Bab 34
“Selena, kamu buat apa ni?” tegur Mak Cik Emma yang baru sahaja bergegas turun ke dapur. Dia tu baru bangun tidur sebenarnya. Lepas subuh tadi dia tertidur. Ingatkan bolehlah bangun dalam pukul 7.00 pagi macam biasa. Rupaya dah terlajak sampai pukul 7.30 pagi.

Dia pun apa lagi? Memang lari pecut masuk ke dalam bilik mandi. Dahlah sarapan tak sediakan lagi. Amira pulak nak pergi kerja pada pukul 8.00 pagi pulak tu. Kalau tak sempat buat sarapan, memang kosonglah nampaknya perut majikannya tu.

Amira tu memang hari-hari bekerja. Maklumlah, orang bisnes kan? Hari-hari ada target yang tersendiri.

Sementara itu, Amanda yang masih lagi setia menyumbat telinga dengan ear pump memang langsung tak dengar dengan panggilan Mak Cik Emma. Yalah, nama pun ear pump. Volume lagu bukak kuat pulak tu. Lagu yang tengah main lagu rentak disco. Memang tak dengar langsunglah jawabnya!

Amanda yang menggerakkan badannya mengikut rentak muzik hanya diam tanpa menyahut panggilan pembantu rumah. Kejap-kejap kepala terangguk-angguk macam burung belatuk. Syok betul dia dengar lagu! Agaknya bunyi meriam buluh meletup pun dia tak boleh nak dengar kot!

Mak Cik Emma hanya memandang gadis tersebut. Dia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Entah apa jenis muziklah yang budak tu dengar sampai orang panggil pun tak pandang langsung.

Bertambah hairan dia bila melihat Amanda yang disangkanya Selena itu berada di dapur waktu pagi-pagi macam ni. Kebiasaannya memang susahlah nak nampak batang hidup budak tu. Memang tengah meleleh air liur basi sebab tidur sampai matahari terpacak atas kepala. Tidur tak ingat dunia!

Lagi pelik bin ajaib apabila dia melihat gadis tersebut memasak.

‘Budak ni memasak?’ tanya Mak Cik Emma dalam hati. ‘Dia buatkan sarapan? Biar betul ni? Ke aku ni yang mimpi?’

“Selena!”

Mak Cik Emma menghampiri anak majikannya lalu menepuk kuat bahunya. “Hoi, Selena!”

Oh, my God! Aku kahwin dengan Baekhyun!” Amanda melatah tak ingat tempat. Tak habis-habis dengan budak EXO tu!

Ish...ish...ish!

Mak Cik Emma yang mendengar budak tu melatah hanya mampu gelak kecil. Entah siapa-siapalah yang budak tu sebut. Apa nama budak tu? Baekhyun? Hurm, memang tak kenal langsung!

“Mak Cik Emma! Selena tengah masak ni. Janganlah terkejutkan. Kan ada minyak panas ni. Bahaya tau!” bebel Amanda.

Fuh, nasib baiklah aku tak melatah tersebut nama papa ke. Janganlah aku melatah tersebut nama sendiri. Kalau tak memang terang-terang kantoi kat situ yang aku ni bukan Selena!

“Siapa Baekhyun?” soal Mak Cik Emma yang melemparkan pandangan ke dalam kuali yang terisi jemput-jemput yang hampir siap digoreng.

‘Macam mana si Selena ni boleh kenal dengan jemput-jemput ni?’ desis Mak Cik Emma lagi dalam hati. ‘Nasi goreng pun tak tahu apa rupa. Ni lagilah jemput-jemput. Siap ada kentang pulak tu. Pelik.’

“Tu penyanyi Korealah, mak cik. Dia tu salah seorang ahli dalam kumpulan EXO. Dia tu comel sangat tau! Suara sedap gila. Hei, cukup pakej!” terang Amanda kepada Mak Cik Emma. Dia yang asalnya bersikap cool tu terpaksalah berlakon menjadi Selena.

Watak cool bertukar menjadi girlish gitu! Ish, dah macam dalam cerita Jepun Switch Girl pulak! Kejap-kejap on. Kejap-kejap off jadi cool balik.

Tinggal lagi dalam drama tersebut heroin tu kalau kat sekolah perwatakannya comel, ayu, cantik, jelita dan sama waktu dengannya. Kalau balik rumah, mak ai! Pengotor habis! Bilik bersepah mengalahkan bilik budak lelaki. Baju pun selekeh benar. Lain betul kalau nak dibandingkan masa kat sekolah.

Hei, macam-macam!

“Sejak bila kamu layan benda-benda Korea ni?” tanya pembantu rumah tersebut kemudiannya.

“Erk...”

Amanda hampir mengetuk kepala. Aahlah. Si Selena tu mana layan Korea ni. Aku cakap ramen pun tak tahu apa benda. Aduhai!

Eh, kejap! Cooldulu. Relaks, Amanda. Jangan panik. Panic will only make you stupid. Walaupun kasar bunyinya, tapi benda tulah realiti. Selalunya kalau panik ni memang susah nak berfikir. Memang tak boleh nak berfikir langsung!

“Tadi Selena bukak channel 393 kat TV. Ada ternampak budak-budak EXO tu. Ya, ampun! Handsome sangat dia orang tu! Kalah orang London tau!” terang Amanda bagi menjawab soalan yang berlingkar di fikiran Mak Cik Emma.

Dia berkata lagi, “Mak cik kena tengok tau. Serius dia orang tu comel sangat! Tu yang tadi sampai Selena termelatah cakap nama Baekhyun tu. Dia comel sangat. Nak buat macam mana?”

Memang gaya Amanda sebiji seperti Selena!

Suaralah yang banyak main peranan. Manja habis! Tangan pulak dirapatkan ke dada. Mata menghadap siling rumah.

Oh, she’s so such a drama queen!

Mak Cik Emma hanya menggeleng kepala memandang gelagat gadis itu. Pantang betul budak tu kalau nampak lelaki handsome. Mulalah tu perangai menggatal dia. Dulu suka betul cuci mata tengok model lelaki kat London tu. Eh, Selena ni memang kerja model. Balik Malaysia layan Korea pulak?

Apa-apa jelah.

“Ni mak cik nak tanya ni,” ujar Mak Cik Emma dah malas nak ambil tahu pasal boyband dari Korea tu.

Apa namanya? EXO? ENDO? Ah, orang London kata, “Whatever!

“Kamu ni tengah buat apa, Selena?” tanya Mak Cik Emma melihat Amanda yang tangkas benar memasukkan jemput-jemput panas dalam piring. Tak terjatuh pun. Selalunya kalau orang yang baru belajar masak ni mesti ada je yang tak kena. Sang gadis yang disangka Selena itu lain benar.

Skill betul! Macam dah biasa duduk kat dapur.

Amanda pula dengan lancarnya menjawab, “Eh, mak cik ni! Selena tengah masaklah. Takkan jogging pulak?”

“Yalah. Mak cik tahulah kamu tengah masak tapi mak cik ni pelik tengok kamu ni,” balas Mak Cik Emma.

“Apa yang peliknya, mak cik?”

“Kamu memasaklah! Ish, serius pelik!”

“Mak cik ni. Sampai hati kata Selena pelik. Kira okeylah ni Selena tolong buatkan sarapan tau. Tadi Selena tengok mak cik tak ada kat dapur ni. Selalunya pukul 7 kan mak cik dah buat sarapan untuk mama dan Selena. Bila tengok mak cik tak turun-turun dapur, Selena tolonglah buatkan. Kan senang. Lagipun, Selena tak ada benda nak buat pagi-pagi ni,” terang Amanda panjang lebar.

“Macam mana kamu tahu buat jemput-jemput ni? Kamu nasi goreng pun tak kenal, ni lagilah jemput-jemput. Ni masakan klasik tau!”

“Alah tadi sambil-sambil layan lagu EXO kat TV tu, Selena bukak jugak laman web kat cellphone. Kan sekarang banyak laman web memasak. Nampak jemput-jemput tu macam sedap je. Selena ushar jugak YouTube tu. Tengok macam mana nak buat jemput-jemput. Lepas tu, Selena trylah buat. Habis cerita.”

Dalam hatinya ketika itu hanya meniup-niup angin kat muka pembantu rumahnya. Puh! Puh! Harapnya Mak Cik Emma langsung tak perasan perbezaan dirinya dengan Selena yang sebenar.

Memang pandai betul aku buat cerita. Cakap pasal EXOlah, laman web memasaklah. Jemput-jemputlah. Padahal aku dah terbiasa siapkan sarapan untuk papa tiap-tiap pagi. Kadang-kadang je papa yang buatkan sarapan untuk aku.

Nasib baik jugak lakonan aku ni menjadi. Fuh, memang nasib akulah suka tengok cerita Jepun dan Korea. Kalau tengok cerita Korea memang banyak betul watak perempuan menyamar jadi lelaki. Memang menjadi pulak tu. Tengok gaya rambut, cara dress up, memang sebiji macam lelaki. Suara pun ubah-ubah sikit macam lelaki.

Sungkyunwan Scandal.

Coffee Prince.

You’re Beautiful.

To The Beautiful You.

Good Daughter, Hana.

Cerita mat saleh yang bertajuk She’s The Man pun dah lama dia layan. Lawak sangat kot movie tu. Filem tu pun mengisahkan seorang perempuan yang menyamar menjadi abang kembarnya.

Masa tu abangnya berada di London untuk membuat persembahan di sana. Kembarnya pulak suka-suka je menyamar jadi abangnya sebab nak masuk pasukan bola sepak. Memang kerja gila betul!

You name it!

Banyak kot movieaku layan! Tang bilalah aku study? Hehehe...

Study tu memanglah penting tapi apa-apa pun kena fokus dalam kelas. Bosan macam mana pun cikgu yang mengajar, kalau boleh janganlah tidur. Jangan ponteng. Berkat tu penting.

Mujur jugak aku ni kena menyamar jadi perempuan. Nasib kembar aku perempuan. Yang nak kena tiru pun cuma gaya estrogen terlebih dia tu je. Baju pun kalau boleh mesti ada warna merah jambu tapi setakat ni aku tak biasa lagilah nak pakai girlish-girlish ni. Tak apalah. At leastbaju dalam aku warna pink hari ni. Okeylah tu. Permulaan lagi kan?

Ini kembar perempuan. Kalau kembar aku lelaki?

Ish!

Na’uzubillahiminzalik!

“Apa yang kamu menungkan tu, Selena?” tanya Mak Cik Emma menganggu menungan Amanda yang dah sampai ke Jepun tu. Ish, aku ni! Jauh benar dah!

“Tak ada apa-apa, mak cik,” ujar Amanda sambil menggeleng kepalanya. “Selena ni asyik teringat budak-budak EXO tu. Yalah, kan. First time tengok benda-benda Korea ni. Selalunya menghadap mat saleh je. Dah kena penangan mamat Korea, fuh! Mak Cik Emma, lepas ni kita layan cerita Korea nak?”

Mak Cik Emma hanya menggeleng kepala. Macam-macam betul si Selena ni. Tak apalah. Biarlah dia belajar sikit-sikit buat kerja rumah. Tak adalah dia terlalu dependent sangat. Hidup zaman sekarang ni semua benda kena belajar. Tak boleh sangat nak bergantung pada orang lain.

“Apa-apa jelah kamu ni, Selena,” balas Mak Cik Emma kemudian. “Meh sini mak cik hidang jemput-jemput kamu ni kat atas meja makan tu.”

“Eh, tak apalah, mak cik. Biar Selena yang buat semuanya,” ucap Amanda ikhlas. Sungguh dia tak mahu menyusahkan orang tua itu.

“Ish, kamu ni! Kalau kamu yang buat semua benda, mak cik nak buat apa?”

“Mak cik duduk diam-diam je. Bukak channel 393 layan cerita Korea eh.” Sengaja Amanda berlelucon.

Mak Cik Emma tu baik orangnya. Apa salahnya kalau dia berbaik-baik dengan orang yang telah bersama susah payah bersama dengan kembarnya dari kecil?

“Eh, Selena ni! Mana boleh macam tu. Air kamu dah jerang? Kalau belum mak cik tolong panaskan air tu eh,” ujar Mak Cik Emma. Dia tu mana boleh duduk diam. Dah biasa sangat bekerja. Kalau duduk diam memang pelik sangat tu!

“Dah. Semuanya dah siap. Selena buat air kopi tu. Dah siap hidang kat atas meja makan sana. Kan Selena dah kata. Mak Cik Emma relaks je pagi ni.”

“Yalah! Yalah! Nasib baik jugak kamu ni ada. Mak cik terbangun lambat pulak hari ni. Kucar-kacir jadiknya. Dahlah mama kamu tu nak pergi kerja kejap lagi. Kalau kamu tu masih melingkar kat atas katil tu, memang perut kamu berdua kosonglah pagi ni.”

Amanda hanya tersenyum. Seronok pulak dapat menyenangkan kerja Mak Cik Emma yang telah banyak berpenat-lelah untuk keluarganya. Mak Cik Emma pula lega betul sebab si Selena tu telah siap buatkan semua benda pagi tu. Kalau tak memang tak tahulah dia nak buat apa.

“Terima kasih, tau, Selena,” ucap Mak Cik Emma.

Amanda hanya tersenyum.

No biggie. Dah...Pergi tengok cerita Korea tu. Hehehe...”

Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh