Bab 19

“Assalamualaikum. Nama saya Selena binti Syafiq. Selamat berkenalan semua!” lafaz Selena ramah kepada seluruh ahli kelasnya. Bibir ringan sahaja mengukir senyuman. Teruja rasanya mempunyai kawan baru. Dapat kawan sama bangsa. Sama umur. Sama tempat.

Oh, my beloved Malaysia!

I’m super duper excited!

Hehehe...

“Waalaikumsalam.” Kawan-kawan sekelasnya yang lain menjawab salam. Selalunya awal tahun pelajar baru masuk. Lebih kurang dua bulan berlalu, tiba-tiba ada murid baru masuk sekolah. Jarang-jarang berlaku ni!

“Hai, Selena!” teriak kawan-kawan sekelasnya. Lagi-lagi yang berspesies lelaki. Mana taknya. Kau orang tu tengah tengok model tau!

More of model yang tengah tangguh kerja actually.

Pelajar-pelajar lelaki semuanya macam nak pengsan melihatkan kejelitaan Selena. Wajah yang dimekap ala-ala Cher Lloyd itu memang menaikkan seri muka.

Eye makeup – dark smokey eye - Ah, cairnya!

Hidung mancung – Memang kalah hidung penyekku!

Bibir fresh pinkAwww....

Rambut – lurusnya!

Aduh, aku terjatuh cinta!

“Hello, guys!” Selena ramah menegur rakan-rakan barunya.

“Can you tell us where you come from?” ujar guru yang memegang kelasnya. Guru yang dikenali sebagai Teacher Linda itu juga ramah menyambutnya ke sekolah baru.

“I was born here in Johor. But when I was about two years old, my mother and I moved to London,” ujar Selena memandang guru dan kawan-kawannya. Dia ralit bercakap menggunakan loghat England. Nasib baik boleh difahami.

“Oooohhh...” Budak-budak dalam kelas semuanya kagum dengan Selena. Ada orang dari London datang sekolah woi! Siapa yang tak jakun?

“What makes you want to come back here?” tanya Teacher Linda lagi.

Selena diam sebentar. Tidak mahu lagi dia ingat kenangan lama.

“Well, better air.”

Jawapan paling selamat.

Teacher Linda tersenyum mendengarkan kata-kata Selena. Dia memang sangat takjub dengan kepetahan gadis itu berbicara. Jarang dia melihat anak-anak muda yang fasih berbahasa inggeris. Siap dengan loghat England lagi tu.

Hot uolls!

Dia tahu dibesarkan dengan suasana yang memerlukan dirinya untuk berbahasa inggeris menjadi pendorong gadis yang bernama Selena itu fasih berbahasa tersebut. Mujur juga dia masih lagi berbahasa ibunda. Ada sesetengah orang kalau dah lama sangat duduk negara orang sampai tak tahu langsung nak cakap melayu. Dah keras terus lidah!

“You should learn to speak in English from Selena, guys. She’s really good!” ucap Teacher Linda yang merupakan guru Bahasa Inggeris kepada anak-anak muridnya.

“You can sit next to Amanda,” katanya lagi. “Do you know her?”

Selena tersenyum. “Yes, I know her.”

“Ok, well. You may take your seat now.”

Selena mengangguk. Kakinya terus melangkah mengambil tempat di sebelah Amanda. Amanda hanya mampu memandang. Budak-budak lelaki lain tak payah ceritalah kot. Semuanya cair dengan gaya jalan model tu!

Aww...

Kalau boleh semuanya nak hulurkan kerusi masing-masing. Boleh jugak suruh Selena tu duduk sebelah. Kenapalah dia ni cantik sangat?

Mana tak cantiknya? Jawapannya...dia kan model!

“Hello, again,” tutur Selena. Mulutnya tak sudah-sudah menghulurkan senyuman.

Amanda hanya tersenyum kosong.

‘Alah, kenapalah aku kena jumpa lagi dengan minah mekap tebal ni?’ desis Amanda dalam hati.

Bukannya dia tak suka dengan Selena, dia cuma terasa agak tak biasa dengan gadis itu. Selena tu memang sungguh girlish orangnya. Dia pulak ganas semacam.

Selena tu nampak dependant. Dia perlukan pergantungan orang lain dan terasa perlu dilindungi. Amanda pula macam lebih hormon testosterone. Berdikari dan terasa mahu melindungi orang yang disayangi.

“Hai,” ucap Amanda. Tudungnya dibetulkan sedikit.

“Nampaknya kau kena tengok muka akulah nampaknya,” ujar Amanda kemudian.

Selena senyum lagi. “Okeylah tu. At least aku dah ada kawan. Bolehlah tanya apa-apa yang patut. Manalah tahu kalau tiba-tiba aku nak mintak tolong, bolehlah aku cari kau, kan?”

Amanda membalas senyuman Selena. Jarang ada orang yang mahu berbicara dengannya. Walaupun dia tu antara pelajar yang bijak di kelas, jarang sekali kawan-kawannya mahu berbual dengannya. Mungkin juga perwatakan dirinya yang agak pendiam dan nampak kasar menyebabkan orang rasa janggal untuk menghampirinya.

“Okay, class. Let’s start our lesson today,” tutur Teacher Linda yang sudah mahu memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Amanda memandang ke arah Teacher Linda selepas itu. Diri bersiap sedia untuk fokus belajar di dalam kelas. Cukuplah dia berpenat lelah mengutip sampah. Sekarang dia nak belajar pulak. Mujur juga kipas syiling betul-betul terletak di atas kepalanya. Hilang terus panas. Peluh pun tersejat terus.

Ah, lega!

Selena hanya memandang Amanda.

Pandangan itu tulus ikhlas ditujukan buat gadis itu. Sukar mahu dinyatakan perasaan itu. Terasa lain sekali apabila dia bertentang mata dengan Amanda. Mata berwarna hazel-nut itu mengingatkan dirinya kepada seseorang. Hidungnya. Mulutnya. Bulu kening. Bulu mata. Memang dia kenal sangat wajah itu. Wajah itu memang mengingatkan dirinya kepada seseorang. Wajah itu terasa sungguh dekat sekali.

Amanda mengingatkan dirinya kepada dirinya sendiri.

Selena terasa seperti sedang melihat dirinya sendiri!

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh