Selena termenung di depan kaca televisyen. Filem yang
bertajuk Sydney White tu langsung dia tak ambil endah. Mamat handsome dalam cerita tu pun dia tak
ambil peduli pun. Jalan cerita yang kelakar tu langsung tak dapat mengalihkan
perhatiannya daripada termenung.
Apa benda
yang dia menungkan tu?
Nak tahu
tak?
Fikirannya
teringatkan peristiwa malam kelmarin. Punyalah bertungkus lumus dia menyiapkan
makanan buat Kai. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke dapur. Pergh! Boleh
masuk world record ni!
Memasak
kot! Memang sampai bila-bila aku tak boleh nak lupa pengalaman aku memasak ni.
Agak-agak aku dah tua nanti bolehlah aku cerita kat cucu-cicit aku.
“Cu...dulu
nenek masuk dapur masa umur nenek 17 tahun. Nenek tak pandai masak pun. First time nenek masak habis nasi goreng
tu hangus. Hahaha!”
Ish, aku
ni! Fikir sampai ke tua! Takkanlah aku nak cerita aku ni tak pandai masak kat
cucu-cucu aku. Malulah! Jatuh saham aku nanti!
Sebenarnya,
point penting yang nak cakap, dia
teringatkan Kai sebenarnya. Lelaki itu sememangnya lelaki pertama yang berjaya
membuatkan hidupnya kucar-kacir. Disebabkan mamat tulah aku berjaya masak maggy
tau.
Weh,
jangan main-main tau. Walaupun maggy je pun, ingat senang ke orang macam aku ni
nak masak maggy sedap macam tu?
Ceh,
padahal maggy semuanya rasa sama je! Apalah!
Sedikit
sebanyak bibir Selena mengukir senyuman apabila teringatkan jejaka yang membuat
malamnya huru-hara. Biarpun lelaki itu mengada-ngada, ada juga perkara yang
menambatkan hati.
Terkejut
betul malam tu apabila Kai menyamar jadi hantu. Pintu rumah tiba-tiba terbukak
sendiri. Ingatkan siapalah yang buka pintu, sebab tak ada orang langsung.
Rupa-rupanya Kai yang main-mainkan dirinya. Huh! Tak guna betul mamat tu!
Ish, nasib
baiklah aku ni tak pengsan tau! Kalau tak buat malu je.
‘Rasanya
macam pernah nampaklah muka Kai tu tapi kat mana ek?’ desis hati kecil Selena.
Fikir
punya fikir, memang patutlah Selena macam pernah nampak muka Kai. Rupa-rupanya
dia jumpa kat Teen’s Choice Award dulu! Kai tu kan hero dalam cerita Romeo and
Juliet tu. Ha! Baru ingat!
“Eh, tapi
macam mengarut sangat je! Aku ni nak buat cerita tapi melalut benar!” Selena
berkata kepada dirinya sendiri. “Cerita Romeo and Juliet tu lain. Hero dia tu
Douglas Booth. Bukannya Kai. Takkanlah tiba-tiba Douglas Booth ni pindah
sebelah rumah aku dengan papa pulak? Cakap melayu pulak tu. Eh, aku ni! Dah mengarut
sangat ni!”
Kai.
Namanya
pendek je tapi nama itulah yang berlingkar di fikiran Selena sekarang ni. Mamat
tu punya paras rupa lebih kurang je macam Douglas Booth tu. Kacaklah jugak.
Suara pun garau-garau gitu. Kalau dengar dia bercakap confirm rasa macam nak jadi mentega cair.
Pernah tengok cerita Romeo and Juliet? Kalau tak pernah,
pergilah tengok. Kisah antara dua keluarga yang berbeza. Namun, pertemuan Romeo
dan Juliet telah menimbulkan babak-babak romantik antara mereka berdua.
Bahasa Inggeris yang digunakan dalam
filem tu pula, ya ampun! Susah betul nak faham! Dia yang dah lama tinggal kat
London tu pun kena bukak kamus sebab nak fahamkan apa yang dia orang cakap.
Ending cerita tu macam mana pulak ek?
Alah, tak
payahlah cakap. Rasanya semua orang tahu pengakhiran cerita Romeo and Juliet
macam mana.
Berbalik
pada Kai, hati Selena terasa berdebar setiap kali memandang lelaki itu. Dia pun
tak tahu sebab apa. Nak kata dia suka, takkanlah kot. Dia baru je kenal mamat
tu. Itu pun nasib baiklah si Kai tu tuntut janji dia pasal sarapan dan makan
malam tu. Kalau tak, memang sampai sekarang dia tak kenal pun jejaka tersebut.
Ish, aku
ni dah kenapa? Dengan Jared dulu pun tak macam ni? Mungkin sebab si Kai ni handsome sangat kot. Tu yang sampai
macam nak meletup je jantung ni. Aku tak kisah pun dia dengan perangai dia yang
annoying tu. Aku dengan dia lebih
kurang je. Suka betul membebel. Hurm, eloklah tu!
“Okey.
Relaks, Selena. Mungkin sebab dia tu klon Douglas Booth kot yang buat kau macam
nak angau ni. Relaks. Relaks,” ujar Selena sambil menarik nafasnya.
Tarik nafas. Lepaskan.
Inhale. Exhale.
Breathe in.
Breathe out.
Fuh!
***
Selena
membuka pintu rumahnya lalu ternampak kelibat kembarnya yang ringkas berseluar
jeans dan T-shirt hitam.
“Amanda?”
ucap Selena sambil mengerutkan dahi.
Selena
bergegas membuka pintu lalu membawa Amanda masuk. Takut pulak kalau identiti
mereka berdua kembar terbongkar. Papa tak tahu apa-apa langsung mengenai
rancangan mereka. Kai pun tak pernah tahu langsung. Kalau Kai nampak memang
habis pelan mereka berdua. Yalah, mesti Kai sangka yang selama ini Amanda
merupakan anak tunggal Uncle Syafiq.
Amanda
langsung menanggalkan tudung. Rimas pulak dia. Cuaca hari tu bolehlah nak
dikatakan panas.
“Kau apa
khabar?” tanya Amanda kepada Selena.
Mereka berdua kini berada di ruang tamu rumah. Amanda ligat
mengipas bajunya untuk menyejukkan badan. Mujur jugak ada pendingin hawa di
rumah tu. Sejuk sikit badan ni. Lega!
“Kau
datang sini just nak tanya apa
khabar?” balas Selena dengan soalan.
“Tak
adalah. Kau kan semalam macam orang gila nak masak. Sampai nak terbakar dapur
tu,” ujar Amanda sengaja mengusik kembarnya.
“Ish, kau
ni! Tak payahlah nak ingatkan aku balik pasal tu. Malu aku tau,” ucap Selena.
“Dapur tu okey jelah. Tak ada apa-apa pun. Papa pun tak perasan langsung apa
yang jadik malam tadi. Kau rest easy
jelah.”
“Kau
buatkan papa breakfast apa pagi
tadi?” soal Amanda yang dah terbongkang atas lantai. Letih pulak rasa badan ni!
“Alah,
setakat roti dengan sandwic tu bolehlah. Simple
je,” ujar Selena yang kini bersama dengan Amanda terbongkang kat atas
lantai. Nasib baik jugak ada karpet. Tak adalah sakit sangat badan tu.
“Kau macam
mana pulak?” tanya Selena kemudian. “Mak Cik Emma dan mama perasan apa-apa tak?”
Amanda
menggeleng lalu menjawab, “Harapnya taklah. Mula-mula tu Mak Cik Emma macam
pelik yang aku tiba-tiba buatkan breakfast
pagi tadi.”
“Kau buat breakfast apa?”
“Aku
buatkan jemput-jemput. Kopi pun aku siap hidang kat atas meja makan tu,” balas
Amanda.
“Jemput-jemput?
Apa benda tu? Bunyi macam nak jemput orang dari bus standje.”
“Ha, tu
yang Mak Cik Emma pelik tengok aku. Kau ni nasib baiklah aku tahu kau baru
sampai dari London tu. Kalau tak memang aku dah gelakkan kau hari-hari tau,”
ucap Amanda.
TV yang menyiarkan
filem Sydney White lakonan Amanda Bynes masih lagi tertayang. Dia hanya
memandang sekilas.
Eh, nama
kita berdua samalah! Amanda! Patutlah mama mintak aku jadi model. Nama Amanda
ni famousjugak. Amanda Bynes, Amanda
Seyfried...
Hehehe...
Famous...famous!
Cet,
Amanda! Kau ni tak habis-habis berangan! Ingatkan cool-cool kau tu, coollah
sangat. Tapi suka berangan rupanya.
“Habis tu, kau cakap apa kat Mak Cik Emma tu?”
tanya Selena menghentikan terus angan-angan mat jenin Amanda.
“Apa lagi?
Aku temberanglah. Macam-macam cerita aku buat. Aku cakap yang aku bangun
awallah. Lepas tu, aku tengok YouTube sebab nak buat jemput-jemput tu. Nama
Baekhyun pun aku sebut.”
“Baekhyun?
Siapa Baekhyun?”
“Kau ni!
Baekhyun pun tak kenal ke?”
Selena
menggeleng.
“Tak.”
“Lee Min
Ho kau kenal tak?”
“Tak.”
“Frekuensi
Korea tu tak sampai London ke weh? Semua nama yang aku cakap semuanya kau tak
tahu. Super Junior kau tahu?”
“Nama
jelah aku kenal. Orangnya memang taklah. Benda-benda Korea tu sampai jelah kat
sana. Aku je yang tak berminat. Aku malas nak layan benda-benda tu. Baik aku
tengok mamat-mamat London. Hot stuff
gitu!”
Amanda
hanya mencebik. “Tak habis-habis kau dengan mamat London. Kau ni cuba ushar
lelaki Asia. Orang Asia ni pun boleh tahan jugak.”
“Lelaki
Asia? Weh, cuba kau tengok jiran rumah sebelah kita tu. Muka dia tu pun sebiji
macam orang London tau tak. Rupa macam pelakon pulak tu. Douglas Booth! Handsome mak ai! Cair aku tengok!”
Amanda
memandang sekilas ke arah Selena yang baring di sebelahnya.
“Kau
jangan kata kau tengah cerita pasal Kai sekarang ni?”
Selena
menangguk semahunya. “Yup!”
“Ish, kau
ni! Muka macam tu kau kata macam Douglas Booth? Kau ni memang kena pakai cermin
matalah. Mata kau ni confirm ada something wrong. Tak ada maknanya rupa
Kai tu macam hero Romeo and Juliet tu,” balas Amanda yang meletakkan tangannya
ke bawah kepala.
“Betullah
apa yang aku cakap ni. Mata kau tu yang kena repair. Aku tengok muka dia malam tadi, ah, heaven! Handsome kot!”
“Dia tu annoying kot. Membebel macam mak nenek.”
“Aku tak
kisah pun. Aku pun suka membebel jugak.”
“Eloklah
tu. Korang ni sama je. Dua kali lima sepuluh,” kata Amanda. “Tak kira. Lepas
ni, kau mesti kena tahu pasal Korea. Tak banyak pun sikit jadilah. Aku dah
cakap macam-macam kat Mak Cik Emma tu yang orang Korea ni comel-comel belaka.”
“Aduh, kau
ni! Macam-macam betul! Susahlah nak jadik kau ni,” rengek Selena. Mulut dah
monyok.
“Kau jugak
yang beria betul nak menyamar jadi aku. Ha, sekarang baru kau tahu susah nak
jadi aku yang cool ni.”
“Eleh. Perasan.
Menyampah betul.”
Amanda
bingkas duduk. Ada sebabnya dia datang ke rumah itu. Dah syok borak-borak
dengan kembarnya, sekarang dia beritahu perkara yang lebih penting. Mustahak
gila ni!
“Selena...”
Selena
menghalakan pandangannya ke arah Amanda.
Amanda
pula hanya terkebil-kebil. Nak cakap ke tak nak. Nak cakap ke tak payah cakap?
“Kenapa?” tanya Selena.
“Aku dah
tak nak menyamar jadi kaulah.”