[15
tahun kemudian]
Wajah itu bersinar-sinar dek cahaya
kamera yang memancar berkali-kali. Udara
yang berpusing dalam kelajuan yang sederhana itu telah berjaya membuat rambut
panjangnya melambai-lambai menyerlahkan lagi keanggunannya sebagai seorang
model ternama di kota London.
Selena.
Siapa
sahaja yang tidak kenal dengan model itu?
Wajah
itu bak gadis juga model popular Cara Delevigne. Rambut hitam kecoklatan
sungguh mengiurkan tiap-tiap kali ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Sepasang
mata coklat itu cukup indah apabila dilihat. Namanya gah terpampang di helaian
setiap majalah fesyen yang ada berserta dengan wajahnya yang menjadi pakej
utama membuatkan ramai lelaki yang tergila-gilakannya. Meskipun usia baru
mencecah 17 tahun, diri itu sudah menempah nama di persada fesyen.
Selena.
Siapa sahaja yang tidak tergoda
melihatkan kecantikan wajah itu?
Dirinya bergerak-gerak melakukan
gaya seriring dengan bunyi kamera. Jurukamera profesional itu gigih menangkap
gambarnya yang bakal disiarkan di muka hadapan majalah Vogue tidak lama lagi.
Ah, tapi dia tahu, Vogue bukan sahaja majalah yang boleh menyiarkan gambarnya
untuk santapan umum. Dia yakin gambar-gambar yang diambil pasti akan dimuatnaik
ke dalam laman sesawang oleh orang besar Vogue bagi menyerikan lagi ruangan
laman web.
“Yes!
Very good!” puji jurukamera tersebut.
Bukan
sahaja Selena yang membuat gaya. Dengan dirinya sekali terbaring-baring apabila
mengambil gambar untuk memenuhi cita rasa. Kejap-kejap baring mengiring. Lepas
tu duduk pulak. Selena kadang-kala geli hati melihatkan gaya yang dibuat hampir
semua jurukamera yang pernah dia temui. Siapa yang model sebenarnya?
Selena membuat gaya lagi. Wajah fierce tapi masih lagi cukup menawan.
“Pretty!”
“That’s
just gorgeous!”
Melambung-lambung pujian dihadiahkan
oleh jurukamera yang diupah. Darjah kamera hendaklah betul supaya gambar yang
terhasil akan menjadi begitu halus dan cantik serta memberi kepuasan kepada
mereka yang melihat.
Model-model lain yang berhampiran
dengan set penggambaran juga kelihatan kagum dengan aksi semula jadi Selena.
Ramai yang teringin untuk mendekati gadis itu supaya ilmu modelling dapat diturunkan. Tunjuk ajarku sifu!
“Okay!
We’re done here!” ucap jurukamera sambil melihat sekilas gambar Selena yang
diambil sebentar tadi.
“Great
job, Selena! As always,” kata jurukamera tersebut kepada gadis itu yang
kelihatan menghampiri dirinya. Selena tampil pesona dengan rekaan terbaru
mamanya yang merupakan salah seorang pereka fesyen terkenal di kota London.
Gaun labuh ungu gelap itu menyerlahkan lagi kecantikannya yang putih melepak.
Memang
tidak dapat dinafikan Selena merupakan salah seorang model yang terbaik yang
pernah dia jumpa. Kerjasama yang diberikan oleh gadis itu amat menakjubkan.
Selena juga baik orangnya. Tidak seperti model lain yang selalu sahaja angkuh
hanya dengan berbekalkan wajah cantik tetapi hati kotor.
Masing-masing bersalaman atas dasar
hubungan kerja yang agak akrab.
“Thank
you,” ucap Selena.
“It’s
such a pleasure to have work with you,” kata jurukamera yang dikenali
sebagai Ben. “Do you want to look at
these photos first?”
Selena hanya tersenyum. Memang dia
tahu itu sahajalah pertanyaan yang akan diajukan oleh Ben setiap kali sesi photo shoot selesai. Selalu juga dia
akan melihat hasil seni Ben sebelum pergi ke mana-mana untuk mengetahui tahap
gayanya. Manalah tahu kalau-kalau ada apa-apa gaya yang harus diperbetulkan.
Namun, hari itu dia terasa malas pula. Dia tahu Ben akan melakukan kerja yang
baik.
“Maybe
next time, Ben. I’ve got to go,” balas Selena. “I know I look fabulous in those pictures of yours.”
Ben ketawa. Gadis itu sememangnya
tahu dia mempunyai rupa. Kalau tak mana boleh jadi model.
“See
you later, girl.”
“Later.”
Selena berpaling lalu bergerak
pergi. Ramai yang ramah menegur dirinya. Ada juga yang meminta pandangan
berkenaan baju yang akan diperagakan semasa Fashion Show London yang akan
berlangsung tidak lama lagi.
“Selena,
you’ll wear this on the runway,” kata salah seorang pekerja di situ.
“Whatever.
Anything will look good on me.”
Kasut tinggi mengeluarkan bunyi
sambil dia berjalan menuju ke arah bilik persalinan. Jenny termengah-mengah
mengejar dirinya.
“Selena,
what size is your shoes again?” soal Jenny sambil tangan kirinya memegang
buku nota manakala tangan kanannya memegang sepasang baju rekaan Naeem Khan.
Tak cukup tangan betul! Maklumlah, jadi pembantu kepada salah seorang model
terkenal London, memang sibuklah jawabnya.
“For
goodness sake, how many times will I have to tell you?”
