TIGA BULAN KEMUDIAN
DUA pasang mata tak berkelip memandang
ke arahnya. Maisara mula tak senang duduk. “Zana kau make up aku okey ke tak ni?” Dia ingin menoleh melihat wajahnya di
cermin namun pantas di halang oleh Rifa dan Raina. “Sabar sikit boleh tak?”
kata si kembarnya. Rifa menahan tawa.
Zana angkat kening.
“Aku sikit punya baik bagi service
kat kau secara percuma, boleh pulak kau cakap macam tu?” ujarnya sambil tangan
ligat memberikan sentuhan terakhir pada bulu mata Maisara agar tampak lebih
lebat.
“Dah tu kenapa dorang
berdua ni, tengok aku lain macam aje. Macam tak pernah nampak orang! Kau jangan
make up tebal sangat. Rimas aku wei.”
Zana dah menggaru
kepala. “Ni dah habis nipis dah ni. Kalau nipis sangat bukan make up namanya tu kawan oi.”
“Bisinglah kau ni, Ria. Apa yang tak kena lagi? Bukan selalu
Zana nak ‘cat’ muka kau pun kan? Lagipun hari ni, hari kau menikah!”celah Rifa
dengan sengih lebarnya. Raina di sebelahnya hanya tersenyum panjang.
“Kalau dah okey, tak
tebal apasal korang tenung aku macam tu?” soalnya.
“Sebab kau nampak
cantik sangat wahai kakakku yang tersayang!” Raina mencubit perlahan pipi
Maisara. “Bak kata Mamat macam Jessica Alba gitu!” Dia mengekek ketawa dan di
sambung terus oleh Zana dan Rifa.
Untuk seketika pipinya
berona merah namun kemudian Maisara mencerlung tajam. “Ni mesti Mamat memandai
aje cakap kat kau kan?”
“Bukan dialah. Ibu yang
bagitau aku. Ingat tak masa Mamat datang rumah lepas ibu keluar dari hospital
tu. Ibu terdengar Mamat puji kau, pastu apalagi ibu pun teruslah canang kat
aku,” jelasnya.
Rifa dan Zana dah
tersenyum-senyum. “Bertuahnya badan orang tu kan. Abang sayang dia. Adik pun
sayang dia. Kan?” ujar Rifa.
Zana meletakkan maskara
di dalam bekas make up, sentuhan
terakhirnya selesai. Dia tersenyum puas hati. “Tapi betullah cakap Mamat kalau
di perhatikan betul-betul muka kau memang ada iras Jessica Alba. Tak sangka
aku, rupa-rupanya kawan aku kembar Jessica Alba.” Dia memusingkan badan Maisara
agar menghadap cermin. “How was it my
final touch for your make up? Like it or not?”
Maisara terpegun.
Seumur hidupnya inilah buat kali pertamanya dia terasa ingin memuji diri
sendiri. “Yang kat depan cermin ni, memang aku ke?”
“Iya!!” sahut mereka
bertiga.
“Cantik. Sangat
cantik.” Puji satu suara di sebalik pintu kamar Maisara yang terkuak sedikit
itu.
“Kenapa pihak lelaki
boleh ada kat sini ni?” tanya Raina dengan kerutan di dahi.
Dia ketawa. “Adik aku yang
nak berkahwin dengan Mai bukan aku. Rasanya, tak salah pun kalau aku nak datang
lebih awal. Tak ke? Lainlah nanti kalau aku yang berkahwin dengan kau, mestilah
tak boleh. Betul tak, sweety?”
tanyanya dalam suara yang penuh menggoda.
“Apa sweety-sweety? Ingat aku ni tweety the bird tu ke?” marah Raina.
Nada suara Azam masih
tak hilang rentaknya. “You are not that
bird, you are just my sweet little sweety!”
Rifa, Zana serta
Maisara tergelak perlahan. Raina sememangnya tak boleh bersua muka dengan Azam
pasti ada sahaja yang akan mereka gaduhkan. Raina pantang di usik mudah
menyingga. Azam pula, Maisara sendiri pun hilang punca hendak menggambarkannya.
Sejak kebelakangan ini, semakin kerap dia menyakat dan membuli Raina.
Mungkinkah dalam diam hati Azam telah berseminya cinta untuk Raina?
“Ria, kami keluar
dululah, rasanya Azam macam ada sesuatu nak cakap dengan kau tu,” bisik Rifa
perlahan di telinganya. Maisara angguk.
Zana yang terakhir
sekali keluar membiarkan pintu terbuka luas, lebih elok begitu. Memanglah Azam
hanya kawan baik Maisara namun mulut saudara mara dan jiran tetangga terkadang
tu bukannya ada insurans, ikut sedap hati dorang aje nak mengata. Tambah pula Azam
dengan Nizam kembar. Nanti di canang mengatakan Nizam tak ikut adat.
“First of all, you look beautiful.” Kelu lidahnya untuk seketika.
Jelita. Cantik. Dan yang seangkatan dengannya. Maisara memang tampak
berseri-seri hari ini. Seri kebahagiaan orang yang sedang di lamun cinta!
Maisara mengecilkan
mata. “Kau dah cakap pun tadi kan? But,
then, thanks!” Senyumnya.
Azam jungkit bahu. “Well, most welcome!”
“Hmm... so why are you here?”
“Just to check on you, sebelum kau bergelar isteri Nizam. I’m your best friend forever after all
right?”
Maisara menggeleng
perlahan dalam senyuman. “My friend, I
know you for a long time. Kalau tak ada benda penting, kau takkan datang
sini hari ni kan? Am I right?”
Azam tersengih sumbing.
Dia menggaru kepala yang tak gatal.
“Takkan kau nak bawak
aku lari kot? Tak kan? Kau dah bagi restu kat aku dengan Nizam. Jangan cakap
kau dah ubah fikiran pulak? Kecoh jadinya karang!”
Azam ketawa bisu. “Kau
melalut apa ni, Mai. Aku... sebenarnya nak bagi kau sesuatu, yang sepatutnya aku
pulangkan kat kau,” Azam mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. “Your precious purple book!”
Matanya terbuntang.
“Mamat!!!!” tempiknya.
“Suara kau tu,
perlahanlah sikit. Kau nak bagi kecoh satu rumah ke apa?”
“Kecoh tak kecoh. Lebih
baik kau terangkan kat aku, macam mana diari aku ni boleh ada dengan kau!!” Gila. Macam mana boleh terlepas kat tangan
Mamat? Raina ke yang bagi? Tapi... tak mungkin. Sebab kali terakhir aku nampak
diari aku ni masa... .
Maisara bangun. Dia
berdiri tegak. Tangan di silangkan. Matanya mencerun tajam.
Azam mengumpulkan
sepenuh kekuatan. Suaranya perlahan sahaja. “Kau ingat tak masa kau temankan
aku buat fisioterapi dulu? Kau pernah tanya aku, ada nampak tak kau punya buku
kulit warna ungu tercicir, terjatuh. Sebenarnya aku bohong kau. I’m sorry!”
“YOU READ ALL OF IT???”
tanyanya penuh berdebar meskipun sebenarnya dia ingin menghempuk kepala kawan
baiknya ini yang sengaja membaca diarinya.
Teragak-agak Azam
mengangguk. “Not all of it, just a
certain part only!”
Maisara menghela nafas
berat. “Mamat, kalau aku tak fikir kau ni kawan karib aku, dah lama aku lunyai
kau hidup-hidup!!”
“Once again, sorry. Aku bukannya sengaja. Aku cuma nak tahu antara
aku dengan Nizam siapa yang bertakhta di hati kau. Just that. Dan ternyata. It’s
him.” ujarnya tanpa nada.
“Azam Hairi...”
Azam tersenyum tawar.
“Hei, janganlah buat muka masam tu. Buruklah.”
Maisara mengigit bibir
bawah. “Sebab isi dalam diari aku tu ke yang buat kau...” Ayatnya tergantung di
situ. Azam angguk dalam senyuman yang sukar di tafsirkan.
“Mamat...”
Azam menghela nafas
panjang. Wajah Maisara di renungnya dalam. “You
are my first love. And I’m your first love too right?”
Maisara angguk. “My puppy love!”
Azam senyum segaris. “And I’ll cherish it forever. At least untuk satu ketika aku pernah
singgah kat hati kau,”
Maisara mencebik. “Kau
cakap kau tak baca semuanya, liar!”
“Aku naklah juga tahu
kau pernah tak, sukakan aku walaupun sedikit. Tak salah kan?” tanyanya
perlahan.
Maisara menikam tepat
wajah sahabatnya itu. “Azam Hairi, you’ve special place in my heart. You know it right? Nothing can’t beat that.
You are my best ever friend in this world!”
Senyuman terukir. Azam
terangguk perlahan. “You too my dearest
friend! Forever and ever.”
Sungguh
tak ku duga yang aku akan jatuh cinta pada Nizam. Dan hari ini aku akan di
nikahkan dengannya. Walhal, Azam yang terdahulu singgah di hati.
Betullah kata orang. Segala yang tak
terduga itulah yang akan berlaku. Kehendak takdir tiada siapa yang dapat
menduga.
Dan siapa yang
menyangka ibu dan ayah serta kedua ibu bapa Nizam dan Azam dengan senang hati
merestui hubungannya dengan Nizam. Entah bagaimanalah Nizam dengan Azam
memujuk. Tidak keruan juga di buatnya jika mereka membantah, mana tidaknya
tentunya mereka berharap Maisara bersatu dengan Azam. Namun, siapa yang
menyangka jodohnya bukan dengan Azam tetapi Nizam. Bak kata pepatah, jodoh bukan di tangan kita tapi Allah.
Oh ya, sebelum terlupa, mengenai Alex.
Alex pada mulanya memang terluka. Namun, dia memahami. Cinta itu bukan paksaan.
Ianya lahir dari hati. Dan sebenarnya.... Alex telah pun bertunang dua hari
yang lepas dengan gadis pilihan keluarganya. Bila di tanya mengapa dia
bersetuju, sedangkan dulu Alex amat menentang keras jodoh yang di atur
keluarga, jawabnya mudah, gadis itu adalah cinta pertamanya ketika di sekolah
menengah.
Maisara tersenyum sendiri. Azam mungkin
cinta pertamanya. Namun cinta terakhirnya adalah untuk Nizam. Selamanya. Dengan
izin Tuhan. Pastinya.
“SALJI!!!!!” jeritnya sambil
terlompat-lompat kecil. Nizam tergeleng dalam senyuman, “Macam monyet dapat
bunga!”
“Apa dia?”
Nizam mencuit hidung
Maisara. “Macam beruang panda. Comel sangat!”
Maisara menarik muncung
panjang. “Yalah tu. Ingat Ria tak dengar ke? Nizam panggil Ria monyet kan?”
“Err... mana ada. Jom,
kereta kabel dah sampai tu.” Dia cepat-cepat menarik tangan Maisara ke arah
kereta kabel. Maisara melangkah ke belakang. Di tarik-tarik tangan Nizam agar
menjauh dari situ. Nizam jungkit kening sebelah. “Aik, tadi kata tak gayat? Apa
kes pulak ni, sayang?”
“Nizam jamin yang
kereta kabel ni tak jatuh?”
Nizam ketawa kecil.
“Cuba Ria tengok. Dorang semua tu selamat aje ulang alik, turun naik dari gunung
ni. Jangan takutlah. Nizam kan ada. Kalau Ria rasa gayat sangat, pegang aje
tangan Nizam, okey?” pujuknya lembut.
“Awak cakap senanglah
sebab awak dah pernah naik benda ni banyak kali kan?”
“Percaya tak kalau saya
cakap ini kali pertama saya naik benda ni walaupun bertahun saya duduk kat
Korea ni?!”
Maisara geleng. Penuh
sangsi. Nizam senyum. “Kalau awak takut memang tak merasalah nak tengok
pemandangan indah kat atas sana. Kan?” pancingnya. “Rugi tau. Dah datang sini
tapi tak naik atas.” Sambungnya lagi.
Maisara diam.
Perlahan-lahan tubuh Maisara di bawa ke dalam pelukan. “Jom, nanti kita kena
tinggal pulak.” Sebaik kaki mencecah masuk ke dalam kerete kabel, lengan Nizam
di pautnya kuat. “Hei, girl. Look.”
Nizam mengangkat wajah Maisara agar memandang ke luar tingkap. “Beauty, right?”
Salji yang memutih
melitupi gunung ganang menyapa pandangan. “Maha Suci Allah. Cantiknya...” Tak
tergambar dengan kata-kata. Spontan dia mengeluarkan kamera. Hobi yang telah
lama di tinggalkan. Salji yang tiba-tiba turun di abadikan di sebalik lensa
kamera. Maisara tersenyum puas. Sangat mendamaikan.
“Like you, my dear,” bisik Nizam perlahan.
“Cheesy!”
“Only with you, my baby!”
Maisara buat muka nak
termuntah. “Jangan nak baby
sangatlah, tak sesuai langsung dengan awak!” Nizam ketawa. “Sue me, then!”
“See you in court, then!” balasnya selamba.
Nizam menjentik
perlahan dahi Maisara, “Buat main,” Maisara mengaduh. “Sakitlah!” marahnya.
“Kuat sangat ke saya
jentik?” tanyanya sambil menghembus lembut dahi isterinya.
Maisara mengambil
kesempatan menjentik dahi Nizam. “Mahunya tak,”
“Riana Maisara!!”
jeritnya perlahan.
Maisara terkukik
ketawa.
“DIAM aje dari tadi. Kenapa ni?” Tin minuman
panas itu di hulurkan pada Maisara.
Maisara lantas
meletakkan tin itu di pipinya. Hangat terasa. “Sejuklah!” jawabnya sepatah.
“Itulah. Nizam dah
cakap. Kat Korea sekarang musim sejuk. Degil jugak nak datang.” Bahu Maisara di
pautnya.
“Orang nak merasa main
salji. Salahkah?”
“Tu salji depan mata,
kenapa tak main?” perlinya.
Maisara menjeling
tajam. “Kau cabar aku ya?” Sekelip mata bola salji mendarat di muka Nizam.
Nizam menjegilkan mata.
“Ria!!! Kau memang nak kena dengan aku!!!” tempiknya garang. Habis putih
mukanya di tutupi salji.
Maisara tak
mengendahkan kata-kata Nizam, dia berlari anak meninggalkan Nizam di belakang
yang sedang mengejarnya. Bedebuk!! “Aduh!”
“Anak beruang jatuh.”
Nizam ketawa terbahak-bahak. “Itulah bahananya kalau buli suami!” bidas Nizam
secukup rasa.
Maisara menyepak
perlahan lutut Nizam. “Ini pula bahananya sebab ketawakan isteri!” Salji pantas
di gumpalkan menjadi bentuk bola. Bertubi-tubi di lontarkannya.
“Kau main kasar, ya.
Terimalah serangan dari aku,” Nizam juga tak mahu mengalah. Lalu berlakulah
peperangan bola salji di antara mereka berdua kanak-kanak riang ribena yang sudah
cukup umur.
“Aku mengalah!” Nizam
mengangkat bendera putih. Dia terbaring lemah di atas salji. Maisara merebahkan
badan di sebelah suaminya. “Ria menanglah macam tu kan?”
“Dah menang baru nak
bahasakan diri kau Ria iya?” Nizam pantas mencubit kasar hidung Maisara. Geram
sungguh dia dengan isterinya yang seorang ni. Sesuka hati dia aje kalau nak
beraku berengkau dengannya. Mujurlah dia jenis yang tak ambil kisah. Asalkan
bukan di depan ibu dan bapa mereka.
“Berapa lama lagi Ria
nak duduk atas ni? Jomlah turun. Nizam dah penat ni.”
“Tapi tadi Nizam janji
nak ajar Ria main ski kan?” rengeknya manja.
“Lain kali boleh? Saya
sangat letih!”
“Lain kali tu bila?
Tahun depan?” Maisara bangun bersila. Muncungnya di tarik panjang.
“Janganlah merajuk.
Okey, macam ni, saya buatkan awak orang salji, nak?” Dia menepuk perlahan
tangan Maisara.
“Orang salji? Ingat
saya budak-budak ke?”
“Tunggu dan lihat. Awak
mesti suka punyalah.” Nizam lantas bangun berdiri, dia mula melangkah mencari
batang-batang kecil pokok di sekeliling yang boleh di buat jadi hidung, mata
dan mulut orang salji. Bola-bola salji yang pada mulanya kecil di gumpalkan
sedaya upayanya agar menjadi besar. “Tada, dah pun siap. Amacam okey tak?”
Mulut Maisara ternganga
luas. Dua orang salji yang tegak berdiri itu di renungnya lama. “Nizam,” Nizam
menoleh. Tanpa segan silu, sebuah ciuman singgah di pipi suaminya. “Thanks.” ucapnya ikhlas.
Nizam nyata terkejut
dengan tingkah Maisara. Seingatnya Maisara bukan gadis yang mudah menyatakan
perasaaan terang-terangan begini. Namun, dia dengan senang hati membalas dengan
ciuman di dahi. “No big deal. Everything
for you, my love!”
Maisara tersenyum penuh
bahagia. Meskipun Nizam bukan seorang yang romantik. Namun kadangkala
kata-katanya itu manis sangat. Ikut sesedap rasa. Tak mengenal tempat. Depan
ibu dan ayah pun, selamba sahaja dia mengucapkan kata-kata sayang dan rindu.
“Can I ask you something?”
Maisara angguk.
“Kenapa Ria pilih
Nizam?”
“Maksud Nizam?”
“Ria kenal along lebih
lama dari Ria kenal Nizam. Ria dengan along saling memahami. Minat dan
kegemaran pun sama. Senang cerita. Segalanya sama. Don’t tell me, you don’t have a feeling for him. Even once!”
Maisara memegang lembut
pipi suaminya. “Kenapa tetiba Nizam nak tahu?”
“I’m just curious. That’s all!”
Maisara tahu lambat
laun Nizam pasti menyoalnya. “Hairul
Nizam, your brother indeed is my first love but then here I am with you. You
are now my first and last love. Always.” Tuturnya penuh jujur. Tangan Nizam
di genggam penuh erat.
“Then, tell me that you love me! Say it!” pintanya lembut. Maisara
tak pernah mengatakan. Hanya dia yang sering mengucapkan kata cinta. Sesekali
dia ingin juga mendengar dari mulut Maisara.
“I can’t. I just can’t,”
“Don’t tell me that you are shy. That’s so lame, dear.” Marahnya.
Maisara membisu. Nizam
memeluk tubuh. “Kalau macam tu, Ria baliklah sendiri!” Nizam membuka langkah.
Perlahan-lahan bayang Nizam semakin menjauh.
Maisara berlari anak
mengejar Nizam. “Saya cintakan awak!” perlahan dia menyebutnya.
Nizam mengorak senyum.
Perlahan-lahan tubuh Maisara di bawa ke dalam dakapan. “Nizam, lepaslah. Orang
ramai ni. Malulah.”
Nizam meleraikan
pelukan. “Kalau Nizam tak desak, agaknya sampai kiamat Ria takkan cakap kan?”
Maisara mengulum
senyum. “Taklah sampai kiamat pun. Dah cakap pun tadi kan?”
“Menjawab,” Dia
mencubit pipi Maisara geram. Maisara mencebik, dia turut mencubit pipi Nizam.
Kemudian sama-sama ketawa.
“Nizam sejak bila awak
sedar yang awak cintakan saya?” soalnya.
Nizam menggosok dagu.
“Entahlah saya sendiri tak ingat.”
“Tengok tu. Ria tanya
Nizam, Nizam tak nak jawab. Bila Nizam tanya, Ria dengan senang hati...”
Nizam memotong laju.
“Sejak pertemuan kita yang pertama. Dalam lif!”
“Tapi masa tu, Ria
montel lagi kan!”
“I like you since then.”
Hampir mahu menitis air
matanya. Patutlah masa tu dia baik sangat
dengan aku, pulak tu sanggup menolong
aku yang kuat makan ni menurunkan berat badan.
“Dan Nizam nak minta maaf.” Nizam merasakan
dia perlu berterus-terang dengan isterinya. Kalau tidak sampai sudah dia akan
rasa bersalah. Apa nak jadi lepas ni.
Lantaklah. Aku mesti beritahu dia!
“Huh? Untuk apa?”
“Ingat tak lagi, Ria
punya lakaran yang tertumpah air tu, dan juga Ria punya kereta, empat tayar
pancit sekaligus.” ujarnya dalam dalam
satu nafas.
Dahinya berkerut
seribu. Dia terangguk perlahan. Mahunya
aku tak ingat. Entah siapa yang berdendam dengan aku agaknya! “Nizam dah
tahu ke siapa yang buat?”
“Sebenarnya Nizam yang
buat!” Dia mengangkat simbol peace.
“Apa?? Jadi semua tu
rancangan Nizam?”
“Sebab Nizam sayangkan
Ria. Masa tu kita bergaduh teruk. Penyelesaiannya, Nizam pancitkan tayar kereta
Ria. Dan akhirnya kita berbaik kan?”
Maisara menggeleng
dalam senyuman. Marahnya hilang entah ke mana. Comel pula Nizam pada pandangan
matanya. “Dan pasal lakaran tu kenapa pula? Sebab Nizam dengki ek?”
“Tak. Nizam cemburu
sebab along dating dengan Ria kat
resort.” Jelasnya. “I’m sorry, I didn’t
mean it in a bad way. Nizam cuma...”
Maisara menahan tawa.
“Ria maafkan Nizam.”
Matanya bersinar. “Terima
kasih, sayang! Nizam janji hanya Ria cinta hati Nizam. Selamanya!”
“Ria cinta Nizam juga.”
Kepala di lentokkan ke atas bahu Nizam.
Senja yang kian
berlabuh di kaki langit, salji yang berguguran menjadi saksi terlakarnya kisah
cinta mereka. Momen yang terindah ini akan di abadikan buat selamanya. Nizam
menggengam erat tangan Maisara. Terima kasih, Allah.