Bab 31

“Yeah,
Wanna put this song on replay,
I can listen to it all day,
I can listen to you all day,
Hear you all day.

Yeah,
Wanna put this song on replay,
We can start all over again,
And again,
Yeah,
Wanna put this song on re...”

Macam lirik lagu Replay yang dinyanyikan penyanyi muda remaja Zendaya, begitu juga bunyi ringtone telefon bimbit Amanda berbunyi. Berulang-ulang kali telefonnya berdering diminta untuk diangkat.

Ringtonejuga memang dah diset dengan lagu Replay tersebut, memang asyik replay jelah kerjanya! Balik-balik bunyi replay. Kejap-kejap replay lagi!

Aduh, memang serabut betul telinga Amanda yang sedap berlingkar atas katil Selena. Orang Muar kata, “Berlingko”!

Amanda yang sedang sedap-sedap tidur di bilik kembarnya Selena hanya tergolek-golek di atas katil. Liat betul dia nak bangun angkat telefon.

Dah hampir 12 missed call! Amanda masih jugak terbaring macam ular sawa kenyang makan seekor lembu!

“Aduh, Amanda ni!” Panggilan yang rupa-rupanya dari Selena itu masih lagi tidak berhenti. Lagu Replay masih lagi berdering di telefon bimbit Amanda.

“(I wanna) put you on repeat,
Play you everywhere I go,
Everywhere I go,
Play you everywhere I go,
Put you on repeat,
Play you everywhere I go,
Everywhere I go (Everywhere I go).”

“Angkatlah telefon ni!” bebel Selena seorang diri di dapur pada lewat malam itu. “Ish, budak ni dah tidur ke? Ah, tak kira! Kau kena bangun jugak, Amanda! Kembar kau ni tengah dalam kesusahan. Sebagai kembar aku, kau kena tolong aku! Amanda! Bangun! Bangun!”

Kalau doktor kat hospital tengok gelagat si Selena sekarang, memang for sure doktor akan diagnosebudak ni ada sakit mental. Skizofrenia mungkin?

Na’uzubillahiminzalik! Minta dijauhkan!

Tapi memang betul! Selena tu terjerit-jerit malam-malam macam tu. Kalau orang tak tahu dia tengah cakap dalam telefon, memang orang yang tengok pun akan cakap dia tu gila. Tak siuman bahasa sopannya.

“Bangunlah, Amanda oi! Ish, budak seorang ni! Aku ingat aku seorang je yang tidur macam ular sawa. Budak ni pun dua kali lima sepuluh je. Eh, nama pun kembar! Apalah aku ni!”

Selena mengetuk telefon bimbitnya pada dahi. Aduh, sakit! Hwaa! Susahnya nak kejutkan Amanda ni! Bangunlah! Bangunlah! Kembarmu ini butuh pertolonganmu! I need your help!

Ambil kau! Macam-macam bahasa keluar sebab nak mintak tolong. Nasib baik jugak aku ni tak tahu nak cakap Bahasa Arab. Kalau tak, memang berbelit-belit lidah aku ni speaking Arab tau!

Amanda ni pun satu! Harap je ringtoneyang terpasang lagu Replay tapi mata kau ni susah benar nak terbukak. Memang padanlah ringtone kau asyik replayje dari tadi.

Meh sini penulis kejutkan nak?

Oi, Amanda binti Syafiq! Bangunlah!

Tangannya yang terlindung oleh selimut tebal bergerak sedikit demi sedikit. Amanda yang sudah mula sedar tak sampai beberapa percent tu mencapai telefon bimbit miliknya yang terletak di atas meja kecil bersebelahan dengan katil.

“Alah, siapalah yang telefon aku malam-malam buta ni?” Akhirnya, Amanda bersuara! Thanks to me, Lily Irdina! Finally, kau bangun jugak, Amanda!

“Aku nak tidur pun tak senang. Kacau betul!”

Amanda memandang skrin telefon yang tertera nama seseorang. Kelopak matanya cuba diluaskan untuk membaca nama yang terpampang dengan jelas.

“Selena?” Amanda berkata dengan suara serak basah. Rock gitu! “Kenapa dia call aku malam-malam ni?”

Amanda menjawab panggilan daripada kembarnya.

“Hello?”

“Amanda!” Selena hampir menjerit. Rasa excited pulak sebab Amanda dah bangun. Thank you ya, penulis! Nanti I belanja you makan spaghetti bolognese!

Apa-apa jelah, Selena!

“Ha, apa dia, Selena?” soal Amanda yang berdehem sedikit untuk mengembalikan suaranya. Tak seoronok betul nak berbicara dengan orang kalau suara rock sebab baru bangun tidur tu! Segan!

“Kenapa kau call aku malam-malam buta ni?” sambung Amanda lagi. “Kau kalau nak ajak aku borak-borak esok-esok jelah eh. Aku nak tidur ni!”

“Oh, please, Amanda! I’m in trouble!” ucap Selena di hujung talian.

Amanda hanya menggosok matanya. Taik mata yang terselit dibuang sedikit demi sedikit.

“Trouble?” kata Amanda. Lama-lama dia semakin sedar dari rasa kantuk walaupun belum cukup seratus peratus. “Are you in a small kind of trouble or a big-I’m-going-to-die kind of trouble?”

“I’m so in a big-huge-going-to-die kind of trouble!” jawab Selena. Dah keluar slang British dia!

“Okay,” jawab Amanda ringkas. “I’m listening.”

“Amanda, kalau aku jumpa kau lepas ni memang aku nak cekik-cekik kau!” Selena memang dah tak tahan lagi! Dia mahu melepaskan geramnya yang terbuku di hati kepada kembarnya Amanda.

Ini semua memang salah kembarnya! Kalau Amanda beritahu awal-awal pasal Mak Cik Kiah tu, memang semua benda ni takkan terjadi.

Siap kau, Amanda!

“Yang kau ni dah kenapa nak cekik aku pulak tiba-tiba ni? Dah gila? Buang tabiat?” tanya Amanda. Memang tak laratlah dia nak layan bebelan Selena malam-malam ni. Kepala memang dah terbayang nak sambung tidur je!

“Ish, geramnya! Sebab kaulah aku dah hampir-hampir nak bakar satu dapur ni tahu tak!”

Amanda mengerutkan dahinya.

My dear, Selena. Kalau kau punya trouble just nak membebel-bebel kat aku malam-malam ni, kita sambung esok jelah eh. Aku nak tidurlah. Ish, kau ni! Tak nak tidur ke? Ke kau ni jet lag tak habis lagi?” Amanda hanya memicitkan kepala. Berdesing juga telinganya nak dengar bebelan Selena.

“Ish, kau ni tak dengar ke? Ke kau buat-buat pekak? Dapur ni dah nak terbakar tahu tak! Can you hear me? May I spell the whole word for you? I repeat. Terbakar!”

Daripada pembaringan, Amanda terus terduduk. Okey, yang ni memang dah sedar tahap 90 percent!

“Apa?”

“Hampir terbakar!”

Amanda mengerutkan lagi dahinya. Telefon semakin dilekapkan pada telinga. Takut-takut pulak dia salah dengar.

“Hampir terbakar?”

“Aah,” jawab Selena ringkas.

“Ada apa-apa benda yang terkena api?”

“Tak,” balas Selena.

“Langsir hangus tak?”

“Nope.”

“Dinding macam mana?”

“Tak ada apa-apa. Everything is in good condition.

Amanda menarik nafas. “Ish, kau ni! Dah tu apa yang terbakarnya?”

“Dapur tu tak adalah terbakar. Cuma berasap sikit jelah. Api semua aku dah tutup,” jelas Selena.

“Dah nama pun kau guna dapur tu, memanglah berasap. Aiyo, kau ni! Buang masa aku je layan kau tau! Kalau macam ni lagi baik aku sambung tidur!”

“Kejap, Amanda!”

Amanda yang mahu meletakkan telefon terhenti. Fikirannya yang sudah semakin sedar sebanyak 98 percent itu mula berfikir.

‘Selena guna dapur?’ bisiknya dalam hati. ‘Selena tu mana tahu masak. Aduh, aku ni! Padanlah dia kata dapur tu berasap. Jangan-jangan habis dapur tu bersepah macam tongkang pecah tak?’

“Kau guna dapur?” tanya Amanda kemudian.

“Aah. Aku masak nasi goreng tadi. Tapi...”

Tak sanggup Selena nak menghabiskan ayatnya. Ish, memang tak rupa nasi goreng langsung! Mujur jugak dapur tu elok je lagi. Kalau dinding hangus, langsir terbakar, kuali entah ke mana, tu mesti lagilah payah! Apa bendalah yang dia nak jawab kat papa nanti? Mesti papa makin pelik dengan perangainya. Yalah, Amanda tu, gadis Melayu terakhir!

Memang sujud syukur dia semuanya tak apa-apa. Macam yang dia kata tadi, “Everything is in good condition.”

Tapi bab masak nasi goreng...

“Tapi apa, Selena?” soal Amanda mematikan lamunannya berkenaan dapur. Oh, my nasi goreng!

“Nasi goreng yang aku buat ni hangus!” rengek Selena yang sudah mula mengalirkan air mata. Aiyo, ni dah memang budak kecik ni!

Dia menyambung, “Aku tumis bahan-bahan tadi tapi aku rasa api aku ni besar sangat sampai hitam jadinya. Tapi sebab aku nak cepat, aku masukkan terus nasi tu. Sekarang ni nasi tu bukannya warna oren-oren macam yang kat dalam internet ni. Hitam terus! Rasa tak payah kata. Tak adanya nak rasa tawar ke, masin ke. Manis memang langsung taklah! Rasa pahit! Pahit gila kot! Hangus!”

“Hwaaa!” Selena menghentak-hentakkan kakinya ke atas lantai. Macam mana ni? Fikiran dah buntu sangat dah ni!

Amanda hanya mampu tergelak. Serius dia nak gelak kuat-kuat sekarang ni tapi takut mama dengan Mak Cik Emma terbangun pulak.

“Kau boleh pulak nak gelakkan aku eh!”

Selena sudah mula menarik muka walaupun kembarnya tu langsung tak boleh nak nampak. Ah, tak kira! Nak merajuk jugak!

“Yang kau tu tiba-tiba nak masak ni dah kenapa? Mana ada orang masak tengah-tengah malam macam ni. Lainlah kalau esok nak raya. Ish, kau ni!”

“Ah, ni semuanya kau punya pasal tau! Kalau tak aku tak payah susah-susah nak masak. Bolehlah aku cuci mata tengok Fast and Furious tu!” Selena memandang nasi goreng yang dah berwarna hitam tu.

Ish, buruk benar rupa!

“Eh, apa pulak aku yang salah?”

Amanda hanya menggeleng kepala. Kembarnya ni memang dari sejak dia mula-mula kenal, sampailah sekarang, ada-ada je perangai. Memang tak boleh nak duduk diam langsung! Selena...Selena...

“Memang semuanya salah kau. Kalau beritahu awal-awal pasal Mak Cik Kiah tu, tak adalah hidup aku susah sampai macam ni!”

Amanda menggaru-garu kepalanya. Apa bendalah yang si Selena ni melalut? Mak Cik Kiah? Mak Cik Kiah mana? Eh, ke budak ni mengigau?

“Kau ni cakap pasal siapa? Mak Cik Kiah mana yang kau jumpa ni?” tanya Amanda yang kini bersirat dengan pertanyaan dengan watak baru.

Mak Cik Kiah?

“Kau tak payah nak buat-buat lupa pulak eh. Kau dah sedap-sedap janji dengan mak cik tu macam-macam. Nak masakkan sarapanlah, makan malamlah. Nak masak untuk seminggu pulak tu. Lepas tu, dah tahu aku nak tidur kat rumah papa, kau tak cakap apa-apa pun pasal Mak Cik Kiah tu! Bollocks! This is so unbe-bloody-lievable!” bebel Selena panjang lebar.

Sesungguhnya, British slang dan Selena memang susah untuk dipisahkan. Memang melekat habis!

Janji? Sarapan? Makan malam?

Terbeliak mata Amanda tatkala itu juga! Dari duduk kini dia terus berdiri! Ni memang dah seratus peratus sedar!

Hundred percent!

Memang fikirannya hanya tertumpu kepada jejaka tampan lagi annoying yang dia telah menabur janji hampir seminggu yang lalu. Memang pada mindanya hanya terbayangkan wajah mamat tu je. Tak ada orang lain dah.

Kai!

“Weh, Selena!” Amanda jerit tetapi agak perlahan. Namun, cukup jelas di pendengaran Selena yang berada di hujung talian.

“What?”

“Itu bukan Mak Cik Kiahlah, pandai! Itu Kai!”

Selena memegang dagunya.

“Bukan Mak Cik Kiah eh? Entahlah. Aku mana ingat nama mamat tu pun!”

Ha, yalah kot. Kalau tunggang terbalikkan ejaan nama Kiah tu, buang jugak huruf H, memang akan jadi Kai.

“Yalah. Nama mamat tu Kai! Bukannya Mak Cik Kiah!” balas Amanda.

Dia kini mundar-mandir di bilik tidur Selena. Dia pulak yang tak boleh duduk diam. Dia memang betul-betul terlupa pasal Kai. Tak ingat langsung yang dia ada janji dengan mamat tu untuk masakkan sarapan dan makan malam sebab tolong hantarkan dia ke sekolah baru-baru ni. Macam manalah aku boleh terlupa nak bagitahu pasal dia kat Selena? Aduh! Gawat ni!

Whatever. Yang penting sekarang ni aku berada dalam big trouble sebab si Kai tu! And this is so because of you not telling me a word about him!”

Amanda memang benar-benar rasa bersalah. Dia memang terlupa! Mamat tu bukannya penting pun kalau nak bagitahu kat Selena. Jiran sebelah rumah je pun.

“Alah, sorrylah, beb. Aku lupalah nak bagitahu kat kau pasal dia. Dia tu tak ada makna dalam hidup aku. Annoying sangat mamat tu sampai aku tak bagi tahu pun kat kau. Tu yang aku lupa sangat-sangat tu. Sorryeh!”

Amanda sudah mendekatkan kedua-dua tapak tangannya sebagai tanda minta maaf kepada kembarnya walaupun Selena tak nampak. Ni serius ni! Sorrysangat! I lupalah you!

Sorry naik lori! Mamat yang tak ada maknanya dalam hidup kau tu, sekarang dah datangkan bencana kat aku tau! Sebab dialah aku tak boleh nak layan cerita Fast and Furious tu! Tak pasal-pasal pulak aku kena masak malam-malam buta ni. Nasib baiklah esok tak sekolah tau. Kalau tak memang aku dah cekik-cekik kau!”

Amanda sudah terbayangkan Selena menyekat saluran pernafasannya. Uish! Ni bukan tarik rambut! Kena cekik kot! Ya ampun!

Padanlah si Selena ni nak sangat cekik aku dari tadi. Rupanya pasal Kai ni! Alahai, Kai! Kenapalah kau mesti jadi jiran aku?

“Alah, nak buat macam mana? Aku memang terlupalah. Aku bukannya sengaja tak nak bagi tahu kau,” terang Amanda.

“Kau tahu tak tadi dia hon kat depan rumah kita banyak kali? Nasib baik aku tak tidur lagi. Papa pun tak terbangun. Kalau tak semua jiran rumah ni marahkan aku tau!” Selena masih lagi menghamburkan rasa geramnya kepada Amanda.

Ah, biar padan muka! Lain kali beritahulah awal-awal. Tak adalah susah-susah pecah rekod masak kat dapur for the first time!

“Dia hon kereta dia?” tanya Amanda.

“Yalah! Bingit telinga aku!”

“Kat depan rumah?”

“Ya!”

“Uish, si Kai ni memang boleh jadi along. Dia memang pernah cakap kalau aku tak masakkan dia sarapan dan makan malam tu, dia nak hon kereta dia depan rumah.”

“Hurm, baguslah tu menepati janji. Kau ni pun kenalah langsaikan janji kau jugak. Macam mana ni weh? Nasi goreng ni dah tak rupa nasi goreng dah!”

Amanda terasa nak gelak lagi mengenangkan nasi goreng yang dimasak oleh Selena. Rasanya dah boleh buat menu baru ni. Namanya, nasi goreng hangus. Bolehlah makan dengan kuih gula hangus!

Hahaha!

“Ermm, kau reti masak nasi tak?” tanya Amanda.

“Tak,” jawab Selena pendek.

“Habis tu, macam mana kau masak nasi goreng tu?”

“Aku beli kat kedai makan kat depan tu. Lauk pun aku beli kat situ jugak. Kau tak ajar aku masak. Takkan aku nak bagi papa berlapar pulak hari-hari? Tu yang aku beli je. Aku tak tahu nak masak macam mana,” terang Selena jujur.

Amanda pula hanya menganggukkan kepala.

Dia menyambung, “Memang dah tak ada nasi lebih ke?”

Selena menggelengkan kepala.

“Tak ada. Semuanya dah hangus!” Melihatkan nasi goreng yang baru digoreng itu, Selena mengetuk-ngetuk kepala sendiri. Menyesal tak sudah! Menyesal tak belajar masak! Hwaa!

“Aduh, kau ni pun satu! Kenapalah tak tinggalkan sikit buat back up? Dah tahu diri tu tak pandai masak, fikirlah sikit. Ish!”

Selena merengus. Geram pulak dia dengan kata-kata kembarnya. Untunglah pandai masak!

“Eh, aku pulak yang kena?” kata Selena. “Aku tengah mintak tolong kau ni. Cubalah bagi aku idea sikit macam mana nak selesaikan masalah besar ni.”

“Alah, kau masak maggy jelah. Senang! Habis cerita!” ucap Amanda memberi solusi yang paling mudah. Cepat! Lagi senang daripada masak spageti!

“Maggy?” Selena mengulangi ayat Amanda.

Amanda pula mengangguk.

“Aah. Maggy.”

“Maggy tu apa benda?”

Giliran Amanda mengetuk kepala. Mana dinding? Aku nak hentak kepala aku kuat-kuat sampai berdarah. Sampai lupa yang aku ada kembar macam ni! Nak kata bodoh, pandai sebenarnya. Nak kata kurang bijak...erm, bolehlah!

“Kau ni maggy pun takkan tak tahu? Benda tu paling famous lagi-lagi dalam kalangan kita yang muda remaja ni,” balas Amanda.

“Kau tahu tak aku baru sampai Malaysia tak sampai berapa minggu? Aku manalah tahu semua benda yang ada kat Malaysia ni,” kata Selena kemudian. Hwaa! Banyaknya benda yang nak kena belajar.

Belajar?

Hwaa lagi!

“Kalau kat Korea orang selalu panggil ramen. Ramen kau tahu?”

Selena menggeleng.

“Sorry, I don’t watch Korean TV,” kata gadis tersebut.

Amanda menggosok rambutnya sampai habis serabai. Apa benda lagi yang dia boleh cakap semata-mata nak fahamkan Selena maggy tu apa benda?

Benda paling senang kot. Cakap je maggy, semua orang tahu!

Maggy kot!

“Alah, orang putih cakap instant noodle. Tahu tak?” kata Amanda.

“Oh, cakaplah instant noodle! Ha, tahu! Tahu!”

“Benda tulah maggy namanya!”

“Oh! Lain kali cakap biar terang!” Selena sudah mula terpusing-pusing untuk mencari maggy yang ada di dapur.

“Ish, aku dah cakap dah. Kau yang tak faham! Cari maggy tu kat dalam rak laci nombor dua. Kat situ berpaket-paket maggy ada. Kau masaklah bagi kat Kai tu,” kata Amanda yang sudah mula menguap.

Kai! Sebab kau aku tak boleh tidur! Ah, geramnya! Aku tak ada kat rumah pun mamat tu boleh lagi nak tunjuk perangai annoying dia!

Selena pula membuka laci nombor dua seperti yang diperkatakan Amanda. Bersinar-sinar matanya apabila ternampak berkoyan-koyan instant noodle depan mata.

“Oh, instant noodle ni kat Malaysia orang panggil maggy!” ucap Selena. Dia langsung mengeluarkan tiga paket maggy yang tersimpan di dalam laci tersebut.

Dia memang suka betul dengan instant noodle ni! Namun disebabkan dia dulu merupakan seorang model, dia kena menjaga pemakanan. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Oh, Pizza Hut tu memang jauh sekali kau nak makan! Kalori!

“Dah jumpa?” soal Amanda.

“Dah.”

Wait a sec. Kau tahu tak nak masak maggy macam mana?” tanya Amanda lagi. Risau pulak dia. Tadi si Selena tu pecah rekod buat nasi goreng hangus. Nanti tak pasal-pasal dia buat maggy hangus pulak kang!

“Entah.”

“Hwaa!”

Giliran Amanda pulak yang ber-‘hwaa’! Aku dah mengantuk ni! Nak sambung tidur! Nak tidur! Nak tidur!

“Alah, kat belakang paket tu ada instruction macam mana nak masak. Kau ikut jelah apa yang dia cakap,” kerah Amanda. Takkanlah nak masak maggy pun aku nak kena ajar? Apa kejadahnya!

“Janganlah macam tu, Amanda. Kau kena tolong aku. Aku ni kembar kau kan? Kan? Kan?” Selena sudah mula memujuk kembarnya. Suaranya dihaluskan bagi melembut hati Amanda.

“Eleh kau. Time macam nilah nak menggedik dengan aku.”

“Hehe...yalah. Kau tu bukannya orang lain pun. Kembar aku jugak,” ujar Selena yang kini sedang mengambil sebuah periuk untuk memasak maggy.

“Ermm...yalah! Yalah!” balas Amanda. Kalau tak ditolong, tak pasal-pasal pulak maggy hangus jadi realiti!

“Aku ajar guna telefon je ni? Lenjan jelah eh?” tanya Amanda.

Gila ke nak pergi rumah papa malam-malam macam ni? Nanti kalau ada benda-benda buruk berlaku, kan susah. Kalau tiba-tiba papa terbangun tidur, nampak ada dua orang Amanda, eh, Selena, eh! Ah, yang penting kalau papa nampak mereka berdua di tempat yang sama boleh mendatangkan bencana! Entah-entah papa tu boleh terkena heart attack!

Ya ALLAH! Jauhkanlah!

“Boleh je,” balas Selena. “Yang penting aku kena cepat ni. Nanti tak pasal-pasal Kai tu main hon lagi. Tak tahan dah telinga aku ni oi!”

“Periuk kau dah keluarkan belum?” soal Amanda.

“Dah.”

“Letak air. Lepas tu, panaskan air tu sampai mendidih,” arah Amanda. “Make sure api tu tak besar sangat. Kalau api besar memanglah cepat mendidih tapi untuk levelkau ni, api ni bagi sederhanalah dulu. Kang tak pasal-pasal hangus periuk tu.”

“Tak payahlah perli aku sangat.”

Amanda hanya ketawa.

“Lepas tu nak buat apa?” tanya Selena kemudian.

“Kalau dah mendidih, kau masukkan je semua benda dalam paket maggy tu. Ada bahan perisa. Noodle tu pun kau masukkan jugak. Biar je sampai mi tu lembut. Kalau nak lagi sedap kau tambahlah telur,” jelas Amanda.

Harap-harap tak ada benda bukan-bukanlah yang jadi kat dapur tu. Dia tu ajar Selena memasak guna telefon bimbit je. Bukannya face to face. Memang tak boleh nak tengok apa yang si Selena tu buat. Moga-moga okey jelah.

“Kau jangan tinggalkan dapur tu tau. Nanti entah apa jadi maggy kau tu,” kata Amanda lebih kepada mengarah.

“Yalah. Aku rasa dah nak siap ni. Rupa pun okeylah. Cantiklah jugak kalau nak banding dengan nasi goreng yang aku buat tadi tu,” ujar Selena.

Dia sibuk menggodak didihan air yang telah dimasukkan dengan perencah dan juga mi. Samalah dengan apa yang dia suka makan masa kecil-kecil dulu. Fuh, lega!

Sekarang tinggal tambah telur je!

“Amanda, nak letak berapa biji telur ni?” tanya Selena.

“Sebiji cukuplah.”

Beberapa minit kemudian...

Selena menutup api. Sengihnya memang cukup lebar sampai ke telinga. Rasa macam nak menangis pun ada. First time kot aku masak dengan jayanya!

Oh, air mata kegemilangan!

I could die of happiness!

“Siap pun!”

Previous: Bab 30
Next: Bab 32

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh