“Terima kasih, Kai sebab tolong aku hari ni,” ucap Amanda
ringkas. Beg sandang belakangnya cepat-cepat dipakai. Tak mahu membazir masa
lagi.
“Kau
jangan lupa pulak apa yang kau cakap kat aku tadi,” balas Kai memandangnya di
tempat duduk penumpang.
Amanda
yang tergesa-gesa itu terus membuka pintu kereta. Malas nak ambil kisah apa
yang Kai katakan tadi. Apa yang dia mahu hanyalah untuk masuk ke dalam pintu
pagar sekolah.
Ramai
betul pelajar yang berlari-lari dek kerana takutkan pintu pagar ditutup cikgu
misai kontot tu. Beliau memang dah bersedia dari tadi di tepi pagar dengan
rotan di tangan. Jarinya memainkan misai yang dah sedia pendek tu. Mengalahkan
Hitler betul misai kontot beliau tu!
Amanda
memandang jam tangan. Jarum jam menunjukkan lagi satu minit tepat pukul 7.20
pagi.
Alamak!
Pukul 7.20 pagi dah tutup pintu pagar. Pukul 7.30 dah mula kelas pulak. Aduh,
gila macam ni! Macam mana aku nak menghadap klon Hitler tu?
“Hoi, kau
dengar tak apa yang aku cakap ni?” Kai tanya lagi.
Amanda
langsung tak ambil peduli dengan Kai. Pintu kereta yang dibuka tadi terus
ditutup.
Pecut!
Kai yang
dibiarkan tanpa soalannya berjawab tercengang-cengang. Bengang pun ada dengan
budak sekolah anak kepada jirannya tu.
“Kurang
asam betul budak ni,” ucap Kai di dalam kereta. “Penat-penat je aku drift hantar kau sampai sekolah. Tak
pernah aku buat tahu tak. Selalunya aku laju bila nak race je. Hei, pecah rekod!”
Puas Kai
membebel.
“Nasib
baiklah aku kenal bapak kau. Kalau tak tadi memang aku buat tak tahu je. Biar
je kau tersadai kat tepi jalan tu. Baru padan muka kau.”
Eh, tak
habis bebel lagi mamat ni rupanya!
Teringatkan
apa yang dijanjikan oleh Amanda tadi, dia terus berkata lagi, “Kalau dia tak
buatkan aku punya sarapan dan makan malam nanti, siaplah dia! Memang aku hon
depan rumah dia hari-hari sampai naik pekak telinga dia tu!”
Ish, si
Kai ni! Tak sudah-sudah kau ni! Asyik membebel je kerjanya. Amanda tu pun tak
kuat merungut macam kau tahu tak?
Ish...ish...ish!
Mengenangkan
sarapan dan makan malam, dia terus gembira riang tak terkata. Mulutnya yang
suka mengunyah itu terus tersengih-sengih macam orang gila. Tangan diletakkan
di dada. Mata bersinar mengalahkan sang cahaya.
Ceh, overreacting betul!
Makanan
kot! Siapa je yang tak suka makan?
Dia terbayang-bayangkan
sarapan di atas meja. Ada roti. Ada nasi lemak. Ada telur dadar yang separuh
masak tu. Kalau dapat masuk mulut ni, pergh! Nikmat gila!
Memang favourite Kai tu kalau bab masuk telur
dadar separuh masak. Dia suka tengok kuning telur yang mencair atas pinggan. Apabila
terkena nasi, gaul-gaul, memang lagi umph
beb!
Krok...krok...krok....
Ah, sudah!
Perut aku ni dah bunyi pulak. Ish, aku ni! Pantang betul ingat makanan! Cepat
benar asid HCl dihasilkan!
Alamak, hunger pain!
Oh, my stomach! Sabarlah kau! Kejap lagi aku pergi warung eh! Kejap lagi
aku isi kau penuh-penuh sampai nak senak perut ni!
Hahaha!
Teringatkan
makanan malam pulak, mata Kai blink-blink
lagi!
Aiyo!
***
Lari!
Sedikit
demi sedikit pintu pagar sekolah ditutup rapat. Amanda yang penat berlari dari
kereta mewah Kai tu habis tercungap-cungap.
‘Aduh,
penat betul aku hari ni! Dari aku bangun tidur sampai sekarang asyik berlari
je,’ desis Amanda dalam hati.
Nafasnya turun naik macam rasa nak meletup jantung. Dia
dapat rasa yang jantungnya sekarang ni tengah pam darah laju-laju ke seluruh
anggota tubuh gara-gara dirinya yang terpaksa berlari.
Ingatkan
bila Kai drift macam nak accident tadi sempatlah sampai sekolah.
Sempat tu memanglah sempat sampai tapi tak sempat masuk sekolah. Pintu pagar
dah tutup pulak!
Hwaaa! First time
tau aku buat salah macam ni!
Cikgu
misai kontot atau nama sebenarnya Cikgu Ali tersenyum sinis je apabila melihat
anak-anak muridnya tak dapat masuk ke dalam kawasan sekolah kerana pintu pagar
telah ditutup oleh dirinya sendiri. Dia memang suka betul kalau dia dapat denda
pelajar-pelajar. Bukan sebab nak dera budak, tapi nak ajar budak yang masa tu
sangat berharga sebenarnya. Tak boleh sewenang-wenangnya dibazirkan macam tu
je.
Donald
Trump pun pernah cakap, ‘Time is money’. Dalam Al-Quran pun tak perlu cakap.
Surah Al-Asr tu ALLAH dah terangkan kepada manusia bahawa masa itu sangat
penting sekali. Pepatah arab juga pernah mengatakan, ‘Masa itu bagaikan pedang.
Kalau kamu tak memotongnya, dia yang akan memotong kamu.’
Ha, nampak
tu teguhnya prinsip cikgu misai kontot, eh, silap, Cikgu Ali berkaitan masa.
Bagus betul dia tu!
“Aduh, ni
semua bateri jam punya pasal!” Amanda masih lagi menyalahkan bateri jam loceng.
Padan dengan muka kau, Amanda. Lain kali beli je terus bateri. Tak payahlah
rajin sangat nak kutip bateri.
Dia yang
masih lagi geram dengan bateri tiba-tiba terlanggar seseorang. Seperti dirinya,
pelajar perempuan itu juga lambat hadir ke sekolah.
“Sorry,” ucap Amanda sebagai tanda maaf.
Gadis yang
baru dia jumpa itu pula hanya menggeleng sambil tersenyum.
“That’s fine.”
Dia membalas kemudian.
“Kenapa
kamu lambat hari ni?” celah Cikgu Ali dengan muka menyinga. Muka je menyinga
tapi dalam hati ada taman sebenarnya. Atas alasan nak mendidik anak-anak muda
yang suka benar mempermainkan masa, dia sengaja je sorokkan bunga dalam taman
tu. Hehehe...
“Sorrylah, cikgu. Hari ni papa saya tak
ada. Penat saya kejar bas tadi tapi tak sempat jugak. Tu yang lambat ni cikgu,”
balas Amanda.
Alahai, muka! Kembalilah kau bermuka Puss in Boots! Memang
hari ni dia drama queen habis!
“Eh, bukan
kamu ke yang baru keluar dari kereta Skyline tadi?” tutur Cikgu Ali. Tangannya
masih lagi bermain dengan misai kontot. Tak habis-habis!
“Ha?”
Amanda terkebil-kebil. Apa kait pulak aku datang lambat dengan aku naik kereta
Kai tu?
Cikgu Ali
memerhatikan muka Amanda. “Ha, betullah kamu yang keluar dari kereta Skyline
tu!”
“Aah. So?”
Amanda
masih lagi tidak dapat menangkap apa yang mahu disampaikan dengan cikgunya yang
mempunyai misai persis Hitler tu. Nasib baiklah misai je yang nak sama. Tak
faham betul dia. Banyak-banyak cara nak bela misai, gaya si Hitler tu jugak
Cikgu Ali tu pilih.
Ah,
apa-apa jelah!
“Ish, kamu
ni! Dah nama pun kereta Skyline. Takkan tu pun tak faham lagi?” Cikgu Ali
berucap. Masih lagi dengan teka-teki yang membuatkan Amanda betul-betul pusing
kepala.
Amanda
kian mengerutkan dahi.
“Kereta
Skyline tu laju tahu tak? Depan mata kepala saya sendiri yang bapak kamu tu
bawak kereta tu laju gila. Takkan tu pun lambat sampai sekolah?”
‘Oh, tu ke
yang cikgu ni nak cakap?’ bisik Amanda dalam hati. Ingatkan apalah tadi.
Skyline dengan aku datang lambat sekolah? Ada-ada jelah cikgu ni. Tahu tak
cikgu masa tu emas. Saya nak masuk belajar! Entah-entah cikgu biologi saya dah
masuk kelas.
“Dah
kereta tu yang sampai lambat, nak buat macam mana? Yang bawak kereta tu pun
bukannya papa tapi jiran aku. Cet!” Amanda membalas. Namun suaranya lebih
diperlahankan.
“Amboi,
menjawab pulak eh kamu!” Cikgu Ali semakin menyinga. Rotan yang dipegang sedari
tadi diketuk-ketuk ke pergelangan tangannya.
Alamak,
dia dengar ke apa yang aku cakap tadi! Aiyo! Janganlah kau nak rotan aku pulak
tiba-tiba. Aku datang lambat je kot. Bukannya aku buli budak!
“Cikgu,
ampunkan saya! Selamat hari raya. Maaf zahir batin. Saya tak sengaja datang
lambat hari ni. Jangan rotan saya cikgu!”
Amanda
sudah mula melalut.
Gadis yang
dilanggar yang tekun berdiri di sebelahnya mampu tergelak melihatkan aksi
Amanda.
“Apa benda
yang kamu merepek ni?” tutur Cikgu Ali. Mukanya masih lagi garang mengalahkan
cikgu disipilin. Eh, beliau ni memanglah cikgu disiplin! Apalah!
Dalam hati
Cikgu Ali hanya mahu mengekek ketawa. Takut betul budak ni dengan aku!
“Cikgu kan
nak rotan saya. Janganlah, cikgu! Nanti kalau saya sakit, siapa yang nak hantar
saya pergi hospital?” kata Amanda kemudian. Tak padan betul dengan gayanya yang
lasak tetapi sebenarnya penakut dengan rotan cikgu misai kontot.
Hui, siapa
yang tak takut kena rotan tu? Rotan tu legend
kot. Dah tujuh generasi rotan tu digunakan oleh setiap cikgu disiplin di
sekolah tersebut. Rotan itu jugalah telah berjaya mendidik anak-anak muda
menjadi anak bangsa yang tahu nilai murni. Jangan main-main dengan rotan tu!
“Ish, kamu
ni! Ingat suka-suka saya je ke nak rotan anak orang? Sudah! Masuk dalam! Tapi
tunggu kejap sebab saya nak denda kamu,” balas Cikgu Ali.
Alamak!
Denda pulak?
Amanda
masuk ke dalam kawasan sekolah setelah diarahkan cikgu disiplin tersebut. Muka
Puss in Boot kali ni langsung tak berjaya. Ingatkan boleh lepas. Rupanya tak.
Aku rasa lepas ni kena belajar ilmu dengan Professor McGonagal dalam cerita
Harry Potter tulah. Bolehlah aku berubah jadi macam kucing dalam filem Shrek
tu. Memang confirm Cikgu Ali ni cair
tengok mata bulat aku ni!
Sampai ke
situ pulak si Amanda ni berangan. Nasib baik tak sampai lagi Hogwarts!
“Ha,
kamu!” sergah Cikgu Ali kepada pelajar perempuan yang masih lagi setia melihat
drama cikgu misai Hitler ni. Serius nak tergelak tengok misai tu!
Okeylah,
nak gelak ni! Hahahaha!
Disangka
Cikgu Ali yang pelajar tersebut mahu pengsan mendengarkan jerkahan cikgu
disiplin itu namun, dilihatnya budak tu relaks semacam. Muka pelajar itu juga jarang
dia nampak. Murid baru ke?
“Kenapa
kamu datang lambat?” Soalan yang sama seperti Amanda dihulurkan kepada pelajar
perempuan itu.
“I’m sorry. I’m new here.”
“Ha?”
Tercengang Cikgu Ali mendengarkan kata-kata pelajar tersebut.
“Oopss, sorry! Lupa pulak sekarang aku
ada kat Malaysia. Minta maaf, cikgu, sebab saya datang lambat hari ni. Saya
pelajar baru kat sini. Saya tak tahu pulak peraturan kat sini yang pintu pagar
sekolah tutup pukul 7.20 pagi,” balas Selena panjang lebar.
‘Fuh, first time aku cakap maaf panjang macam
ni!’ desis Selena dalam hati. ‘Selalu cakap sorry-sorry
je.’
Tiba-tiba
teringat pulak dia dengan lagu Sorry Sorry yang dinyanyikan boyband Korea Super
Junior. Nasib baiklah aku tak tahu tarian lagu ni macam mana. Kalau tak memang
depan cikgu misai kontot ni aku menari mintak maaf.
Cikgu Ali
mengangguk tanda faham.
“Oh,
pelajar baru rupanya,” ujar Cikgu Ali. “Masuk cepat.”
Selena
hanya tersenyum. Lepas ni kena pergi pejabat nak tahu masuk kelas mana. Lepas
tu nak kena perkenalkan diri. Lepas tu...lepas ni...
Dalam
kepalanya sudah merancang beberapa perkara yang perlu dibuat setelah sampai ke
sekolah. Biasalah. Dia budak baru. Macam-macam benda yang kena buat.
Kaki
Selena mahu berjalan pergi.
“Hoi, kamu
nak ke mana tu?” Cikgu Ali mencelah sebelum Selena sempat pergi.
“Nak pergi
pejabat,” jawab Selena pendek.
“Nanti
dulu. Pelajar baru ke bukan pelajar baru ke saya nak denda kamu berdua hari
ni!”
Selena
ternganga. “What the...”
“Apa nama
kamu?” Cikgu Ali menujukan soalan kepada Amanda.
“Amanda.”
“Kamu
pulak?”
“Selena.”
“Amanda,
kamu saya denda kena kutip sampah kat seluruh kawasan kat sekolah ni. Kamu pun
sama, Selena. Amanda, nanti kamu bawak si Selena sekeliling sekolah. Dia tu
budak baru. Kamu tunjukkan dia kat mana pejabat dan semua tu,” arah Cikgu Ali.
Banyak betul denda dia ni! Aduh!
Giliran
Amanda pula yang ternganga. “What the...”
Dia pulak
yang ‘What the...’
Selena dan
Amanda saling berpandangan. Tak sedar yang masing-masing sedang melihat kembar
sendiri.
“Dah pergi
cepat!” arah Cikgu Ali. “Dan lagi satu Selena. Lap mekap kamu tu. Peraturan
sekolah tak membenarkan pelajar-pelajar memakai alat solek.”
“What the...”
What the lagi!
***
Selena
memandang muka Amanda sepintas lalu. Pada mulanya dia rasa macam tak ada
apa-apa yang perlu dihairankan. Namun lama-lama terasa lain macam. Apa benda ek
yang lain?
Selena
memandang lagi Amanda. Walaupun curi-curi, namun dia pasti ada sesuatu kelainan
yang terdapat pada gadis ‘sedenda’nya itu.
“Kau ni
dah kenapa pandang aku macam tu?” tanya Amanda. Matanya memandang Selena.
Tangannya pula mengutip sampah satu demi satu.
Selena
mengambil peluang yang ada untuk menatap wajah gadis tersebut.
Betullah!
Lain macam sangat ni!
“Your eyes...that nose...lips...oh, my God!”
Amanda
berdiri. Dahinya lantas berkerut melihatkan Selena yang baru sahaja dia kenal
beberapa minit yang lepas itu bertindak pelik semacam.
“Huh?”
‘Budak
mekap tebal ni dah kenapa? Dah buang tabiat ke tengok muka aku ni?’ Amanda
berbisik dalam hati.
“You...emm..tak
ada apa-apalah,” kata Selena. Kepalanya menggeleng. Tak ada apa-apa kot. Aku je
yang feeling lebih ni.
“Cepatlah
kutip sampah tu. Aku nak pergi kelas ni,” ujar Amanda.
Bengang sungguh dia hari tu. Bermula dengan bangun lambat
oleh sebab bateri jam loceng yang dah tak berfungsi. Kemudian, kena berlari
kejar bas. Lepas tu, kena naik kereta Kai macam nak muntah dah rasa. Pagi-pagi
lagi mamat annoying tu dah buat fish tail macam tengah racing. Lepas tu berlari lagi
semata-mata nak kejar pintu pagar. Kena pulak menghadap Cikgu Ali tu. Ni kena
denda pulak. Lepas ni kena pulak jadi tour
guide budak mekap tebal ni!
Ish, kalau bukan sebab budak mekap tebal ni, lepas ni tak
payahlah aku susah-susah nak pergi menjelajah satu sekolah nak tunjuk tempat
satu-satu. Ingat ni orientasi ke? Aku ni nak belajar. SPM dah dekat. Entah apa
bendalah yang aku miss kat kelas hari
ni? Ah, ni pun Cikgu Ali punya pasal!
Hwaaa!
Benci! Benci! Benci!
“Jangan lupa bawak I pergi pejabat lepas ni,” ujar Selena
selepas itu memecahkan lamunan Amanda yang tak habis-habis lagi tahap
kebengangannya.
Kebengangan? Emm..pun boleh!
“Kau ingat
aku tak tahu ke? Aku tahulah. Kan Cikgu Ali dah cakap tadi. Ingat aku lupa ke?”
balas Amanda agak kasar.
Memang dia biasa sebegitu. Macam watak perempuan dalam
cerita anime jepun, dia punya watak yang agak lasak. Cool gitu!
“Manalah tahu kalau you lupa. You kan baru je cakap tadi
you nak pergi kelas lepas ni,” kata Selena.
“Aku
tahulah apa aku nak buat. Kau tak payahlah nak sibuk-sibuk,” tutur Amanda. “And by the way, please drop the ‘I-you’
conversation. It bugs me. Cakap ‘aku-kau’ sudahlah.”
“Okay! Okay! As you wish your highness!”
Selena mengangkat tangannya tanda mengalah.
Bukannya apa. Dia tu masih lagi tak biasa dengan suasana di
Malaysia. Duduk kat London dulu asyik ngomong bahasa orang putih je. Dah duduk
kat Malaysia ni rasa macam berbelit pulak lidah nak cakap.
Matanya
pun masih lagi tak biasa tengok orang berbilang kaum. Tengok kanan nampak orang
Melayu. Tengok kiri pulak nampak orang Cina. Pandang depan pulak nampak orang
kaum India. Belum lagi agaknya dia pergi ke Sabah dan Sarawak yang sangat kaya
dengan tradisi yang unik dan tersendiri.
‘Reti
jugak minah ni cakap English,’ desis hati kecil Selena. ‘Not badlah. Bolehlah buat geng lepas ni.’
Tangannya
yang geli-geleman memegang sampah cepat-cepat meletakkan sampah tersebut ke
dalam plastik sampah. Pertama kali dia didenda sedemikian. Tak pernah selama
dia bersekolah kena denda. Mana taknya, dia pun bukannya selalu ada kat sekolah
pun. Asyik pergi shooting je. Nak
kena denda pun tak sempat.
Satu demi
satu tempat di sekolah tersebut mereka berdua tuju. Nasib baik juga baru waktu
pagi. Sampah pun tak banyak sangat. Kalau buatnya kena kutip sampah lepas waktu
rehat, memang nak pengsanlah jawabnya.
Lepas
rehat kot! Orang baru lepas makan. Memang tahulah banyak sampah menanti untuk
dikutip!
“Dah habis
kutip?” tanya Amanda.
Selena
mengangguk seraya menjawab, “Dah.”
“Finally!” Amanda menarik nafas lega.
Badannya penuh dengan peluh. Bajunya rasa
macam baru lepas mandi hujan.
Selena
juga begitu. Dia yang memang sungguh mementingkan kekemasan dan kebersihan
memang sudah rasa langsung tak selesa. Kejap-kejap bajunya dikipaskan. Lepas tu
tangan pulak main peranan menjadi kipas buat penyejuk badan. Sanitizer yang terletak dalam poket
cepat-cepat dikeluarkan.
Botok kecil itu dipicit sekuatnya.
Ambil kau!
Banyak betul sanitizerkeluar. Selena
terus menyapu kedua-dua tangannya. Nyahlah kau segala jenis kuman. Tak
sanggupku untuk berkongsi tempat dengan kau! Pergi! Pergi! Syuh! Main
jauh-jauh!
Amboi,
dramatik gila minah seorang ni!
Tapi
betullah. Dunia moden sekarang ni, macam-macam penyakit wujud. Manusia makin
pandai, kuman-kuman pun makin pelik. Mutasi macam dalam cerita X-Men tu!
Lebih
kuranglah.
“Dah jom!
Lepas ni nak orientasi kau pulak,” ucap Amanda yang sedang mengesat peluh di
dahi menggunakan sehelai kain kecil.
“Okey,”
balas Selena pendek.
Melihatkan
Selena yang tak sudah mengipas muka, Amanda menghulurkan kain kecil tersebut
kepadanya.
Selena
terkebil-kebil.
“Kau nak
suruh aku buat apa dengan kain tu?” soal Selena memandang Amanda.
“Lap dahi
kau tu. Peluh menitik-nitik.”
Selena
mengerutkan dahi. “What? Eww... Tak
naklah. Tadi kau dah guna lap dahi kau.”
“Tak nak
sudah.”
Amanda
menyimpan kain kecil ke dalam poket baju kurungnya.
“Ada ke
patut suruh aku lap peluh aku guna kain tu? Nak kongsi kain? Kongsi peluh?
Memang taklah kan. Eww infinity!”
Selena bersuara perlahan.
“I heard that,” Amanda membalas.
Selena
menekup mulut.
Alamak!
Minah kasar ni dengarlah pulak. Apa-apa jelah. Dia bukannya kisah pun apa yang
aku cakap.
“Dah
cepat. Nanti lambat pulak nak masuk kelas. Aku ni...”
“Nak
belajar. Yalah. Aku tahu. Aku tak lupa pun,” balas Selena. Sengaja dia meniru
ayat pelajar perempuan yang dia tak tahu berada di kelas mana itu.
“Huh,”
dengus Amanda. “Dah tahu tu tunggu apa lagi? Jomlah, copy cat!”
Selena
hanya mampu mengikut Amanda dari belakang.