BAB 6

“RIFA... tolong aku submit document ni boleh tak?” pinta Maisara lembut. Matanya di pejam celikkan. Sharifa geleng kepala, “Tak payah nak mengada-ngada buat aksi macam tu. Aku dah kata jangan ambil promotion tu. Tapi kau degil. Konon boleh kendalikan. Tapi sekarang apa cerita?”

Maisara cebik mulut, “Kalau kau tak nak tolong cakap sajalah tak nak. Tak payahlah nak bebelkan aku.” Muncung di tarik panjang.

Sharifa cubit pipi Maisara, “Merajuk pula dia. Iyalah aku tolong puas hati?”

Bersinar terus matanya. Sharifa lantas di peluk. “Kaulah sahabatku dunia akhirat.” Mujurlah Sharifa sudi membantu. Bebanan kerja kini terasa ringan. “Aku janji habis sahaja projek aku dengan Teguh Bina, aku janji akan tolong kau siapkan projek lanskap dengan Anugerah tu.”

Membulat mata Sharifa. “Betul ni? Pegang janji kau tu. Kalau tidak nahas kau,” ugut Sharifa.

Maisara buat tabik hormat. “Saya janji puan.” Seketika kemudian terburai tawa mereka berdua.

Deringan telefon bimbit Maisara lantas mematikan tawa. Mesej ringkas dari Nizam itu di bacanya sambil lalu. Datang atas bumbung sekejap. Maisara kerut dahi. Apa kes pula dia ni?

TERNGANGA Maisara melihat senarai diet pemakanan yang di syorkan oleh Nizam. “Ini, kau nak suruh aku mati kebulur bukannya diet.” Dia menyingga tiba-tiba.

Nizam kerut dahi. Menarik! Dia dah mula beraku engkau dengan aku. “Apa pula? Aku membantu kau ni.” Nizam tak mengaku kalah. Dia mengikut rentak Maisara.

Maisara terdiam. Seolah berfikir. Bila masa pula dia beraku engkau dengan Nizam?“Maaf, saya terkasar dengan awak.” Dia tertunduk memandang lantai roftop.

Nizam berlagak seperti biasa. “Sebenarnya, elok juga kalau kita buang keformalitian tu? Barulah mesra dan nampak macam kita dah lama kenal kan?” cadang Nizam tidak semena-mena.

Maisara terkelu. “Apa?”

Nizam meneruskan bagai tiada apa, “Jadi, kau ikut sahajalah senarai tu. Aku jamin kau akan berpuas hati. Kurangkan makanan berminyak, makan lebih banyak buah-buahan dan kurangkan makan nasi. Kurangkan, bukannya tak makan langsung. Ingat tu?”

Maisara kelam kurang mengerti. Nizam sudah bertransformasi ke apa ni?“Nizam, awak okey?”

Dia senyum. “Aku okey. Aku kan dah janji nak tolong kau kuruskan badan. Kau tu yang nampaknya tak okey. Aku cakap jangan nak berformal dengan aku. Tapi kau tetap juga dengan cara kau kan?”

“Saya...”

Nizam angkat jari telunjuk. “Amaran terakhir, kalau tidak aku cubit pipi tembam kau!”

Maisara pegang pipinya. “Kau gila? Jangan harap kau boleh cubit pipi aku ni!”

“That’s my girl!” Nizam tersenyum senang.

“I am not your girl!” sanggah Maisara lalu melangkah pergi meninggalkan Nizam. “Riana!” jeritnya. Nizam mengejar dari belakang. Maisara mempercepatkan langkah, dia semakin laju. Nizam berbisik sendiri. “This panda bear really so cute!!”

DIA merebahkan badan ke atas katil. Letih seharian berkejar ke sana sini. Siling bilik yang bersawang di renung lama. Leteran ibunya singgah menyapa. Lantaran sibuk bekerja dia langsung tiada masa mengemas bilik sendiri. Bibir mengukir senyum segaris.

Komputer riba di atas meja kerja di ambil. Tangannya laju mahu menyemak jikalau ada e-mel terbaru dari Mamat. Dia akui Mamat begitu bersungguh meminta maaf namun dia yang begitu berdegil tidak mahu memaafkan. Matanya bulat. Ada e-mel dari Mamat!

Assalamualaikum, Maisara!

Penjelasan yang awak minta tu agak sukar saya ceritakan di sini. Apa kata kita bertemu sahaja? Kita berjumpa di kampung, di tepi pantai, pada hari jadi kita berdua, 16 Mei.

Sebenarnya... Saya harap awak tarik nafas panjang-panjang sebelum awak membaca ayat saya yang seterusnya ini. Saya sudah balik ke Malaysia dua bulan yang lepas! Saya tidak berniat langsung mahu merahsiakannya daripada awak. Maisara, untuk terakhir kalinya maafkan saya.

Setakat ini, dari saya. Jumpa lagi. Dan itupun sekiranya awak masih lagi sudi bersahabat dengan saya. Saya menanti kata putus dari awak. Terlalu!

Maisara meraup muka. “Dia dah balik sini? Dan dia mahu berjumpa pada hari jadi kami! ”

E-mel itu di baca berulang kali. Maisara tergeleng kepala. Selama ini, Mamat tidak jauh. Dia dekat. Dia berada di sini. Di bumi Malaysia. Titis gerimis mengalir tanpa di sedari. Penantiannya semakin sampai ke penghujung.

Tanpa menunggu lagi, dia terus membalas e-mel Mamat.

“BIAR BETUL!!” Bagai mahu terkeluar kornea mata Maisara. “Nizam, berat aku turun 5 kg?”

Nizam hanya tersenyum. Dia mencapai buku catatan yang tercatit segala panduan untuk diet Maisara. Alat penimbang berat di angkutnya dan diletakkan ke dalam bonet kereta.

“Baiklah, seterusnya hari ini kau kena berlari keliling padang ini 3 kali!”

Maisara terpisat-pisat tidak mengerti. “Aku dah turun 5 kg. Kenapa pula kau suruh aku berlari keliling padang sampai 3 kali?”

“Riana, anggap ini suatu senaman ringan untuk kau. Ianya bagus untuk membakar kalori dan lemak dalam badan. Iya, melalui diet pemakanan, berat kau dah menyusut tetapi dengan bersenam, ianya akan mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan kau. Selalu bersenam badan pun sihat, tak ke begitu?”

Maisara senyum sinis. “Kau kalau dah mula bercakap memang menyakitkan hati!” Tanpa menunggu lagi, Maisara terus berlari anak meninggalkan Nizam.

“Hoi, kalau iyapun tunggulah.” Nizam sudah berlari mengejar Maisara.

Nizam berusaha berbuat kelakar bagi menghibur dan menarik perhatian Maisara namun hampa, Maisara masih merajuk dengannya. Akhirnya Nizam menghadang Maisara di hadapan.

Maisara terbrek mengejut. Dia membeliakkan mata. “Kau kenapa dah gila?” marahnya.

“Kaulah yang gila. Tetiba marah aku apahal? Aku cakap benda betul, itupun nak kecil hati. Pulak tu, merajuk macam budak-budak!”

Maisara menggetap mulut. “Mulut kau ni kan memang...” Maisara tetiba menjerit kecil. “Dahlah, malas aku nak bertikam lidah dengan kau.” Dia meneruskan larian yang terhenti.

Mata Nizam terkebil-kebil. Apahal minah ni? Buat tabiat ke apa?

“RIA, aku nak tanya sikit boleh?” Suara Nizam memecah sunyi antara mereka.

Maisara yang ketika itu baru hendak membuka penutup minuman menoleh ke arah Nizam, “Tanyalah.”

“Sebetulnya kau nak kuruskan badan ni untuk diri kau sendiri atau ada tujuan lain?”

Terangkat kening Maisara. “Kenapa kau tanya macam tu? Salahkah kalau aku kurus untuk diri aku sendiri? Atau kalau memang untuk orang lain pun kenapa?”

“Tak adalah. Nothing! Cuma nak tahu sahaja.”

“Peliklah kau ni.”

Nizam senyum serba salah.

“Tapi... sebenarnya kau betul Nizam, aku nak kurus pun gara-gara nak jumpa seseorang.” Tutur Maisara tetiba berterus terang.

Nizam kelihatan berminat untuk mendengar bicara seterusnya. “Jadi, tekaan dan tebakan aku tak salahlah selama ini?”

Maisara angguk. “Kalau bukan kerana desakan dia, aku mungkin tak akan senekad ini untuk menguruskan badan!”

“Kenapa kau cakap macam tu?”

“Sebabnya kami dah lama tak berjumpa dan sekarang dia dah balik sini. Jadi dia ajak aku berjumpa tapi aku sering berdalih, kata yang aku banyak kerja, sibuk sini sibuk sana. Pendek kata, bermacam alasan aku bagi. Tapi kali ini aku tak boleh mengelak lagi. Dia nekad nak jumpa pada hari lahir kami berdua!” ceritanya panjang lebar.

Nizam angguk. “Begitu ceritanya. Kau kata dia baru balik sini? Selama ini dia pergi merantau ke? Pergi daki gunung?”

Maisara renung Nizam tak berkelip.“Semua benda kau nak buat lawak kan?”

Nizam sengih. “Amboi, bergurau sikit pun tak boleh?”

Maisara tarik muka masam. Nizam senyum. “Saya minta maaf, tuan puteri! Saya janji tak akan ketawakan awak. Jadi, tolong sambung cerita awak.” pintanya lembut.

“Tak nak! Bukan hari ini! Lagipun, kau bukannya nak dengar sangat pun!” rajuknya lagi.

Nizam garu kepala. Haila... panda bear ni memang kuat merajuk. “Ria, ceritalah... aku memang nak dengar. Sungguh!” pinta Nizam.

Maisara masih menimbang. Mahu cerita atau tidak.“Lain kali sahajalah.” putus Maisara. Fikirnya benda ini terlalu peribadi untuk di hikayatkan segalanya pada Nizam.

Nizam jelas tampak tidak berpuas hati. “Yalah, nak buat macam mana. Ada orang tu, suka berahsia dengan kita.”

“Eleh, tak payah nak merajuk sangat. Jom balik, hari pun dah lewat petang,” ajak Maisara seraya mencapai botol minumannya dan melangkah laju menuju ke kereta.

Nizam mengeluh berat. “Kau merajuk aku pujuk. Tapi bila aku merajuk... hampeh. Tapi betul juga siapa aku pada dia kan?”

Maisara melaung memanggil Nizam yang masih mengelamun. “Hoi, Encik Drebar, kau mengelamun apa tu? Jom, balik!!”

Nizam sengih. “Iya, aku datang!!”

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.