“All I need in this life of sin, is
me and my girlfriend,
Down
to ride til the very end, it’s me and my boyfriend,
All
I need in this life of sin, is me and my girlfriend,
Down
to ride til the very end, it’s me and boyfriend.”
Lagu ‘Bonnie and Clyde’ nyanyian pasangan
terkenal Jay-Z dan Beyonce berkumandang memenuhi ruang salah sebuah kelab malam
di bandar itu. Cukup kuat bagaikan mahu memecah gegendang telinga bagi mereka
yang tidak biasa masuk ke dalam kelab yang penuh dengan anak muda yang datang
hanya untuk bersuka-ria dia kota London.
Masing-masing menari melepaskan
tekanan di hati.
Masing-masing dengan pasangan
masing-masing. Terkinja-kinja sana-sini. Lupa diri. Lupa keluarga.
Apa yang hanya di fikiran hanyalah
untuk menikmati muzik yang sungguh melalaikan diri. Muzik yang bagaikan boleh
membawa diri ke mana-mana sahaja. Ditambah dengan minuman keras yang bersepah
merata-rata.
Kelihatan Jared di tengah-tengah
pentas tarian di kelab malam itu. Terhuyung-hayang bergerak mengikut rentak
lagu. Lagu walaupun tidaklah rancak mana tetapi cukup untuk membuatkan dirinya
lupa segala-galanya. Terasa diri mahu bersatu dengan apa yang digelar muzik.
Pasangannya juga begitu. Terbuai
dengan belaian Jared yang sungguh mendamaikan walaupun diiringi dengan dentuman
muzik kuat. Senyuman dihulurkan buat lelaki itu. Tidak sangka dia dapat meraih
Jared ke dalam genggamannya.
Tangan Jared melingkari tubuh Amy
Patricia. Dia tidak kisah dosa dan pahala walaupun dia beragama Islam. Tubuh
perempuan itu ternyata membuatkan jiwa lelaki itu bergetar menginginkan syurga
dunia yang hanya sementara. Jelingan Amy Patricia membuatkan dirinya lalai. Dia
hanyut dek godaan dunia yang tidaklah kekal mana.
Islamnya dia hanya atas kad
pengenalan. Bukan dalamannya. Bukan rohani mahupun fizikalnya.
“If I was your girlfriend
I'll be there for you, if somebody hurts you
Even if that somebody was me
Yeah
Sometimes I trip on how happy we could be
And so, I put this on my life
Nobody or nothing will ever come between us
And I promise I'll give my life
My love and my trust, if you was my boyfriend
Put this on my life
The air that I breathe in, all that I believe in
I promise I'll give my life
My love and my trust if you was my boyfriend...”
Lirik lagu
‘Bonnie and Clyde’ yang bergema sama seperti diri mereka berdua tatkala ini.
Jared dan Amy
Patricia.
Masing-masing
mahu menghabiskan masa bersama walaupun masing-masing tahu Jared sudah dimiliki
orang.
Boyfriend...girlfriend.
Huh, Amy
Patricia memang dah tak kisah sama sekali! Lantaklah apa yang orang nak kata.
Dia mahukan lelaki itu.
Ya, dia
mahukan Jared!
Dia memang
tidak kisah walaupun Jared masih lagi bersama dengan Selena. Walaupun dia akan
membenci perempuan yang merampas kebahagiaannya seumur hidup, dia tidak hairan
lagi.
Kini,
gilirannya pula untuk meraih kegembiraan. Jared sudah berada dalam genggamannya
kini. Biarpun lelaki itu sudah mempunyai teman wanita, ah, biarkan! Kalau betul
Jared sayang, kalau betul Jared cintakan Selena, tak ada maknanya lelaki itu
bersamanya kini.
Jared
tersenyum melihat Amy Patricia membiarkan dirinya dirangkul lelaki itu. Tarian
masih lagi diteruskan. Tidak mahu berhenti selagi lagu belum tamat.
“You tak
kisah ke kita berdua macam ni?” soal Jared di tengah-tengah kebisingan kelab
malam itu.
“Macam
mana apa?” tanya Amy Patricia pula.
“You
tahukan yang I tak cintakan you pun,” ucap Jared meninggikan suaranya serba
sedikit memandangkan muzik bertalun cukup kuat.
Amy
Patricia masih lagi tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.
“I tak
kisah pun, Jared. Evenyou tak
cintakan I, yet you’re still here with me,”
ujar gadis itu. Kini kepalanya dilentokkan ke dada bidang lelaki tersebut.
Mata Jared
dipandang pula.
“I tahu
you hanya nak bergembira je. I tahu you pun tak kisah sangat pasal Selena,
kan?” kata Amy Patricia kemudian.
“Selena tu
hanya budak mentah pada mata I,” ujar Jared.
Pelukannya dikemaskan. Pinggang Amy Patricia ditarik
merapati tubuhnya.
“She’s just a girl.
I hanya nakkan dia sebab I nakkan populariti dan duit. Kalau tak ada dia, I tak
boleh dapat apa yang I ada sekarang ni,” kata lelaki itu lagi lantas
menghadirkan senyuman gembira di bibir Amy Patricia.
Bongkar
rahsia Jared di pendengaran perempuan itu kini. Dia tahu dia boleh percayakan
Amy Patricia untuk menyimpan apa yang tersimpan rapi di benak jiwanya selama
ini. Mereka sudah kenal lama. Memang dah tak kisah kedua-duanya.
“So you hanya mempergunakan budak tu
jelah?”
Jared
memandang perempuan yang sungguh menggoda lirikan matanya itu.
“Yup.
Sekarang I dah famous. I dah ada
banyak duit. Thanks to that kid.
Sekarang I boleh buat apa-apa yang I suka termasuk berdamping dengan perempuan
cantik macam you ni.”
Terburai
ketawa Jared dan Amy Patricia. Memang hilang sungguh nilai murni dalam diri
masing-masing.
Semuanya
gara-gara dengki yang berselirat di hati. Dengki dan iri hati dengan kejayaan
orang lain.
Manusia.
Memang tak
pernah nak tahu erti syukur dalam diri. Apa yang diri tahu hanya inginkan lebih
daripada apa yang ada. Diri tak boleh duduk diam apabila melihatkan kesenangan
orang lain.
“I nak
tanya something ni. Boleh tak?” soal
Amy Patricia.
Dia dan Jared kini mengambil tempat duduk yang berhampiran
dengan pentas tarian. Dua gelas minuman keras mereka hirup semahunya. Memang
langsung lupa TUHAN Pencipta alam semesta. Nyawa boleh ditarik bila-bila masa
sahaja.
Amy Patricia mendekatkan diri dengan Jared.
“You kan girlfriend
I, mestilah boleh tanya,” balas Jared. Tangannya mengelus lembut rambut
perempuan itu.
“Kenapa
you tak break up je dengan Selena?”
Jared
mengalihkan pandangannya ke arah perempuan yang duduk di sebelahnya itu. Wajah
Amy Patricia ditatap semahunya.
“I masih
perlukan dia. You sendiri tahukan kitorang tengah jadi topik hangat sekarang.
Nama I dan nama dia tu bersepah kat paper
dan majalah. Pergi mana-mana je mesti semua orang kenal muka kitorang.
Baru-baru ni je kitorang tak pasal-pasal dinobatkan ‘The Sweetest Couple of The
Year’. I kenalah jaga reputasi I. Takkan semalam sweet, hari ni putus. Mana I nak letak muka?” jelas Jared panjang
lebar.
Kepentingan dirinya harus dijaga walaupun dia menjadikan
perasaan Selena sebagai taruhan.
Ah, apa dia kisah?
Dia memang langsung takkan peduli apa yang Selena rasa. Asalkan
apa yang dia hajatkan tercapai! Selena tu budak-budak lagi. Dia tahu budak itu
mahukan kisah cinta. Oleh itu dia akan tuliskan cerita cinta buat Selena. Memang
senang dia mahu main-mainkan. Ucap sikit ayat jiwang, dia tahu Selena senang
tertawan. Berbekalkan muka yang ada, memang Jared mengaku dia mempunyai pakej
yang cukup lengkap untuk menambat hati sang puteri.
Amy
Patricia mengangguk tanda faham.
Betul juga
kata-kata lelaki itu. Plan yang dirancang pada asalnya adalah untuk memutuskan
hubungan cinta terbina antara Selena dan Jared. Namun memandangkan apa yang
terhebah di media massa kini menghalangnya untuk berbuat demikian. Rancangannya
berubah. Biarlah Jared berdamping dengan dirinya. Biarlah Jared pasang dua
teman wanita dalam diam sekalipun. Populariti Jared merupakan populariti
dirinya juga. Dia tidak mahu hilang dua-dua.
“You nak
tak tengok Selena jatuh?” soal Amy Patricia selepas itu.
Jared
berkerut. Tidak faham dengan pertanyaan perempuan manja di sebelahnya. Wajahnya
dipandang lagi. Berselirat tanda tanya di benak fikiran Jared waktu itu.
Teringin dia mengetahui isi hati Amy Patricia.
“Apa
maksud you?”
“You tak
bosan ke? Balik-balik Selena yang menjadi perhatian. Kalau you tak ada hubungan
dengan dia sekalipun, mesti nama dia je yang terpampang kat mana-mana. You tak
rasa menyampah ke?”
Jared
terdiam. Benar apa yang dikatakan Amy Patricia. Apa-apa pun mesti teman
wanitanya yang bernama Selena itu juga yang paparazi tercari-cari. Selena juga
yang disebut-sebut namanya. Dirinya terasa hanya menumpang semata-mata.
“Well, do you?” Jared menyoal Amy
Patricia pula.
Model
terkemuka itu hanya mencebik. “You ask
me? Mestilah I menyampah. Dia dah hancurkan segala-galanya yang I ada. I ni
model kesayangan George you tahu tak? Bertahun-tahun I peragakan semua rekaan
dia. Muncul je Selena tu, George terus beralih arah pada dia. Is that even fair?”
Jared
setia mendengar kata-kata yang terluah dari mulut Amy Patricia.
“What? Really?”
“You ingat
I tipu ke? You tengoklah muka siapa yang terpampang kat muka depan Vogue
sekarang? Victoria’s Secret? Muka Selena tu jelah. Ada muka lain? Urgh! I really hate that horridious cow!”
Marahnya
dihamburkan pada saat itu juga. Malas sangat dia mahu tahan lagi rasa geramnya
dalam hati. Lantaklah meskipun Jared berada di depannya kini.
“Apa-apa
yang kita buat, kita akan tetap berada di tempat yang kedua, Jared,” kata Amy
Patricia.
Keluhan terdengar di bibirnya. Dendam semakin membara di
jiwa. Semuanya gara-gara perempuan yang bernama Selena. Perempuan itu tidak
sepatutnya wujud di muka bumi ni! Selena manusia yang mesti dihapuskan!
Amy
Patricia tidak mahu menjadi nombor dua. Dia mesti menjadi nombor satu tidak
kira dengan apa cara sekalipun!
Jared
melihat Amy Patricia. Kata-kata kenalannya itu sedikit sebanyak masuk ke dalam
telinga. Semakin lama kata-kata itu melekat di kepala. Memang dia tidak mahu
menafikan kata teman wanitanya yang disimpan dalam diam itu. Selena sememangnya
menjadi penghalang buat dirinya juga Amy Patricia untuk menjadi lebih gah di
pentas dunia.
“You nak
tak sepakat dengan I?” tanya Amy Patricia. Kakinya disilangkan menampakkan
betis putihnya. Baju merah menyala yang terdedah di bahagian belakang itu
dibetulkan sedikit.
“You nak
buat apa?” Jared menyoal kembali.
Amy
Patricia tersenyum bagaikan pelbagai rancangan jahat yang bertapak di kepala. Dia
nekad dengan keputusannya. Selena mesti berambus daripada kehidupan yang penuh
dengan glamor.
Bibirnya didekatkan ke telinga Jared.
“Eliminate Selena,” bisik Amy Patricia.
“All I need in this
life of sin, is me and my girlfriend,
Down
to ride til the very end, it’s me and my boyfriend,
All
I need in this life of sin, is me and my girlfriend,
Down
to ride til the very end, it’s me and boyfriend.”
Life
is completely horrendous full of sin.