Kunci
rumah yang betul dimasukkan lalu tombol pintu dibuka bagi membolehkannya masuk
ke dalam rumah. Suasana yang sejuk di luar telah membuatkannya agak menggigil
supaya haba daripada badan boleh terhasil. Pipinya agak kemerah-merahan.
Winter
coat dibuka lalu disangkut pada tempat gantung baju yang berhampiran dengan
pintu. Begitu juga beanie berwarna
merah yang menyarung kepala. Keadaan
dalam rumah yang agak panas dek heater
menimbulkan rasa lega. Memang boleh beku kalau heater dalam rumah tu rosak.
Selena terus bergerak menghala ke
arah dapur yang terletak di tingkat yang sama. Apa yang dia mahukan waktu itu
hanyalah minuman dan makanan panas. Apa-apa yang panaslah! Senang cerita dia
rasa macam nak kebulur waktu tu. Lapar sungguh! Perutnya memang langsung tidak
berisi dari tadi. Lidahnya sempat menjamah sekeping roti sahaja semasa sarapan.
Selepas itu memang dia terus hilang pergi ke tempat kerja. Sibuk betul budak
tu! Mengalahkan orang tua yang dah kerja bertahun-tahun.
“Selena,
baby!” Kedengaran suara mamanya Amira yang berada di dapur. Entah sejak
bila dia berada di situ, Selena sendiri tak tahu. Rasanya tadi macam tak dengar
apa-apa suara pun masa sampai rumah. Bunyi kuali pun tak dengar. Ah, lantaklah!
“Macam mana shooting hari ni?” tanya Amira mesra dengan anak perempuannya.
Tangan ligat menyediakan Mexican chicken
soup. Dah lama tak asah bakat memasak. Sekali-sekala teringin pulak dia nak
ke dapur.
“Macam biasalah, mama,” jawab
Selena. Tangannya juga ligat seperti mamanya. Tinggal lagi dia membuat air
coklat panas untuk santapan dirinya yang ternyata masih lagi sejuk. Memang umph kalau pekena air panas!
“Mama tahu anak mama ni memang
cantik, lagi-lagi kalau pakai rekaan mama sendiri,” kata Amira yang masih lagi
berapron. Menjadi pereka fesyen untuk Miracle dan pengurus kepada anak
bujangnya membuatkan wanita berkerjaya itu agak sibuk. Mujur hari itu dia
berkelapangan sikit. Bolehlah dia masak apa-apa yang patut buat alas perut.
Selena hanya mendengar. Mulutnya
kini perlahan-lahan menghirup air coklat panas yang baru dibuat. Oh, nikmatnya
tekak!
“Kenapa mama masak hari ni?” soal
Selena. Mug diletakkan di atas meja. Punggung dihempuk ke atas kerusi. Lega
betul dapat duduk sambil rehat-rehat macam ni.
“Mana Mak cik Emma?” sambung anak
muda itu lagi bertanyakan pembantu rumah mereka yang telah bekerja di situ
sejak dirinya masih kecil lagi.
“Mama suruh dia berehat. Hari ni
biar mama aje yang masak. Dah lama mama tak masuk dapur ni,” jawab Amira yang
ketika itu sudah sedia untuk menghidangkan juadah makanan. Aroma harum makanan
sudah menusuk hidung masing-masing. Makin terliur jadinya!
Bau
dah sedap, rasa harap-haraplah sedap ya! Aku ni dah lama tak jejak dapur.
Tangan aku ni pun dah lama tak pegang pisau. Memang berkarat habis skil masak
aku!
Selena mengangguk. Pelik betul
dengan mamanya. Tak pernah-pernah nak suruh Emma tu berehat. Hari ni dalam
sejarah tiba-tiba mamanya berbuat sebaliknya. Apa mimpi agaknya mama tu?
“Selena, pergi ajak Emma makan
sekali,” arah Amira.
“Ala mama. Penatlah. Mama ajelah
yang pergi ajak dia makan,” balas Selena. Kepalanya diletak ke atas meja sambil
tangan menutup kepala. Mengada-ngada betul budak seorang tu!
“Hei, jangan nak banyak songeh.
Cepatlah pergi sana. Tak lengkaplah kalau macam ni. Tak boleh nak celebrate.” Amira berkira-kira untuk
membuka apron yang dipakai pada badan.
Selena yang mendengarkan jawapan
mamanya berkerut lantas berkata, “Celebrate?
What are we celebrating today?”
Hari ni bukan hari lahirnya. Hari
jadi mamanya pun bukan. Lama lagi kalau tak silap. Hari lahir Emma...alamak,
tak ingat pulak! Eh, tapi kalau tak silap hari jadi Emma dah lepas. Nak kata
sambut ulang tahun perkahwinan, mamanya tu tak berlaki dah berapa lama.
Aik, peliknya!
“Hehehe...” Mamanya menyeringai.
“Apa hehehe?”
“Hihihi...”
“Apa hihihi?”
“Huhuhu...”
“Ish, mama ni! Main-main pulak
dengan Selena,” ujar Selena yang sudah mula muncung merajuk. Alahai, manja
betul anak seorang ni!
Amira mendapatkan anak perempuannya
lalu didakap. Kepala anak itu disental-sental kuat. Sengaja dia mahu mengusik
anak itu. Seronok dapat buat macam tu. Tengok Selena muncung, rasa kelakar
pulak. Dah besar tapi perangai macam budak umur lima tahun. Merajuk tak sudah.
“Ish, mama! Apa ni? Sakitlah. Habis
rambut Selena tau!” Selena cuba melepaskan diri dari mamanya. Rambut panjang ni
kena jaga. Aset penting ni oi! Kalau ada masa nak kasi insurans rambut sendiri.
“Hahaha!” Amira menghamburkan ketawa
tatakala itu juga. Geli hati dengan reaksi anaknya itu.
“Selena!” tegur Emma dari belakang
menyebabkan Selena berpaling menghadap dirinya. Pandangan mata terjatuh pada
sebiji kek coklat kecil yang berada di tangan pembantu rumahnya. Aik, kek?
‘Seriously,
apa yang dia orang nak sambut ni?’ bisik Selena dalam hati.
Pelik
betul! Hari ni hari apa? Apa yang specialnya?
Teori hari jadi dah memang tolak awal-awal. Nak kata hari tu hari Malaysia
merdeka ke? Eh, takkan sampai ke situ pulak? Malaysia merdeka 31 Ogos. Sekarang
baru bulan berapa. Musim bunga pun tak masuk lagi ni!
“Congratulation!”
Amira dan Emma serentak berkata. Muka riang tak terkata. Sengih aje mereka
berdua dari tadi.
“Ha?” Muka Selena memang pelik
sangat masa tu. Tahniah untuk apa?
“You
are now the face of Victoria’s Secret, honey! Isn’t that wonderful?” ucap
Amira dengan nada sungguh gembira sekali. Dia pulak yang rasa terlebih ecxited! Anak aku jadi model Victoria’s
Secret. Siapa yang tak bangga oi!
Oh, my God! I’m the
happiest mom in the world!
“What?”
Selena bagaikan tidak mempercayai apa yang sampai di telinganya. “Betul ke ni,
mama?”
“What?
Do I look like I’m kidding?”
Tak semena-mena gadis itu menjerit.
Setinggi mana frekuensi bunyi tu, dia sendiri tak tahu. Biasalah, orang perempuan
kalau dah menjerit sampai jiran sebelah pun boleh dengar!
“Oh,
my God! I can’t believe it!”
Selena memandang mamanya.
Masing-masing Emma dan Amira memandang Selena.
“Ah!!!”
Amboi, gembira betul tu!
“Come
on! Blow the cake!” ucap Emma kemudian dalam sisa kegembiraan.
Lilin yang menyala-nyala kuning itu
ditiup perlahan oleh Selena. Masing-masing menepuk tangan.
“I’m
so proud of you,” ujar Emma dan Amira serentak. Dahi Selena dikucup lembut.
“Eh, kita cakap serentaklah!”
Selena ketawa kecil melihatkan
reaksi kedua-dua mama dan pembantu rumahnya. Nampak betul masing-masing
gembira.
Emma melangkah lalu meletakkan kek
coklat tersebut di atas meja. Pisau diambil lalu memotong kek yang ada.
“Nah, makan ni,” kata pembantu rumah
yang berasal dari Indonesia itu.
Sudah
besar Selena ni. Dulu kecil-kecil comel aje. Dah besar cantik sangat macam
mamanya. Dia berasa sungguh terhutang budi dengan jasa baik Amira yang telah
mengambilnya bekerja di saat dia berada dalam kesempitan hidup. Bolehlah dia
mencari makan di kota besar itu.
“Alamak,
esok ada shooting lagi, mama,” kata
Selena. “Takkan nak makan kek. Nanti berat naik.”
“Ala, tak payah risaulah. Mama kan
ada. Mama back up kamu nanti.
Lagipun, bukannya selalu pun kita nak celebrate
benda-benda macam ni,” ujar Amira. “Makan aje kek tu. Susah-susah mak cik Emma
ni beli untuk kamu. Kat luar tu dahlah sejuk.”
Selena ragu-ragu untuk makan kek
yang sudah dipotong itu. Nampak sedap tapi nanti takut beratnya naik secara
mendadak pulak hanya kerana sepotong kek. Kek kan banyak kalori. Kalori banyak
tu sememangnya musuh utama model.
“Makan ajelah kek ni,” kata Emma
kemudiannya. “Meh sini mak cik suapkan nak?”
Selena menelan air liur. Memang
nampak menyelerakan betul kek tu! Coklat yang mencair bersinar-sinar di matanya
bagai watak anime yang ternampak lelaki kacak. Aduh! Macam mana ni? Esok ada photo shoot. Gila aku kalau kena
ketawakan dengan model lain kalau tiba-tiba saiz baju tak muat!
“Ish, kamu ni, Selena! Tak ada
maknanya berat kamu tiba-tiba nak naik. Muat punya baju yang kamu nak peragakan
esok.” Kata-kata Amira bagaikan mengetahui isi fikiran anaknya itu. Biasalah,
nama pun model. Berat merupakan topik paling penting dalam hidup. Naik berat
badan dalam 0.5 kilogram pun nak menangis macam hilang anak. Apatah lagi kalau
baju tak muat. Saiz badan mesti nombor dua.
“Yalah...yalah...kalau esok
tiba-tiba baju tak muat Selena cari mama tau!”
Emma dan Amira ketawa kecil. Emma
menyuapkan kek yang telah dipotong tadi ke dalam mulut Selena. Dia memang sudah
agak reaksi Selena yang akan menambah kek. Kek itu memang sedap banget! Boleh
rasa coklat pada kek itu mencair dalam mulut. Lembut sangat! Sedap gila! Sekali
makan nak tambah berkali-kali tau. Rugi kalau tak cuba!
Amira juga menyuapkan kek ke dalam
mulut. Bukan mulut Selena tetapi mulutnya sendiri. Dah lama tak makan kek
coklat. Kalau beli pun tak ada sesiapa yang nak makan.
Dia
sibuk. Selena pun sibuk dengan aktiviti modelling.
Kalau ada masa free pun, anak itu
pergi ke sekolah. Tak ada sesiapa yang nak sentuh kek tu nanti. Emma tu bukan
boleh diharap sangat kalau bab menghabiskan makanan ni. Dia tahu bikin makanan.
Menghabiskan makanan memang ke ‘laut’.
Selena yang giat menyuap kek ke
dalam mulutnya tiba-tiba berhenti.
“Kenapa, Selena?” soal mamanya. “Tak
sedap ke kek tu?”
Selena menggeleng.
Are you kidding? This
cake is way better than any other cake I’ve ever tasted!
“Habis
tu?”
“Macam mana tiba-tiba Selena boleh join Victoria’s Secret? Bukan ke hari tu
Selena lambat datang pemilihan tu?”
Insiden bekas pembantu rumah
bertandang ke dalam fikiran. Bahang macam naga betul dia waktu itu gara-gara
kelewatan bekas assistantmiliknya.
“Mama yang recommend. You absolutely
know I’m also one of the faces in the fashion world. Mama tahu yang anak
mama ni berbakat orangnya. And they of
course know that either. Cuma hari tu Selena terdatang lambat sikit. Jadi
dia orang pun terima ajelah recommendation
tu,” ucap Amira ringkas tetapi padat.
“Oh...” Selena mengangguk faham. Dah
agak yang mamanya akan berbuat demikian apabila berita dirinya tidak terpilih
untuk menjadi model Victoria’s Secret sampai ke pengetahuan mamanya.
“Thank
you, mama!” Tubuh mamanya dipeluk kuat. Sudah menjadi impiannya untuk
bekerja sebagai model jenama terkemuka di dunia tu. Tak sangka akhirnya fantasi
indah itu akan menjadi realiti.
Selena tersenyum tak sudah.