Bab 14

Wajah yang sungguh lesu itu dipandang. Agak pucat tetapi masih lagi ada ayunya di situ. Dada itu turun naik menandakan gadis itu bernafas walaupun jelas di pendengaran telinganya yang perempuan itu menahan sakit juga letih yang amat sangat.

Lelaki itu melihat lagi wajah gadis yang bergelar teman wanita itu. Cukup lama. Namun lama-kelamaan timbul senyuman tipis di hujung bibirnya.

“Kesiannya kau,” ucap Jared. “Hidup baru setahun jagung tapi terpaksa tanggung sakit macam ni. Muka yang patutnya cantik sekarang berplaster. Tangan pun berbalut.”

Kedengaran lelaki itu ketawa meskipun perlahan. Tubuh Selena yang terlantar di atas katil hospital itu asyik dilihat dengan mata.

“Nak buat macam mana, Selena.”

Lelaki itu bersuara lagi.

“Aku yang rancang semua ni. Amy Patricia dan aku penyebab utama kau terbaring kat sini. Kesian kau, kan?”

Jared dengan angkuhnya bercakap di depan Selena walaupun gadis itu masih lagi tidak menyedarkan diri. Manusia jenis apa dia tu. Sanggup berbuat jahat demi melunaskan rasa dengki yang tak sudah.

“Aku nak berdamping dengan kau,” tutur lelaki itu yang duduk di tepi katil. “Huh, siapa je yang tak nak kau? Kau tu model ternama. Disebabkan kau ternamalah aku pilih kau. Pilih untuk apa? Pilih untuk popular. And yes, untuk duit semestinya.

Kau mesti kenal kan Amy Patricia. Mestilah kenal. Dia kan skandal aku. Oops, dia girlfriend aku sekarang walaupun kau tak tahu. So what aku nak pasang berapa banyak. Kau pun tengah sakit sekarang ni. Tak ada gunanya pun untuk aku. Alahai, Selena!”

Jared ketawa.

Kalaulah telinga Selena boleh menangkap setiap bait kata yang disebut jejaka itu, sudah tentunya dia kecewa tak tertanggung. Hancur hati bagaikan tidak mahu lagi bercantum semula.

Perasaan Selena itu hanyalah mahukan kasih sayang. Sebaliknya kekejaman yang dibalas oleh lelaki yang langsung tak berguna.

Jared memang penipu!

“Kalau boleh aku nak lepaskan kau, Selena. Tapi aku tak boleh. Aku kena teruskan lakonan ni. Media massa mesti tercari-cari aku sekarang. Biasalah, aku kan boyfriend yang paling sweet. Boyfriend yang jaga kau disaat-saat teman wanitanya berada dalam kesusahan. Teman lelaki yang bernama Jared itu sungguh mengambil berat orangnya. Memang aku teringin nak tengok pihak media terkabur dengan sikap lovey doveyaku ni.

Dan aku nak orang ramai tengok betapa cacatnya kau sekarang. Apa lagi yang kau ada, Selena? Tak ada benda lagi yang tinggal buat kau. Muka kau dah tercalar yang entah berapa lama nak sembuh. Entah-entah langsung tak boleh nak hilang luka tu. Tangan kau pulak macam tu. Siapa je yang nak ambil kau jadi model lagi?

Memang aku dan Amy Patricia je yang akan memonopoli bidang ni, Selena. Not you anymore. You’re just...well, you’re just a nobody now.

Pintu wad tiba-tiba kedengaran dibuka.

Jared yang setia duduk di tepi katil lekas-lekas mencapai tangan Selena yang lesu itu. Didekatkan tangan itu ke muka. Genggaman itu dikemaskan agar dapat mengaburi mata yang melihat.

“Selena, bangunlah cepat. I tak sanggup tengok you terbaring lesu macam ni. You tak kesian ke tengok I? Tengok mama you yang tak sudah-sudah menangis tengok keadaan you sekarang. Wake up, baby. Please don’t leave us right here. I rindu you. We all miss you so much.

Huh, dasar lelaki hipokrit!

Amira yang baru sahaja masuk ke dalam wad hanya mendiamkan diri melihat Jared berkelakuan sedemikian terhadap anaknya. Dia tahu anak itu menyayangi Selena sepertimana dia menyayangi anak perempuannya sendiri. Tingkah laku Jared itu sedikit sebanyak menghadirkan rasa terharu dalam diri wanita itu.

Amira menarik nafasnya.

“Jared,” tegur wanita tersebut. Dia menghampiri Jared yang tidak sudah-sudah dengan lakonan kelas pertamanya itu.

Jared menoleh lalu menghalakan pandangannya terhadap mama Selena. Dia yakin lakonan yang ditayangkan itu berjaya mencairkan hati wanita itu.

Dia bingkas bangun tanda hormat kepada Amira kononnya.

Aunty.” Jared membuka mulut. Mimik mukanya jelas nampak kesedihan yang bertapak. Berpura-pura sedih apabila melihat kondisi Selena.

“Macam mana keadaaan Selena, aunty? Apa yang doktor kata? Dia cedera teruk ke, aunty?”

Berbagai-bagai soalan ditujukan kepada mama Selena. Dia mahu menayangkan kepada semua orang yang melihatnya kini sebagai teman lelaki yang sungguh penyayang. Teman lelaki yang sanggup menunggu saat-saat teman wanita yang sangat dicintai untuk membuka matanya.

Amira menjawab selepas itu, “Jared tak payah risau. Doktor kata dia tak apa-apa. Dia tak cedera teruk. Cuma muka dan tangannya je yang luka sikit.”

“Macam mana pulak dengan wajahnya, aunty?” tanya Jared lagi. “Luka yang ada ni boleh hilang ke?”

Kerjaya sebagai model, Jared tahu, muka seseorang itu sangatlah berharga. Sebab itu sasaran dirinya dan Amy Patricia adalah untuk mencederakan muka Selena. Tak kisah luka itu bakal hilang ataupun tak. Asalkan Selena dapat lenyap dari industri itu.

Amira menarik nafas dalam. Sebagai pereka fesyen, dia sudah tentu tahu, wajah model yang bercalar langsung tidak akan dipandang sama sekali. Dia tahu lambat-laun anaknya itu sukar menhadapi masa depan dalam bidang yang dia ceburi sekarang ini. Sebagai ibu, ibu mana yang tidak risau melihatkan keadaan Selena?

Macam-macam yang boleh berlaku apabila anak itu membuka matanya. Dia takut sangat Selena akan berkecai hatinya tatkala melihat wajahnya sekarang. Sungguh dia gelisah yang amat!

Aunty?” tegur Jared melihatkan Amira membisu buat seketika. “Please be honest with me.

“Doktor kata luka tu taklah terlalu dalam,” balas Amira yang terkebil-kebil sekejap. “Luka yang ada kat tangan dan muka tu akan sembuh. Yes, it will heal. Walau bagaimanapun, parut yang ada nanti susah sikit nak hilang. It takes time.”

What?” Jared sedaya upaya menunjukkan riak terkejutnya. Mulut kata lain, hati sorak riang.

“Takkan tak ada cara lain, aunty? Takkan nak biarkan Selena ni hidup dengan muka yang macam tu? Aunty tahu kan yang Selena ni model. Tak lama lagi dia kena peragakan pakaian untuk Fashion Show London pulak.”

I absolutely know well enough about that, Jared!” ujar Amira. “Aunty tahu semua tu. What? Do you think I’m not worried at all? Aunty ni mama Selena, Jared. Tak ada orang yang paling risau dalam dunia ni melainkan aunty tahu tak!”

“Habis tu, takkan aunty nak berdiam diri je? Macam mana kalau Selena buat pembedahan plastik?”

“Doktor kata tak perlu pun semua tu. Macam yang aunty kata tadi. Parut yang ada nanti akan hilang. But only time will tell.

Jared terduduk mendengarkan kata-kata Amira. Bersungguh-sungguh dia menayangkan muka yang penuh kepiluan.

‘Padan muka kau, Selena. Berakhirlah kerjaya kau sekarang ni,’ desis Jared dalam hati busuknya.

“Mama?”

Kedengaran suara halus Selena menyapa telinga kedua-dua Jared dan Amira. Masing-masing tangkas bergerak ke arah gadis yang terbaring lesu di atas katil itu.

Selena memandang sekeliling dengan kepala yang masih berat. Pipi yang masih lagi berplaster. Tangan berbalut yang masih lagi sakit itu.

“Selena kat mana ni?”

Perlahan-lahan suaranya cuba untuk dilepaskan. Tangan kanannya cuba untuk memegang dahi yang terasa agak pening itu. Namun pelik benar dia apabila melihat tangan tersebut berbalut.

Sepasang mata itu memandang tangan kanannya. Agak perit.

Kenapa?

Tak semena-mena fikirannya melayang ke arah kejadian yang berlaku entah bila. Dia sendiri tak ingat.

Masih jelas di fikirannya apa yang berlaku. Lelaki berwajah bengis menghampiri dirinya lalu dengan suka hati menghiris muka dan tangannya. Kemudian dia dicucuk pula dengan sejenis cecair yang dia sendiri tidak tahu apa kandungannya. Lepas itu, pandangannya terus malap. Tahu-tahu dia sekarang bangun di tempat yang berlainan pula.

“Selena, jangan gerakkan sangat tangan tu. Takut jahitan terbuka,” ucap Amira yang berada di tepi katil.

“Mama...” Perlahan suara Selena yang terkeluar dari kotak suara.

Kepalanya menoleh ke arah lelaki yang duduk berhampiran. Dia kenal lelaki itu. Itu teman lelakinya.

Jared.

Ternampak wajah lelaki itu terus menghadirkan senyuman yang tak sudah dari Selena walaupun bibir itu agak pucat. Gembira sungguh dia hanya memandang Jared.

“Jared...” Selena menegur lelaki itu sambil tersenyum.

Lelaki tersebut pula hanya membalas senyuaman yang dihulurkan. Lakonan mesti diteruskan.

“Apa yang dah jadi ni? Macam mana Selena ada kat sini, mama?” soal Selena yang jelas ingin tahu.

“Mama jumpa Selena kat depan rumah. Kamu langsung tak sedarkan diri. Apa yang paling mama terkejut bila badan kamu berlumuran dengan darah. Mama cepat-cepat hantar kamu ke hospital,” jelas Amira memandang ke dalam sepasang mata berwarna hazel-nut anaknya.

Tangan kiri Selena memegang pipinya yang cedera itu. Terasa lagi perit bermukim di situ. Masih lagi nyata di fikiran betapa terseksanya dizalimi macam tu rupa. Pisau yang menghiris itu memang takkan dilupakan sampai bila-bila!

“Mama, macam mana dengan muka Selena? Selena akan jadi hodoh ke lepas ni?” soal anak perempuan itu diiringi dengan linangan air mata.

Sesungguhnya, dia takut untuk mendengar kenyataan itu. Wajahnya merupakan segala-gala buat dirinya. Wajah itulah yang kerap dijaga siang malam. Mana mungkin model boleh punya wajah yang bercalar?

“Selena.” Amira bersuara. Rambut Selena dielus lembut. “You have to listen to me carefully, honey.

“Luka pada pipi dan tangan kamu tu akan sembuh. Tapi...”

“Tapi apa, mama?” Selena menggenggam tangan Amira semahunya. Cukup gementar hatinya untuk mendengarkan ayat-ayat yang bakal keluar daripada mulut mamanya sendiri.

“Kesan parut yang ada nanti akan ambil masa untuk hilang.”

Terkebil-kebil mata Selena mendengar ucapan itu. Terasa air hangat yang mengalir di pelupuk mata.

“No...”

Selena menggeleng-gelengkan kepalanya. Langsung dia tidak mahu percaya dengan fakta yang baru terucap oleh mamanya sendiri.

“No...no...no!”

Tangannya menutup wajah yang dirasakan hodoh itu. Terasa bumi berhenti berputar pada paksinya. Terasa dunia bakal berakhir jua.

“Selena, jangan macam ni, sayang.”

Amira cuba memujuk satu-satu anak kesayangannya. Ibu mana tak sedih melihatkan anaknya kecewa?

“Lebih baik Selena mati! Kenapa aku tak mati je? Kenapa aku diseksa sampai macam ni sekali?”

“Sushh...sushh...sushh...”

Giliran Jared pula bermain peranan. Tangannya ligat menggenggam tangan Selena. Air mata yang jatuh itu dikesat menggunakan jari-jemarinya.

“Selena, jangan cakap macam tu. Hidup mati tu semuanya di tangan TUHAN. You kena kuat, Selena,” ujar Jared bak ustaz yang mahu memberi ceramah agama. Penuh dengan penipuan hidupnya.

“You dengarkan aunty cakap apa tadi. You akan sembuh. Muka dan tangan you akan kembali macam sedia kala. Parut tu pun akan hilang jugak,” tutur Jared bersungguh-sungguh menenangkan jiwa Selena yang langsung kusut itu.

“You pergilah, Jared,” bilang Selena. “I tahu you dah tak nak tengok muka I yang hodoh ni. I ni dah tak ada apa-apa lagi. Jadi you pergilah.”

Genggaman Jared semakin dikemaskan. Dia cuba menyalurkan kekuatan buat Selena yang sedikit sebanyak mahu berputus asa.

No, Selena,” bidas Jared. “You are everything to me. I don’t care about anything else except you, alright?

“Tapi muka I dah tak sempurna macam dulu.”

“I don’t care about any of it. I will always be here with you. Do you hear me? Always.”

Jared memandang anak mata Selena. Dia mahu gadis itu mempercayai semua kata-kata palsu yang dilafazkan. Dia mahu gadis itu bergantung pada dirinya. Dia tahu sekarang pihak media sedang berpusu-pusu tunggu di depan hospital untuk bertemu dengan satu-satunya teman lelaki yang sungguh penyayang di mata Selena mahupun di mata media massa.

Lakonan ini harus diteruskan, Jared! Impian kau akan tercapai tak lama lagi. Cita-cita kau untuk mempelopori dunia glamor akan terlangsai juga nanti!

“Always, Selena...”

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh