“What?”
jerit Amanda. “Are you mad?”
Selena
menghampiri Amanda yang sedang seronok baring di atas katil. Tangannya yang
sedang memegang majalah Galaxie dilemparkan ke tepi apabila mendengarkan usul
Selena yang padanya tak masuk akal.
Usul apa
ek?
“Come on!” Selena memegang lengan
Amanda. “It will be fun. Jomlah!”
Amanda
menepis tangan Selena ke tepi. “Ish, kau ni! Kau dah gila ke?”
“Last time I check, nope, I’m not mad yet,”
jawab Selena. “Kau tak teringin ke nak kenal mama macam mana?”
“Tadi kau
cakap tak payah bagi tahu mama dan papa pasal kita ni kembar. Sekarang kau nak
aku jadi kau pulak?” soal Amanda. Dia memang dah tak boleh duduk diam
mendengarkan cadangan gila Selena. Memang budak ni pelik-pelik je idea yang kat
kepalanya tu.
“Ala
bolehlah. Why don’t we be each other?
Aku jadi kau. Kau pulak jadi aku.”
“Here’s a great idea. Why don’t we just tell
them about the two of us?” Amanda pula menyatakan pendapat.
“Come on, Amanda.
Kalau kita tukar watak, lepas sekolah kau boleh tidur kat rumah dengan mama
tanpa dia tahu pun yang kau ni sebenarnya Amanda. Kau boleh kenal dia macam
mana orangnya. Aku pulak boleh jumpa papa tiap-tiap hari lepas sekolah. Memang
dari dulu lagi aku teringin sangat nak kenal dia. Amacam? Menarik tak?” terang
Selena dengan idea yang padanya cukup brilliant
tu!
“No. Memang tak
menarik langsung.” Amanda kembali mencapai majalah Galaxie yang dicampaknya
tadi.
Selena
menghembus nafas.
“Ala,
bolehlah, Amanda,” pujuk Selena. Lengan kembarnya itu digoncang perlahan.
“Aku tak
fahamlah dengan kau ni,” ucap Amanda. Matanya masih lagi membaca bait perkataan
yang berada dalam majalah hiburan berbahasa inggeris tersebut.
Dia
menyambung, “Kau tak nak beritahu mama dan papa pasal kita berdua tapi sekarang
kau mintak kita berdua tukar watak. Kenapa tak bagi tahu je? Lagi senang kot.
Tak payah nak main eksperimen macam ni. Kalau kita bagi tahu mama dan papa yang
kita dah kenal satu sama lain, lagi senanglah kita nak kenal dengan mama dan
papa dengan lebih dekat.”
Selena
memandang Amanda.
“Sebenarnya aku nak mama dan papa bersatu semula,” ucap
Selena.
Sekali
lagi kembarnya itu melemparkan majalah Galaxie ke tepi. Terbeliak matanya
mendengarkan usul lain yang keluar daripada
mulut Selena yang dirasakan lebih gila daripada mereka bertukar
karakter.
“Kau ni
dah kenapa, Selena? Buang tabiat?”
“Kau tak
payah nak tipu akulah, Amanda,” kata Selena. “Aku tahu kau sebenarnya rindukan
belaian seorang ibu kan? Kau nak sangat tengok diri kau ada sebuah keluarga
yang normal macam orang lain. Bukannya papa kat situ, mama kat sini. Betul
tak?”
Amanda
terdiam. Dia langsung duduk daripada pembaringan. Sepasang mata kembarnya
direnung dalam.
“Macam
mana kau tahu?” tanya Amanda.
Perlahan-lahan
tangan Selena memegang kejap bahu Amanda. Renungan kembarnya itu dibalas lantas
dia menjawab, “Aku rasa benda yang sama jugak. Bila aku tengok gambar yang ada
kat dalam puzzle tu, perasaan untuk
memiliki keluarga yang sempurna membuak-buak.
Aku nak tengok muka papa dan mama bahagia macam dalam
gambar tu. Aku nak sangat tengok mereka gembira. Itu sebab aku nak kita berdua
bertukar karakter. Aku nak mereka bertemu semula dengan cara yang paling sweet. Aku nak mereka rindukan kita
berdua.”
Amanda
diam mendengarkan tutur kata Selena. Dia juga sebenarnya mempunyai perasaan
yang sama seperti kembarnya itu. Dia mahu semuanya kembali normal walaupun dia
sendiri tidak pernah merasa bagaimana berada dalam keadaan ‘normal’. Dia
terlalu kecil untuk memahami perpisahan antara Amira dan Syafiq.
Amanda
menarik nafas lalu menghembusnya.
“So, maksud kau tadi mama dan papa
bersatu semula, maknanya kau nak tengok mama dan papa kahwin balik?” soal
Amanda.
“Jadi kau
setujulah eh? Kau okey nak tukar karakter dan satukan mama dan papa semula?”
“Yalah.
Aku setuju.”
“Yes!” Selena mengangkat tangannya.
Amboi, gembira betul! Macam baru terima hadiah dapat nombor satu dalam kelas
pulak! In your head jelah, Selena.
Kau tu term sains semuanya fail!
Memang taklah nak dapat nombor satu dalam kelas.
Hahaha...
“Kau sure ke
pasal semua ni? Even kita temukan
mama dan papa semula, tak bermakna mereka nak kahwin balik,” ujar Amanda.
“Selama ni
aku tak pernah pulak tengok mama bersama dengan mana-mana lelaki. She’s pretty much single. Papa pulak
macam mana? Dia ada cakap apa-apa pasal nak cari pengganti mama?”
Amanda
menggeleng.
“Sama
jugak macam mama. Dia tu tahu pergi kerja. Terperuk kat office. Tak pun ushar kereta. Lepas tu, balik rumah.”
“Maknanya
kalau dia orang jumpa, bolehlah kita kenen-kenenkan dia orang. Lepas tu, love is sparkling!”
Selena
sudah terbayangkan happy ending.
Terbayang di mata mama dan papa duduk berduaan melihat bunga api ditemani bulan
dan bintang di langit malam.
“Oh, so sweet! So romantic!”Tangan
bercantum. Mata bersinar-sinar macam ternampak Nathaniel Buzolic.
Tak kenal
siapa Nathaniel Buzolic? Dia tu salah seorang pelakon dalam cerita The Vampire
Diaries. Dia memegang watak puntianak yang bernama Kol Mikaelson. Handsometapi jahat. Oh, kenapalah bad boys ni selalunya handsome? Melting!
Kalau nak
tahu muka Nathaniel Buzolic macam mana, pergi bukak Chrome cepat! Memang awww!
Amanda
pula mencebik.
“Kau dan
benda-benda girl stuff ni memang tak
boleh dipisahkan,” ucap Amanda yang ketika itu bermain dengan telefon bimbit
pintarnya.
Tiba-tiba
teringin pulak nak main sudoku. Elok untuk otak.
“Alah
bukannya salah pun. Kau tu cubalah jadi perempuan sikit. Lepas ni kau nak kena
jadi aku.”
“That’s another problem. I don’t know how to
be you,”ujar Amanda.
“I’ve heard you speak in English. It’s
exactly the same as me.Kau punya loghat English pun sama je dengan aku. Tak ada masalah punya,” kata
Selena. “Come on. Say something to me in
English.”
“Say what?”
“Anything.”
“Err...you are skinny girly girl Selena?”
Amanda berkata-kata dengan loghat British yang memang berbeza sekali dengan
loghat America.
Selena
menjegil. “Banyak-banyak ayat kenapalah kau cakap ayat tu?”
“Dah
kenapa tiba-tiba kau suruh aku cakap bahasa inggeris ni?”
“Lepas ni
kau kena berubah jadi aku kan? So kau
kenalah actmacam aku. Loghat English kau memang superb. Sebiji sangat macam aku. Sekarang apa yang kau kena buat ialah
haluskan suara. You also have to wear
lots of pink,” ujar Selena.
“What? Pink? Alah, tak boleh pakai warna
hitam ke?”
“Kau ni
kenapa suka sangat warna hitam?”
“Sebab
senang nak match dengan semua warna.”
Betul
jugak tu ek. Kalau colour blocking ni,
kalau warna lari sikit mesti tak kena. Kalau tak kena memang tak masuk langsung
nanti.
“Whatever. Kau kena jugak biasakan dengan
warna pink. Nanti tak pasal-pasal
mama perasan yang kau asyik pakai warna hitam, kan susah. Nanti dia ingat kau
ni nak berkabung pulak.”
Amanda
mengeluh. Benda-benda feminin ni memang bukan bidangnya. Namun, demi menjayakan
misi untuk berubah jadi Selena dan menyatukan keluarga mereka, dia kena buat
jugak.
Alahai,
kenapalah susah sangat nak jadi perempuan? Aku tahulah aku ni memang perempuan,
tapi kenapalah perempuan ni banyak sangat rules?
Sikit-sikit pink. Itu tak boleh. Ini
tak boleh. Aduh!
“Yalah!
Yalah! Alamak, banyak songeh betul nak jadi perempuan ni!” bebel Amanda.
Sesungguhnya, banyak benda yang dia kena belajar untuk menjadi Selena. Tak
apalah! Nak kenal mama punya pasal!
“Kau pulak
macam mana, Selena?” soal Amanda. “Kau tahu tak macam mana nak jadi aku?”
Selena
tergelak.
“Nak jadi
kau memang senang sangat! Tengok ni!”
Selena
berjalan gaya Amanda. Cool tapi
nampak lasak. Lepas tu, gaya bercakap pun kasar semacam!
“Ish, apa
ni peluk-peluk? Gegirl sangat. Geli
aku,” kata Selena meniru gaya percakapan Amanda. Nama je perempuan tapi tak
suka jadi perempuan.
“Really? Tak payahlah nak perli aku
sangat kan!” Amanda membaling bantal ke muka Selena.
Selena
hanya tersengih.
Memang senang nak tiru watak kembarnya yang kasar tu. Cut down the rules of feminism and there you
go!
Pernah tengok drama Jepun bertajuk Yamato Nadeshiko Shichi
Henge atau dalam bahasa inggerisnya bertajuk Perfect Girl Evolution? Watak
heroin dalam cerita tu lebih kurang je macam si Amanda ni walaupun tak adalah
sama sangat.
Perangai heroin tu memang ganas. Cool pun boleh tahan jugak. Nampak cahaya matahari sikit, mulalah
mata nak sakit. Nampak lelaki kacak mesti rasa nak lari sorokkan diri. Insecure sangat walaupun sebenarnya diri
sendiri cantik! Pada heroin tu, benda-benda cantik ni semuanya nampak
terang-benderang. Kalau nampak tengkorak pulak, bukan main suka dia!
Pelik kan?
Si Amanda ni pulak, nasib baiklah boleh tengok cahaya
matahari. Cuma warna terang-terang yang dia tak boleh nak ngam. Tak boleh
langsung dengan warna pink. Allergy! Kalau dalam bahasa medicine, hypersensitivity! Hypersensitivity
type ke berapa dia pun tak tahu. Peluk-peluk sikit, buat skinship sekejap rasa lain macam, bak
kata Amanda sendiri, gegirl benar!
“Ada satu
lagi masalah.”
“Apa dia?”
“Aku tak
tahu macam mana nak jalan macam model.”
Selena
menarik nafas.
“Kita ada banyak kerja lepas ni. Aku kena ajar kau jalan.
Kau kena belajar mekap dan semua benda pasal modelling. Kau pulak kena beritahu semua benda pasal papa.
Kedudukan rumah macam mana dan macam-macam lagi daripada A sampai Z,” terang
Selena.
Amanda
pula hanya menggaru kepala.
“Modelling?”
“Yup.”
“Hwaaa!
Susahnya nak jadi perempuan!”
Selena
tergelak. Alahai, Amanda!
“Relakslah,
Amanda. I’ve got your back, okay.”
“Fine! Fine! Kau nak sangat jadi aku kan?
Lepas ni, kau kena spend masa
sekurang-kurangnya satu jam dengan aku dan Bahrain lepas sekolah.”
“Ha? Nak
buat apa?”
“Study.”
Selena
mengerutkan dahi. “Nak buat apa study?”
Amanda
tersengih lalu berkata, “Girl, you’re
talking to the most intelligent girl in school, so you, Selena, need to be as
clever as your twin sister.”
“Oh,
no! Study?”