“Selena, sayang!”
Dari jauh
sudah dengar suara Amira yang nampak kelibat anak gadisnya. Amanda yang sedang
menjamah jemput-jemput di meja makan bersama-sama Mak Cik Emma menoleh lalu
menjatuhkan pandangannya kepada mama.
Gembira
betul dia tengok mama pagi tu. Tak pun biasa-biasa je. Entah-entah dia memang
hari-hari macam tu. Riang gembira bak kanank-kanak ribena macam tu. Sebiji
perangai macam Selena.
“Assalamualaikum,
mama!”
Amanda
memberi salam kepada mamanya pagi itu. Lebih tenang jika nak dibandingkan
dengan menegur orang ramai dengan perkataan ‘Hai’. Dia mahu menerapkan
ciri-ciri Islam di rumah itu sedikit demi sedikit. Tak banyak pun tak apa.
Cukuplah dengan suasana rumah yang boleh mengingatkan diri masing-masing kepada
TUHAN semesta alam. Kan tu lebih elok daripada tak ingat langsung kan?
“Waalaikumsalam!”
Gembira
Amira melihat anak perempuannya sejak dua menjak ni. Anak itu sedikit sebanyak
diterapkan dengan nilai murni yang diajarkan oleh Islam. Mungkin semua benda tu
Selena dapat dari sekolahnya. Maklumlah, suasana pembelajaran di London memang
berbeza sangat dengan Malaysia.
Syukur dia melihatkan perubahan anak itu. Selepas kecederaan
pada muka dan tangannya, Selena asyik monyok je. Susah nak bercakap. Hilang
keceriaan anak itu. Dulu happy je.
Sekarang, bila berada di Malaysia, makin gembira budak tu.
Dia percaya, berada di Malaysia merupakan keputusan terbaik
yang pernah mereka sekeluarga buat. Bisnes fesyennya semakin baik dari hari ke
hari. Selena pula bukan sahaja sudah kembali seperti sedia kala, malah lebih
baik lagi.
“Jom
makan, mama,” kata Amanda. “Nanti kalau dah sejuk jemput-jemput ni tak sedap
pulak kang.”
“Sejak
bila kamu ni kenal jemput-jemput? Kamu tengok nasi kosong pun macam nampak
alien. Ni lagilah jemput-jemput,” ujar Amira sambil menarik kerusi berhadapan
dengan Amira. Dia langsung menghenyakkan punggungnya di tempat duduk. Matanya
menjamah menu yang terhidang di atas meja makan.
Jemput-jemput
kentang dengan air kopi.
Yummy!
Dah lama kot tak makan benda-benda klasik macam ni.
Selalunya makan spageti. Esok makan pasta pulak. Lusa makan roti. Semuanya
memang ikut selera orang putih. Selera orang Melayu memang jarang betul dia
makan.
“Mama ni
sama je macam Mak Cik Emma,” ucap Amanda.
“Eh,
apanya yang sama?” soal Amira yang kini sedang menyuap seketul jemput-jemput
yang dicecah dengan sos cili.
Sedapnya!
“Kamu tengok muka mama ni dekat-dekat. Muka mama ni sebiji
macam Rachel Weisz tau! Muka Mak Cik Emma kamu ni macam siapa ek? Ermmm...”
“Muka saya
ni macam Acha Septriasa,” sambung Mak Cik Emma.
Terbatuk-batuk
Amira dibuatnya. Tahulah Emma ni dari Indonesia tapi muka tak ada pun macam
pelakon terkenal tu! Memang langsung tak ada kot!
“Eleh,
Emma. Kamu ni tak payah berangan sangatlah. Acha Sparta tu muda lagi. Cantik,
bergaya...Kamu tu sedar-sedar sikit. Dah kerepot tau!”
“Hahaha!
Amira, kot ya pun kamu ni nak mengutuk orang, sebut nama biarlah betul. P.
Ramlee kata cakap biar terang! Mana ada nama dia Acha Sparta. Nama dia Acha
Septriasalah!” balas Mak Cik Emma.
“Apa-apa
jelah. Kamu tu tak payah berangan nak jadi muda balik. Ceh, berangan muka macam
Acha konon!”
“Kamu tu
kata orang. Kamu tu bukannya muda sangat pun. Ada hati nak kata kita. Lepas tu,
kata muka macam Rachel Weisz. Huh! Podah!”
“Eh, kita
bukan cakap tipu-tipu. Kita cakap benda betul. Rachel Weisz tu pun baya-baya
kita jugak. Ya tak?”
“Huh!
Perasan!”
“Lalala~”
Amanda
yang memandang tercengang terus. Boleh pulak orang tua dua orang ni bergaduh
depan aku? Padanlah perangai Selena pun macam ni jugak. Hurm, lepas tu, cari
gaduh dengan aku. Aiyo!
Kecoh!
Tak payah
kata orang lain, kamu tu pun sama je, Amanda! Kejap-kejap gaduh mulut dengan
Selena tu.
Kau dengan
gaya cool memanjang.
Selena
dengan gaya gegirl dia tu.
Black versus pink!
Memang
lain benar!
“Eh,
dahlah, Emma. Kita ni tunjuk sikap gedik-gedik kita depan budak Selena ni.
Nanti dia ikut perangai kita. Kita jugak yang susah nanti,” ujar Amira. Kopinya
dihirup sedikit demi sedikit. Panas tapi sedap. Memang terus terbangun otaknya
dapat pekena kopi panas pagi-pagi ni.
Amanda
pula hanya mengangkat kening.
Dalam
hatinya, “Dah biasa dah!”
“Selena,
mama ada benda sikit nak cakap dengan kamu ni,” tutur Amira kemudian.
“Apa dia,
mama?”
“Mama tahu
kamu sekarang tengah sibuk dengan sekolah. Lagipun, SPM tahun ni. Kamu kenalah
usaha lebih sikit. Tapi mama nak mintak tolong kamu sikit. Boleh tak?”
Amanda hanya mendiamkan diri. Dia hanya mengangkat bahu.
“Mama nak mintak Selena tolong apa?” tanya Amanda melihat
mamanya yang sudah siap sedia untuk pergi bekerja.
“Mama nak kamu jadi model untuk peragakan rekaan terbaru
Miracle.”
Laju betul
Amira cakap! Macam bullet train!
Terbeliak
mata Amanda.
Model?
Oh, no! More
estrogen!
“What?”
“I know you miss being a model. You’ve always
loved to be on the runway and all. Sosekarang ni, mama rasa kamu dah boleh
sambung kerja kamu sebagai model tu. Sekarang ni mama nak perkenalkan nama kamu
pula di Malaysia. Nak popularkan Miracle kat sini. Kamu nak tak?”
Amira
sememangnya betul-betul teruja dengan berita yang telah disampaikan kepada anak
gadisnya.
Amanda
pula?
Krik...krik...krik!
Tak tahu
nak cakap apa dah. Model? Hwaaa! Seumur hidup aku mana pernah jadi model oi!
“Erm,
Selena bukannya apa, mama. Mama tahukan pasal muka dengan tangan Selena ni.
Parut tu belum hilang lagi. Macam mana nak jadi model?”
Yes! Ada alasan tak nak jadi model!
Parut tu! Oh, scars! Please save my life!
Help me! Jebalyo!
“Don’t worry about that, Selena. Everything
can be concealed with makeup nowadays. Lagipun, parut kamu tu dah tak
nampak sangat kan. Tak obvious pun.
Mama yang tengah tengok kamu sekarang ni pun tak nampak langsung parut kamu
tu.”
Memanglah
tak nampak. Aku bukannya Selena pun. Aku ni Amanda! Kembar dia. Memanglah tak
ada parut langsung. Adui!
“Erm, alah
mama. Sekolah macam mana pulak? Sekolah kat Malaysia ni lain tau daripada yang
kat London dulu tu. Kat sini strict
sikit pasal kedatangan. Besides, I’m
afraid of the schedule later on. I’m pretty sure it’ll be hectic, won’t it?”
ujar Amanda.
Amira
hanya menggeleng. Semuanya memang dah beres. Dia kan bos. Dia sendiri boleh
jadi manageranaknya.
“You don’t have to worry about that at all,
my dear. I promise it won’t be as busy as you think it would be. Shootingsemua tu bukannya dibuat waktu
sekolah. Kalau ada masa lapang baru ada photo
shoot. Sekejap je. Tak lama pun.
Mama tak nak ganggu konsentrasi kamu terhadap pelajaran.
SPM tu penting sangat. Mama tak nak kamu kecundang. Mama dah aturkan semua
benda supaya kamu boleh fokus kedua-duanya. Modelling
and your student life. Amacam? Boleh tak?”
“Err...”
Dah habis
alasan. Nak cakap apa lagi ni? Hwaa!
Amanda dah
macam Selena sekarang ni. Sekejap-sekejap...hwaa!
“Mama tahu
kamu risau pasal pelajaran kamu. Alah, modelling
tu bagi kamu kan kacang je. Anggap je modelling
tu sebagai hobi kamu. Yang penting sekarang ni mama nak kamu belajar
betul-betul untuk SPM. Mama janji yang aktiviti modelling tu takkan kacau kamu punya pembelajaran.”
Amanda
memang langsung tak boleh nak fikir sekarang ni.
“Bila
start photo shoot, mama?” soal
Amanda.
“Kalau
kamu dah ready, dalam minggu depan
macam tu,” jawab Amira.
“Minggu
depan?”
Amira
mengangguk.
Oh,
my God!
Tanpa
banyak fikir, Amanda terus bangun. Dia nak naik masuk ke dalam bilik tidur
kembarnya.
“Selena,
kamu nak ke mana tu?” tanya Amira sambil mengerutkan dahi. Pertanyaan wanita
itu tentang aktiviti modelling
langsung tak dijawab oleh anak perempuanya.
“Nak pergi
ambil tudung,” jawab Amanda pendek.
“Nak buat
apa?”
“Selena
nak keluar kejap.”
Pelik.
Sejak bila Selena pakai tudung?
“Kenapa
kamu pakai tudung, Selena?”
“Sebab
ALLAH suruh.”
Amanda yang
langsung tak boleh nak fikir apa-apa terus berlari memanjat tangga naik ke
atas. Amira pula bungkam tidak terkata. Kata-kata itu sedikit sebanyak
mendatangkan impak yang besar ke dalam jiwa.
ALLAH!
Amanda
kini hanya memikirkan satu benda.
Selena!
Aku kena jumpa dia!