Nissan
Skyline GTR R34 miliknya dipandu laju membelah angin malam itu. Dia tidak kira.
Dia mesti menang perlumbaan kali ini.
Fokusnya
terpaku pada pemanduan. Otot matanya sangat aktif ketika itu. Sekejap-sekejap
ke kiri. Sekejap-sekejap pula ke kanan. Otot yang bergerak seiring dengan
stereng yang berpusing. Stereng dikawal dengan penuh hati-hati memandangkan
jentera bagaikan seekor harimau bintang yang dipandu itu sememangnya laju. Dia
tidak mahu terlibat dalam kemalangan. Mengawal stereng sudah sewajibnya perkara
yang sudah sebati dalam kehidupan mereka yang bergelar pelumba tegar seperti
dirinya.
Dia tidak lemah. Dia tidak mahu
kalah dengan pesaingnya sekarang ini. Dia akui perlumbaan kali ini memang
mencabar dirinya. Dia tahu semua yang belaku tatkala itu sememangnya gila!
Tumpuannya sekarang hanyalah untuk
mengalahkan Subaru BRZ yang dipandu oleh lelaki yang tidak sudah mahu
mencabarnya. Lebih tercabar dia apabila pertaruhan malam itu melibatkan
perempuan yang sangat dicintainya.
Ah! Kenapalah perempuan itu sanggup
terlibat dengan benda gila macam ini? Perempuan itu sepatutnya duduk diam-diam
di rumah dan bersenang-lenang di atas katil menikmati malam dengan tidur yang
cukup seperti gadis-gadis biasa di luar sana. Tidak perlu terbabit dengan benda
yang memang lazim dengan spesies manusia yang bernama lelaki.
Huh! Tapi disebabkan sukan gila itu
dia kenal dengan gadis itu. Wajah itu, senyuman itu, renungan itu yang
membuatkan jantungnya berdegup hidup bagaikan zombie yang baru mengenal erti
mimpi.
Mungkin
sebilangan orang akan menganggap gadis-gadis kereta sering dianggap perempuan
murahan yang hanya mahu mendapatkan perhatian lelaki, tetapi padanya gadis itu
lain daripada yang lain. Gadis itu sungguh berbeza. Melihat sukan lumba kereta
memang sesuatu yang diminati perempuan itu. Dia tidak akan membenarkan
mana-mana lelaki rapat dengannya. Itu prinsip perempuan itu. Mana-mana pemuda
yang cuba mendekati dirinya berjaya dielak.
Pegangan yang ada itulah yang
membuatkan jejaka bernama Kai tertarik dengan gadis yang menjadi teman
wanitanya kini. Lelaki itu satu-satunya manusia yang telah berjaya meruntuhkan
teras yang utuh di hati.
Apabila terlihat pesaingnya semakin
menghampiri, pedal minyak ditekan lagi menyebabkan enjin kereta bekerja dengan
lebih gigih. Semakin laju GTR R34 itu meluncur.
“Kai...” Nadia disebelah menyebut
namanya. Lembut tetapi dapat dicapai oleh deria pendengaran.
Lelaki itu menoleh walaupun agak
sukar memandangkan tumpuannya hanya berada di jalan raya. Apa lagi yang
dimahukan perempuan itu? Tidak cukupkah lagi dengan permintaan yang tak masuk
dek akal tadi sehingga melibatkan dirinya dalam perlumbaan gila itu?
“I
love you,” ucap Nadia. Kata-kata yang tidak pernah diungkapkan sebelum ini.
Kata-kata yang padanya dirasakan perlu diucap. Mungkin kali ini saat-saat
terakhir dia dapat berdampingan dengan jejaka itu.
Gadis itu tahu dia telah membuat Kai
rasa risau yang teramat. Namun, dia tidak tahu cara lain yang boleh membuatkan
lelaki itu berdamai. Hanya cara itu sajalah yang boleh membuatkan dirinya
bersama dengan lelaki itu sampai bila-bila.
You
jump, I jump.
Sukan lasak itu juga telah
membuatkan Nadia berasa risau tentang keselamatan Kai. Dia takut kehilangan
Kai. Berada di sebelah Kai ketika berlumba sahajalah yang dapat memastikan
lelaki itu berada di sampingnya. Jika terlibat dalam kemalangan, dia akan mati
bersama-sama dengan lelaki itu. Biarlah apa orang nak kata. Dia tidak mahu
berpisah dengan Kai!
“Nadia...Kai...” Lelaki itu
bersuara.
Subaru BRZ berwarna biru itu
merempuh kenderaan Kai menyebabkan kedua-dua Nadia dan Kai hampir tercampak
dari tempat duduk masing-masing. Kai cuba mengawal kembali pemanduan. Perasaan
geram dizahirkan dengan memusingkan stereng keretanya ke kanan lalu melanggar
sisi kereta yang baru tadi merempuhnya.
Lantaklah dengan kereta
kesayangannya. Persetankan calar-balar dan sewaktu dengannya! Yang penting dia
hanya mahu menang waktu itu.
Nissan Skyline GTR R34 dan Subaru
BRZ.
Kedua-duanya saling menghampiri
anatara satu sama lain. Masing-masing laju. Masing-masing mahu tunjuk belang
kehebatan.
Jeritan Nadia di tepi langsung tidak
diendah. Kereta di sebelah dihentam beberapa kali tanpa henti.
“Kai, sudahlah tu!” jerit gadis itu.
Debaran di dada rasa tidak mahu berhenti lagi dengan adegan kenderaan
masing-masing.
“Diamlah, Nadia! Sebab Nadia Kai
terpaksa buat macam ni tahu tak!” tempik Kai.
Nadia terdiam. Pertama kali lelaki
itu meninggikan suaranya. Tidak sangka ucapan kasih dibalas dengan tengkingan
seorang lelaki yang sangat dicintai sepenuh hati. Terasa tangisan mahu
dihamburkan saat itu juga.
‘Kai tak pernah tengking aku.
Perasaan aku pulak dia tak balas apa-apa. Kai tak cintakan aku rupanya selama
ni. Kai penipu! Kai...Nadia leburkan segala prinsip Nadia gara-gara Kai. Nadia
sanggup bergadai nyawa untuk Kai. Kenapa Kai layan Nadia macam ni?’ desis Nadia
dalam hati yang mula renyuk.
Subaru BRZ terus diasak. Pintu
kereta Kai hampir tercabut gara-gara langgaran bertubi-tubi. Tanpa disedari
cahaya di depan terus mendekati. Kenderaan yang berada jauh semakin lama
semakin dekat mendekati Kai dan Nadia.
“Kai! Kai!” pekik Nadia lagi. Bebola
matanya semakin jelas kelihatan. Tangannya pantas menepuk bahu Kai.
“Tengok depan, Kai!”
Tiada tenpat untuk mengelak. Tiada tempat
untuk melarikan diri. Kenderaan di depan sahaja yang boleh menghentikan lajunya
Kai. Rempuhan bagaikan fizik.
Your
wish is now finally granted, Nadia. Your death is worth with the one you love.