BAB 10

SEKEMBALINYA dari bercuti, Maisara kembali sibuk di pejabat. Helaian kertas yang berselerakan di susunnya satu persatu. Dia tersenyum puas. Sedap sikit mata memandang. Jam comel di hujung meja berbentuk hati di kerlingnya sekilas. Jarum jam menunjukkan hampir ke pukul 5 petang. “Mujurlah proposal lakaran ni dah siap, kalau tidak mampus aku,” ujarnya lega separuh berbisik.

Bahana dia mengambil cuti 2 hari yang lalu, beban kerjanya makin bertambah. Tambahan pula kliennya bergesa mahu dia menyiapkan lakaran hiasan dalaman rumah mereka, mujurlah ideanya jatuh mencurah. Kalau tidak, sampai ke malam jawabnya dia duduk di pejabat.

Perutnya tetiba memulas. Ini mesti angkara nasi goreng sambal belacan tengah hari tadi. Lakaran itu di letak ke tepi, dia bangun meluru ke tandas. Sebaik dia balik semula ke mejanya, lakarannya tadi habis basah. Matanya meliar memandang sekeliling. Rakan-rakan sekerja di lihatnya sudah beransur pulang. Hanya ada dua tiga yang belum keluar. Siapa punya angkara ni? Hatinya mula membara.

Zana dan Rifa tak mungkin mencelakakan aku. “Rifa, kau ada nampak sesiapa lalu kat meja aku tak tadi?” tanyanya pada Rifa yang duduk selang dua meja dengannya. Rifa geleng. Zana di sebelah turut menggeleng. “Kami tak perasanlah pula. Sebab tadi aku dengan Zana pergi jumpa Encik Zainal,”

Rifa kemudian bertanya, “Kenapa Ria?”

“Proposal aku ni habis basah lencun.” beritahunya dengan suara yang serak. “Nak lukis balik memang azablah,” rengeknya. “Kurang asam sungguhlah. Kalau aku dapat siapa yang buat ni memang aku lunyai dia cukup-cukup,” marahnya pula.

Zana dan Rifa sudah tergaru kepala. “Beginilah, kami tolong kau lukis balik okey?” usul Zana. Rifa angguk. “Taklah sampai kau kena bermalam di pejabat,”

Seulas senyuman mula terhias di bibir nipisnya. “Korang memang terbaik. Sayang korang.” Rifa dan Zana turut tersenyum. “Jom, kita mulakan!” ujar Zana.

“Mulakan apa?” satu suara menyapa dari belakang mereka. Tersentak bahu ketiganya. “Kau ni, Nizam, kalau kitaorang ni sakit jantung, mahunya gol terus,” marah Maisara.

“Maaf, aku tak sengaja!” ucapnya. “By the way, kenapa korang tak balik lagi ni? Dan apa yang korang nak mulakan?”

Maisara kemudiannya menjelaskan satu persatu mengapa dan kenapa. Nizam terangguk-angguk. “Kau pun satu, dah tahu benda tu penting, main taram letak macam tu je. Lain kali letak, simpan elok-elok.” pesannya.

Maisara cebik. “Yalah, aku tahu salah aku juga. Tapi manalah aku tahu, nak ada orang dengki macam ni. Dulu takda pun,” ujarnya tak puas hati.

“Awak dah lupa pepatah Melayu ada mengatakan, sediakan payung sebelum hujan. Beringat sebelum kena, ada faham?” tukas Nizam.

Maisara menarik muncung. Mamat Korea celup ni mulut dia memang.... ishh geramnya aku. Maisara genggam penumbuk, “Kau kalau tak nak membantu, tolong pergi boleh?”

Zana dan Rifa saling berpandangan. Rifa berkata perlahan, “Wei, korang berdua ni, benda macam ni pun nak gaduh ke?”

Seketika mulut Maisara dan Nizam terkunci rapat. Mungkin malu atau sebenarnya tersedar yang mereka agak terlalut dan mengarut.

Nizam kemudian bersuara perlahan, “Aku tolong. Okey?” Dia senyum nipis.

Alahai lembutnya suara dia.So seducing. Maisara berdehem sebelum angguk. “Okey!”

“Kan senang macam ni!” celah Zana. Rifa menyambung, “Mari mulakan operasi!” Maisara mula merenggangkan tangan. Kebiasaanya yang biasa di lakukannya. “Aja Aja Fighting!!”

Nizam tertawa perlahan, “Gapshida!” Mereka bertiga ternganga tak paham. “HAH?” Nizam ketawa, “Maksudnya,let’s go!” Terangguk ketiga-tiganya.

KEPALA Zana mula tersengguk-sengguk. Apa yang di lihatnya semakin berbalam. Maisara yang menyedari keadaaan temannya itu, “Zana tak apalah kau balik dulu, lagipun dah pukul 8 ni. Rumah kau dahlah jauh. Naik moto sorang-sorang pula tu.”

Zana serba salah, “Betul ni?”

“Betul! Lagipun Nizam dan Rifa kan ada!”

Rifa angkat tangan. “Ria, aku pun terpaksa balik. Aku lupa yang malam ini ada kenduri doa selamat lepas isyak kat rumah mentua aku,”

Maisara mengeluh perlahan. Nizam senyum. “Hei, aku kan ada. Lagipun tinggal sikit lagi yang nak di perbetulkan pun kan?”

Maisara angguk, “Okey! Kalau macam tu,thanks girls! Hati-hati bawa moto dengan kereta tu!” pesannya. Sekejapan Rifa dan Zana sudah pun menghilang di sebalik pintu.

Kini hanya tinggal dia berduaan dengan Nizam. Maisara menelan liur. Kekok pula rasanya. Nizam juga turut merasai sebegitu. Sudahnya hanya tangan yang laju melukis semula lakaran. Mulut mereka berdua terkunci rapat. Suasana sunyi dan hening.

Sebaik di sudahkan lakaran terakhir. Masing-masing menggeliat. Sejenak mata mereka saling bertatapan. Dan untuk seketika, lima saat itu di rasakan cukup indah. Sehinggalah Maisara berdehem kuat. “Nizam, terima kasih sebab tolong aku lakar semula benda ni!”

“Takda hal. Benda kecik je pun!”

Diam semula.

“Hmm....alang-alang dah waku makan malam, jom temankan aku makan nasi kandar nak tak?” Sayang, ianya tidak terluah dengan kata-kata. Dia tidak seberani itu. Nizam mengetuk kepala sendiri di luar sedar.

Maisara hairan bin pelik, “Hoi, kau kenapa?” Dahinya berkerut seribu, Maisara kemudian tersengih kerang. “Laparlah tu. Jom kita pi makan nasi kandar spesial!My treat!”

Eh? Nizam sedikit terperanjat. Dia boleh baca fikiran akukah? Macam tahu-tahu je!

“Oh! Okey! Jomlah!”

MAISARA pandang Nizam tajam. Seakan mahu di telan Nizam hidup-hidup saat ini. Air liur di telan kesat. “Mana kenyang makan nasi banyak ni? Kau tahu tak aku tersangatlah lapar!” marahnya geram.

Nizam tidak mengendahkannya. “Okeylah tu. Belajar makan dalam kuantiti yang sedikit. Paham?”

“Nasi separuh. Paha ayam kecik. Sayur banyak. Kau tahu kan aku ni tak suka makan sayur! Terutamanya, kobis!” bebelnya

Nizam selamba menyumbat telur masin ke dalam mulut Maisara. “Makan boleh tak, jangan banyak bunyi? Bisinglah kau ni macam mak nenek. Pot pet pot pet!”

Maisara terlopong. Sungguh aku rasa menyampah gila dengan jantan ni. “Bodoh! Dahlah kau makanlah sorang-sorang.” belum sempat Maisara melangkah pergi, Nizam menariknya duduk semula.

“Kau nak pergi mana? Aku dah janji dengan Rifa dan Zana akan hantar kau balik. Jadinya, duduk makan. Kalau tak nak makan, tunggu sampai aku habis makan, boleh?” ujarnya tegas.

Dalam keterpaksaan, hendak tak hendak Maisara duduk kembali.

“Sayang, aku minta maaf!It’s for your own benefit! Kalau tak jaga makan, berat kau akan naik, lagipun tadi kau sakit perut kan? Jadi, tak elok kalau kau makan banyak, nanti makin melarat.”

Huh? Dia panggil aku apa? Sayang? Dan apahal yang suara dia lembut mendayu, prihatin semacam ni? Sesaat lidah Maisara kelu. Dia seakan terkesima. Di luar sedar nasi kandar itu akhirnya di jamahnya juga.

Nizam tersenyum. “That’s my girl!”

Maisara mengerling tajam, “I am not your girl!!” desisnya keras.

Nizam pula mengumam perlahan, “But I will make sure you’ll be mine, someday!”

Maisara merenung Nizam pelik, “Wei, kau cakap apa tadi? Dah mereng? Teringin nak masuk Hospital Bahagia ke?”

“Kalau aku masuk, aku tarik kau sekali. Sebab kau pun sama gila macam aku,” Nizam angkat kening tidak mahu mengalah. Sesaat dia tersengih sebelum tersenyum nakal.

Maisara mencebik meluat. “Daripada aku layan kau, lebih baik aku habiskan makanan ni!”

“Hmm...alahai, nampak gayanya lambat lagilah sayang saya nak kurus,” ujar Nizam perlahan.

Maisara mengecilkan matanya. “Mangkuk, aku dengar apa yang kau cakap!!”

Nizam sengih tak jadi apabila terpandangkan riak serius Maisara, “Maaf, aku janji lepas ni tak buat lagi!! Sumpah!!” Spontan dia mengangkat lima jari.

Sekali aku bagi pandangan maut, tahu takut!! Maisara senyum. “Okey!!”

Nizam tersenyum dalam diam. Sengaja je aku mengalah tu. Lelaki yang gagah perkasa macam aku ni, haruslah beralah sikit. Betul tak? Heh!

Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.