Tangannya sibuk benar menyelongkar bilik stor yang terletak
di tingkat bawah. Dari petang tadi dia asyik terperuk di bilik itu. Dia mahu
mencari jawapan di sebalik misteri yang menyelinap di sudut jiwanya. Misteri
yang timbul sejak dia mula-mula sampai ke sekolah.
Tidak
sangka dia bertemu dengan seorang gadis yang cukup berlainan perwatakannya
tetapi mempunyai fizikal yang cukup sama. Hidung itu, mulut, semuanya sama
sekali. Lebih-lebih lagi mata cantik itu.
Dia kenal
sepasang mata tersebut. Tidak pernah lagi dia berjumpa dengan mata yang iras
sekali dengan dirinya. Mata itu diwarisi daripada mamanya Amira. Banyak orang
yang dia jumpa, sebanyak mana pun mat dan minah saleh yang dia tengok, walaupun
semuanya mempunyai mata yang indah, namun tidak sama dengan mata yang dimiliki
oleh Amanda.
Macam mana
Amanda boleh mempunyai mata itu? Mata hazel-nut
itu tidak mungkin dimiliki oleh orang lain melainkan diri dan mamanya.
Tangan itu
masih lagi menyelongkar. Entah apa benda yang dia cari, dia sendiri tak tahu.
Mungkin dia mahu mencari klu untuk menjawab persoalan yang bermain-main di
benak fikirannya dari tadi.
Mahu
bertanya, kepada siapa pula yang dia mahu menujukan soalan? Takkan kepada Mak
Cik Emma? Takkan kepada mamanya pula?
‘Hai,
mama. Selama ni mama ada anak perempuan yang lain ke? Namanya Amanda. Kalau
ada, Selena nak bagi tahu yang Selena jumpa anak perempuan mama yang dah lama
mama tinggalkan tu kat sekolah tadi.’
Gila ke
nak tanya macam tu? Benda-benda macam ni tak boleh dibuat main-main tau. Mahu
mamanya tu boleh pengsan kalau dengar dia tanya soalan merapu macam tu.
Merapu
macam mana pun, dia tetap mahukan jawapan.
Macam mana
Amanda ada muka sebiji macam dirinya? Mungkin ke pelanduk dua serupa?
Macam
mana?
Macam
mana?
Memang
kalau ditaip, memang takkan sudah soalan macam mana tu ditaip! Memang betul
Selena runsing sangat sekarang ni!
Pung!
Selena
menoleh untuk melihat bunyi yang dia baru terdengar di bilik stor tersebut.
“Bunyi apa
pulak tu?” tanya Selena yang lebih bertanya kepada diri sendiri. “Ada barang
jatuh kot.”
Kakinya
melangkah menghampiri sebuah kotak yang didapatinya merupakan benda yang
terjatuh tadi. Berhati-hati dia mencapai kotak yang agak lama itu.
“Kotak apa
ni?”
Selena
memandang kotak yang kini berada di dalam genggamannya. Dilihat sekeliling
kotak yang berwarna kecoklatan itu.
“Love, Amira,” ucap Selena yang ketika
itu hanya mengenakan t-shirt hitam labuh dan tight yang juga berwarna hitam apabila ternampakkan perkataan yang
ditulis di ruang belakang kotak tersebut.
“Ni macam
kotak mama,” katanya lagi seorang diri di bilik stor itu. “Tapi kenapa aku tak
pernah nampak pun kotak ni?”
“Sejak
bila mama simpan kotak ni? Selama aku hidup dengan dia, dia tak pernah pulak
letak benda ni kat bilik dia. Memang tak pernah langsung aku nampak kotak ni.”
Selena
teringin benar untuk membuka kotak tersebut. Hatinya benar-benar teruja untuk
mengetahui isi kandungan yang berada di dalamnya.
“Tapi
macam tak elok pulak selongkar barang orang ek,” ujarnya kemudian. Walaupun dia
beria-ia hendak membuka kotak itu, namun, rasa bersalah pula singgah di hati.
Ni kan barang orang. Takkan suka-suka je nak tengok.
“Alah,
tapi mama bukannya tahu pun. Tengok jelah. Lepas tu, kalau tak ada apa-apa yang
menarik, simpan jelah balik. Kan senang,” katanya lagi.
Peluh yang
semakin menitik di dahi dilap.
Cuaca di Malaysia sangat berlainan sekali jika mahu
dibandingkan dengan London. Kat Malaysia panas dan lembap je sepanjang tahun.
Senang betul nak berpeluh. Jalan sikit memang dah rasa peluh menitik. Kalau kat
London tu, musim sejuk dah sememangnya sejuk. Musim panas dia pun rasa sejuk
jugak.
Tangannya
lantas membuka perlahan-lahan kotak Amira. Tidak mahu dia merosakkan
barang-barang kepunyaan mamanya itu. Tak pasal-pasal nanti mama tahu pulak yang
dia menyelongkar barang kat stor.
Sebaik
sahaja dia membuka kotak tersebut, dia ternampak sebuah kotak lagi yang
tersimpan di dalamnya.
“Eh, ada
kotak lagi?”
Tangannya
pantas mengambil kotak tersebut. Dibukanya lagi kotak yang baru dikeluarkan
itu.
“Puzzle?”
Dahi
Selena berkerut. Semakin pelik dibuatnya.
“Kenapa
mama simpan puzzledalam kotak ni?
Macam tak logik je mama ada puzzle.
Kalau dia ada puzzle, baik dia bagi
aku main masa kecik-kecik dulu. Seronok kot main puzzle. Boleh mengasah rasa sabar sebab nak cari kepingan yang
sesuai untuk dicantumkan ke kepingan yang lain. Kalau tak sama, memang tak
boleh nak masuk.”
Selena
merenung setiap kepingan puzzle.
“Banyak
betul ni. Aku rasa adalah dalam seribu keping yang nak kena cantum,” ujar
Selena.
“Aku nak
ambillah puzzle ni. Aku nak try buat kat bilik kejap lagi.”
Kotak yang
mengandungi puzzle itu ditutup
semula. Kotak utama yang dibuka diambil kembali.
Dia
melihat isi yang lain pula.
“Ada
rantailah.”
Jari
Selena pantas sahaja mengambil rantai yang terletak di dalam kotak tersebut.
Direnung rantai tersebut dengan asyiknya.
Rantai
yang berbentuk hati tetapi terbelah. Cuma ada separuh sahaja.
Rantai itu
direnung lagi.
“Eh, ada
nama akulah.”
‘SELENA’
“Memang
betullah! Nama aku ni! Maknanya rantai ni rantai akulah kan?”
Dia lantas
memakai rantai tersebut lalu berkata, “Aku nak selesaikan puzzle ni. Aku nak tahu jawapan kepada misteri ni!”
Dia
menyorokkan rantai yang dipakai disebalik baju. Kotak tersebut diletak semula
ke tempat asalnya manakala kotak yang berisi kepingan puzzle diambil.
Senyap-senyap
dirinya keluar lalu melangkah menuju ke bilik tidur.
***
“Oh,
my God!”
Selena
terkedu apabila selesai mencantumkan kepingan puzzle yang terakhir. Letih betul dia. Semalaman dia menyiapkan puzzle yang berkeping-keping itu. Mujur
juga kerja rumah dah siap. Kalau tak memang agaknya dia kena denda lagilah
jawabnya.
Oh, tak
sanggup lagi nak menghadap cikgu garang! Tak sanggup lagi nak kena denda!
Taubat!
Selena
merenung puzzle yang telah siap
bercantum itu. Macam-macam perasaan yang hadir tatkala itu.
Terasa
ingin menangis semahunya. Tangisan yang cuba ditahan-tahan itu akhirnya
mengalir juga.
“Ya ALLAH!
Tak sangka ini yang cuba KAU aturkan dalam hidupku. Manusia merancang, KAU juga
merancang. Sesungguhnya, perancangan kau juga yang terbaik,” ujar Selena
perlahan. Air matanya tak henti-henti mengalir bagaikan hujan turun. Luluh
hatinya melihat gambar yang terhidang di depan mata.
Dirinya
teringatkan TUHAN. Dirinya teringatkan semua orang yang dia sayangi. Ada
hikmahnya semua ini terjadi. Ada hikmah aku berada di tanah tumpah darahku ini.
Ya ALLAH!
Gambar
yang terhasil daripada cantuman puzzle
itu merupakan gambar mamanya Amira bersama seorang lelaki yang dia cukup kenal selama
ini. Lelaki yang berdampingan dengan mamanya itu merupakan papanya sendiri!
Mana
mungkin dia tak kenal papanya sendiri? Lelaki yang telah lama dia tak jumpa.
Lelaki yang sudah lama dia lupa. Kehidupan serba moden di kota London
menyebabkan dia lupa pada satu-satunya penyebab dia berada di muka bumi ALLAH
ini.
ASTAGHFIRULLAH!
Apa yang
paling mengejutkan dirinya ialah kedua-dua bayi yang berumur lebih kurang
setahun itu berada di pelukan mama dan papanya. Cukup comel sekali
kedua-duanya. Semuanya tersenyum girang dengan kehadiran bayi yang berada dalam
dakapan. Cukup bahagia sekali!
Ada
tulisan di baju yang dipakai oleh bayi-bayi tersebut.
Tahulah
Selena bahawa dia berada dalam pelukan Amira apabila melihat namanya atas baju
yang dipakai. Melihatkan nama seorang lagi bayi yang berada di tangan papanya,
dia langsung terkedu. Bibirnya kelu tidak terkata.
Amanda!
Ya, memang
tak salah lagi! Nama itu tertulis nama Amanda. Bayi itu merupakan Amanda!
Dipandang
wajah itu. Sepasang mata yang cukup serupa dengan mata milik Selena. Tidak
sangka selama ini dia mempunyai seorang kembar. Mama tidak pernah menyebut
langsung apa-apa pasal ini selama ini. Apa yang dia tahu hanyalah kehidupannya
sebagai model berjaya di kota London itu. Mamanya merupakan pereka fesyen
terkenal dan Mak Cik Emma pula merupakan pembantu rumahnya. Dia juga mempunyai
bekas teman lelaki yang bernama Jared.
Selama ini
hidupnya berkisar tentang itu sahaja. Kamera dan shooting. Tidak tahu selama ini dia mempunyai benda yang lebih
besar daripada itu.
Dia
mempunyai kembar! Dia ada keluarga!
Ya ALLAH! Kau
telah menemukan aku dengan keluargaku! Sungguh aku bersyukur sangat
kehadrat-Mu, wahai TUHAN Pencipta Alam!
Selena
bersandar di kaki katil.
Rantai
yang disorok di dalam baju itu dikeluarkan. Rantai yang baru dipakai itu
direnung dalam-dalam.
Dia
menangis lagi.