“What?”
teriak Selena dengan suara yang agak kuat.
Terkejut betul dia mendengarkan usul yang keluar daripada
mulut Amanda. Tengah syok-syok baring, dia terus duduk. Tak boleh nak
lepak-lepak dah. Benda ni memang langsung tak dijangka sama sekali.
“Aku tak
naklah jadi kau lagi. Aku takutlah,” ujar Amanda.
“Kau
takut? Eh, macam pelik je kau takut. Kau Amanda kot. Orang paling coolpernah aku jumpa. Takkanlah
tiba-tiba kau takut pulak?” kata Selena. Sydney White memang langsung tak
pandang. Imej yang wujud di retina matanya hanyalah muka Amanda. Wajah yang
sama dengan wajahnya sendiri!
“Aku
bukannya apa. Aku takut nanti kantoi yang aku ni bukan kau. Hari ni je aku dah
cakap macam-macam kat Mak Cik Emma dengan mama. Lepas ni aku nak buat cerita
apa pulak?”
“Kau ni.
Relakslah. Tak ada benda yang akan jadi pun. Kau teruskan dengan gaya gedik overdose aku tu. Mesti tak ada sesiapa pun
yang akan perasan,” pujuk Selena. “Lagipun kita baru je tukar watak ni. Aku tak
puas lagi nak duduk dengan papa. Aku tahu kau pun sama kan? Kau mestilah nak
gedik-gedik dengan mama jugak.”
“Kau nak
duduk dengan papa ke atau kau nak cuci mata tengok Kai tu?”
“Eh, kau
ni! Mana adalah. Ada ke patut cakap macam tu? Kai tu buat sampingan je. Yang
pentingnya, aku nak duduk lama-lama sikit dengan papa. Kita pun belum lagi plan macam mana nak satukan mama dengan
papa.”
Amanda
hanya mampu menggigit bibir. Buat pertama kalinya dia tak boleh berfikir secara
waras. Ini Amanda kot! Mana hilangnya sifat cold
and cool dia tu?
“Kau ni
kenapa tiba-tiba tak nak jadik aku?” soal Selena. Nak tahu jugak apa yang
berselirat di fikiran bijak kembarnya tu. Amanda yang selalunya tenang dan
penyelesai kepada semua masalah, sekarang jadi menggelabah semacam.
“Mama
suruh aku jadi model untuk peragakan rekaan terbaru Miracle!” Laju betul Amanda
cakap. Sama je gaya macam mamanya cakap masa breakfasttadi. Bullet train!
“Oh...tu
je ke? Ingatkan apalah tadi,” ujar Selena. Ingatkan apa bendalah yang
merisaukan diri Amanda sampai tak nak teruskan penyamaran mereka.
“Tu je kau
kata? Weh, aku tak naklah jadi model. Aku ni kayu. Kaku je kalau depan kamera,”
balas Amanda.
“Kan aku
dah kata dulu yang aku akan ajarkan kau jadi model. Kau chill jelah. Bila photo shoot?”
“Kalau aku
dah setuju, minggu depan dah boleh start.”
“Alah, tak
ada hallah. Mama mesti bangga kedua-dua anaknya jadi model.”
“Mama tu
mintak kau yang jadi model sebenarnya. Bukan akulah.”
“Kau
relaks jelah. Senang je kot jadi model. Kau jalan je. Kalau orang suruh kau
senyum, kau senyum. Kalau orang suruh kau ketawa, kau ketawalah.”
“Senanglah
kau cakap. Kau tu memang model.”
“Amanda,
kau tenang je. Cuba kembalikan balik sifat cool
kau tu. Sifat cold and cool kau tu
pun boleh pakai masa shooting tau.”
“Yakah?”
Selena
mengangguk. “Yalah. Jom aku tunjuk kau cara jalan pulak tapi aku nak tanya kau
ni.”
“Apa dia?”
“Kau
bolehkan sambung menyamar jadi aku ni?”
Giliran
Amanda pula mengangguk. Dia berkata, “Yalah. Untuk mama dan papa jugak.”
“Yes! Aku sayang kau sangat-sangat!”
“Tak
payahlah nak sayang-sayang.” Amanda dah rimas semacam dengan kata-kata jiwang
ni. Eww!
“Let me guess. Gegirl sangatlah
sayang-sayang ni. Geli aku!”
Amanda dan
Selena tergelak sama.
“Ada satu
syarat ni kalau kau nak mintak aku ajarkan kau jadi model,” kata Selena
kemudian.
“Ada
syarat jugak? Kau jangan mintak duit kat aku pulak. Aku mana ada duit. Kau nak
duit kau mintak kat papa,” balas Amanda.
“Mana ada.
Syarat aku senang je. Kau ajarkan aku masak.”
“Oh...tu
je ke?”
“Yalah.
Lepas ni nak kena hantar makanan kat Kai tu. Mati aku kalau dia hon depan rumah
lagi.”
“Padan
muka kau. Kau kan suka sangat kat dia tu.”
“Mestilah.
Dia kan Romeo. Aku ni Juliet.”
Ceh!
Perasan!
***
“Okey,
sekarang kau palingkan ikan tu. Elok-elok sikit. Jangan sampai hancur,” arah
Amanda kepada Selena yang sibuk belajar memasak dengan kembarnya.
Selepas Selena memberi tunjuk ajar kepada Amanda perihal
aktiviti modelling, mereka terus ke
dapur. Mujur juga Amanda tu cepat tangkap orangnya. Agaknya dia tu banyak
sangat tengok cerita Korea dan Jepun sampai senang betul nak tiru gaya jalan.
Yalah, mulut Amanda tu tak sudah-sudah bercerita pasal drama dari negara Timur
tu.
Cerita tu pasal
kembar menyamar jadi abang kembarnya. Cerita yang ni pulak menyamar jadi lelaki
semata-mata nak masuk universiti. Cerita Jepun yang tajuknya Paradise Kiss tu
mengisahkan pasal model yang awalnya macam Amanda jugak. Kaku habis apabila
jalan atas pentas.
Muka masing-masing eager
betul nak belajar. Amanda dengan perangai cikgu yang cool. Selena pula murid yang mengada-ngada tapi sanggup berbuat apa
sahaja untuk menuntut ilmu memasak. Ceh!
Rambut Selena
yang selalu dilepaskan sebab dah dibiasakan dengan hidup sebagai model,
ditocang untuk mengelakkan rambut termasuk ke dalam lauk. Apron pun dia pakai.
Dah macam cef rupa dia! Model plus
chef. Hehehe...
“Macam
ni?” tanya Selena kemudian.
“Aah. You’re doing a good job, Selena,” puji
Amanda.
Selena hanya tersenyum. Kembang kuncup hidungnya dipuji
kembar sendiri. Yalah, dia tu rasanya slow
dalam semua benda. Study tu bolehlah
sikit-sikit walaupun masuk dalam group
lembab. Masak pun ke laut. Jadi model jelah yang dia boleh buat.
Sudah beberapa masakan yang Amanda ajarkan Selena. Menjadi
juga akhirnya Selena memasak. Mula-mula tu memang kekok habis. Sudip tercampak
entah ke mana. Kuali terbalik. Nak siang ikan geli-geleman hanya sebab bau
hanyir. Minyak terpercik sikit pun nak menjerit macam tengah main roller coaster. Potong bawang siap pakai
cermin mata kaca hitam pulak tu! Menangis tak payah ceritalah. Baru hiris
bawang merah sikit, air mata menitik-nitik macam air hujan. Kalau tengok cerita
anime Jepun pun tak macam tu kot. Kalah betul dia masa dia belajar masak masa
kecil-kecil dulu.
“Kalau nak
tahu ikan tu dah masak, selalunya bunyi minyak tu senyap sikit. Apa-apa pun
kalau kau nak menggoreng, minyak kena panas. Kalau tak nanti melekat kat kuali
tu. Susah nak paling ataupun nak angkat dari kuali,” jelas Amanda untuk
memahami selok belok di dapur tu.
“Kalau aku
rasa nak buat kentang goreng?” tanya Selena.
“Sama je.
Kalau kau memasak, minyak tu kenalah panas. Kalau kau nak goreng kentang tapi
minyak kau tak berapa nak panas, nanti kentang tu jadi lembik dan berminyak.
Tak berapa nak sedap. Kalau kau nak makan yang macam kat KFC tu, kau goreng deep fried dan minyak bagi panas. Goreng
sampai kuning keemasan. Ha, yang tu memang confirm
rangup dan langsung tak berminyak. Kalau kau cecah dengan sos cil, mayonis
dengan sos lada hitam, fuiyo! Memang rasa...erm...yummy gila!”
“Got it,” kata Selena yang kini sedang
mengangkat ikan ke dalam piring. Api dapur ditutup. Piring yang berisi ikan itu
terus diletakkan di atas meja. Beberapa jenis masakan yang berada di atas meja
itu dipandang.
“Ada ikan
goreng, sambal tumis, sayur goreng, nasi dan telur. Pergh, bangga gila aku hari ni! Kalau mama
dengan Mak Cik Emma tengok ni, mesti dia tepuk tanganlah tengok aku,” kata
Selena menepuk bahunya sendiri. Ceh, bangga kot! Selama ni masak bukannya
bidang aku. Bila dah masak ni rasa macam...ah, tak tau nak kata apa!
“Hari ni
buat yang senang-senang je. Kiranya bagi aku benda ni basic jelah. Lepas ni kita buat yang lagi complex,” ujar Amanda meletakkan apron yang dipakai di tempat
gantung. Selena juga begitu.
“Masak ni
senang je. Kalau kau selalu buat, memang mudahlah. Orang putih kan selalu
cakap, ‘practice makes perfect’. Kali ni kau try apply benda tu dalam memasak ni. Sama jugak macam kimia. Kau
anggap je main dengan bahan kimia tu macam tengah masak. Kalau kau faham
benda-benda yang praktikal ni, benda teori tu lagi senang kau nak ingat,”
terang Amanda tak sudah-sudah. Rasa macam dah bagi motivasi!
Diselitkan juga perkara berkaitan pembelajaran di sekolah.
Saja je dia nak buat Selena lebih teruja untuk menimba ilmu yang baru.
“Kau ni
hebatlah, Amanda. Cantik macam aku. Pandai pulak tu. Cool je memanjang. Kau ni macam dalam cerita Jepun yang kau asyik
cakap tu. Tinggal lagi watak cool ni
selalunya lelaki yang bawak. Bukannya perempuan. Ni terbalik pulak. Kau yang cold and cool,” ujar Selena yang tak
sudah-sudah ternganga dengan gaya Amanda bercakap. Tak sangka betul aku ada
kembar cool macam ni. Beza gila kot
dengan aku!
“Apa
bendanya yang hebat? Biasa jelah. Kau tahu tak? Aku rasa kau ni lagi hebat. Aku
ni tengah bercakap dengan model yang paling glamor kat serata dunia. Semua
orang kat London tu kenal kau. Lepas tu, model paling famous ni pulak kembar aku. Uish!”
“Eleh. Tu
cerita lamalah. Sekarang aku bukannya kerja kat London tu lagi. Bila dah tak
cantik, dibuangnya kita ke tepi. So
typical.”
“Mama kata
dia nak naikkan nama kau kat Malaysia ni. Tambah lagi dengan reputasi kau kat
London tu, mesti kau sekarang akan lagi popular.”
“Yakah? Whatever. Aku tahu modelling ni sebahagian daripada hidup aku tapi sekarang family aku lagi penting dari benda-benda
tu semua.”
Amanda
hanya tersenyum. Dia bersyukur dikurniakan oleh ALLAH sebuah keluarga yang
cukup membahagiakan meskipun belum lagi bersatu. Tiap-tiap hari dia berdoa
supaya keluarga itu akan menemui jalan untuk bersama-sama akhirnya.
“Aku rasa
aku ada pelanlah nak temukan papa dengan mama,” kata Selena. Ikan goreng di
depan dicubit sikit. Sedap!
Amanda
menghalakan pandangannya ke arah Selena.
“Macam
mana?”