Bab 22

“Assalamualaikum!”

Kedengaran papanya memberi salam dari luar. Cepat-cepat dia berlari mengambil kunci yang terletak di atas meja. Pintu rumah dibuka. Syafiq disalam dengan penuh tanda kasih dan hormat.

Syafiq tersenyum di sebalik kepenatan bekerja seharian. Kepala Amanda diusap perlahan dengan rasa kasih sayang yang cukup mendalam. Lelaki itu terus melucutkan kasutnya dan melangkah masuk ke dalam rumah.

“Sedapnya bau. Hari ni kamu masak apa, Amanda?” soal Syafiq setelah meletakkan beg kerjanya di atas sofa. Meja makan tempat yang paling pertama yang dia mahu tuju. Perutnya memang langsung tak berisi dari tengah hari tadi. Sibuk je memanjang sampai dia terlupa nak makan.

“Alah tak ada apa-apa sangat pun, papa,” balas Amanda. “Lauk biasa yang selalu Amanda buat. Lepas balik sekolah tadi Amanda terus masak kari ayam. Ada sayur dan telur jugak. Buah epal pun ada ni.”

Syafiq melonggarkan tali leher yang terikat dilehernya. Rimas betul bila dah lama sangat pakai tie. Tali leher tersebut langsung dibuka lalu disangkut pada kerusi makan.

“Kamu dah makan belum ni?” tanya Syafiq kemudian.

Amanda menggeleng lantas menjawab, “Amanda tunggu papa balik rumahlah ni. Boleh kita makan sama-sama.”

Syafiq menarik keusi lalu menghempas punggung. Memang dah tak sabar nak menjamah makanan yang terhidang di depan mata sekarang ni.

Amanda juga begitu. Lepas siapkan kerja sekolah tadi, memang asyik terperuk depan TV sementara dia menunggu papanya pulang. Kalau ikutkan hati, memang dia nak je melahap terus makanan yang dah siap tu, tapi macam tak syoklah pulak makan seorang-seorang. Sekurang-kurangnya kalau ada papa, ada teman nak berbual-bual.

“Epal pun ada jugak?”

Syafiq sudah mencedok nasi ke dalam pinggan. Seketul ayam diambil. Sayur juga diletakkan di tepi.

“Papa ni pun satu. Dah beli buah tapi tak nak makan. Asyik simpan dalam peti sejuk tu buat apa? Baik Amanda hidang sekali. At least adalah orang yang nak makan. Kalau tak memang sampai busuk epal tu kalau terbiar kat dalam peti tu,” bebel Amanda.

Bab makanan ni dia memang tak suka betul membazir. Membazir tu kan amalan syaitan. Memang tak naklah dia jadi kawan musuh kepada manusia tu.

“Sedap gila!” puji Syafiq. Setiap hari dia makan masakan anak perempuannya itu, memang setiap hari jugalah dia memuji kebolehan Amanda.

Anak aku ni boleh masuk master chef. Sedap gila kot dia masak. Ni memang waris genedaripada aku ni.

Hehehe...

Aku masa muda-muda dulu pun memang suka masak. Sekarang dah sibuk ni memang tak ada maknanyalah aku nak berkampung kat dapur tu. Asyik berkampung kat pejabat tu adalah! Bersyukur betul aku ni dapat anak perempuan. Adalah orang yang tolong siapkan kerja-kerja kat rumah. Kalau tak memang macam tongkang pecah agaknya rumah ni!

“Alah papa ni. Biasa jelah. Macam hari-hari lain jugak. Sama je kot rasanya. Tak ada benda pun. Tak payahlah nak kata sedap,” balas Amanda.

“Eh, betullah ni sedap! Kalau tak sedap baik papa cakap tak sedap tau. Tak baik menipu.”

“Yalah,” ujar Amanda. Tangannya sibuk menyuap nasi berkuahkan kari dan kicap yang digaul sama.

Sedapnya!

Ceh, puji masakan sendiri nampak!

“Sekolah macam mana hari ni?” tanya Syafiq kemudian. Seperti Amanda, dia juga sibuk menyuap nasi ke dalam mulut. Memang bertambah-tambah nasi yang dia cedok. Tak cukup sepinggan!

“Macam biasa je, papa,” jawab Amanda. “Tapi hari ni lain sikitlah kot.”

“Kenapa?”

Well...Amanda kena denda dengan cikgu disiplin hari ni.”

“Ohok! Ohok! Ohok!”

Amboi, teruk betul batuk si Syafiq ni! Tersembur nasi yang dah penuh kat dalam mulut tu! Nak ubat batuk tak?

Hahaha...

“Kena denda?”

Terbeliak mata Syafiq dibuatnya apabila mendengarkan tutur kata yang dilafazkan oleh Amanda. Biar betul anak aku ni!

“Kenapa kena denda pulak? Amanda fail exam eh? Ha? Baik cakap. Kalau tak papa cili-cili mulut tu. Eh, cili ada ke kat rumah ni? Ha, memang adakan! Hari tu papa baru beli cili kat pasar.”

Apa bendalah yang si Syafiq ni merepek? Ke situ pulak dia! Ada ke patut? Cuba dengar dulu apa yang anak kau tu nak kata.

Ish...ish...ish!

Amanda menghulurkan air suam kepada papanya yang tak habis batuk-batuknya. Tercekikkan apa, dia sendiri tak tahu.

Overreacting sangatlah bapak aku ni!’ bisik Amanda dalam hati. ‘Tak payahlah kot sampai nak cili-cili mulut aku. Ha, lepas ni memang aku sorok semua benda pedas kat dapur tu! Papa tu tahu beli barang je. Yang simpan barang tu semuanya kerja aku. Hahaha!’

“Amanda, cakap cepat! Kenapa cikgu disiplin denda hari ni?” Syafiq masih lagi menanyakan soalan yang belum dijawab oleh Amanda.

“Amanda kena denda dua kali hari ni. Seorang kena denda dengan cikgu disiplin. Seorang lagi kena denda dengan cikgu add maths,” ujar Amanda lagi.

Sengaja betul dia nak menambahkan kesan overreacting papanya tu. Kelakar pulak rasanya.

Alahai, papa! Kena main dengan anak sendiri.

Hihihi!

“Dua kali? Ish, kamu ni! Memang nak kena ni!”

Syafiq sudah berkira-kira untuk bangun dari tempat duduknya. Memang betul-betul dia nak cili mulut Amanda. Macam manalah boleh kena denda? Apa bendalah yang anak aku buat sampai kena denda? Sampai dua kali pulak tu! Ni mesti anak aku ni nakal betul! Geramnya!

Amanda menjilat jarinya yang selekeh dengan nasi yang melekat di celah-celahnya. Serius papanya tu penuh betul emosi apabila dengar Amanda kena denda. Lepas ni aku kena cakap aku kena cekup polislah. Memang mahunya dia rasa nak belasah aku. Hahaha!

Papa...papa...bukannya nak dengar cerita aku dulu! Tahu-tahu asyik nak cili mulut je. Tak ada hukuman lain ke selain cili mulut? Old school beno!

Ha, tengok dah keluar gaya orang Muar cakap! Muar disebut Muo. Keluar dicakap keluo. Unik betul!

Amanda ni pun satu. Bukannya nak jawab soalan si Syafiq tu. Dah banyak kali papa kau tu tanya kenapa kena denda. Kau pulak sibuk beno jilat jari macam makan ayam KFC. Ish, keluar lagi bahasa orang Muo!

Eh, silap!

Muar! Ha, baru betul!

“Papa ni. Chill. Relakslah, papa,” ucap Amanda pendek.

“Kamu nak suruh papa relaks? Hei, Amanda. Selama papa besarkan kamu, sepanjang kamu belajar kat sekolah tu, tak pernah-pernah tau sampai kat telinga papa yang anak papa ni kena denda. Apa benda yang kamu buat tu sampai kena denda dua kali ha? Cuba story sikit kat papa ni.”

“Itulah papa. Orang nak cerita, papa yang emosi sangat. Overreacting betul! Ada ke patut sibuk betul nak cili mulut kita? Huh!”

Amanda sudah keluar mulut mencukanya. Merajuklah tu kononnya!

“Eh, papa pulak yang kena?”

“Yalah. Meh sini dengar Amanda nak cerita ni,” kata Amanda. “Pagi tadi Amanda bangun lambat. Jam loceng tu rosak. Lepas tu, Amanda tertinggal bas. Nasib baiklah orang terserempak dengan si Kai kat tepi jalan tu. Amanda terus tumpang kereta dia. Ingatkan sempat masuk pintu pagar tapi tak pun. Tu yang Cikgu Ali tu denda.”

Panjang lebar betul cerita Amanda. Cerita dari pagi tadi memang diputar balik! Fuh, penat!

“Habis tu kenapa kena denda dengan cikgu add maths? Kamu gagal ujian?”

Amanda menggeleng.

“Papa ni. Agak-agaklah nak cakap Amanda gagal. Papa ni tengah bercakap dengan budak paling pandai dalam sekolah tau. Mana ada Amanda fail ujian.”

Kembang-kuncup hidung Amanda. Puji diri sendiri beb! Mestilah rasa bangga! Hehehe...

“Habis tu?”

“Amanda teman kawan pergi kantin. Dia sakit perut lepas rehat. Amanda belikan dia air teh pekat sebab nak kurangkan sakit perut dia tu. Tahu-tahu je kita orang sampai lambat kat kelas. Cikgu add maths tu pulak dah masuk kelas masa tu. Ingatkan cikgu tu boleh relaks lagi tapi si BB tu pulak yang menyibuk. Dia cakap kita orang langgar peraturan sekolahlah, apalah. Lastly memang cikgu add maths tu denda kita orang. Huh!”

Syafiq hanya mengangguk mendengarkan penjelasan anaknya yang panjang lebar itu. Bukannya dia faham sangat apa cerita yang diberitahu anaknya tetapi dia mahu menjadi pendengar yang baik. Dapat dengar si Amanda tu bercerita pengalamannya di sekolah pun dah cukup.

Anaknya kena denda. Memang rare!

“BB tu siapa?” tanya papa Amanda selepas itu.

“BB tu ketua pengawas sekolah. Dia tu memang tak ada sesiapa pun yang suka. Suka betul minah tu menyibuk. Padan muka tadi dia kena baling dengan mi goreng! Hahaha!”

“Siapa yang baling mi goreng?”

“Kawan Amanda yang sakit perut tu. Dia geram dengan si BB tu sebab cari gaduh dengan dia. Gaduh pun sebab rebutkan tempat duduk kat kantin. Ada ke patut? Memang tak munasabah betul. Nama je ketua pengawas tapi perangai macam mawas!”

Syafiq ketawa mendengarkan kepetahan anaknya bercerita.

“Ish, kamu ni! Tak baik kata orang macam tu.”

“Yalah tapi si BB tu memang tak patut buat macam tu. Sebagai ketua, dia patut bertolak ansur. Dia tak boleh nak kata yang tempat duduk tu tempat dia. Kerusi meja semua tu bukannya hak dia pun. Itu kan hak sekolah. Pandai-pandai dia je.”

Amanda bebel panjang hari ni. Jarang betul dia dengar anaknya membebel macam tu. Tak apalah. Bukan selalu pun dengar anaknya membebel. Bukan selalu jugak dengar anaknya kena denda cikgu sekolah.

Dia tahu denda-denda yang cikgunya beri tu hanyalah untuk mematangkan anak muridnya. Dia tak mahu bertindak melulu menyaman cikgu hanya sebab benda remeh. Lawak jugak dengar Amanda tu berceloteh.

Sama perangai macam mamanya.

Amira...kau apa khabar?

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh