“Aku stillsusahlah
nak percaya yang kita ni kembar,” ujar Amanda.
Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Rasa macam
banyak benda yang wajib dihadam waktu tu. Fakta yang baru dia tahu bahawa dia
merupakan kembar kawan yang baru dia kenal sungguh susah untuk dicerna.
“Kita baru
je kenal kot,” ucap Amanda lagi.
“Kita baru
kenal dalam dua hari,” kata Selena setelah itu.
Kini mereka berada di rumah Selena. Selepas mengeluarkan
fakta yang Amanda dan Selena itu kembar, bersungguh-sungguh dia memujuk Amanda
untuk datang ke rumah. Dia perlu menunjukkan sesuatu. Mujur juga Amira dan Emma
tak ada di rumah. Bolehlah curi-curi bawak orang lain masuk rumah.
Lagipun,
bukannya orang lain pun. Kembar dia jugak!
“Exactly!
Kita baru kenal dua hari. Kita baru je kena denda dengan cikgu misai kontot
hari tu. Sekarang ni kau kata kita kembar. Banyak betul benda yang aku nak digest,” ujar Amanda melucutkan
kasutnya.
“Mama kau
mana?” tanya Amanda.
“Mama
kita, Amanda,” balas Selena.
Amanda
mengangkat bahu. “Yalah. Mama mana?”
“Dia
kerja. Malam nanti baru dia balik. Mak Cik Emma mesti pergi beli barang dapur.
Tak pun dia mesti pergi join senam
robik kat taman tu,” jawab Selena.
Kedua-dua kembar itu memanjat tangga untuk menuju ke kamar
tidur Selena.
“Mak Cik
Emma?” Amanda mengerutkan dahi. “Siapa tu?”
Tak pernah
pulak dia dengar nama tu.
“Dia orang
gaji rumah ni. Dia tu kira keluargalah. Mama ambil dia bekerja lepas kita orang
pindah London dulu,” ucap Selena.
Dia membuka pintu bilik tidurnya lalu menjemput Amanda
masuk ke dalam.
Terbeliak
juga mata Amanda apabila masuk ke dalam bilik Selena. Bukannya apa. Pink benar! Terang benderang gitu! Rasa
macam nak sakit mata pun ada! Memang dia tahu sekarang iris matanya tengah
bekerja berhempas pulas untuk mengurangkan cahaya warna merah jambu terang
bilik Selena daripada masuk ke dalam mata secara berlebihan.
‘Gila gegirl betul si Selena ni!’ jerit Amanda
dalam hati. ‘Emm, tengok perangai pun dah tahu. Hormon estrogen terlebih ni.
Hahaha!’
“Mak aih!”
Amanda menutup sikit matanya menggunakan tangan.
Selena
yang baru meletakkan beg sekolah ke atas katil berkerut dahinya. “Kenapa dengan
kau ni?”
“Terangnya!”
Amanda menjerit.
“Apa yang
terang?”
“Bilik kau
nilah!”
“Apa yang
terangnya bilik aku ni? Aku tak pasang lampu pun.”
“Warna
bilik kau ni! Pink sangat kot! Aduh,
sakit mata aku!” Amanda pulak yang overreacting.
Dia ni memang allergy sikit kalau
masuk bab warna ni. Lebih-lebih lagi kalau warna merah jambu. Hoi, memang jambu
macam mamat jambu!
“Banyak-banyak
warna, kenapalah kau cat bilik kau ni warna pink?
Tak ada warna lain ke?”
“Aku suka pink. Biarlah.”
“Pilihlah
warna lain. Warna hijau ke, biru ke. Tak adalah sakit mata sangat. Aduh, kesian
mata aku ni!” Amanda masih lagi cuba menyesuaikan diri dalam suasana bilik
tidur Selena yang sungguh keperempuanan itu.
Nasib
kaulah dapat kembar macam Selena, Amanda!
Hahaha!
“Dahlah
kau ni! Tak payah nak oversangat.
Rimas pulak aku tengok,” ujar Selena yang kini mahu menukar pakaiannya. Baju di
almari dikeluarkan.
Sikit-sikit
Amanda cuba mengalihkan tangan yang menutup matanya. Kesian kau, iris! Tak apa.
Balik rumah nanti kita rehat ek!
Cet,
mengarut betul si Amanda ni!
“Berbalik
kepada fakta yang kita ni kembar, kau nak suruh aku buat apa datang rumah kau
ni?” tanya Amanda.
Setelah
menyalin baju, Selena cepat-cepat menuju ke arah katil. Dia menundukkan
badannya lalu tengok bawah katil. Tangannya mencapai sesuatu lalu menariknya
keluar. Kelihatan sebuah papan yang terdapat kepingan puzzle yang telah siap bercantum.
Cantik sangat!
“Aku nak
tunjuk kat kau benda ni,” ucap Selena perlahan tetapi cukup untuk sampai ke
deria Amanda.
“Kau nak
tunjuk aku puzzle?” Amanda mengangkat
kening.
“Cuba
tengok dulu,” ujar Selena memujuk Amanda.
Amanda
pula hanya menurut. Perlahan-lahan dia menuju ke arah papan yang ditunjukkan
oleh Selena.
Terang
bilik itu berjaya membuatkan pandangannya menangkap pemandangan gambar pada puzzle tersebut. Tertancap di retina
mata sebuah keluarga yang cukup bahagia. Dia memang kenal sangat dengan
keluarga yang berada dalam gambar tu!
“Kau kenal
kan siapa yang ada kat dalam puzzle
ni?”
Reaksi
Amanda semestinya sudah dijangka oleh Selena. Gadis itu ternyata terkedu
melihatkan gambar keluarga tersebut. Tangan menekup mulut. Terkejut sangat!
“Itu...”
Amanda terketar-ketar suaranya.
“Papa kan?
Syafiq bin Kamarul?” Selena menyambung.
Amanda
mengiakan kata-kata Selena.
“Macam mana kau kenal papa?” tanya gadis tersebut.
“Aku ada
simpan gambar dia. Tu yang aku boleh kenal bila aku siap buat puzzle ni hari tu,” balas Selena.
“Aku kenal
perempuan ni. Ni mama kan?” soal Amanda menunjukkan jarinya ke arah gambar
Amira yang sedang memegang Selena.
“Aah. Kau
pun ada simpan gambar dia ke?”
Amanda
mengangguk semahunya.
Ya ALLAH!
Ajaibnya hidup yang KAU aturkan! Tak sangka aku telah berjumpa dengan orang
yang paling dekat dengan aku. Selena kembar aku!
Selena
memandang Amanda. Amanda juga begitu. Masing-masing memandang redup mata hazel-nut yang dikurniakan ALLAH.
Kedua-dua
kembar itu tersenyum manis. Selena bergerak menuju ke arah Amanda lantas
memeluk kembarnya yang tak pernah langsung dia jumpa sejak kecil.
Pelukan
Selena dibalas oleh Amanda. Didakap kembar itu dengan erat sekali. Air matanya
terjatuh di pipi.
“Amanda...”
“Selena...”
Pelukan
dilerai. Masing-masing ketawa tanpa sebab. Mungkin masing-masing terlalu
gembira apabila bertemu dengan ahli keluarga yang sudah berbelas tahun tidak
berjumpa.
“Tak
sangka aku yang kau ni pun boleh menangis jugak,” ucap Selena kepada Amanda
yang mengelap air mata yang bersisa di pipi.
“Aku mana
ada menangis. Ni habuk jelah,” kata Amanda. Jejak kasih! Sedih kot! Gembira pun
ada jugak!
“Tak payah
nak tipu akulah,” ujar Selena. “Aku ni pengemas orangnya. Tak ada habuk pun
yang berani melekat kat bilik aku ni tau.”
Amanda
ketawa kecil.
“Ada satu
benda lagi benda yang merunsingkan aku,” ucap Amanda setelah sudah mengelap air
matanya.
“Apa dia?
Kau still tak percaya lagi ke lepas
kau tengok gambar depan mata kau ni?” soal Selena.
“Kenapa
muka kita tak sama eh?” Amanda menyoal Selena kembali. Sepanjang di sekolah,
tak ada seorang pun yang tegur resemblance
antara Selena dan Amanda meskipun mereka duduk bersebelahan di dalam kelas.
Perangai berbeza. Semuanya lain!
Tu yang
susah sangat nak percaya bila Selena kata mereka berdua kembar.
Selena
hanya tersengih. Dia menggerakkan kakinya menuju ke meja solek yang terletak
berhampiran. Tisu basah yang terletak elok di atas meja diambil. Solekan tebal
ala-ala Cher Lloyd itu dilap sehingga tak ada satu pun kesan mekap yang tinggal
pada muka.
Amanda
pula hanya terkebil-kebil.
Dah kenapa
si Selena ni lap mekap dia pulak tiba-tiba?
Selena
berpaling menghadap Amanda selepas membersihkan wajahnya.
Melihatkan
wajah Selena, sekali lagi Amanda terpana.
“Samalah
muka kita!” jerit Amanda. “Ya ALLAH! Sebiji gila ni! Padanlah orang kat sekolah
tak pernah tegur pun muka kita sama. Rupanya mekap kau ni yang buat muka kau
lain sikit daripada muka aku.”
“Trust me. I wear a lot of make up on my face.
Bila tak pakai apa-apa, inilah muka sebenar aku. Muka aku memang sebiji macam
kau. Kita kan kembar.”
“Kau pakai
mekap tebal pun, tapi still nampak
lawa. Tak macam sesetengah orang tu. Kalau pakai mekap, ya ampun! Rasa macam
tengok hantu cina kau tahu tak.”
“Make up is about technique. Kalau kau
guna solekan yang sama tone dengan
warna kulit kau, memang nampak naturaldan
tak nampak annoying. Tak adalah
nampak muka putih tapi tangan berkarat,” jelas Selena. Pengalaman sebagai model
membolehkan dirinya untuk belajar mengenai kecantikan.
“Hahaha!
Yang tu lawak!”
“Hahaha!”
“Kenapa
kau pakai mekap tebal-tebal ek? Padahal nak pergi sekolah je pun,” tanya
Amanda.
Selena dan
Amanda menghempaskan badan di atas katil. Terasa mahu mengenali diri
masing-masing. Dah berbelas tahun tak jumpa kot! Lama sangat tu!
“Kalau
ikutkan aku memang nak pergi sekolah macam biasa. Tak payah pakai mekap
tebal-tebal. Tak adalah ambil masa lama sangat nak bersiap.”
“Habis tu?
Kenapa?”
“Sebab
benda ni,” ujar Selena sambil menunjukkan parut yang ada pada pipinya. Sungguh
jelas sekali di mata Amanda parut yang hadir pada wajah kembarnya itu. Sebelum
ini memang dia tak pernah nampak pun parut tersebut.
“Macam
mana kau boleh ada parut tu? Tu tanda lahir ke apa?” tanya Amanda lagi.
Selena
menarik nafas lalu dihembus perlahan. Dia mesti buka cerita macam mana boleh
timbulnya parut itu. Kenangan lalu terpaksa diungkap balik. Tak apalah. Dengan
kembar sendiri pun.
“Benda ni
memang parut pun. Bukannya tanda lahir,” jawab Selena. “Kalau tanda lahir mesti
kau pun ada jugak.”
“Kau
pernah accidentke kat London dulu
sampai dapat kesan parut tu?”
Selena
menggeleng.
“Tak
adalah. Bukannya sebab accident pun.”
“Then
what?”
“Aku...”
Menggeletar suaranya untuk bercerita kisah lalu.
“Aku
pernah diculik masa kat London dulu,” jawab Selena ringkas.
Amanda
langsung menunjukkan reaksi terkejut. Tidak sangka kembarnya pernah mengalami
pengalaman yang cukup pahit.
“Untuk
pengetahuan kau, aku ni model terkenal masa kat London.”
“Seriously?” Amanda ternganga.
Selena
pula mengangguk. “Yup. I am a model. Was
a model actually.”
“Shut
up!”
Selena
berkerut lalu berkata, “Yang kau ni dah kenapa suruh aku senyap?”
“Oh, shut up as in an American expression of
disbelief and amazement,” jelas Amanda.
Selena
memandang kembarnya. “Wow, jangan
kata kau baca kamus jugak.”
Memang dia
tak pernah tahu maksud lain perkataan ‘shut up’ itu membawa erti terkejut dan
seumpama dengannya. Apa yang dia tahu ‘shut up’ tu maksudnya diam. Hebat jugak
kembar aku ni.
Amanda
menggeleng kepala. “Mana adalah. Aku tahu pun sebab aku tengok kat dalam cerita
The Princess Diaries. Pelakon dalam cerita tu ada cakap maksud ‘shut up’ tu.”
“Oh...”
Selena mengangguk.
“Betul ke
kau ni model, Selena?” Amanda masih lagi tidak mahu percaya. Ish, banyak betul
benda yang dia susah nak percaya hari ni! Mula-mula pasal kembar tu. Ha yang tu
nasib baik dah percaya. Sekarang ni Selena cakap yang dia ni pernah jadi model
pulak?
“Yalah.
Takkan aku nak tipu pulak,” balas Selena.
Dia
menghulurkan telefon bimbit pintarnya kepada Amanda. “Nah ambil phone aku ni. Tanya kat pak cik Google
kalau tak percaya. Search nama aku.”
Amanda
lantas menaip nama Selena seperti yang diarah. Memang dia tak sangka betul
sekarang. Terpampang di depan mata gambar-gambar Selena yang memperagakan
pakaian dari seluruh jenama terkenal di dunia.
“Victoria’s
Secret pun ada jugak?”
“Aku kerja
kat situ dulu.”
“You’ve got to be kidding me!” kata
Amanda dengan nada yang sangat kagum. “Gilalah kembar aku ni. Padanlah
budak-budak lelaki kat sekolah tu tergila-gilakan kau. Kau ni model rupanya.”
“Hahaha...
Kau ni lain kali kena cakap tengok cermin. Muka kau dengan muka aku tu sama
jelah. Mesti dia orang pun minat kau kan?”
Amanda
menggeleng.
“Aku ni budak nerd.
Jarang budak-budak lelaki nak cakap dengan aku. Kejap, habis tu, apa kaitan kau
sebagai model dengan kau kena culik dengan parut yang ada kat muka kau tu?”
Fuh! Macam nak selongkar misteri pulak dia! Berkait-kait
cerita!
“Aku kan
dah cakap tadi aku ni model terkenal. Bolehlah nak kata satu dunia ni kenal aku
even aura aku tak sampai kat Malaysia
lagi. Ada orang yang dengki dengan populariti aku selama ni. Orangnya ialah
bekas boyfriend aku sendiri,” terang
Selena.
Selena
menceritakan semua benda yang pernah dia alami selama ini. Dari A sampailah ke
huruf Z. Pasal Jared. Pasal Amy Patricia. Pasal kisah dirinya diculik oleh
orang upahan mereka. Tak ada satu benda pun yang tertinggal. Dia mahu berkongsi
cerita dengan kembarnya. Dia mahu melepaskan apa yang terbuku di hati.
Amanda
pula hanya terkebil-kebil mendengar kisah hidup Selena yang secara fizikalnya
sungguh indah bak permata tetapi dalamannya sungguh pahit sekali. Tidak sangka
yang selama ini Selena punya jalan yang penuh panca roba. Kalau terkena batang
hidung sendiri pun dia mungkin boleh jadi gila.
Baru dia tahu kenapa Selena pernah kata dia
tak pernah takutkan rotan Cikgu Ali yang padanya macam rotan berhantu itu.
Rupa-rupanya dia lebih takutkan pisau yang pernah melukakan pipi dan tangannya!
“Habis tu,
parut kau ni macam mana? Doktor kata apa?” soal Amanda.
“Parut ni
boleh hilang tapi lambat. That’s why
aku tak boleh kerja jadi model sekarang,” jawab Selena.
“Tu sebab
kau dan mama balik Malaysia?”
Selena
mengangguk. “Yup. Aku nak lupakan
semua benda yang berlaku kat London dulu.”
Amanda
lantas memeluk bahu Selena.
“Tak payah
ingat dah semua tu,” ujar Amanda perlahan. “Sekarang kau ada aku. I’ve got your back, girl.”
Selena
tersenyum sambil menghalakan pandangannya ke arah Amanda.
“Ish,
tepilah!” Amanda menolak bahu Selena tiba-tiba. “Rasa gegirl bila peluk-peluk ni. Geli aku!”
Selena
mencebik. “Eleh, kau yang peluk aku dulukan tadi.”
“Ah, aku
terpeluk je!”
“Ceh, tak
nak mengaku ke yang kau tu sayang kat aku sebenarnya?”
“Weh,
gelilah sayang-sayang ni!”
“Hahaha!”
Selena dan
Amanda ketawa sakan.
Selena –
Amanda.
Dua
manusia yang punya perwatakan yang berbeza.
Selena –
Macam Amanda kata tadi, gegirl!
Senang cerita girlish gitu! Hormon
perempuan terlebih!
Amanda – Cool and steady. Pink is definitely not her favourite colour!
Habis tu,
dia suka warna apa?
Jawapannya....mestilah
hitam!
Rain oppa kan pernah kata, “Hitam itu kemas!”