Bab 40

Kai terhendap-hendak ke luar tingkap apabila telinganya menangkap bunyi kereta yang semakin berhampiran. Ingatkan ada kawannya yang bertandang ke rumah malam tu. Maklumlah, nak ajak lumba.

“Vroom!”

Kai semakin pelik apabila langsung tak ada sebuah kereta pun yang memarkir di depan rumahnya. Kosong betul. Tak ada langsung pun apa-apa kenderaan di depan kediamannya. Habis tu, bunyi kereta tadi datang dari mana? Selalunya, bunyi kereta macam tu, memanglah ada, tapi datang daripada keretanya sendiri ataupun daripada kereta milik kawan-kawannya. Orang racinglah katakan.

Jarang betul kereta yang biasa-biasa nampak kat jalan raya tu datang rumahnya. Kereta yang kawan-kawannya bawa mesti kereta lumba. Kalau bukan kereta turbo memang tak sah! Bunyi ekzos sampai dua hingga tiga rumah boleh dengar.

Kai masih tak puas hati. Kenapa tak ada kereta langsung kat depan rumah? Ke kawan-kawannya parkir kat tempat lain? Ish, takkanlah! Depan rumah ni kosong kot. Buat apa nak parking jauh-jauh. Buat susah-susah kaki je nak jalan.

Jejaka yang bak kata Selena, klon Romeo a.k.a Douglas Booth tu membuka pintu rumahnya. Kakinya melangkah ke laman rumah lalu menghampiri pagar.

“Memang betullah. Tak ada kereta pun,” ujarnya bersendirian. “Habis tu, bunyi kereta tu datang dari kereta siapa? Aku rasa kat kawasan perumahan aku ni, aku je yang pakai kereta turbo. Orang lain mana ada. Semua orang pakai kereta senyap je. Kereta aku je yang bunyi macam harimau.”

“Eh, Kai!” tegur seseorang dari seberang.

“Oh, mak kau!” Terperanjat Kai dibuatnya apabila terdengar seseorang tegur. Sampai melatah pulak tu. Eh, aku ni dah kena penyakit si Amanda tu ke? Sampai melatah bagai! Aiyo! Tak apalah. Si Amanda tu melatah lagi teruk daripada aku ni!

Mata Kai mencari-cari punca suara insan yang menegur dirinya. Kalau tak ada orang yang tegur, susah jugak. Yalah, waktu tu pun dah malam. Seram sejuk jugak. Ah, tak apa! Aku hari-hari baca Al-Quran. Terang-benderang rumah aku ni hari-hari!

“Hoi, Kai! Kamu tu cari siapa?” tegur Syafiq dari dalam rumahnya. Walaupun rumah mereka dipisah oleh sebatang jalan, namun, jalan tersebut tak adalah lebar mana. Memang boleh dengar suara Syafiq yang memanggilnya dari rumah.

“Kamu cakap seorang-seorang ke?” tanya Syafiq lagi. Pintu keretanya ditutup. “Esok kamu tak payahlah datang bengkel uncle. Rehat je.”

Kai yang baru mengetahui Syafiq yang memanggil dirinya itu hanya langsung terkebil-kebil. Pelik pulak dia.

“Kenapa tiba-tiba uncle suruh Kai ambil cuti rehat pulak ni?” soal Kai. Tangannya diselit ke dalam poket swetaer hitam yang dipakai.

Uncle tengok kamu tu cakap seorang-seorang. Jadi uncle ingat kamu ni kenalah pergi hospital. Suruh doktor check sikit kamu tu. Manalah tahu kalau ada something wrong,” balas Syafiq.

“Eh, uncle ni! Mana adalah. Kai okey je ni. Tak payahlah sampai nak suruh saya ambil cuti pulak.”

Kai menggaru kepalanya yang langsung tak ada seekor kutu pun.

‘Ish, orang tua ni! Macam manalah dia boleh nampak aku cakap seorang-seorang? Tak pasal-pasal pulak dia suruh aku pergi hospital. Nak suruh aku check otak akulah tu. Hello, otak aku ni satu wayar pun tak terputus lagi tau!’ bisik Kai dalam hati.

“Habis tu, yang kamu cakap seorang-seorang tu, kamu cakap dengan siapa? Dah mereng?”

Uncle ni. Sampai hati kata saya mereng. Tak ada. Saya tengah cari kunci kereta saya ni. Cari kat dalam rumah tak jumpa. Saya pergi cari kat sini pulak. Mungkin uncle dengar saya membebel seorang-seorang kot tadi,” terang Kai. Ceh, pandailah aku buat cerita!

“Erm, yalah. Kalau macam tu, esok jangan lupa datang kerja tau,” ucap Syafiq. “Kalau datang awal uncle bagi gaji lebih.”

“Okey, uncle. Uncle jangan risau. Sebelum subuh saya datang bengkel!”

Uncle masuk dulu. Nak kirim salam kat Amanda?”

“Ha?” Mendengarkan pertanyaan Syafiq, Kai terus terkebil-kebil. Kenapa pulak Uncle Syafiq ni cakap pasal Amanda pulak tiba-tiba? “Err...”

“Tak nak? Kalau tak nak tak apa. Uncle masuk dulu. Assalamualaikum!”

Syafiq berlalu masuk ke dalam rumah bersama beg kerja di tangannya. Kai pula masih lagi tak percaya dengan pertanyaan jirannya itu.

“Waalaikumsalam. Nak kirim salam kat Amanda?” Syafiq mengulangi pertanyaan yang sama. “Eh, mestilah boleh! Kalau bapaknya dah bagi lesen nak kirim salam, aku apa lagi? Aku on je! Anak lawa macam orang putih pulak tu. Kalau kenenkan dengan aku yang lebih kurang kacak ni, erm, pun boleh!”

Memang betul kata-kata Syafiq tadi. Kai ni memang sah mereng!

“Eh, tadi Uncle Syafiq kata apa? Kalau datang awal pergi bengkel esok, dapat gaji lebih? Oh, yahoo!”

Mata Kai dah blink-blink macam nampak makanan. Pantang betul dia tu. Biasalah, siapa yang tak nak duit? Bolehlah aku tukar ‘kasut’ baru. Hehehe...

Kasut kat sini bukan maksud kasut yang pakai kat kaki tu tau. Kasut ni kasut yang kat kereta tu. Nak tahu apa benda? Alah, rim kereta! Ha, tulah namanya kasut!

Lain betul! Tak macam orang perempuan. Cakap pasal kasut, memang literally cakap pasal kasut. Tapi orang lelaki ni lain sikit. Kasut dia tu, kasut lain!

“Ish, aku tak puas hati lagilah! Dari mana bunyi kereta tu datang ek?” Kai tiba-tiba teringatkan sebab dia pergi ke laman rumah sebenarnya. Dia tercari-cari kereta yang bunyi macam harimau tu.

Patut ke dia cari kereta tu? Memang patut! Sebab jiran-jiran aku mana ada kereta macam kereta aku. Kalau ada yang pakai kereta macam aku punya, bolehlah kita jadi geng! Lepas ni bolehlah tengok pameran kereta lumba sama-sama. Hehehe....

Mata Kai melihat ke arah rumah majikannya.

Oh, ya! Lupa nak cerita pasal Kai ni serba sedikit.

Kenapalah orang panggil dia ni Kai? Sikit-sikit Kai. Balik-balik nama Kai jugak yang dia sebut. Takkanlah sama dengan Kai budak EXO tu? Apa nama penuh Kai sebenarnya?

Khairul Khairy.

Dah panjang benar nama, sebut jelah Kai. Senang!

Kai ni sebenarnya masih belajar lagi di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai. Jurusan kejuruteraan mekanikal-automotif menjadi pilihannya di univerisiti tersebut. Nama pun minat sangat dengan kereta, memang syoklah ambil course tu! Belajar pasal enjin, internal combustiondan macam-macam lagi. Yang pentingnya, pasal kenderaanlah!

Ada masa lapang lepas kelas tu dia buat kerja sambilan di bengkel Syafiq. Tu yang tadi Syafiq suruh datang kerja awal. Rupa-rupanya mamat tu kerja dengan jirannya sendiri. Kalau nak duit lebih sikit, dia pergi lumba kereta. Dia tahu dia sekarang terjebak dengan aktiviti lumba kereta yang boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya sendiri. Namun, dia dah tak fikir semua tu. Dia memang suka dengan sukan lumba kereta ni.

Berbalik kepada cerita Kai tengah pandang kediaman bosnya. Matanya tertancap pada sebuah kereta yang elok terletak di laman rumah. Di samar-samar kegelapan malam itu, sepasang matanya masih lagi boleh melihat kereta yang berwarna merah.

Kai cepat-cepat membuka pintu pagar rumahnya lalu keluar. Kakinya berlari-lari anak ke rumah majikannya untuk melihat kereta tersebut dengan lebih dekat.

Kai...Kai...

Macamlah tak boleh tengok esok? Kan lagi senang. Nama pun siang. Terang benderang kot. Boleh tengok kereta tu puas-puas. Tak adalah terhendap-hendap macam nak jadi pencuri ni.

Ah, peduli apa!

Esok lepas subuh mesti aku terbongkang tidur balik. Nak pergi kelas baru bangun tidur. Memang tak sempatlah nak pergi tengok kereta tu. Memang confirm Uncle Syafiq dah pergi kerja masa aku tengah berdengkur.

Kai akhirnya tiba di depan rumah Syafiq. Matanya terkelip-kelip memandang apa yang berada di hadapannya kini.

Kereta!

Ish, yalah! Memanglah kereta! Tapi ni kereta lain daripada yang lain!

Jejaka itu mengalihkan pandangan ke pintu pagar rumah Syafiq. Masih lagi tak berkunci. Fikirannya memang rasa nak buat jahat je hari tu. Eh, bukan jahat! Buat nakal!

Agak-agaknya nakal yang macam mana tu?

Kalau rasa nak bukak pintu pagar, lepas tu, masuk rumah majikannya tu, kira nakal tak ek?

Erm, pandai-pandailah jawab sendiri!

‘Nak masuk ke tak nak ek? Nak masuk ke tak? Tak ke masuk?’

Hati Kai berbolak-balik ketika itu. Rasa macam nak masuk tapi macam tak patut pulak. Yalah, rumah bos kot! Gila ke? Nak cari nahas curi masuk rumah bos sendiri? Mahunya tiba-tiba kena buang kerja, mana aku nak cari duit beli ‘kasut’ baru? Hwaa!

Alah, masuk senyap-senyap jelah! Bukannya nak mencuri pun! Aku nak tengok kereta tu je.

Kalau terkantoi?

Err...err...tak kena tangkap punyalah! Masuk dalam, tengok kereta tu kereta apa, lepas tu kau bla cepat-cepat! Memang tak ada siapa-siapa yang nampak punya!

Kai bertindak membuka pintu pagar perlahan-lahan. Berhati-hati dia melangkah masuk ke dalam rumah Syafiq. Bunyi tapak kaki memang langsung tak dengar. Kalau nak dengar bunyi pun, dengar bunyi cengkerik je.

Krik...krik...krik!

Berjaya juga dia mencuri masuk ke dalam rumah bosnya. Kai ni memang suka betul buat kerja gila. Lumba kereta satu kerja. Lepas tu, curi masuk rumah orang pulak tu. Heish, kalau kantoi, memang Kai sendirilah yang cari nahas!

Kini kakinya melangkah ke kereta yang dari tadi menjadi perhatiannya. Tangan pula perlahan-lahan mahu menyentuh kulitnya ke kereta yang jelas di mata berkilat meskipun matahari sudah lama menyorok.

Kai memegang bonet kereta tersebut seolah-olah telah berjaya memenangi sebuah perlumbaan kereta.

Bibirnya mengukir senyuman. Riang gembira tak terkata masa tu.

Yahoo!

Aku tengah pegang kereta Mitsubishi Lancer Evolution beb!

Evo kot!

Evo!

Ingat senang ke nak nampak kereta macam ni kat Malaysia?

Matanya terkelip-kelip sambil tangannya tak sudah memegang kereta milik bosnya. Mula-mula pegang bonet kereta. Sekarang ni pintu pulak. Kalaulah boleh masuk ni, pergh! Aku rasa memang malam ni aku tak boleh tidur. Macam nampak awek lawa kot. Aku tahu Amanda tu lawa, tapi awek depan mata aku ni, memang tak ada mana-mana lelaki pun boleh tolak.

Rasa nak menangis je ni!

“Mama! Kai nak awek ni, mama! Bolehlah! Bolehlah!” Kai menekup mulutnya menyedari yang dia berada di rumah orang sekarang ni. Tak pasal-pasal dia kena tidur lokap malam ni kalau tiba-tiba ada orang dengar.

Kai melentokkan kepalanya di cermin kereta. Tangannya pula mendepa mahu memeluk kereta tu.

Hoi, Kai! Kau ingat kereta tu teddy bear ke nak buat peluk-peluk?

Nak buat macam mana? Awek ni lawa sangat. Aku tahu kereta Skyline aku tu pun lawa jugak. Tapi kalau boleh buat awek ni jadi bini nombor dua aku, memang syok jugak kan?

Huh, susah betul Kai ni nak bercerai dengan kereta!

“Oh, my baby! I love you!” Kai memang dah mereng. Dia ni memang wajib masuk Tanjung Rambutan! Ada ke patut cakap ‘I love you’ kat kereta orang? Ni dah macam kes cakap ‘I love you’ kat bini orang ni.

Kai, wake up! Tu kereta bos kaulah! Bukan kereta kau! Dah! Dah! Blahlah cepat! Nanti kantoi pulak kau masuk rumah orang.

Kai masih lagi adegan lovey-dovey dengan kereta Evo tu. Mata tertutup. Minda bermimpi tengah syok pandu kereta tu.

“Oh, my bini nombor dua!”

“Hoi, orang gila! Kau tengah buat apa tu hah?” jerit Selena. Dia terus membuka pintu rumah. Dari tadi dia terhendapkan Kai di balik langsir tingkap. Terasa macam ada orang yang curi masuk rumahnya ketika itu, dia terus menyorokkan diri di balik langsir sambil memandang ke arah laman rumah.

Memang betul pun ada orang curi masuk. Mak Cik Kiah ni rupanya!

Kai yang tengah syok berangan mat jenin bawak kereta Evo tu, terloncat-loncat jadinya. Kakinya terlanggar sebuah pasu bunga menyebabkan badannya terdorong ke belakang.

Gedepuk!

“Aduh!” erang Kai memegang kepalanya. Berdenyut-denyut kepalanya ketika itu. Mana taknya, kepala terhentak kat atas lantai. Memanglah sakit!

“Bini nombor dua! Tolong abang! Abang sakit ni!” Angan-angan mat jeninnya tu masih lagi tak habis rupanya.

Ha, ni lagi seorang boleh join geng kembar ni! Tak habis-habis berangan!

Yang seorang berangan pasal Baekhyun budak EXO. Selena pulak mengada-ngada pasal nak dapat anugerah Teen Choice Award. Kai ni pulak berangan nak ada bini nombor dua! Bini pun tak ada. Ada hati nak ada bini nombor dua. Hurm!

Bolehlah buat geng lepas ni.

Nama geng: Geng Mat Jenin!

Hahaha!

“Ah, orang gila! Weh, Mak Cik Kiah! Kau buat apa kat rumah aku? Kau nak mencuri eh? Meh sini! Aku belasah kau cukup-cukup!” ucap Selena sambil menyinsing lengan baju. Suka tak suka, mamat Kai ni memang patut kena terajang. Suka-suka dia masuk rumah orang tanpa izin. Ni kes pecah rumah ni! Boleh telefon polis tau!

Selena berlari-lari menuju ke arah Kai. Kakinya melangkah jejaka tersebut lalu menghempap badannya.

“Aduh!” erang Kai buat kali kedua. Matanya lekas-lekas dibuka. Baru dia tersedar seratus peratus yang dia bukannya lagi berada di dalam kereta Evo milik bosnya. Rasa macam baru lepas accident. Berdenyut-denyut kepala!

Lebih mengejutkan dirinya apabila melihat anak majikannya sendiri tengah menghempap perutnya!

Selena ketika itu yang sedang bertindak gila terus memegang kepala Kai lantas menghantukkan kepala pemuda tersebut. Banyak kali jugaklah dia hentak kepala mamat tu. Nasib baik tak berapa nak kuat. Kalau tak memang boleh terus pengsan!

“Aduh!” Banyak kali betul Kai tahan sakit malam ni. Nasib badan kaulah, Kai! Itulah...ikut perasaan sangat nak masuk rumah orang. Kan dah kena. Padan muka!

“Weh, Amanda! Kau dah gila ke?” ucap Kai yang pada masa yang sama menahan denyutan yang tak sudah di bahagian occipital bone. Mama! Apa yang bini Kai buat ni? Tengok dia hentak kepala Kai banyak kali!

Eh, aku ni merepek apa benda? Amanda ni bini aku? Hurm, memang sah! Ni semua Amanda punya pasal! Ketuk kepala aku banyak kali kat lantai ni sampai perasan yang kau ni bini aku. Cet! Memang tak jadi nak buat bini. Ganas betul minah ni!

“Papa! Pencuri masuk rumah kita! Papa!” teriak Selena dari situ. Tangannya masih lagi ligat mengetuk kepala Kai ke lantai. Tak cukup dengan tu, tangannya sempat lagi menumbuk lelaki tersebut sampai terpercik darah di hujung bibir.

Kesian, Kai!

Bertahan ya! Jangan mati lagi tau. Kau masih lagi diperlukan sebagai hero dalam novel ni! Lepas ni makan biskut Tiger tau!

Syafiq bergegas ke pintu depan apabila terdengarkan anak perempuannya menjerit-jerit. Terbeliak betul apabila ternampak adegan yang berlaku di laman rumah.

Amanda hempap badan lelaki! Huish! Lebih tepatnya, Amanda hempap badan Kai! Aiyo, gawat ni!

Dia cepat-cepat menyarung selipar lalu berlari ke arah Selena dan Kai yang dah macam orang kurang siuman. Yang seorang tu menghentak-hentak kepala Kai kat atas lantai macam hentak kepala atas bantal. Yang si Kai pulak tak sudah-sudah mengaduh kesakitan di samping cuba untuk melepaskan diri.

Hurm, geleng kepala oi!

“Eh, korang! Sudah! Sudah!” kata Syafiq sambil tangannya menarik lengan anaknya. Tangan anak gadisnya itu mesti dihalang daripada meneruskan perbuatan smack down si Kai. Ada yang masuk hospital gila jugak kang malam ni. Kesian si Kai tu. Sakit kepala oi hentak kat atas lantai.

Tak percaya?

Ha, cubalah hentak kepala sendiri kat atas lantai rumah tu. Sakit tak sakit? Kalau tak sakit, boleh pergi jumpa doktor. Manalah tahu agaknya sense of pain tu tiba-tiba hilang.

“Amanda, sudahlah tu!” ujar Syafiq. Lengan anaknya ditarik sekuatnya.

“Papa! Tengoklah Mak Cik Kiah ni! Dia nak merompak rumah kita ni, papa! Papa kena call police. Kalau tak habis rumah kita ni!” tutur Selena yang masih lagi tak puas hati. Dia mesti menghentikan segala perbuatan Kai. Kereta papanya harus diselamatkan!

“Apa yang kamu merepek ni, Amanda?” tanya Syafiq memandang anaknya yang ketika itu sudah pun beralih daripada tubuh Kai. Anak itu berdiri di sebelahnya kini sambil mengelap peluh di dahi.

Maklumlah, baru je jadi anak pak cik Undertaker kejap!

“Tengoklah dia ni. Dah gila agaknya terpeluk-peluk kereta papa tu. Dia ni nak mencuri, papa. Tengok muka pun tak boleh percaya! Kita kena bawak dia ni pergi balai polis, papa!” Selena cuba memujuk papanya. Lengan Syafiq dirangkul kemas.

“Ish, kamu ni, Amanda. Takkanlah Kai nak buat macam tu. Kai takkan nak rompak rumah kita ni. Papa dah kenal dia lama tau,” ujar Syafiq kemudian. Kai yang masih terbaring itu dipandang kasihan. Aduhai, Kai! Mesti sakit kepala kau, kan?

Selena yang masih geram hanya mengetap gigi.

“Papa ni membela dia pulak! Dah terang lagi nyata yang dia ni nak curi kereta papa! Boleh pulak papa defend dia?”

Daripada pembaringan, Kai langsung bangun lalu duduk perlahan-lahan walaupun sakit di kepalanya masih lagi tak berkurang daripada tadi. Berdenyut! Mama! Sakitnya! Huhuhu....menangis aku macam ni!

Huh, gedik betul mamat ni!

“Papa percayakan dia, Amanda. Dia ni dah jadi jiran kita dah lama tau. Kalau papa tak ada kat rumah, dialah yang tolong tengok-tengok kan rumah kita ni. Dia ni jiran merangkap pekerja papa yang paling baik tau,” ucap Syafiq memuji Kai.

Kai pula hanya dengar tak dengar. Kepala tengah pusing lagi. Berapa banyaklah perempuan tu makan biskut Tiger?

“Ssss....” Hanya itu yang mampu keluar daripada mulut Kai. Tangannya tak habis menggosok belakang kepalanya.

“Kai, kamu tak apa-apa?” soal Syafiq melihat Kai yang sedaya upaya berdiri. Dahlah sakit nak tahan kepala yang berdenyut macam apa. Nak kena tahan jugak sakit kat perut sebab kena hempap oleh Selena.

Aduh! Berkoyan-koyan masalah!

Nasib baik tak terkeluar isi perut aku ni. Bagus jugak spinchter kat oesophagus aku ni ek. Tahan daripada mengeluarkan segala jenis makanan kat perut aku! Fuh, selamat!

“Weh, Amanda! Berapa berat kau ek?” Terpacul soalan itu yang keluar daripada mulut Kai. Soalan Syafiq langsung tak dijawab.

Selena pula terus terbelalak matanya mendengarkan soalan lelaki sewel itu.

‘Berat? Oh, soalan pasal berat badan memang sensitif lagi-lagi model macam aku ni tau! That is so rude!’ ucap Selena dalam hati.

Selena mengetap bibir. Tangannya lantas menampar pipi Kai.

Pang!

Mulut Syafiq ternganga. Kai pula hanya membisu tak terkata.

Kena tahan sakit lagi!

Mama! Tengoklah bini Kai ni! Eh, bini lagi!

Salah! Patutnya kena cakap macam ni...

Mama, tengok Amanda ni! Dia tampar pipi Kai! Hwaa!

“Kenapa Amanda tampar Kai ni?” ucap Syafiq. Dia pula yang pegang pipi macam dia yang kena tampar. Sakit weh! Kesiannya Kai ni! Apalah salah kau?

“Jangan sesekali...I repeat..Jangan sesekali, sekali pun, kau tanya pasal berat badan kat orang perempuan! Kalau tak, nahas kau!” gertak Selena. Matanya melihat tajam ke dalam mata Kai. Merah wajah Kai yang ditampar langsung tak dipedulikan.

“Ha?” Kai terpinga-pinga. “Apa salah aku? Aku tanya pasal berat badan je.”

“Berat badan je kau kata? Weh, kau nak kena penampar lagi ke? Dah tahu buat salah tak nak mintak maaf?”

“Apa pulak aku buat salah? Kau yang salah kau tahu tak? Kalau bukan sebab kau hempap badan aku, tak hempuk kepala aku kat lantai keras ni, tambah lagi dengan penumbuk kau pulak tu, tak payah aku susah-susah tahan sakit tau!”

Syafiq hanya mampu melihat pertelingkahan antara anak perempuannya dengan jiran kesayangannya Kai. Alahai, budak dua orang ni!

“Weh, Mak Cik Kiah! Yang kau suka-suka hati masuk rumah papa aku ni siapa yang suruh? Lepas tu, terpeluk-peluk kereta papa aku ni macam orang dah tak betul. Kau nak sangat eh masuk Tanjung Rambutan? Aku boleh je nak call. Sekarang pun aku boleh buat tahu tak,” ucap Selena.

Dia kata kau orang gila! Sabar jelah eh, Kai!

“Hoi, kau jangan nak ikut sedap mulut je panggil aku Mak Cik Kiah eh. Nama aku sedap tau. Nama aku Khairul Khairy. Boleh panggil Kai!”

Sempat lagi nak promotenama!

“Ada aku kisah nama kau apa? Suka hati akulah nak panggil kau apa pun! Aku nak panggil kau sewel ke mereng ke Mak Cik Kiah ke kereta Kia ke...kau tak payah nak menyibuk pulak!”

Berkali-kali juga Selena menolak bahu Kai.

“Amanda, kau jangan sesekali...I repeat...jangan sekali pun, like ever, ever, ever infinity tolak bahu aku macam ni! Badan aku ni mahal tau! Sekarang aku nak mintak ganti rugi!”

Selena mencebik.

“Cet, nak tiru ayat orang. Boleh blah! Badan mahal konon. Bukannya model pun. Aku punya sukalah nak tolak bahu kau. Kau nak mintak ganti rugi eh. Kejap eh. Kau tunggu sini kejap,” ujar Selena yang bingkas masuk ke dalam rumah.

Kai dan Syafiq hanya mampu saling berpandangan antara satu sama lain. Kedua-duanya mengangkat bahu.

“Kau nak ganti rugi sangat, kan? Meh sini!”

Splash!

Basah tubuh Kai jadinya! Habis lencun oi!

Selena pula hanya tersenyum gembira sambil tangannya menghayunkan sebuah baldi yang pada mulanya penuh berisi dengan air. Sekarang memang dah kosonglah. Habis semuanya kena simbah kat Kai.

Hahaha! Dalam hati memang ketawa jahat habis macam witches!

Sekali lagi Syafiq ternganga dengan tindakan Amanda. Buat pertama kalinya Kai ternganga dengan budak tu.

Urgh! Geramnya aku!” Kai menggenggam penumbuk. “Amanda! Jaga kau!”

Kai terus berlari mengejar Amanda. Amanda pula apa lagi?

Lari!

Sekarang adegan kejar-mengejar pula yang berlaku. Dah macam Tom and Jerry pulak budak dua orang ni! Tak boleh duduk diam pun kalau jumpa. Ada je benda yang tak kena. Ish...ish...ish!

“Meh sini kau! Sedap-sedap kau je eh nak jirus air kat orang. Aku dapat tangkap kau kejap lagi, siap kau!” teriak Kai. Langsung tak habis tenaga kejar Selena.

“Kau ingat aku takut? Aku tak takutlah! Wek! Wek! Kejarlah kalau berani sangat!” Selena sempat lagi membalas kata-kata Kai. Sempat lagi dia jelir lidah kat mamat tu pulak!

“Kurang asam kau!”

“Memang aku kurang masam. Aku manis je!”

Jom lari!

Lalala~

“Hoi, budak-budak! Dahlah tu! Penat akulah nak melayan korang ni! Dah malam tahu tak. Aku nak tidur. Penat-penat aku balik kerja nak tengok korang lari marathon kat rumah aku ni! Ish! Aku sekeh jugak kepala seorang-seorang ni!”

“Papa diamlah!” Kedua-dua Selena dan Kai berhenti dan bercakap serentak.

Syafiq menjegil mata.

Selena terpana.

Kai menekup mulut pula.

Masing-masing memandang Kai yang lama-kelamaan merah mukanya.

“Papa?” Selena dan Syafiq pula yang berkata serentak. Dua pasang matanya masih lagi melekat ke arah Kai yang malu-malu kucing.

“Alamak! Terlepas cakap!” Kai hanya mampu tersengih sumbing ke arah jiran merangkap majikannya. Majikan tau! Bukan sembarangan orang.

“Sudahlah! Korang ni kan. Agaknya kalau aku kahwinkan baru nak senyap agaknya!” tutur Syafiq bercekak pinggang.

“Papa!” Sekali lagi Selena dan Kai bercakap serentak. Alahai!

Romeo dan Juliet versi gaduh-gaduh. Tak romantik betul!

“Hoi, Mak Cik Kiah! Kau senyap eh.” Selena tetap tak berpuas hati dengan Kai. Tangan masih lagi terpegang kukuh sebiji baldi pulak tu! Bolehlah kalau nak buat baling kat Kai pulak lepas ni!

Hehehe...Idea nakal dah tiba!

“Kaulah diam! Jangan panggil aku Mak Cik Kiahlah! Aku bagi penumbuk kang baru tahu,” balas Kai sambil menunjukkan sebiji penumbuk.

“Kai, ada hati kamu eh nak tumbuk anak uncle?”

Kai hanya tersengih tak ikhlas. “Sorry, uncle! Jangan marah eh!”

Syafiq menggelengkan kepala. “Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku, korang berdua main kejar-kejar. Dulu masa kecik-kecik tak nak main kejar-kejar pulak.”

Selena dan Kai menundukkan kepala. Diam membisu. Lidah membeku.

“Aku ni papa Amanda tau. Kau jangan ingat aku tak boleh kahwinkan korang sekarang jugak.”

“Papa! Apa ni cakap pasal kahwin? Amanda muda lagi tau. Sekolah pun tak habis lagi,” celah Selena.

“Ha, tahu pun sekolah lagi! Yang suka-suka hati hentak kepala anak orang, siap penampar percuma tu, cikgu tak ajar kat sekolah?”

Sentap! Sentap!

Kai pula tersengih.

Yes, bapak mertua pertahankan menantu! Eh, bos pertahankan anak buahnya! Yes!’ desis Kai dalam hati. Huh, bukan main betul!

“Kai!” sergah Syafiq.

“Ya, uncle!” sahut Kai terus berdiri tegak. Tangan terkapit di kiri kanan. Dah macam dalam army pun ada!

Uncle nak tanya kamu ni,” tutur Syafiq.

“Apa dia, uncle?”

“Yang kamu ni curi-curi masuk rumah uncle kenapa?” tanya Syafiq kemudian.

“Ha, kan betul Amanda cakap tadi. Mak Cik Kiah ni curi-curi masuk rumah kita, papa. Kita kena buat sesuatu,” kata Selena mencelah perbualan antara Kai dan papanya.

Syafiq menoleh lalu menghalakan pandangan ke arah anak perempuannya. Dia berkata, “Amanda, biar papa yang uruskan hal ni, okey?”

Selena hanya mampu mengunci mulut. Bila papa dah kata macam tu, anaknya ikutkan jelah.

Syafiq memandang kembali Kai yang masih belum lagi menjawab pertanyaan jirannya.

“Err...” Kai hanya menunduk.

Nak cerita ke tak nak? Tak payah ke cerita je? Cerita ke tak payah? Ish, cerita jelah. Dosa kalau menipu. ALLAH tak bagi kita menipu tau!

“Sebenarnya macam ni, uncle. Tadi Kai tercari-cari bunyi kereta. Sedap semacam bunyinya. Selalunya kat area taman kita ni mana ada kereta bunyi macam tu. Memandangkan Kai nampak uncle baru balik, jadi Kai ingatkan bunyi kereta tu macam dari bunyi kereta uncle. Tu yang Kai pergi depan rumah uncle. Tak sangka pulak uncle ada kereta Evo ni,” terang Kai panjang lebar.

“Tak sangka sampai masuk dalam rumah?” Syafiq menduga.

“Aah, uncle! Saya tak tahan tengok Evo ni. Cun sangat kot! Tu yang saya masuk rumah uncle senyap-senyap. Tengah syok tengok kereta uncle ni, tiba-tiba Amanda dapat tangkap saya. Terkejut saya dibuatnya sampai tersadung kat pasu bunga tu,” jelas Kai. Kepalanya digosok perlahan-lahan.

Sakit lagi, mama! Esok macam mana nak pergi kelas? Confirmlah benjol besar kat kepala aku. Memang alienlah aku lepas ni!

Syafiq memandang Kai yang penuh dengan wajah serba salah.

Uncle nak pecat saya ke?” tanya Kai tersekat-sekat.

“Hurm...” balas Syafiq pendek.

Kai terus melutut di depan bosnya. Lutut lelaki tua tersebut dipegang semahunya.

Uncle, janganlah pecat saya! Saya mintak maaf sangat-sangat, uncle. Serius saya tak ada niat jahat pun kat kereta uncle tu. Saya cuma nak tengok je. Tak lebih daripada tu. Please, uncle!Janganlah pecat saya macam Donald Trump pecat pekerja dia. Kai janji lepas ni Kai tak buat lagi. Lepas ni Kai jaga Skyline Kai tu je. Dah tak pandang dah Evo uncletu. Please, uncle! Please!

Syafiq merentap lututnya daripada dipeluk oleh Kai.

“Eh, kamu ni, Kai! Apa benda yang kamu melalut ni? Mana ada uncle pecat kamu. Yang kamu melutut bagai ni kenapa? Urgh, so gay!

Kai berdiri. Gay? Err...

“Habis tu yang uncle kata ‘hurm’ tu apa?”

“Saja je. Tak boleh?”

“Jadi saya tak kena pecatlah ni?”

“Tak.”

“Fuh! Lega!” Kai mengurut dadanya. Selamat aku! Boleh lagilah aku dapat duit nak beli ‘kasut’ baru. Tak payah cari kerja lain.

“Lain kali kalau nak tengok kereta uncleni, tak payahlah sampai nak curi-curi masuk. Kalau uncle yang nampak tak apa lagi. Kalau jiran lain yang nampak, memang tidur lokap kamu malam ni tau. Kalau nak tengok, ting tong je rumah uncle ni. Unclebagi kamu tengok puas-puas,” tutur Syafiq memegang bahu Kai.

Kesian pulak dia tengok budak tu. Lawak betul. Tak tahan tengok kereta? Yalah, kereta ni pun memang susah nak nampak kat Malaysia. Memang normallah kalau Kai yang gila kereta macam dia ni boleh cair tengok Evo ni.

“Betul ni, uncle?”

Syafiq menganggukkan kepala.

“Nak drive boleh?”

“Tak boleh. Kamu lenjanlah dulu kereta Skyline kamu tu. Dah rosak baru cari uncle,” balas Syafiq.

“Yalah. Memang sampai bila-bilalah Kai tak dapat nak merasa naik kereta Evo uncle kalau macam tu. Kai jaga Skyline tu macam jaga bini tau,” tutur Kai.

Syafiq hanya tertawa.

“Sudahlah, Kai. Jom masuk rumah uncle kejap. Kamu tu dah basah lencun. Tukar baju kejap,” kata Syafiq yang kini memeluk bahu anak muda itu untuk dibawa masuk ke dalam rumah.

Selena pula hanya memandang geram.

“Papa, Mak Cik Kiah ni nak mencurilah, papa. Dia nak curi kereta EXO papa tu.”

“EXO?” Giliran Kai dan Syafiq pula yang berkata serentak. Masih-masih menoleh lalu melihat Selena yang masih lagi terpaku di laman rumah.

“Hello, it’s Evo, okay!”

Errr...

“Yang kamu tu tercongok kat laman rumah tu kenapa? Jom masuk. Dah malam sangat ni. Berembun pulak tu. Kang sakit susah menantu papa ni nak jaga,” lafaz Syafiq sengaja mahu menyakat anaknya.

“Menantu? What the...

Kai menjelir lidah. Wek!

“Ish, geramnya!” Selena menghentak-hentak kakinya. Memang sampai bilalah dia takkan puas hati dengan Mak Cik Kiah tu! Romeo tak Romeo! Dia memang geram dengan mamat tu!

“Amanda, carikan minyak gamat. Papa nak ambilkan baju untuk Kai ni.”

Nak tak nak, Selena kenalah menghadap muka Douglas Booth celup tu lagi!

OMG!

Like, duh!

Ah, kenapalah Mak Cik Kiah tu mesti timbul dalam hidup aku? Tak payahlah aku penat-penat nak suka dia and at the same time menyampah dengan dia!

Urgh!

He’s so annoying!

Previous: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh