BAB 18

WAJAH Nizam yang tiba-tiba tersembul di mejanya hampir sahaja membuatkan jantungnya luruh. “Tak reti bagi salam ke?” tanyanya sinis tanpa memandang wajah Nizam.

Nizam tersengih, “Maafkan saya, puan! Assalamualaikum!”

“Apa puan-puan? Aku tak kahwin lagilah!” ujarnya menyeringai marah.

“Amboi, garangnya kau pagi-pagi ni!”

“Nizam... kau tak ada kerjakah? Kalau setakat nak mengacau aku buat kerja, tolong pergi. Aku tengah berserabut ni. Karang segala benda melayang ke muka kau, nak?” Angin puting-beliungnya masih belum surut.

Nizam mengangkat sepuluh jari. “Maaflah. Aku bukan nak ganggu kau. Aku cuma nak tanya, lepas waktu kerja kau ada apa-apa hal tak?”

Kening Maisara terangkat seinci, “Tak ada kot! Kenapa?”

Nizam menelan liur. Macam mana nak cakap ni. Ah, belasah sajalah apa-apa pun.“Aku nak tebus pasal hal malam semalam. Aku nak belanja kau makan. Boleh?” Lancar sungguh mulutnya berbohong. Tuhan ampunkanlah hambaMu ini.

Mendengar saja pasal makanan tanpa banyak soal Maisara terus bersetuju. “Tapi dengan satu syarat...”

“Apa syaratnya?” tanya Nizam meskipun jauh di sudut hati, dia tahu benar syarat Maisara itu.

Maisara sengih. “Aku yang pilih tempat makannya! Amacam set?”

Nizam mencebikkan mulut. Aku dah agak dah! Nak cekik darah akulah tu.

“Yalah, sayang! Di mana tempat makannya?”

“Secret Recipe!” beritahu Maisara dengan muka tak bersalahnya. Alang-alang dia kata nak belanja kan?

Nizam jatuh bahu. Saja je minah ni. Dahlah baru tengah bulan. Bankraplah aku macam ni!“Baiklah, cik adik!”

DIA binggung seketika. Apa tujuan Nizam membawanya ke pantai petang-petang begini? Sangkanya selesai makan-makan, Nizam akan menghantarnya pulang. Sudahlah cuaca macam nak hujan je. Betulkah tidak Nizam ni? Sekilas Nizam di kerlingnya dari hujung mata. Diam sahaja dari tadi. Apa kena dia ni? Serius semacam je muka tu.

Nizam melunjurkan kakinya yang kebas bersila sedari tadi. Gelora di hati berombak kencang. Sekencang angin yang bertiup saat ini. Mahu atau tidak perkara ini harus di selesaikan hari ini. Biarlah dirinya di caci-maki daripada kebenaran terus terselindung. Janji harus ditepati. Dia harus pulangkan benda yang bukan miliknya. Biar langit dan pantai ini yang jadi saksi, betapa setianya dia sebagai seorang adik dan juga sahabat.

Nizam kau boleh buat! Kau pasti boleh!

Nafas di tarik dalam-dalam. “Ria, aku nak beritahu kau sesuatu... .”

Maisara menoleh memandang Nizam.

Nizam mengeluh kecil. “I want to tell you something but I hope that, you don’t get me wrong. It just... I have to do this.”

“Oh? Okay!”

Nizam meraup wajah. Entah mengapa debaran di dada semakin memuncak. Tangan di genggam erat mengumpul kekuatan. “Ria, kau pernah kata yang aku langsung tak mirip dengan Mamat kan?” Air liur di telan kesat. Terasa berpasir tekaknya saat ini.

Mata Maisara tidak berkelip mendengar soalan itu dari mulut Nizam. Apa maksud dia ni? Apakah ini bermakna dia... Hish takkanlah kot. Tapi... Mai kau sendiri pun tahu yang Nizam dan Mamat bagai langit dan bumi. Album lama tu membuktikan segalanya kan?Itu kebenarannya! Tapi... kenapa aku macam tak nak terima kenyataan?

Dia tersenyum nipis.“Pada mulanya, memang aku sangsi. Tapi bila dengar kau hikayatkan kisah kita masa kecil dan juga rahsia aku. Aku mula percayakan kau.”

“Ria... aku sebenarnya bersalah pada kau. Tak, bukan hanya kau tapi Mamat!” beritahu Nizam dalam suara yang tertahan.

“Apa maksud kau ni?” Nizam di pandangnya tepat.

“Aku hanyalah si penyamar!” beritahunya laju dalam satu nafas.

Maisara tergamam. “Penya...mar?” Keningnya bertaut. Keliru dan celaru bersatu. “Jadi, kau bukan Mamat?” soal Maisara keras. Darahnya makin memuncak pabila Nizam langsung tidak berkutik. “Nizam, jawablah!” gesanya.

Nizam masih lagi tertunduk. Aturan nafasnya serba tidak kena. Berani kerana benar. Takut kerana salah. Aku tak salah. Aku hanya ingin mengakui kekhilafan semalam. Nizam sekali lagi kau boleh. Yakinlah Allah bersama orang yang benar.

Dengan lafaz bismillah, perlahan-lahan dia menuturkan, “Aku menyamar jadi Mamat! Aku bukan Mamat! Aku hanya menggantikan dia.” Wajah Maisara di tentangnya. “Aku rasa kau pun tahu itu kan? Kau sedar yang aku bukan Mamat kan?”

Maisara terkelu. Segala tanda tanya terbuka kini. Azam ialah Mamat. Naluri hatinya memang benar. Hanya selama ini... dia sendiri yang menidakkan kerana cintanya telah beralih arah. Tika ini, dia keliru kenapa Nizam perlu menyamar? Adakah Mamat yang menyuruh Nizam dek kerana kecelakaan yang menimpanya itu? Atau Nizam sendiri yang...?

Ya Tuhan, tabahkanlah hatiku menerima kebenaran dan kenyataan ini! Satu keluhan di lepaskan sebelum matanya singgah ke wajah Nizam. Perlahan dia bertanya, “Kenapa kau beritahu aku semua ini? Kalau kau dah memang nak menyamar, kenapa tak teruskan sahaja? Kenapa begitu cepat kau bongkarkan rahsia ini?”

Nizam senyum tak berperisa. “Aku sayangkan abang aku. Aku sayangkan korang. Aku nak korang bahagia. Kau pun tahu aku bukan jenis yang suka permainkan orang dan atas sebab itu aku berterus terang. Sejujurnya, aku pun tak sangka yang Maisara itu kau. Aku ingat mungkin aku tersalah perkiraan,but then when you spoke out about Mamat and all. I’m so blank.

At that time, I just want to make sure I didn’t get it wrong. Then, it turn out I‘m mistakenly being him. For some reason I don’t want to confusing myself, to such a simple thing that can be settled out! So that’s it. You just have to face that I am not him! I’m just me! Nizam! Not Mamat!

Maisara terdiam agak lama. Kata-kata Nizam di cerna satu persatu. Ikatan persaudaraan antara Nizam dan Mamat memang utuh. Tambah pula, mereka kembar seiras. Sekali pandang, tiada perbezaan. Mungkin disebabkan itu, Nizam berani mengambil risiko menggantikan Mamat?

“Nizam, hanya satu yang aku nak tanya. Kau menyamar atas kehendak kau atau Azam yang suruh?” soal Maisara tegas. Matanya tajam menentang mata Nizam meminta kepastian.

Sebaris kata-kata Maisara itu, di telan penuh pahit. Dia terdiam seketika. Ombak di pantai di pandang penuh ralit. Aku harus pertahankan along. Walau dia berbuat silap, itu bukan kehendak dia. Aku di sini untuk memperbetulkan, untuk menyatukan along dan Maisara.

“Aku sendiri yang datang jumpa kau. Ini rancangan aku seorang! Along langsung tak tahu menahu. Kau pun tahu keadaan along kan?”

Maisara angguk. Azam mengalami kecelakaaan. Kakinya lumpuh. Dia tahu itu. Dia sedar itu. Tetapi... kenapa dan mengapa hatinya hanya tertumpah rasa kasihan dan bukannya mengasihani? Selingkuhkah dia? Difikirkan, hubungan dia dan Mamat tak bernama. Tuhan tolong ingatkan aku! Siapa yang aku cinta? Siapa yang aku kasih? Siapa sahabat, siapa kekasih?

Deru angin yang membelai lembut pipinya itu, membawa kembali perhatiannya pada penjelasan Nizam. Mata Nizam di tikamnya tajam.

Nizam tertunduk, melarikan pandangan. “Aku tak mahu pertemuan yang sekian lama, kau dan along rancang punah macam tu sahaja, hanya kerana kecelakaan yang menimpa along. Sebab itu, aku memutuskan untuk menyamar. Bila along dapat tahu, dia mengamuk. Dia minta nak berjumpa dengan kau. Tapi dia takut akan penerimaan kau. Jadi, dia minta aku yang berterus terang dengan kau.”

Maisara menyilangkan tangan. Matanya semakin tajam merenungi wajah sahabatnya itu. “Nizam, kau memang sayangkan along kau kan? Tapi... sampai bila kau nak terus pertahankan dia? Aku tak buta. Aku tahu! Azam yang paksa kau kan?” ujarnya sambil tersenyum sinis.

Nizam kelihatannya agak menggelabah. “Mana ada. Aku yang...” Dia terdiam, mencari kata. “Betul!! Along tak tahu. Aku yang rancang semua ini. Semuanya atas diri aku sendiri!” ujarnya entah cuba menyakinkan siapa. Maisara atau dirinya.

Suara Maisara sedikit meninggi. “Nizam, kau kawan baik aku. Mamat, kawan lama aku. Siapa yang kau nak tipu ni? Aku kenal Mamat. Dia ego. Dia tak mahu orang tahu kesakitan dia. Kalau boleh semua dia nak simpan sendiri. Aku tahu, dia takut aku bersimpati pada dia kan? Dan disebabkan itu, kau yang jadi mangsa.”

Nizam membisu. Patah demi patah kata yang keluar dari mulut Maisara langsung tiada cacat celanya. Semuanya benar belaka.

“Kalau benar, ini perancangan kau sendiri dan bukannya atas paksaan along kau tu. Macam mana kau tahu, rahsia aku, latar belakang aku? Sudahlah Nizam, ini semua kerja Mamat kan?” Maisara masih lagi dengan lagak detektif menyoal pesalah.

“Aku tahu semua itu dari diari dan e-mel along! Along tak bersalah. Dia langsung tak paksa aku. Aku sendiri yang atur semua ini.” Nizam masih tidak mahu mengalah.

Maisara geleng kepala. “Nizam, Mamat tak pernah tulis diari. Padanya, diari itu melecehkan!”

Nizam hilang punca. “Errr...?” Aduh, kenapa dengan aku ni? Habislah macam mana ni? Kantoi sudah! Macam mana aku nak jawab dengan along nanti?

Bayu yang berpuput, mengibar lembut hijab Maisara. Dipegang kemas hijabnya. Kemudian Nizam di pandangnya sekilas, “Actually, I’m glad that you being frankly about this kind of thing. It really shows, that you do care about our friendship!”

Mulutnya ternganga, tidak percaya. “Kau sikit pun tak marah? Pada aku? Pada Azam?” Nizam teragak-agak bertanya.

Maisara tersenyum sinis. “Bohonglah kalau aku cakap aku tak rasa marah. Ikutkan hati, aku memang terasa nak belasah kau. Rasa macam nak mengamuk, naik angin. Semua ada. Tapi kalau aku buat semua itu, bukannya boleh terbalikkan keadaan pun kan? Benda dah jadi. Lagi pula, ada orang itu dah serah diri kan?”

Nizam mencebikkan mulut. Sempat juga mengata aku tu!

“Tapi, hanya satu... aku kecewa dengan along kau. Kenapa dia nak buat macam ni?”

“Sebabnya mudah, dia cintakan kau.” datar tanpa perisa Nizam menuturkannya. Aku juga. Sayang rahsia hatinya hanya mampu tersimpan kemas sebagai kenangan hidupnya.

“Hah?” Kening Maisara terangkat seinci. Biar betul? Biar betul-betul? Aduh, kalutlah macam ni? Aku pula dah tersukakan si adik!

“Kau sendiri pun tahu kan? Mamat memang menantikan kau. Selama ini, dia hanya cintakan kau. Cinta remajanya itu, bukan cinta main-main. Ianya cinta sejati. Sebab itu, dia tak nak jumpa kau dalam keadaan yang macam itu. Dia takut kau terima dia di sebabkan kakinya yang lumpuh bukan kerana cintanya pada kau.” beritahu Nizam panjang lebar.

“Tapi perasaan aku tak sama. Aku sayangkan dia tapi... hanya sebagai seorang sahabat.”

Nizam berpaling. Riaknya bertukar serius. “Kalau macam tu, kenapa kau beri dia harapan? Kenapa kau kirim e-mel selama 10 tahun lamanya, kalau kau tak cintakan dia?” tanyanya bertubi-tubi.

“Aku hanya nak kekalkan persahabatan antara kami. Takkan itu pun salah?” soal Maisara pula.

“Memang tak salah. Cuma along tu, orangnya naif dan lurus. Dia benar-benar berharap kau punya rasa yang sama. Aku harap kau tak kecewakan dia. Tambah pula, dengan keadaan kakinya itu, dia amat perlukan sokongan kau. Hanya dengan dorongan kau, dia akan lebih cepat sembuh. Atas tujuan itu jugalah, aku beranikan diri berterus-terang dengan kau.” jelas Nizam bersungguh demi mengharapkan Maisara menerima Azam.

“Kalau kau tak cakap pun, aku tetap akan bagi semangat pada dia. Dia kawan lama aku. Tapi untuk aku cintakan dia, aku minta maaf.I can’t do that!!”

“Kenapa tidak?”

“Sebab dia hanya sahabat. Aku sayang dia tapi hati aku, cinta aku bukan untuk dia!” ringkas Maisara menjelaskan. Aku cintakan orang lain, dan orang lain itu bukannya orang lain ianya kau, Nizam!

“Maksudnya kau dah ada pilihan hati? Begitu? Siapa dia?That secret admire, whom send you a bouquet of rose? Diakah orangnya? Kau sukakan dia? Kau cintakan dia?” soal Nizam tanpa henti.

Maisara senyum tanpa perisa. “Nizam, why are you so furios?”

Nizam seakan tersedar dirinya terlalu mengikut perasan. Dia akhirnya cuba berlagak setenang mungkin. “Mana ada! Aku cuma tak nak kau di kecewakan, di permainkan. Mana tahu dia orang tu tak ikhlas cintakan kau. Nanti kau juga yang terluka. Along aku setia pada kau. Dia mengharapkan kau. Aku harap kau... .” Ayat Nizam tergantung di situ. Dia terpaku mendengar kata-kata Maisara yang separuh berbisik itu.

“Aku pula harap yang Mamat itu kau!” Usai bait-bait itu di lontarkan, Maisara tertunduk memandang pepasir pantai. Emosi mula menjalar diri. Matanya bening. Air mata menitis jatuh.

Dia menangis? Nizam mula gelisah. Tak ketahuan rasanya. Tak pernah aku tengok dia menangis. Tak pernah juga dalam sejarah hidup aku, perempuan menangis kerana aku? Dan hari ini? Apa kejadahnya ni?

“Nizam, are you that blind? Sampai tak nampak apa yang sebenarnya berlaku?” lembut perlahan Maisara bertanya. Pipinya yang masih basah itu di sapu perlahan. Kenapa air mata aku murah sangat ni? Malu pula rasanya menangis depan Nizam. Nampaknya aku memang dah tak dapat lari dari perasaan akukah?

“Apa yang kau merapu ni, Ria? Aku tak faham!” Nizam tergaru kepala yang tak gatal. Sungguh aku tak faham apa yang minah ni cakap.

“Kau faham sebenarnya tapi kau cuba tak nak faham kan?”

Nizam membisu. Tubuhnya kaku. Takkanlah Ria sukakan aku?

Maisara melepas nafas perlahan, “Sebenarnya dari awal lagi memang aku dah syak kau bukan Mamat. Aku agak terkejut bila kau tahu semuanya berkenaan Maisara dan Mamat. Dari situ aku tahu, Azam ialah Mamat. Sebenarnya cerita kau banyak compang-campingnya. Kau seperti cuba menegakkan benang yang basah bila kau cakap kau belajar renang.

Setahu aku, Mamat langsung tak pandai berenang. Mamat teramat takut dengan air. Dia sampai sekarang masih fobia. Azam pula, masa aku jumpa di chalet memang tak boleh nampak kolam renang. Bila pergi ke pantai pun sama. Ciri-ciri itu amat dekat dengan Mamat yang aku kenali.”

Nizam binggung. Jadi selama ini, Ria pun berlakon jugalah?Dia buat bodoh walaupun tahu aku bukan Mamat? Tapi kenapa? Kenapa dia layankan saja?

Sepi. Tiada jawapan.

Maisara menyambung cerita. “Kau juga pernah cakap, yang kau ada tolong abang kau kuruskan badan kan? Masa di sekolah lama, muka kau pula jelas menampakkan kau tak biasa dengan tempat itu. Tapi aku layankan juga. Aku nak tengok sampai bila kau nak terus berlakon. Sampai bila kau mampu bertahan. Tapi aku silap. Aku ingat boleh permainkan kau, tak sangka pula secepat ini kau berterus terang.”

Nizam mengoyak senyum di pinggir bibir. “Sebabnya hidup kita ini bukannya jalan cerita novel dan bukan juga drama yang ada plot dan klimaksnya. Ini realiti. Pada aku, lebih baik berterus terang sahaja. Lambat-laun, akan ketahuan juga. Kenapa nak rumitkan keadaan sedangkan segalanya boleh di perbaiki.”

“Kenapa kau begitu jujur?Why are you so nice to me? Kenapa Mamat itu bukan kau tapi Azam? Dan... kenapa hati aku bukannya untuk Mamat tapi... kembarnya?” perlahan-lahan Maisara meluahkan segala yang terpendam di hatinya. Akhirnya cintaku ini bukan lagi rahsia. Maisara sendiri hilang punca. Bagaimana dia boleh seberani ini?

Nizam pula hampir sahaja, saluran nafasnya tersekat. Aku tak salah dengar ke ni? Maisara di pandangnya tidak berkelip. Matanya bulat. “Ria, ini bukan masanya nak berlawak!”

“Kau rasa aku berguraukah?”

Kosong. Reaksinya beku. Dia kemudiannya menggelengkan kepala. “This is not good!”

Maisara tersenyum tawar. “Aku sekadar mahu jujur dengan diri sendiri. Itu sahaja. Bila masa berlalu, rasanya semua ini akan hilang dengan sendirinya.”

Diam. Mereka berdua tenggelam dalam perasaan. Tumpuan keduanya beralih ke arah ombak yang beralun lembut menghempas pantai.

Maisara melepas tawa perlahan. Hambar. Kekok. “Entahlah, pelik rasanya. Mungkin sebab aku dah terbiasa berada dekat dengan kau kot? Layanan baik kau terhadap aku, membuatkan aku rasa di hargai. Yalah, orang montel macam aku ni, mana ada yang berani nak dekat kan? Kau seorang sahajalah pun. Mungkin sebab itu aku mula fikir luar alam... .”

Sepi. Awan mendung berarak perlahan. Mendung di hati Nizam pula bagaikan beranak sungai. Tuhan ujian apakah ini? Lagi aku ingin lari, lagi dekat pula aku dengan kenyataan ini. Ria pula, kenapa dia begitu berani berdepan dengan perasaannya? Sungguh aku terharu, dan kalau ikut hati, aku macam nak peluk dia. Kalau buat betul, agaknya terus lekat cap lima jari di mukaku!

Dia nak tengking aku ke? Tajam aje mata tu? Maisara menelan liur. Getaran hati semakin hilang rentaknya.

Nizam bersuara tenang, “Actually, you are not alone, Ria!But... the circumtances really bites. It’s up to Allah! Put your trust in Him. If we really meant to each other, He will show it, in sya Allah.”

Hati Maisara di runtun syahdu. Rupanya Nizam punya rasa yang sama? Pujukan dan nasihat Nizam menyentuh hati kecilnya. Ternyata membesar di negara orang tidak membuatkan Nizam lupa akan Allah yang Satu.

Maisara senyum. “I do trust in Allah and always do!” Dia bangun. Baju yang penuh dengan pasir di kibas. Langkah kemudiannya di buka luas.

Nizam pantas mengejar. “Ria, I’m sorry for letting you down, I didn’t mean to hurt... ”

Maisara memotong, “Aku tahu, Nizam. I’ll try my best to keep this feeling! Don’t worry, ‘kay?” Dia tersenyum nipis sebelum berlalu.

Sejurus selepas itu, bayang Maisara semakin jauh dari pandangan Nizam. Satu keluhan di lepaskan. Aku cintakan kau, Ria! Selamanya! Tapi kau tak di takdirkan untukku. Kau milik along!

Previous: BAB 17
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.