Bab 15

Kesan luka yang masih lagi baru itu dilihat di depan cermin. Luka yang panjangnya lebih kurang empat sentimeter ternyata sungguh mencacatkan penglihatan. Dahulu wajah yang bersih tanpa sebiji jerawat kini kotor dengan calar yang menyinggah di muka. Sungguh dia benci melihat pandangan itu. Sungguh dia jijik untuk melihat wajahnya sekarang.

“Argh!!!”

Selena menjerit sekuat hatinya. Sekuat suara yang terang bersuluh menunjukkan dirinya sangat tertekan sekarang.

‘Kenapa tiba-tiba benda ni terjadi?’ desisnya dalam hati. ‘Apa salah aku sampai aku terpaksa tanggung semua ni? Aku tak mahu apa-apa. Asalkan aku dapat kehidupan aku yang dulu. Aku nak semuanya kembali macam biasa.’

Biarlah hatinya menjerit sekuat mana. Tidak ada sesiapapun yang akan mendengar luahan jiwa anak itu. Hanya ALLAH yang tahu bahawa perasaannya sungguh hancur lebur sekarang.

Masa itu dia sudah berada di kediamannya memandangkan doktor telah membenarkan dia pulang. Apa lagi yang dia mampu buat melainkan berkurung. Tak lain tak bukan, bilik tidur merupakan tempat untuk dia bersendirian.

Terperuk di hujung katil memikirkan nasib badan. Kaki dilipat. Dagu tersangkut pada tangan yang memeluk kaki. Diam tidak berdaya mengucap apa-apa. Termenung mengenang kisah hidup yang awalnya gembira bertukar drastik menjadi hiba.

Kejap-kejap dia menangis. Lepas tu, senyap pula.

Berliter-liter air telah berjaya dihasilkan oleh kelenjar lakrimal. Bengkak habis matanya. Sukar untuk dia bernafas dengan mudah gara-gara hingus yang meleleh tak sudah.

Gambar-gambar yang diambil oleh Ben yang tersimpan di komputer riba dilihat satu demi satu. Wajahnya terpampang di setiap gambar yang dilihat. Semuanya masih lagi cantik. Masih lagi bersih licin tanpa sebarang cacat cela.

Melihatkan gambar-gambar tersebut dia menangis lagi.

Wajah itu sudah tak sempurna di matanya. Wajah itu langsung tak serupa dirinya yang bergelar model.

Dia takut untuk memandang imej muka sendiri di atas cermin. Terasa seperti ternampak hantu pun ada.

Benci! Benci! Benci!

“Argh!!!”

Dia menjerit lagi. Macam nak rosak anak tekak kerana jeritannya yang sungguh kuat. Selena semakin tertekan dengan keadaannya.

Komputer riba di depan mata diambil lantas dicampak ke atas lantai. Tidak kisah langsung dia apa yang akan terjadi. Rosak ke apa ke. Biarkan! Rasa kecewa yang menyemak di hati disalurkan di situ.

Kakinya beralih pula melangkah ke arah meja solek yang terletak berhampiran. Alat penjagaan kulit muka semuanya dibuang. Alat solek tak kira jenama yang tersusun elok pada mulanya bertaburan di atas lantai.

Cermin dipandang sesaat kemudian.

Selena tak tahan lagi. Dia memang tak dapat menanggung lagi kepedihan yang bermukim.

Tangan itu dengan tangkasnya memecahkan cermin di depan mata. Berkecai cermin yang saban hari digunakan sebelum dia memulakan hari.

Tak payah peduli apa-apa meskipun tangan kanan yang berbalut itu sakit macam nak gila selepas menghentak cermin tersebut. Biarlah jahitan nak terbuka atau apa-apa pun. Yang penting dia tak mahu lagi melihat imbasan dirinya di cermin itu.

Selena terduduk di kaki katil. Rambutnya yang dulu dijaga rapi kini serabai. Diri itu sangat tidak terurus walaupun dia bergelar model.

Model?

Huh, ada apa pada nama kalau muka tak ada rupa?

“Selena! Ya ALLAH! Apa dah jadi ni?”

Amira yang mendengar jeritan Selena lantas berlari ke bilik anak perempuannya. Daun pintu bilik anak daranya itu dibuka cepat-cepat. Terkejut benar dia melihat bilik gadis itu bersepah. Padahal bilik itu selalunya ceria dengan warna dan kemas sentiasa. Lebih mengejutkan dirinya apabila ternampak cermin yang pecah berderai di atas lantai.

Pandangan tertuju kepada manusia yang duduk di kaki katil. Diam beribu kata. Hanya esakan yang terdengar di deria pendengarannya.

Tergesa-gesa dia melarikan diri ke arah anak perempuannya itu. Tubuh itu dipeluk. Kekuatan cuba disalurkan kepada Selena yang macam orang yang dah tak siuman.

“Selena, mama ada kat sini. Jangan macam ni ya, sayang,” kata Amira yang masih lagi mempunyai Selena dalam dakapannya.

“Mama...”

Anak itu bersuara.

“Ya, sayang,” kata Amira.

Kepala Selena diusap perlahan. Kasih sayang untuk anak itu jelas terserlah.

“Apa salah Selena, mama?”

“Selena tak salah apa-apa pun. Be strong, honey.”

“Apa yang akan jadi kat Selena lepas ni, mama? Semua orang tinggalkan Selena lepas dapat tahu Selena dah hodoh. Selena dah tak boleh peragakan baju-baju mama lagi. Kerjaya Selena semuanya hancur hanya sebab muka Selena macam ni.”

Amira diam mendengar kata-kata yang ditutur oleh anaknya. Tidak tahu apa yang patut dibalas untuk menyedapkan hati Selena.

“Being a model is everything for me. There’s nothing left for me now, mama. Nothing at all.”

“No, honey,” balas Amira. “You have me. I’ll always be here for you, alright?”

“Mama...”

Kasih ibu tidak terbilang. Dia yang membesarkan kamu. Dia yang akan mengangkat kamu bila kamu jatuh. Dia yang akan usap kamu bila kamu menangis. Saat-saat susah, ibu yang akan bersusah payah menenangkan kamu. Membantu kamu dalam kesempitan.

Mama...

***

Telefon yang berdering itu tergesa-gesa dijawab. Telefon pintar itu lantas didekatkan ke telinga kanannya. Dia mahu tahu berita yang bakal disampaikan oleh teman lelakinya itu. Dia mahu mendengar perkhabaran gembira biarpun dia tahu semestinya cerita yang bakal disampaikan oleh lelaki itu hanyalah berita gembira.

“Hello, Jared,” tutur Amy Patricia dengan suara yang begitu menggoda sekali.

Suara perempuan, kotak suaranya agak kecil jika mahu dibandingkan dengan lelaki. Suara itulah yang boleh menggetar mana-mana jiwa mana-mana pemuda jika dilunakkan sewenang-wenangnya.

“I ada benda nak cakap dengan you ni,” ucap Jared di hujung talian.

Lelaki itu berada di laman rumahnya pada waktu tersebut. Dia mahu menikmati angin kemenangan pada malam yang begitu indah ditemani bintang-bintang berkelipan. Terasa nasib kini sungguh menyebelahi dirinya.

The chips fall where the may as everybody would say.

“I tahu you mesti nak sampaikan berita gembira, kan?” Amy Patricia membalas kata-kata lelaki itu pula.

Jared tersenyum tipis dan gelak perlahan walaupun kekasihnya itu tidak berada di hadapannya.

Of course, darling,” jawab Jared. “Do you want to hear it?

I’m listening.

She’s out,” ujar Jared.

Terang dan cukup jelas buat pendengaran si Amy Patricia.

Who is?

My dear Selena,” ucap Jared yang masih lagi seronok melihat bintang-bintang di langit gelap.

“Dia takkan menghalang kita berdua lagi lepas ni,” sambung jejaka tampan itu lagi. “Doktor dah sahkan semua benda.”

“Luka dia macam mana?” tanya Amy Patricia. Hatinya semakin lama semakin riang mendengarkan berita yang disampaikan teman lelakinya itu.

It will heal, alright. But the scars...

What about them? Come on, Jared. Tell me.

“Parut yang ada susah nak hilang. Semuanya perlukan masa untuk kembali macam dulu. So now Selena is eliminated.”

Amy Patricia yang mendengar ketawa mendengar tutur kata Jared. Gembira bukan kepalang dia pada hari itu. Patutlah dia terasa suka semacam pada hari tersebut. Rupanya berita sebegini yang diterima dek pendengaran.

Padan muka kau, Selena!

“Berita Selena cedera dah tersebar luas. Dia terpaksa dikeluarkan daripada Fashion Show London yang akan berlangsung tak lama lagi. Sekarang ramai yang tak mahukan dia sebab kecederaan mukanya tu. Mama dia sendiri tak dapat nak buat apa-apa selain mendiamkan diri dan terus reka baju. Tapi bukan untuk anak sendirilah kot. Untuk model-model lain. Anak dia sendiri dah tak boleh peragakan rekaan mamanya,” jelas Jared panjang lebar.

Amy Patricia ketawa lagi. Baru dia ingat yang George menghubunginya baru-baru ini untuk memperagakan pakaian untuk rekaannya di Fashion Show London. Riang gembira indah tak terkata apabila dia mendapat panggilan lelaki lembut tu. Memang dia tahu sangat rancangannya dan Jared sudah berjaya.

Selena akhirnya dapat disingkirkan!

Hahaha!

Oh my God, Jared!You ni memang tahu macam mana nak gembirakan I. Berita ni memang berita paling gembira pernah I dengar!”

“Kita berdua berjaya singkirkan dia, Amy Patricia,” kata Jared sambil tersenyum tak sudah.

Good job, honey.

“You pun, sayang. Lepas ni kita berdua je yang akan paling dikenali orang ramai. You tahu tak tadi ramai reporter cari I tanyakan pasal Selena tu. Apa lagi. Buat muka sedihlah I. Rasa macam nak tergelak pun ada bila tengok muka dia orang yang percaya lakonan I. I rasa lepas ni I boleh jadi pelakonlah,” kata Jared yang penuh dengan helah.

“Haha...you ni. Pelakon pun boleh.”

“Okeylah, sayang. I nak masuk tidur ni. See you soon.

See you later, babe. I love you.

Love you, too, babe.

***

Selena yang memakai hud di kepala hanya dapat terkebil-kebil. Sukar untuk dia menghadam kata-kata yang baru diungkapkan oleh lelaki yang cukup disayangi itu, apatah lagi untuk mempercayainya.

Jared tidak pernah berkelakuan sebegitu di matanya. Selama ini jejaka serba-serbi sempurna itu cukup baik. Lelaki itu sangat mengambil berat sehingga dia merasakan dialah perempuan yang cukup bertuah untuk memiliki lelaki seperti Jared.

Tidak langsung dia menduga ini yang akan berlaku. Terasa kehidupannya terpusing sebanyak 360 darjah. Pening jika difikirkan semula.

Tak jadi Selena mahu bertemu Jared. Lelaki itu sudah tak ada maknanya lagi dalam hidupnya. Lelaki itu pemusnah segala. Tidak sangka lelaki itu dan Amy Patricia menjadi dalang semua ini berlaku. Merekalah punca kenapa pipi dan tangannya berplaster sekarang. Merekalah sebab kenapa dirinya cukup terseksa untuk menghadapi sang kehidupan yang penuh dengan panca roba.

Kedua-duanya dengki dengan gadis yang bernama Selena!

Cukuplah Jared bermain kayu tiga terang-terang di depan mata. Kisah dia bersama Amy Patricia disangka telah tamat. Rupa-rupanya perjalanan itu masih lagi wujud walaupun tidak Selena ketahui.

Selena sungguh terpukul mendengarkan tutur kata yang baru dijelaskan. Disangka lelaki itu benar-benar memohon kemaafan atas kesalahan dirinya bersama Amy Patricia pada masa yang lalu. Sangkaan itu meleset sama sekali apabila dia terdengar panggilan Jared bersama perempuan tak guna tu.

Malam itu dia teringin untuk berjumpa Jared di rumah lelaki itu. Mahu mengelak daripada paparazi, dia lantas mengenakan hud untuk menutup mukanya yang bercalar yang masih lagi mengambil masa untuk sembuh.

Ternampak lelaki itu berada di laman rumah, rasa di hati ingin memeluk lelaki itu. Ingin dia mencari kekuatan yang bagaikan hilang sedikit demi sedikit gara-gara insiden buruk yang berlaku baru-baru ini. Namun, hati itu hampa sekali menangkap perbualan antara pasangan Jared dan Amy Patricia.

Perempuan itu masih lagi bersama Jared.

Teman lelakinya sendiri!

Huh, dasar lelaki penipu! Hipokrit!

Depan kamera penuh aksi kau lakonkan watak seorang teman lelaki yang penuh rasa cinta dan sayang terhadap teman wanita yang ditimpa musibah. Pijak semut pun tak mati. Belakang kamera kau tayangkan taring yang tajam mengalahkan taring sang harimau. Kau muntahkan kata-kata yang cukup mengguris hati ini, Jared!

Apa jenis lelaki kau ni!

Air mata itu terasa mahu mengalir lagi. Ya, tak semena-mena air hangat mengalir ke pipi.

Jared...teman lelakinya sendiri sanggup bersekongkol dengan orang lain untuk mengenakan teman wanitanya sendiri!

‘Aku harus tamatkan semua ni!’ desis Selena dalam hati.

“Jared!” tegur Selena dari luar rumah. Kelihatan Jared yang baru menamatkan perbualan dengan Amy Patricia itu memalingkan wajah untuk melihat siapa gerangan yang bertandang ke kediamannya malam itu.

“Selena?” ucap Jared yang agak terkejut.

‘Dia dengar ke tak ek apa yang aku bualkan tadi?’ hati Jared berbisik.

“Apa yang you buat kat sini?” soal pemuda itu. Lelaki itu membuka pintu pagar lalu membenarkan perempuan itu masuk ke laman rumahnya.

“Jom masuk dalam. Sejuk kat luar ni,” kata Jared yang mahu menunjukkan lakonan hebatnya lagi.

Huh, pelakon taik kucing!

“Tak payahlah nak tunjuk baik depan aku lagi,” lafaz Selena yang sudah malas lagi mahu berlembut dengan lelaki hipokrit itu.

Jared yang mendengar hanya tercengang.

“Aku?” Jared mengerutkan dahi. “Are you okay, honey?

Honey?” Selena mencebik.

Tak habis lakonan lagi agaknya mamat ni. Cukup-cukuplah tu. Kalau kau masuk anugerah Teen’s Choice Award pun aku tak nak pun undi kau. Baik aku undi orang lain macam Joseph Morgan ke Nathaniel Buzolic ke. Daripada kau, apa pun tak ada!

Lelaki dasar penipu besar!

Save it for someone else, Jared,” ucap Selena. “Aku dah malas nak terlibat dengan permainan yang kau dan Amy Patricia buat ni. Aku menyampah tahu tak!”

“Apa yang you cakap ni, Selena?”

“Tak payah nak buat muka baiklah, Jared. Depan reporter bolehlah kau raih simpati macam kucing lapar nak cari makan. But not me. Kau takkan memperbodohkan aku lagi!”

Jared memegang bahu Selena. Dia masih lagi cuba berlaku baik di depan perempuan itu.

“Selena, I tak fahamlah. Kenapa you tiba-tiba jadi macam ni?”

“Jangan sentuh akulah, Jared!” Selena dengan tangkas menepis tangan yang selalu memegang tangannya dulu.

Ah, pedulikanlah! Tangan itu cukup kotor!

“Kau dan Amy Patricia sebab muka dan tangan aku macam ni. Kau orang berkomplot nak musnahkan hidup aku kan? Tak cukup dengan tu. Kau berpura-pura baik depan aku macam kaulah boyfriend paling baik dalam dunia ni. Huh, baik my arse!

Sekarang apa yang kau orang impikan semuanya dah tercapai sebab taktik kotor kau orang. Kau dapat apa yang kau nak. Amy Patricia dapat apa yang dia nak. Puas hati kau orang kan?

Aku pulak? Well, what did you just say just now on the phone? Oh, yes, I remember! Selena’s eliminated! Aku benci lelaki macam kau ni! Hipokrit! Lelaki tak guna!”

Jared hanya ketawa apabila mendengarkan kemarahan yang dihamburkan oleh Selena terhadap dirinya.

“You dah tahulah eh rahsia I sekarang ni,” ucap Jared. Lakonan yang sepatutnya diteruskan terpaksa ditamatkan.

“Tak payahlah I nak cerita panjang-panjang lagi,” sambung jejaka itu. Mimik mukanya langsung bertukar daripada seorang yang penuh kasih sayang kepada lelaki yang penuh pembohongan.

Ah, geramnya!

“Kau akan terima padahnya nanti, Jared!”

What? You nak call polis? Apa bukti yang you ada?”

Benar kata Jared. Selena tidak ada bukti untuk menuduh tindakan Jared dan Amy Patricia.

“Walaupun kau dapat apa yang kau nak, aku berjanji atas nama TUHAN yang kau akan terima pembalasannya!”

Wow, Selena dah jadi ustazah nampaknya! Bravo!

Jared ketawa terbahak-bahak lagi.

“Kau orang takkan terlepas. Mark my word. When my scars are gone, you all dirts will pay for this!

Pandangan tajam menusuk-nusuk ke dalam mata Jared walaupun lelaki itu tidak takut langsung dengan ugutan yang dihulurkan oleh Selena. Jared tahu tidak apa-apa yang boleh dibuat oleh gadis itu melainkan menapak pergi. Perempuan itu tak ada bukti. Lainlah kalau dia dapat merakam perbualan antara dia dan Amy Patricia selama ni.

Hahaha!

Jared and Amy Patricia win!

Just for the record...” Selena menghentak kakinya ke atas kaki kanan Jared.

That’s for my cheek and hand!”

Penumbuk sulung pula singgah ke muka Jared kemudian menyebabkan lelaki itu hampir terjatuh.

That’s for cheating on me, you jerk!”

Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh