dia tapi dia jual mahal dengan aku. Dan... aku masih minat kat dia sebenarnya tapi well... as usual, dia tak layan aku pun.” Alex buat muka sedih. Siap pura-pura sapu air mata.

“Korang jangan dengar cakap Alex. Dia ni bukannya betul sangat pun.”

Nizam mencelah bertanya, “Yana ni dulu kira popular lar masa kat uni dulu?”

Alex angguk. Penuh semangat dia bercerita. “Sangat popular. Sebab masa tu dia sangat kurus macam yang sekarang ni. Tapi lepas habis belajar, aku sendiri pun tak tau kenapa, berat dia naik mendadak gila. Nak kata dia ada tekanan perasaan memang taklah kan? Hmm... aku pun musykil sebenarnya.”

“Oh...” panjang bunyinya dari mereka bertiga.

Zana mengecilkan matanya. “Kenapa selama ni kau tak pernah beritahu aku dengan Rifa yang kau ada senior sekacak ni? Apa yang kau cuba rahsiakan? Baik kau cakap cepat!!”

Alex angkat kening. “Dia tak pernah cerita fasal aku? Sikit pun tak?”

Zana dan Rifa geleng.

“Kenapa kau tak pernah cerita pasal aku?”

“Nak cerita kenapa pulak? Aku dengan kau bukannya ada apa-apa pun!”

“Hmm... kalau macam tu,” Tidak semena-mena, Alex memetik ibu jari dan kelihatan seorang pelayan lelaki membawa sejambak bunga berjalan menghala ke arah mereka. Mata-mata pengunjung yang sedang menjamu selera terus tertumpu ke arah mereka.

Maisara kaget. Menatang apa yang Alex nak buat ni?

Alex bersuara penuh kelembutan, separuh melutut, “Riana Maisara, you are the sunshine of my life. You make my day with your beautiful smile.Untuk yang teristimewa di hati saya, terimalah bunga ini, ikhlas dari saya, A. Your secret admire a.k.a Andrian Alexander.”

Maisara terpingga-pingga, tak mengerti, dia cuba mencerna setiap satu dari kata-kata Alex. Selama ini pengirim bunga yang misteri itu, Alex? Dan bukannya Azam seperti yang aku sangka?

Nizam, Zana dan Rifa ternganga luas, termanggu tanpa kata.

“ALONG, kau dengar tak apa aku cakap ni?!” jeritnya.

Sungguh dia tak faham. Azam nampak tenang. Terlalu tenang. Macam tak ada perasaan. Dia punyalah bersemangat bercerita pasal Alex. Alongnya dari tadi asyik angguk pastu dok tersenyum-senyum. Apa kes along aku ni?

“Kau tahu tak? Benda ni benda penting. Kalau kau tak buat apa-apa. Ria mungkin kena rampas dengan senior dia tu tau?”

Azam masih macam tadi. Diam sambil tersenyum.

“Kau nak aku buat apa? Bukannya aku boleh paksa hati Mai tu sukakan aku kan? Aku kalau boleh tak nak berikan dia tekanan. Aku nak bagi dia masa. Hubungan aku dengan dia biarlah jadi secara natural!”

Natural? Maksud kau secara semula jadi? Kau nak buat lawak apa ni? Aku tahulah kau tu sekarang kerja pengurus kat resort Ayah Am, kerja dekat pulau, tapi janganlah sampai terbawa-bawa jargon kau tu dalam kamus harian pulak.” sindirnya penuh dengan rasa geram tak sudah.

Azam terkekeh ketawa. “Sensitif pulak kau malam ni! Apa hal ni? Kalau kau tak nak Mai terlepas kat tangan Alex tu... apa kata kau yang pikat dia, boleh macam tu?” Dia menjungkitkan kening dua kali, sebelum tersenyum sinis.

Nizam menggelabah tak tentu hala. “Kau mengarut apa malam-malam ni?”

“Aku tak mengarut. I’m dead serious!”

“Azam. Aku dah cakap banyak kali yang aku tak...”

Azam pantas memotong sambil menayang gambar Maisara dalam dompet Nizam. “Gambar dalam dompet kau ni bukti segalanya!”

Nizam kaku tak bergerak. Dadanya berdebar hebat. “Macam mana kau...?”

“Ambil dompet kau ni?”

Nizam angguk perlahan, langsung dia tak pandang wajah abangnya. Apa patut aku buat ni? Nak sembunyi kat mana ni? Mampuslah aku. Aku dah tipu along hidup-hidup.

Azam menjawab bersahaja. “Masa ibu ambil pakaian kau bawa turun bawah untuk di basuh pagi tadi, aku ternampak dompet kau jatuh elok atas tangga. Jadi, aku pun kutiplah!”

Azam mengetap bibir. Patutlah aku cari merata tak jumpa. Rupanya ada kat Azam!

“Dari mula lagi aku dah agak yang kau tak pernah lupakan perasaan kau kat Mai. Sekarang ni bukan aku yang patut jujur. Tapi kau, Nizam!!”

“Nak jujur kejadahnya. Kau dah pun tahu kan?” gumamnya perlahan.

Azam terus menempelak lantang, “Maksud aku, kau jujur dengan Ria kau tu!! Selama ni, dia tak bukak hati dia kat aku sebab dia pun tak boleh nak lupakan perasaan dia kat kau. Dia cuba layan aku dengan baik. Dia tak nak aku kecil hati. Dia nak jaga hati aku! Tapi hati dia sendiri?

Aku tahu korang tak nak lukakan aku. Korang nak aku bahagia. Tapi korang sendiri? Aku tak buta. Dari dulu lagi, aku kan dah cakap kat kau. Kalau kau sukakan Mai, just go for it!! Aku tak nak berebut dengan adik sendiri.

Even more bila aku tahu dan sedar yang sahabat aku, Mai pun cintakan kau. Aku dah tak sanggup nak berdrama dengan korang. Aku pun dah penat sebenarnya. Aku harap sangat kau tamatkan segalanya. Confess to her. Tell everything. Tell her that you love her too!!”

Azam memegang erat bahu adiknya. Dia mahu Nizam luahkan segalanya. Luahkan segala yang terpendam. Walaupun dia mungkin terluka dengan semua ni, dia redha kerna dia tahu Tuhan akan temukan dia dengan seseorang yang lebih baik. Dia yakin itu.

Nizam merenung dalam wajah Azam. “Tapi along aku pun tak nak berebut Ria dengan kau. Aku tak nak rampas dia dari kau. Dia milik kau dari mula. Korang dah kenal lama. Aku tak nak rosakkan hubungan korang.

Lagipun kalau nak di bandingkan, kau lebih sesuai dengan dia. Korang saling memahami. Minat pun sama. Hobby and everything between that just the same!! Even, ibu dengan ayah Ria pun lebih selesa dengan kau. Raina pun.”

Azam menggaru lehernya yang tak gatal. “Bila masa pulak, Ria tu jadi milik aku? Rampas Riana Maisara dari aku? Aku dengan Mai tak pernah pun bercinta ke hapa?! Kau ni memang kelakarlah, Nizam.” Dia ketawa kecil sebelum tergeleng kepala. "Kau bercakap pasal minat kami yang sama? Hobi sama! Kau nak tahu tak? Perbezaan antara pasangan tu lebih istimewa dari persamaan tau. Sebab kita boleh cuba benda baru. Dan dari situ kefahaman akan wujud. Akan lebih seronok.

Tak payah tengok yang jauh. Tengok aje ibu dengan ayah kita. Ayah, seorang profesor bahasa. Ibu kita pula, bekas jururawat. Ayah pandai masak. Ibu kita pula biasa-biasa aje. Ayah suka berkebun. Ibu pula suka bela ikan. Tak ke jauh beza tu? But then, dorang hidup bahagia. Same goes to you and Mai!! Both of you can build that too!!”

Mulut Nizam ternganga luas. Tubir matanya bergenang. Terharu gila. Kenapalah abang aku baik sangat ni?

“Azam kau sedar tak apa yang kau cakap ni?”

“Sangat sedar. 6 bulan aku perhatikan korang. I had it enough! Mai dengan cara dia. Kau dengan cara kau. Aku rasa nak tergelak pun ada. Macam mana korang boleh bertahan? Aku yang tengok ni pun rasa kesian tahu tak? Aku tahu korang buat sebab aku. Tapi... sampai bila?”

Sunyi mengambil alih. Azam dan Nizam merenung jauh.

Nizam memecah sepi. “Kau nak aku buat apa? Ria dia dah bulatkan hati dia untuk terima kau. Aku tak rasa aku ada ruang dalam hati dia lagi. 6 bulan dah berlalu. Hati dia mungkin dah berubah.” ujarnya perlahan.

Azam mengeluh keras. “Dia buat macam tu, sebab kau tak pernah luahkan perasaan kau. Dia tak tahu sama ada kau benar-benar cintakan dia atau tak?! Sebab tu, dia try to move on. But then, she’s cannot. Tapi apa yang boleh dia buat? Kau tak mungkin terima dia, sebab kau lebih sayangkan along kau ni kan?” Azam berlelucon, dia memaut bahu Nizam.

Nizam tersenyum kecil. “Sebab kau satu-satunya abang aku. Kembar pulak tu. Aku tak nak kita bergaduh sebab sorang perempuan macam dalam drama Melayu. Tak gentleman langsung. Sebab tu aku putus asa. Aku tahu Ria lebih bahagia kalau dengan kau. Kau lebih baik dari aku. Faham dia dari segala segi.

Tapi itulah, semakin aku rasa aku dah lupakan dia. Perasaan tu datang balik. Sungguh aku rasa macam orang gila. Tipulah kalau aku cakap aku tak pernah terfikir nak rampas Ria dari kau, tapi pesaing aku,you, my bro!! Abang yang paling aku sayang kat dalam dunia ni.” Suaranya bergetar menahan tangis.

Azam sendiri matanya mula berkaca. Spontan dia memeluk erat bahu adiknya itu. Kepala Nizam di gosok perlahan. Umpamanya mereka berdua seperti kembali ke terowong masa. Ketika kebenaran di ungkap. Ketika mereka berdua di pertemukan semula semasa berusia 13 tahun. Dan dia memujuk Nizam yang ketika itu merajuk dengan ibu dan ayah mereka.

Previous: BAB 31
Next: BAB 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.