Bab 29

“Pon! Pon! Pon! Pon!”

“Oh, mak kau terpocot!”

Bukan main Selena melatah macam mak nenek. Habis pop corn yang dia tengah makan berterabur. Terperanjat punya pasal bila terdengar bunyi hon kereta dibunyikan berkali-kali di depan rumah.

Dia yang sedang syok layan Fox Movies di saluran 433 tak senang duduk jadinya. Tengah sedap-sedap mengunyah tengok cerita Fast and Furious 6 tersedak dek bunyi hon yang entah siapa yang buat main malam-malam ni. Kacau betul! Nak cuci mata tengok Brian O’Connor pun tak boleh.

Huh!

“Janganlah papa terbangun dengar bunyi hon kereta tu. Esok dia nak pergi kerja. Takut tak cukup tidur pulak kang sebab hon tu,” ucap Selena bermonolog.

Selena menjengah dari tingkap untuk melihat gerangan yang suka hati buat bising malam tu. Malam yang agak gelap itu hanya membenarkan matanya untuk melihat seorang lelaki yang berada di luar rumah. Lelaki itu teguh berdiri di sebelah sebuah kereta sport. Tangan jejaka itu pula sibuk menekan hon macam nak pecah telinga.

Siapalah mamat ni?

Selena yang tak tahan langsung dengan bunyi hon terus membuka pintu lalu menuju ke pintu pagar. Geram pulak dia dengan mamat biul tu. Tak ada kerja lain ke malam-malam ni! Nasib baik aku tak sekolah tau esok. Kalau tak memang aku langsung tak boleh tidur.

“Hoi! Tak ada kerja lain ke main hon malam-malam buta ni? Orang nak tidurlah!” jerit Selena yang kini berada di laman rumah.

Berada berhampiran dengan pintu pagar telah membolehkan dirinya untuk melihat gerangan lelaki yang tak betul tu. Jelas pada pandangan lelaki itu memarkir kereta betul-betul di depan rumah. Wajah lelaki itu pula memang langsung dia tak kenal.

“Kau ni siapa hah? Dah gila ke? Kau buat apa datang rumah aku ni?”

Selena masih lagi pada tahap bengang. Mana tak bengangnya? Tengah layan movie kot. Memang pantang kalau tengah tengok movie ada orang kacau. Macamlah tak ada masa lain nak kacau? Masa tengah seronok-seronok layan movie nilah nak menyibuk.

“Eh, kau ni! Buat-buat tak kenal aku pulak ek?” kata lelaki itu kemudian.

Selena mengerutkan dahi.

“Memanglah aku tak kenal kau. Kau ni siapa? Buat apa datang rumah orang terpekik-pekik? Tak tahu malu ke?” ujar Selena.

Lelaki itu hanya mencebik. Geram pulak dengan anak dara Uncle Syafiq ni. Buat-buat tak kenal pulak eh. Amboi, nak kena ni!

“Amboi, kau! Sedap-sedap mulut je cakap ek! Dulu merayu-rayu kat aku suruh hantarkan pergi sekolah. Janji macam-macam tapi janji tahi kucing!”

Selena semakin pelik dengan kata-kata yang terungkap daripada mulut lelaki itu. Apa bendalah yang mamat sewel ni cakap? Entah apa bendalah yang dia melalut ni. Sejak bila pulak aku merayu mintak dia hantarkan aku pergi sekolah? Janji? Ish, aku jumpa kau pun tak pernah kot! Pandai-pandai je dia ni. Salah orang ke?

“Yang kau termenung tu kenapa? Dah taubat ke sebab dah langgar janji?” sergah jejaka tersebut memecahkan lamunan Selena. Terkebil-kebil dia dibuatnya.

“Apa benda yang kau merepek ni, mamat gila? Apa benda yang aku janji kat kau sampai kau terpekik terlolong macam orang kena sawan hah?” jerit Selena dibalik pintu pagar.

“Eh, budak kecik ni! Nama aku Kai yang sedap ni, suka hati kau je cakap aku mamat gila? Mana janji kau hari ni? Mana makan malam aku? Kau dah janji dengan aku nak buatkan sarapan dan makan malam aku untuk seminggu. Aku dah kebulur kat rumah tunggu kau hantar makanan tahu tak!” leter Kai macam orang tak cukup makan.

Memang pun! Perut dah lapar gila ni! Tunggu punya tunggu sampai pukul 12.00 malam si Amanda tak hantar makanan lagi. Macam mana dia tak berleter? Perut dah buat macam-macam bunyi. Bunyi trompet pun ada! Ingatkan bolehlah si Amanda ni dengar bunyi trompet kat perut aku ni? Rupanya tak!

Ah, geramnya! Aku nak makan malam aku!

“Makan malam?” Selena menggaru kepalanya. “Apa benda yang kau mengarut ni weh? Sejak bila aku janji nak buat makan malam untuk kau?”

“Kau jangan nak buat-buat lupa pulak eh! Kau dah janji nak buatkan sarapan dengan makan malam aku untuk seminggu tau. Sekarang baru hari kelima. Kau tak bagi lagi makan malam aku. Cepatlah! Aku nak makan ni!”

“Kau ni salah oranglah. Mana ada aku cakap macam tu. Kau pergi baliklah. Aku nak tidur. Pergi sana!”

“Pon! Pon! Pon! Pon!”

Kai dengan tegarnya menekan hon kereta miliknya. Memang janji tetap janji! Dia dah pernah kata kalau Amanda tak buatkan makanan, memang dia nak hon kereta depan rumah Amanda. Biar padan muka!

“Hoi, kau buat apa ni?” Terbeliak mata Selena. Telinga pulak tak payah cerita. Sakit kot dengar bunyi hon kuat-kuat!

“Kau tak nampak ke aku tengah buat apa ni? Aku tengah hon keretalah. Kalau kau tak buatkan aku makan malam, aku hon kereta aku ni sampai esok pagi!”

Selena terus terngangalah jawabnya! Mamat ni memang sah dah biul!

“Stop it! Stop it!”

Selena memang dah tak tahan dengan perangai lelaki yang bernama Kai tu. Dia terus membuka pintu pagar dan menghampiri Kai. Lengan lelaki itu yang menekan hon kereta ditarik laju.

“Aku kata stop!” jerkah Selena. Tubuh lelaki itu ditolak menyebabkan Kai bergerak ke belakang sedikit.

“Stop?”

“Ha, yalah! Aku suruh stop!”

Kai masih lagi selamba. Dia masih lagi tekun menekan bunyi hon kereta Nissan Skyline itu.

“Hoi! Stop it! Bingit tahu tak!”

Selena masih lagi menolak lengan Kai. Namun, lelaki itu masih lagi buat muka toya. Langsung dia tak kisah dengan kata-kata perempuan itu.

Stop tu apa?” tanya Kai.

Sekali lagi Selena ternganga. Takkan maksud stop pun tak tahu?

Stop tu maksudnya berhentilah, bodoh!” balas Selena. “Aku kata berhenti, berhentilah! Papa aku nak pergi kerja esok. Kalau dia pergi kerja lambat sebab kau, memang aku pancitkan tayar kereta kau ni!”

Kai mengangkat bahu.

“Kau suruh aku stop. Kau tak suruh aku berhenti pun,” kata Kai.

Selena mengetuk kepala. Bengap betul budak Kai ni!

“Sekarang aku nak kau henti hon kereta kau ni!” arah Selena.

Bengangnya masih lagi tak berkurangan. Siapa yang tak marah kalau tengah-tengah malam ada orang hon kereta? Ingat ni litar kereta lumba ke boleh suka-suka hati buat kepala sendiri? Orang yang nak tidur pun boleh terbangun tau!

“Aku akan berhenti hon kalau kau masakkan aku punya makan malam,” ucap Kai yang memang dah tak tahan lapar.

“Yalah! Yalah! Aku buatkan. Kau pergi baliklah!”

“Aku tunggu kau eh, Amanda. Kalau tak ada jugak makanan sampai kat rumah aku, aku hon sampai esok pagi!”

“Yalah!”

Selena merengus geram. Memang dia buat janji palsulah jawabnya. Bila mamat ni bla dari rumahnya, tak ada maknanya dia nak masak. Baik tengok movie lagi best!

Kai akhirnya memberhentikan hon. Dia terus masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin kereta.

Selena hanya memandang Kai yang kini memandu keretanya. Ingatkan Selena rumah Kai jauhlah sangat. Terkejut beruk dia apabila Kai hanya pandu kereta Nissan Skyline itu sampai sebelah rumah je!

Mamat ni jiran aku ke? Alamak! Baru fikir nak cilok tak payah masak. Rupanya mamat ni duduk sebelah rumah jelah!

Setelah memarkir kereta mewah itu di laman rumah, Kai terus keluar daripada keretanya. Selena yang berada di rumah sebelah dipandang.

“Jangan lupa eh makan malam aku! Aku tunggu tau!” jerit Kai dari rumahnya.

Selena hanya ternganga. Tak tahu nak bagi reaksi apa bila tengok Kai tu sebenarnya jirannya. Bukan jiran jauh pun. Jiran sebelah rumah je kot! Cuma ada sebuah lorong kecil yang memisahkan rumahnya dan rumah Kai.

“Cepat sikit, Amanda! Aku lapar ni!”

Bagaikan kilat Selena berlari masuk ke dalam rumah!

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh