‘Alamak! Apa bendalah yang aku nak makan ni?’ bisik Selena
dalam hati.
Matanya hanya mampu memandang makanan yang dihidangkan di
kantin. Apa jenis makanan yang dia tengok, dia langsung tak tahu.
Kesian
betul si Selena tu. Anak London kononnya! Makanan Malaysia memang langsung tak
kenal. Padahal depan mata ada macam-macam makanan enak. Ada mi goreng, keropok
lekor, karipap dan juga jemput-jemput pisang.
Yummy! Yummy untuk orang yang tahu rasa makanan tulah. Bagi Selena, memang
nampak macam tak sedap langsung. Ceh, belum cuba, belum tahu tau!
Beberapa
saat memandang makanan yang terhidang, dia memilih untuk membeli mi goreng.
Nampak panjang-panjang macam spageti, bolehlah nak cuba beli! Manalah tahu
spageti kat Malaysia ni dia masak dengan resepi lain. Kalau kat London dulu,
selalu lidahnya asyik menjamah spaghetti
bolognese je. Kat Malaysia nampak gelap-gelap gitu. Bolehlah nak cuba!
Ternampak
tempat duduk kosong, dia terus mengambil tempat duduk tersebut. Sudu dan garfu
yang sudah memang tersedia di atas meja juga dicapai. Tak sabar pulak untuk dia
menyantap makanan pertama di sekolah itu.
Baru
sahaja dia mahu menyuap makanan yang disangka spageti itu, tiga orang pelajar
perempuan berdiri di depannya. Langsung tak jadi dia mahu menikmati makanan
apabila ternampakkan bayang-bayang tiga sekawan yang dia langsung tak kenal
itu.
“Hoi, kau
buat apa kat sini?” tanya salah seorang pelajar yang berdiri di tengah-tengah
di antara mereka. Tangan bersilang lagak bagaikan ketua.
Selena
meletakkan garfu yang terselit ‘spageti’.
“Makan,”
jawab Selena pendek.
Budak
perempuan itu tergelak. Geram pulak dia dengan budak wajah ala-ala minah saleh
itu.
Siapa nama dia?
Kuih cara?
Eh, bukan!
Cara
Delevigne!
Pelajar
perempuan yang berlagak ketua geng tiga ‘ekor’ tu mendekati Selena.
“Ni tempat
kita orang. Kau boleh bla!” kata pelajar tersebut perlahan tetapi sungguh kasar
sekali. Tak padan langsung dengan tingkah laku gadis Melayu yang sepatutnya
penuh dengan sopan santun.
Selena
mengerutkan dahi.
“Tak ada nama pun,” ucapnya selamba. “Aku jumpa tempat ni
dulu. So inilah tempat duduk aku. Kau
orang nak tumpang duduk sekali pun boleh. Ni ha, ada banyak kosong ni. Jomlah
makan sekali.”
Pelajar
perempuan yang langsung tidak dikenali itu mengetap bibir. Geram apabila
mendengarkan kata-katanya dibalas sebegitu rupa.
Kongsi!
Memang masuk longkang terus! Tak ada istilah kongsi dalam kamus hidupnya.
Tempat duduk itu merupakan tempat duduknya dan kawan lagi dua ‘ekor’.
“Aku kata
berambus, kau berambuslah! Kau tak faham bahasa ke?” ucap pelajar itu kemudian.
Suaranya memang sudah ditinggikan menyebabkan mereka yang berada di kantin
memandang.
Ada apa
hal budak-budak perempuan tu?
Selena
hilang terus mood nak makan ‘spageti’
tersebut. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya lantas menghadap budak
perempuan yang dirasanya kurang ajar itu.
Aku
sedap-sedap nak makan, minah tiga ‘ekor’ ni pulak menyibuk. Macamlah tak ada
tempat lain?
“Oh, my goodness! You really have pissed me
off!” tutur Selena yang semakin bengang itu.
“Pissed me off?” Budak perempuan itu
pula yang tercengang-cengang. Apa benda yang budak perempuan ni cakap? Aku tak
fahamlah.
Dia
memandang konco-konconya yang teguh berdiri di belakang.
“Weh,
korang. Apa maksud pissed me off tu?”
Sempat
lagi dia bertanya. Ceh, berlagak gangster tapi hampeh! Lain kali baca buku
bahasa inggeris banyak-banyak!
“Maksudnya
budak celak tebal ni marah sangat,” ucap salah seorang daripada mereka. Nasib
baiklah juga dia bawak kamus pergi ke kantin memandangkan ada ujian sekejap
lagi. Bolehlah dia bukak. Bila ‘bos besar’ tanya maksud ‘pissed me off’ tu,
cepat-cepat dia bukak kamus. Ada gunanya jugak kamus ni!
Setelah
mengetahui maksud apa yang dituturkan oleh Selena, cepat-cepat dia memandang
gadis klon Cara Delevigne itu.
“Eleh, ada
aku kisah kau marah?” ujar budak perempuan itu kemudian. “Ni tempat duduk kita
orang. Cepat-cepatlah kau berambus dari sini!”
Selena
mencebik. Menyampah betul aku dengan spesies orang yang macam ni. Berlagak
bagus sangat! Macam sekolah ni mak bapak kau yang punya pulak.
Selena
mengangkat pinggan yang terletak elok ‘spageti’ yang dibeli tadi. Dia malas
mahu mencari gaduh dengan budak berlagak macam tu. Eh, tiba-tiba rasa nak cari
gaduhlah! Geram punya pasal!
Selena
lantas berpusing. Garfu yang terletak digunakan untuk mencedok sedikit
‘spageti’. Selena cepat-cepat melemparkan ‘spageti’ yang sebenarnya mi goreng
itu ke arah budak berlagak tu.
Biar padan muka!
Hahaha!
Tulah,
lain kali jangan nak berlagak sangat macam budak-budak dalam cerita Mean Girls
tu. Kan dah terima padahnya.
“Hoi,
habis kotor baju aku ni!” ujar budak perempuan itu. “Habis baju aku ni selekeh
minyak!”
Selena
memalingkan kepalanya lalu memandang pelajar perempuan tersebut. Dia lantas
tersenyum sinis.
“Macam
yang aku cakap tadi, I’m pissed off,”
kata Selena walaupun tidak meninggikan suaranya. Cukup sinis sekali di
pendengaran.
“Ish,
geramnya!” ujar budak perempuan yang terkial-kial membersihkan bajunya.
Konco-konconya lekas-lekas mengambil beberapa helai tisu lalu mengelap baju
yang terkena mi goreng.
Pelajar-pelajar
yang ternampak adegan tersebut gelak sakan melihatkan baju budak perempuan itu
habis selekeh gara-gara mi goreng. Kesian betul! Bukan sebab kesian dengan
pelajar perempuan tersebut tetapi kesian dengan baju yang dipakai. Ingat senang
ke nak cuci kotoran minyak yang melekat pada baju? Bukan senang tau!
Pelajar
perempuan dan konco-konconya terus beredar dari kantin. Nak ke tandaslah tu!
Kotoran yang ada mesti kena bersihkan terlebih dahulu.
Selena
pula mahu berlalu pergi tetapi lengannya terasa ditarik oleh seseorang.
“Eh,
Amanda!” tegur Selena riang melihat kawan barunya. “Nak makan sekali tak?
Tempat duduk kau kat mana?”
Amanda
cepat-cepat menarik Selena di belakang salah sebuah tiang di kantin sekolah
tersebut. Rasa mahu diketuk sahaja kepalanya sendiri. Patutnya dia kena jadi bodyguard tak berbayar si Selena ni.
Ish, budak
ni! Suka-suka dia je campak mi goreng tu kat baju orang lain.
“Kenapa
ni, Amanda?” soal Selena yang pelik dengan tingkah laku Amanda. “Kenapa kau
tarik aku? Apahal?”
“Kau ni
kan! Kenapa kau pergi buat macam tu?” tanya Amanda setelah itu.
“Buat
apa?”
“Ish kau
ni! Buat-buat blur pulak. Yang kau
baling mi goreng kat budak tu dah kenapa?”
Selena
hanya tergelak.
“Kau
nampak ke?”
“Satu
kantin ni nampak tahu tak!”
“Oh,
padanlah muka dengan budak tu! Siapa suruh berlagak sangat? Kan dah kena.
Hilang terus mood aku nak makan ni.”
Amanda
mengetuk kepalanya.
“Kau tahu
tak budak tu siapa?” tanya Amanda kemudian.
Selena
menggeleng.
Dia
menjawab, “Tak tahu.”
“Dia tu BB
tahu tak.”
Selena
tergelak sakan mendengarkan jawapan Amanda. Rasa macam nak pecah perut pun ada
jugak. Ada ke patut nama budak perempuan tu BB.
“Yang kau
gelak ni apahal pulak?”
“Nama dia
BB. Aku ketawalah. Tak boleh ke?”
Sekali
lagi Amanda mengetuk kepala.
Aduh, budak ni! Kenapalah lembab sangat? Eh, salah aku
jugak! Aku yang tak tengok budak ni betul-betul. Alahai, macam-macam betul si
Selena ni!
“Do you know what BB stands for?” tanya
Amanda memandang Selena yang masih lagi bersisa ketawanya.
“BB cream?”
“BB tu
maksudnya Big Boss. Budak tu ketua pengawas sekolah tahu tak!” jelas Amanda
ringkas tetapi padat.
Selena
berhenti gelak. “Oh. Okey. Jadi yang pakai baju seragam warna biru tu pengawas?”
“Yang biru
pengawas. Kuning pulak perpustakawan,” jawab Amanda pendek.
“Kau tak
takut ke dengan ketua pengawas tu?” tanya Amanda.
Selena
mengangkat bahu lantas menjawab, “Tak pun. Biasa je.”
“Ish, kau
ni! Mahunya dia report cikgu disiplin
apa yang kau buat kat dia macam mana?”
“Lantaklah.
Apa je cikgu misai kontot tu boleh buat? Salah si BB cream tu jugak. Siapa yang suruh aku bla dari tempat tu? Aku nak
makan pun tak ada selera dah ni.”
“Kalau kau
kena denda, kau jangan carik aku pulak eh,” ujar Amanda. “Aku dah malas nak joinsekaki kena denda dengan kau.
Cukuplah kena kutip sampah pagi tadi.”
“Yalah.
Kau ni pun. Tak payahlah takut sangat.”
“Aku bukan
takut dia. Aku takutkan rotan Cikgu Ali tu.”
“Eleh,
setakat rotan. Tak payahlah nak takut sangat.”
“Kau ni.
Kalau sekali dia libas rotan tu, rasa macam nak tsunami tahu tak,” ujar Amanda
yang betul-betul gerunkan rotan legend
Cikgu Ali.
Fuh, Amanda yang ganas tu pun cuak apabila teringatkan
rotan tu! Selena pulak boleh relaks je. Memang pelik bin ajaib ni!
“Kau tak
takut ke tengok rotan tu?” tanya Amanda.
Selena
menggeleng.
“Tak,” dia
menjawab. “I’ve seen worse.”
Amanda
yang mendengarkan jawapan Selena mengerutkan dahi. Semakin pelik dia dengan
Selena. Apa maksud gadis itu?
Selena
pula hanya membuat muka selamba walaupun memorinya mengimbau kenangan yang
cukup pahit untuk diingati. Kenangan itu membawa dirinya ke bilik kosong di
London di mana di situlah tempat dia diculik. Di situlah pipi dan tangannya
dihiris sebilah pisau tajam yang cukup melekat di kepala.
Ya, dia
lebih takutkan pisau itu!
Selena
lantas menggeleng kepalanya daripada mengingat memori gelap tersebut. Dia mahu
melupakan segalanya. Berada di bumi Malaysia merupakan salah satu caranya untuk
menjauhkan diri daripada orang-orang yang telah menghancurkan diri dan
impiannya.
“Tempat
duduk kau kat mana?” tanya Selena kemudian. “Aku dah lapar ni.”
“Jom,”
balas Amanda.
***
“Mak ai!
Pedasnya spageti ni!” kata Selena yang ketika itu menyuap makanan yang kononnya
dia ingat sebagai ‘spageti’ itu.
Giliran
Amanda pula yang gelak sakan mendengarkan kata-kata yang terlafaz keluar
daripada mulut Selena. Budak ni mimpi apa sampai cakap mi goreng ni spageti?
Macam-macam hal budak Selena nilah!
“Yang kau
ketawa tu kenapa? Lidah aku ni tengah panas tahan pedas ni, kau boleh pulak
gelakkan aku? Tak lawak punlah!” ucap Selena yang sedang mengipas lidahnya
menggunakan tangan. Macamlah buat macam tu boleh hilang pedas?
Aduh,
dahlah pagi tadi Mak Cik Emma buat sarapan nasi goreng pedas. Sekarang ni
pekena spageti pedas pulak? Ingat lidah aku ni lidah besi ke boleh tahan-tahan
pedas berdenting ni? Ke memang lidah aku yang tak biasa dengan makanan pedas?
Sensitif mungkin?
“Kenapa
kau panggil makanan tu spageti?” soal Amanda dengan ketawa yang masih lagi
tinggal sikit-sikit.
“Ni bukan
spageti ke?” Selena pula yang bertanya.
Amanda
tergelak lagi. Tak habis-habis lagi ketawa! Ish, aku ni! Dah cukup-cukuplah tu
gelak sakan. Ketawa banyak sangat pun tak elok jugak.
“Ni bukan
spagetilah, cik Selena oi! Ni namanya mi goreng,” jawab Amanda.
“Ha?”
Selena tercengang-cengang. Mi goreng pedas yang berada dalam pinggan dipandang.
“Mi goreng?”
“Mi goreng
pedas more like it.”
“Aduh,
kenapa tak cakap awal-awal?” Selena mengipas badannya pula. Berpeluh-peluh
betul dia menahan pedas.
“Dah kau
tak tanya, aku diam jelah. Hahaha...”
“Kau ni
kan tak habis-habis gelakkan aku.”
“Nak buat
macam mana. Aku rasa lawak. Aku gelaklah. Hahaha...”
“Ish, kau
ni! Tak habis lagi gelakkan aku? Siap kau eh!” Selena berura-ura mahu menyumbat
mi goreng tersebut ke mulut Amanda. Ketawakan aku eh. Memang nak kena si Amanda
ni!
“Woi, aku
tak naklah mi goreng tu! Pedas!”
“Meh sini
mulut kau! Gelakkan aku kan. Ha, ambil kau!”
Amanda
cuba mengelak tangan Selena yang sedaya upaya menyumbat ‘spageti’ pedas ke
dalam mulutnya.
“Cukuplah
tu, oi! Yalah. Aku stop gelak.”
Selena
berhenti daripada mengusik Amanda. Terasa macam adik-beradik pulak saling
mengusik antara satu sama lain. Maklumlah, dia bukannya ada adik mahupun kakak.
Yang ada dalam hidupnya hanyalah mama dan Mak Cik Emma. Merekalah kawan. Mereka
jugalah keluarga.
Kehadiran Amanda yang mempunyai rupa paras sebiji seperti
dirinya terasa sungguh bermakna sekali. Amanda sahaja yang tak perasaan yang
muka mereka sama sebenarnya. Mungkin disebabkan Selena memakai solekan yang
agak tebal, Amanda langsung tak perasan.
Dia
memakai mekap tebal ada sebabnya. Dia mahu menutup cela yang terdapat pada
pipinya yang luka dahulu. Parut yang ada masih belum hilang. Doktornya juga
telah mengesahkan parut itu makan masa yang agak lama untuk hilang. Mujur dunia
sekarang wujud alat solek yang bergelar concealer
dan foundation. Hilang terus cela
yang ada.
Giliran
Selena pula yang gelak. Jarang dia tersenyum setelah insiden buruk yang berlaku
di London dulu. Tak sangka pertemuannya dengan Amanda yang agak kasar itu
sedikit sebanyak berjaya merawat duka.
“Kau ni
namanya je orang Melayu tapi mi goreng pun tak kenal,” ujar Amanda. Mulutnya
kini mengunyah jemput-jemput pisang.
Sedap!
Tak pernah
dia duduk dengan seseorang di kantin itu. Selalunya kalau makan pun
seorang-seorang. Tak ada orang yang nak duduk di tempat itu. Bagus jugak kalau
tak ada orang. Tak ada yang nak mengacau melainkan seorang kawannya yang
bernama Bahrain. Dia tu memang suka menyibuk sikit. Nasib baiklah tak berapa
nak annoying sangat mamat tu. Dialah
satu-satunya pelajar yang boleh berbual dengannya biarpun dia punya watak yang cold semacam.
“Manalah
aku tahu. Aku tak pernah membesar kat sini. Bila umur aku masuk dua tahun, mama
aku terus bawak aku pindah London. Memang aku tak ingat apa-apa pun pasal
Malaysia,” jawab Selena. Ramah benar dia dengan gadis bernama Amanda itu.
Terasa ada
chemistrygitu!
Amanda
mengangguk.
“Rupa mi
goreng ni macam spageti. Aku makan jelah. Tak tahu pulak ni mi goreng pedas,”
sambung Selena lagi. “Lagipun aku tak tahu pun apa benda yang jual kat kantin
ni. Yang aku nampak si ‘spageti’ ni. Apa lagi? Memang aku sebat jelah.”
Lawak
jugak si Selena ni. Mi goreng itu dikatanya spageti. Spageti kan berwarna
kekuningan. Yang depan matanya tu kan dah digoreng dengan kicap. Nampak
hitam-hitam sikit. Kan lain daripada spageti. Aiyo!
“Ni
namanya mi goreng. Sebelum letak mi, lada kena tumis dulu. Lepas tu campur
dengan kicap dan bahan-bahan lain. Kemudian baru letak mi. Jadilah mi goreng
yang ada kat depan mata kau sekarang ni,” kata Amanda bagaikan seorang cef di
televisyen yang sedang memberi tunjuk ajar kepada sidang penonton di rumah.
Dia
menyambung, “Tapi mi goreng yang mak cik kantin ni buat memang terkenal dengan
kepedasannya. Tu sebab aku tak nak makan. Hari ni rasa malas pulak nak makan
pedas-pedas walaupun aku ni jenis yang boleh tahan pedas.”
“So bolehlah eh kalau nak kurangkan
pedas?”
“Memanglah
boleh. Kalau semua makanan kat Malaysia pedas tahap gigabait, memang namanya
orang Malaysia ni boleh kena peptic ulcer
jawabnya.”
“Peptic
ulcer?”
Selena
menggaru kepalanya. Masuk bab perkataan sains ni dia memang slowsikit.
“Alah kau
tak payahlah tahu apa maksudnya. Yang penting kau ni kena tahu dulu makanan
yang ada kat Malaysia ni. Kalau kau nak tinggal kat sini, kau kenalah tahu
budaya orang-orang kat sini macam mana. Makanan, pakaian dan macam-macam lagi.”
Selena
mengangguk kepalanya. Betul jugak kata Amanda ni. Sepanjang aku berada kat
Malaysia ni, perut aku ni asyik jadi mangsa makanan pedas. Lepas ni aku kena
belajar lagi. Lagipun, aku memang akan lama berada kat Malaysia ni. Senang
cerita, memang sampai bila-bila aku nak duduk kat sini. Tak nak jejak kaki kat
London tu lagi!
“Kalau
macam tu apa kata kau ajar aku pasal kehidupan kat sini?” usul Selena kepada
Amanda. “Kau beritahu aku pasal semua jenis makanan kat sini. Kau kena beritahu
yang mana sedap dan yang mana tak sedap. Bagi tahu jugak yang mana pedas dan
yang mana tak pedas. Dari pagi tadi lidah aku ni asyik tahan pedas. Panas tau.”
Amanda
hanya memandang lalu menjawab, “Okey.”
“Betul
ni?” Selena sudah bersinar-sinar matanya.
“Betullah.
Takkan aku nak tipu pulak,” balas Amanda sambil tangannya mencapai segelas air
sirap yang baru dibeli tadi.
Selena
girang. “Yay!”
Amanda
tersenyum manis.