“Hwaa! Macam mana ni?”
Selena mundar-mandir di ruang tamu. Kejap-kejap ke kiri.
Lepas tu, ke kanan pulak. Kalau ada orang yang tengah tengok tindak-tanduk si
Selena tu, mesti pening kepala. Tak boleh duduk diam langsung!
Macam mana
dia nak duduk diam? Dia memang tak boleh nak duduk lepak-lepak macam biasa.
Memang otaknya dah tak boleh berfikir langsung!
‘Wahai,
neuron!’ sahut Selena dalam hati. ‘Eh, macam manalah aku boleh tahu term neuron tu? Selama ni susah betul term sains nak lekat kat kepala otak aku
ni. Malam ni tiba-tiba pulak aku ingat. Ah, lantaklah!’
Selena mengambil tempat di atas sofa. Filem
Fast and Furious 6 yang sedang ditayangkan di televisyen itu memang langsung
dia tak ambil peduli. Biarlah Brian O’Connor tu kacak macam mana pun. Biarlah
Dominic Torreto terror bawak kereta
macam mana pun. Biarlah Han tu cool
macam mana pun. Dia langsung tak hairan sekarang ni!
Ni semua
mamat sewel tu punya pasal!
“Apa ek
nama mamat tu?” Selena memegang dagunya konon mengingati semula perbualan
antara dia dan lelaki yang baru diketahui sebagai jirannya itu.
“Aki? Kia?
Kereta Kia tu? Eh, macam pelik je kalau nama dia Kia? Macam mak cik-mak cik
pulak kalau nama dia Kia. Hahaha!”
Selena
tergelak sendiri apabila membayangkan nama lelaki tadi tu Kia. Memang patut pun
kalau nama mamat tu Kia. Lelaki tu membebel macam mak cik-mak cik. Sesuai
sangatlah kalau nama Kia! Lepas ni aku nak panggil dia Mak Cik Kialah! Tambah
huruf ‘H’ kat belakang tu. Lawa sikit ejaan.
Hahaha!
Mak Cik
Kiah! Oh, Mak Cik Kiah!
Gelak lagi! Hahaha!
Okey, ni serius lawak kalau panggil mamat tu Mak Cik Kiah!
Mak Cik Kiah! Kau ni memang dah sewel ke suruh orang masak
malam-malam? Dahlah hon rumah orang pulak tu. Macam taman ni taman dia pulak.
Nasib baik jugaklah tak ada orang marah. Kalau jiran lain marah, aku jugak tak
pasal-pasal yang kena.
Heish, aku
ni! Fokus! Berbalik kepada soal Mak Cik Kiah tu, macam mana aku nak buat ni?
Boleh jadi gila aku kalau dia hon rumah aku lagi. Kalau papa tanya apa aku nak
jawab? Mana taknya, selama ni, yang buatkan sarapan dan makan malam Mak Cik
Kiah tu si Amanda. Bukannya aku.
Aduh!
Buat
pertama kalinya otak Selena diperah seperti memerah kain yang basah. Fuiyo,
pecah rekod ni!
Think! Think! Think!
Dah macam
Jimmy Neutron ni!
Ting!
Mentol
kuning menyala!
Google!
Dia
tergesa-gesa mencari telefon bimbit pintarnya yang berjenama ASUS Zenfone 5
itu. Dia cuba mencari telefon bimbitnya di sekitar ruang tamu. Namun, matanya
langsung tak terlihat kelibat telefon tersebut.
“Ish,
manalah phone aku ni? Masa-masa
genting macam ni dia hilang pulak?” kata Selena yang sedang melemparkan bantal
kecil ke atas lantai.
“Rasanya
tadi aku letak kat atas sofa ni,” ucap Selena.
Matanya melilau ke kiri dan ke kanan bagaikan orang yang
ada nystagmus. Buat pengetahuan
pembaca-pembaca sekalian, nystagmus
tu ialah pergerakan mata diluar kawalan. Bahasa orang putihnya, involuntary eye movement. Nystagmus ini disebabkan oleh gangguan
pada bahagian otak yang mengawal pergerakan mata. Kalau nak tahu lebih lanjut,
bolehlah layari internet ataupun banyakkan membaca ya! =D
Sambung
balik cerita Selena ni! Heish, tak habis lagi cerita budak ni dengan si Mak Cik
Kiah tu!
Dia masih
lagi mencari-cari telefon bimbitnya. Eh, tak jumpa lagi?
Aah! Tak
jumpa lagi!
Alahai!
Mak Cik Kiah tu nak makanan dalam satu jam. Sekarang tinggal dalam 45 minit je
lagi! Aduh!
Oh,
telefon! Muncullah kau! Zam! Zam! Ala kazam!
Eh, ni dah
macam cerita Laksamana Bujang Lapok!
Selena
menggaru-garu kepalanya. Hwaaa! Habislah aku! Macam mana aku nak masak ni?
Ha! Aku
baru ingat aku letak phone aku kat
meja makan!
Berlari-lari
dia mendapatkan telefon bimbit pintarnya. Memang pecut habis dia lari! Laju
gila! Macam kena kejar anjing pun ada. Memang patut pun kena lari laju-laju!
Kalau tak nanti lambat siapkan makanan.
Time is money! Remember that!
“Finally!” Selena akhirnya jumpa juga
telefon bimbitnya. Fuh, what would I do
without you, phone? You are my everything! Baby I will be your everything! Baby
I wil, Baby I will be your everything!
Ah, sudah!
Aku ni dah nyanyi lagu Boys Like Girls tu dah kenapa?
Sebaik
sahaja dia menemukan telefon ASUS kesayangannya, dia cepat-cepat mencari menu
untuk dimasak. Jari-jemarinya ligat menekan skrin telefon bimbit.
“Nak masak
apa ni?” Selena sudah berkerut dahi. Runsing betul tak tahu nak masak apa.
“Nasi
ayam?”
Selena memandang gambar yang terpampang di skrin telefon.
Nampak sedap betul! Ada nasi, ada sayur, tomato, timun, salad! Yang pentingnya,
ayam tu! Mak oi, nampak warna gelap-gelap berkilau! Mengancam gitu! Ni memang
makanan berkhasiat ni. Ikut piramid makanan! Dari karbohidrat sampai ke
protein. Semuanya cukup!
Selana membaca cara-cara untuk
membuat nasi ayam pula. Satu demi satu ayat yang tertulis di laman web Dapur
Tanpa Sepadan dibaca teliti.
“Alamak!
Kenapa susah sangat nak buat?”
Rasa nak
menangis je ni! Macam mana nak buat nasi ayam ni? Kenapalah masakan orang
Melayu susah sangat nak masak? Cuba tengok orang Barat tu. Senang je nak masak
masakan dia orang! Rebus spageti, tambah dengan sos Prego! Siap!
Nasi ayam
ni nak kena buat stok ayam. Nak kena goreng ayam tu lagi! Hwaa!! Why? Why all this is happening to me? Why?
Selena
yang sedang duduk di salah sebuah kerusi di meja makan menghentak-hentakkan
kaki rasa tak puas hati. Weh, Mak Cik Kiah! Kau tahu tak kau dah menyusahkan
aku! Kenapalah kau mesti jadi jiran aku?
“Macam
mana kalau nak buat nasi goreng pulak ek? Yang hari tu Mak Cik Emma buat tu?”
Jari-jemarinya
dengan tangkas menaip resepi nasi goreng di skrin telefon bimbit. Beberapa saat
kemudian, keluar beberapa jenis resepi untuk memasak menu tersebut. Nasib baik
internet kat rumah ni laju! Kalau lembab macam siput, memang aku hentak kepala
jugak kat meja ni!
“Ha, yang
ni macam senang,” kata Selena. “Tumis lada dengan bawang merah dan bawang putih
yang telah dikisar. Lepas tu, terus masukkan nasi.”
Yang ni confirm senang nak buat! Tadi rasanya
ada nasi lebih yang aku beli kat kedai tadi. Bolehlah buat nasi goreng ni.
Oh, Pak
Cik Google! Thank you! You saved my life!
Selena
terus mengeluarkan bahan-bahan seperti apa yang dibaca tadi. Depan matanya
sekarang ada beberapa tangkai lada kering dan juga bawang putih dan bawang
merah. Nasib baiklah juga ada internet. Bolehlah aku tengok apa rupanya lada
kering dengan bawang tu.
Selena...Selena...rupa
lada kering dengan bawang pun kau tak kenal, macam manalah kau nak masak?
Ish...ish...ish! Geleng kepala jadinya macam dalam cerita Pendekar Bujang Lapok
tu!
Bujang
Lapok kata, “Cobaan!”
Lepas
membasuh lada kering dan bawang-bawang yang dikeluarkan, Selena terus mengambil
pengisar yang terletak elok berhampiran dapur. Ha, nasib baik dia tahu rupa blender tu macam mana! Alamatnya pakai
lesung batu jugak kalau tak tahu macam mana bentuk pengisar. Ehem...lesung batu
tu, entah dia kenal ke tidak!
Selena
kini memasukkan sepuluh tangkai lada kering dan bawang-bawang tadi. Lada kering
tu langsung tak dibuang biji. Bawang tu pun dia tak kupas kulitnya! Semuanya
dia masukkan ke dalam blender. Hurm,
memang tak tahulah apa bendanya rasa nanti nasi goreng tu.
Lada tak
dikopek. Kulit bawang tak buang! Lada kering tu pulak sampai sepuluh tangkai!
Tak payah kata si Selena, memang sesiapa yang makan pun memang tak tahan pedas!
Ni bukan nak buat nasi goreng namanya. Ni nak buat nasi bersambal!
Masa nak
tumis tu, mujur juga dia letak minyak. Tahu pulak dia nak kena guna minyak
kalau nak menumis.
Terlompat-lompat
Selena saat-saat bahan yang dikisar masuk ke dalam minyak panas. Terkejut mak
oi! Pedih tak payah kata bila terkena minyak panas yang memercik-mercik di
tangan dan kaki.
“Aduh!
Panas! Panas!” erang Selena.
“Alamak!
Macam mana ni? Lepas ni kena buat apa pulak ek?” tanya Selena. Dia kini membaca
semula resepi pada telefon bimbit.
“Oh, terus
masuk nasi eh?”
Selena
tiba-tiba terbau benda hangus yang sudah tentunya datang dari kuali. Terbeliak
biji mata gadis tersebut apabila melihat bahan tumis yang dia masukkan tadi
telah berwarna hitam.
Hangus!
“Hwaa!
Macam mana ni? Macam mana ni? Mama!” Selena sudah merengek persis budak umur
lima tahun tak dapat ais krim.
Panic! At the Disco!
Eh, silap
pulak! Panic! At the Kitchen!
Memang
patutlah bahan kisar tadi hangus. Api besar sangat!
Selena
tergesa-gesa mengecilkan api.
“Apa aku
nak buat ni?”
Ah,
masukkan jelah nasi ni!