BAB 29

GURAUAN apakah ini? Bermimpikah dia? Mimpilah sangat. Mimpi di siang hari? Sudah jelas di depan mata. Riak wajah abangnya dengan Maisara yang gelabah dan gabra semacam tu sangat menyakitkan hatinya. Suara adik Maisara yang entah siapa namanya tu, masih berbekas di telinga. Nizam tersenyum sinis. Gila. Ini semua memang gila. Ria ada kembar? Seiras pulak tu!!! Kenapa aku tak pernah tahu??Kenapa dorang rahsiakan dari aku??

Tok! Tok! Seiring dengan ketukan di pintu, Azam perlahan-lahan membawa langkah ke birai katil. Nizam yang sedang duduk bersila itu di pandangnya sekilas.

Setelah beberapa ketika dan masing-masing diam membisu, Nizam bersuara keras. “Kau nak apa, long? Nak pertahankan Ria? Nak jelaskan segalanya?”

“Aku tahu kau tengah marah sekarang ni. Kalau aku cakap apa-apa pun, kau bukannya nak dengar kan?”

“Dah tu, kau tunggu apa lagi, keluarlah!!!” tempiknya kasar. Untuk pertama kali dalam hidupnya dia bercakap kasar begini dengan abangnya. Damn!! Semuanya sebab Ria!!

“Nizam. Masalah ini aku rasa, tak besar mana. Mai; dia tak berniat pun nak tipu kau. As for me, bukannya aku tak nak bagitau kau, aku rasa lebih baik Mai sendiri yang cakap. One more thing, masa kita tipu dia dulu, apa reaksi Mai? Dia marah juga kan? Tapi marah dia tak lama. Sebab dia tahu setiap orang pasti buat kesilapan. Dan setiap orang juga wajar mendapat kemaafan!!” usai berkata-kata Azam terus keluar dari bilik adiknya itu.

Nizam bangun. Segala barang yang ada di atas meja kecil di sepahkannya, melepaskan geram. “Argh!!!!”

Puan Husna yang terdengar jeritan Nizam bergegas menaiki tangga. Dia kemudian terserempak dengan Azam yang baru sahaja ingin menapak turun. “Kenapa dengan adik kamu tu?” tanyanya dengan dahi yang berkerut seribu. Jelas terpancar kerisauan seorang ibu.

“Tak ada apalah ibu. Dia cuma terkejut Mai ada kembar. Itu je!”

Setiba di ruang tamu, dia membantu Azam untuk duduk di sofa. “Hah? Selama ini korang tak beritahu Nizam yang Raina tu kembar Mai?” tanyanya sebelum duduk di sebelah Azam.

Azam tersenyum hambar. “Along ingat nak biar Mai sendiri yang cakap. Tak sangka pulak yang Raina boleh tiba-tiba nak datang melawat along hari ini. Kebetulan Nizam pulak ada kat rumah. Nampak gayanya memang tak boleh nak buat apa dah. Benda dah jadi!”

Puan Husna geleng kepala. Kalau dia tahu tentulah dia tak akan benarkan Raina masuk melulu macam tu sahaja. “La... kalau ibu tahu, ibu cakap sahaja yang kamu tak ada tadi.”

“Tak apalah ibu. Mungkin ini yang terbaik?! Lagipun sampai bila kami nak main rahsia-rahsia kan?”

“Hmm... macam-macamlah kamu semua ni. Pening ibu di buatnya!”

Azam hanya mampu tersengih sebelum mengangkat bahu.

DALAM pada itu, Maisara dan Raina yang baru sampai di rumah langsung tak bercakap antara satu sama lain. Puan Arisa memandang mereka pelik. “Kenapa dengan kamu berdua ni? Tak pernahnya ibu tengok kamu diam macam ni.” Tanyanya sebaik sahaja Raina melabuhkan duduk di sofa. Maisara pula sudah menghilang ke tingkat atas.

“Raina dah bocorkan rahsia, Kak Mai.”

“Rahsia? Rahsia apa pulak ni?”

Raina mengeluh kecil. Satu persatu di ceritakannya. Puan Arisa menggeleng kepala.

KENAPA begini pula jadinya? Maisara meraup wajah buat ke sekian kalinya. Badan terus di baringkan. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Mata langsung tak boleh pejam. Dia bangun. Duduk semula. Sejenak dia berpaling, wajah Raina yang tersembul di muka pintu membuatkan dia mendesis kecil.

“Ada apa?”

“Kau masih marahkan aku ke?”

“Kau tengok muka aku ni, macam muka orang marah ke?”

Raina angguk. “Sikitlah.”

“Patutnya dari dulu lagi aku beritahu je, yang aku ada kembar kat Nizam. Taklah jadi benda terkejut tergempar macam ni,” Satu keluhan di lepaskan.

Raina menyusun sepuluh jari. “Sekali lagi, aku minta maaf. Sangat-sangat. Aku tak sangka yang Nizam boleh ada sekali kat rumah masa tu. ”

“Dah tu rumah dia kan? Dia nak pi mana lagi!” sindir Maisara.

“Kak Mai, kalau difikirkan balik, aku tak rasa aku sepenuhnya bersalah dalam hal ini. Kalau kau pandang benda ni secara logik, kedatangan aku hari ni, sebenarnya memudahkan kau. Sekarang kau dah tak perlu berahsia lagi dengan Nizam kan?”

“Itu memanglah betul. Tapi yang nak berhadapan dengan dia kat ofis esok, aku ni hah! Bukannya kau!!”

“Daripada gaya kau ni kan, kak. Aku rasa kau macam risau sangat. Jangan-jangan kau...” Raina senyum dalam diam. “Kau sukakan Nizam ke kak? Sebab tu kau sangat risaukan apa pandangan dia terhadap kau? Apa yang dia fikir bila dapat tahu kau tipu dia?”

Raina yang tersengih di tenungnya tajam. “Kau memang suka jaga tepi kain orang kan?”

“Tepi kain kembar sendiri. Rasanya tak salah kan?” Raina angkat kening double jerk umpama mencabar kesabaran kakak kembarnya.

Maisara memegang dahinya yang terasa berpinar itu. “Aku nak tidur. Nak berehat. Jadi, aku minta tolong sangat dengan kau, tolong keluar boleh?” Maisara sudah menarik selimut menutupi seluruh badan. Raina diam. Dia terus keluar.

Telefon bimbit yang berbunyi segera di angkat. Nama yang tertera membuatkan bibirnya terherot sebelah. “Kau, Mat. Apa hal?”

“Kau boleh tanya pulak, apa hal?”

Hissh...Mamat ni. “Kalau kau telefon setakat nak sindir aku baik tak payah, biul!” bidasnya secukup rasa.

Azam mendesis geram. Dia ni kalau bercakap dengan aku tak pernahnya nak lembut. Kasar semedang.

“Aku pun bukannya nak sangat telefon kau, minah brutal. Aku cuma nak tahu, Mai macam mana dia okey ke tak? Aku telefon dia berkali-kali. Langsung tak ada jawapan.”

Raina menahan sabar. Mamat ni dari dulu tak pernah nak cakap elok-elok dengan aku. Dia panggil aku apa, minah brutal?

“Kak Mai tidur. Dahlah kau tak payah nak risau sangat. Dia okey je!” beritahunya laju sebelum memutuskan talian.

Azam terasa macam nak hempuk telefon ke dinding. “Beza minah ni dengan kakak dia macam langit dengan kerak bumi!!!“

Previous: BAB 28
Next: BAB 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.