Geram
juga Selena kadang-kadang dengan pembantunya. Dari manalah mamanya kutip dia
ni? Asyik lupa aje kerjanya. Padahal semalam baru dia beritahu. Alahai, nasib
badan dapat executive assistant macam
Jenny ni!
Pangkal aje ada nama executive! Tapi gopoh-gapah. Sabar
ajelah, Selena oi!
Jenny hanya tersengih. Tidak sanggup
dia nak buat bosnya meradang. Tidak pasal-pasal nanti kena pecat. Tak ke susah nanti
nak cari tempat kerja baru? Hati Selena ni memang perlu dijaga. Dia tu baru
diambil bekerja oleh mamanya sendiri iaitu Amira. Kalau tidak, Selena memang
langsung tak pandang mukanya.
Baru-baru ini bekas pembantu Selena
dipecat gara-gara gadis itu lambat datang kerja. Selena yang memang sudah
dibiasakan dengan pembantu memang meradang habis. Mana tidaknya, salah satu
peluang dirinya untuk menjadi muka ternama Victoria’s Secret lesap macam tu aje
apabila pembantu lamanya tu lewat. Huru-hara jadinya.
Bekas pembantunya lambat, dia pun
lambat. Bukan lambat apa. Dia lambat bangun tidur! Amira pula ketika itu tidak
berada di London. Tergesa-gesa dia untuk menyiapkan diri. Apalah malangnya dia
ketika itu tiba-tiba sahaja tak ada air panas. Sudahlah waktu itu musim sejuk.
Berlari-lari dia memanaskan air yang berada di dapur secara manual. Ingatkan
sempat, rupanya tak! Air entah ke mana. Mandi apatah lagi.
Dia
sampai ke tempat yang dituju dalam keadaan yang agak memalukan bagi mereka yang
bernama model. Baju yang dipakai hanyalah baju tidur. Rambut kusut masai
langsung tidak bersikat. Secalit alat solek langsung tak ada walau seinci
bertepek di muka. Mujurlah wajahnya memang semula jadi cantik dan tidak
memerlukan banyak concealer untuk
menutup cela pada muka. Nasib baik juga dia berus gigi. Kalau tak memang berbau
mulutnya mengalahkan bau durian.
Alamak,
tercalar terus namanya sebagai Selena, model paling popular di kota London!
Mana nak letak muka ni? Keluhan demi keluhan lahir dari anak muda itu dek
insiden bekas pembantunya!
“Just
search my shoe size in your little red notebook, okay?” kata Selena lantas
membuatkan mata Jenny kesap-kesip. “I’m
sure you wrote it somewhere.”
“I’m
sorry. What did you just say?” soal Jenny.
‘Aduh!
Macam manalah aku boleh mengelamun ni? Mati aku kalau Selena tiba-tiba naik
angin,’ desis gadis yang sememangnya berasal dari London itu dalam hati.
‘Selena ni memang baik orangnya, cuma biasalah, budak yang nak membesar. Gedik
kadang-kadang terlebih dos. Angin dia
pun tak menentu sikit.’
“Urgh,
never mind!” Naik muak Selena mahu melayan pembantu yang baru diambil
bekerja beberapa hari itu. Asyik berangan aje si Jenny ni. Entah sampai ke
manalah dia merantau agaknya.
Baju yang dikenakan semasa sesi penggambaran
ditanggalkan seusai mereka berdua tiba di bilik persalinan. Kasut tumit tinggi
Jimmy Choo dicabut lalu dilemparkan ke arah Jenny. Terkejar-kejar perempuan itu
untuk menyambut lontaran Selena. Baju yang ditanggalkan itu juga dipungut.
Hei, Selena! Baju mahal ni! Cubalah
jaga sikit. Kalau ada yang terkoyak kan susah nak kena bayar ganti rugi.
Huh, Selena tu berduit. Muda-muda
lagi dah berkepuk duit dalam poket. Tak perlu risau bab membeli barang-barang mewah.
Mesti ada yang sponsor. Untung betul
model muda remaja itu!
Jenny melihat sekilas lalu ke dalam
kasut yang dipakai Selena untuk melihat saiz kaki gadis itu. Sejujurnya dia
malas mahu membuka buku nota kecil yang dipegang. Bermacam-macam maklumat yang
tertulis dalamnya. Takut nanti tertukar pulak dengan benda-benda lain. Nak
senang, tengok ajelah kasut yang terpampang depan mata.
Shoe
size: 6
Cepat-cepat Jenny mengambil buku
notanya kembali. Pen yang terletak elok di celah-celah buku nota itu dikeluarkan
lalu menulis maklumat yang diperlukan. Kertas itu dilipat sedikit supaya tidak
tertukar dengan perkara lain.
“Jenny,
hand me my coat, please,” arah Selena di sebalik pintu bilik persalinan.
Entah macam manalah pulak kot musim sejuk yang dia pakai tiba-tiba beralih
tempat. Seingatnya dia letak di tempat yang sama dia meletakkan pakaiannya yang
lain. Ah, Selena memang begitu! Ada aje yang terlupa. Semuanya executive assistant yang kena ingatkan.
Dengan pantas Jenny mencari-cari kot
yang dipinta oleh gadis 17 tahun itu. Tempat letak baju yang berhampiran
diselak-selak. Salah satu kot berwarna merah jambu diambil lalu disidai pada
pintu bilik persalinan Selena.
“Here!”
ucap Jenny menyerahkan kot tersebut.
“This
is pink,” ucap Selena dari dalam bilik.
“Yeah.
So?” kata pembantu itu
kehairanan.
“Today’s
Friday.”
“So
what?” Sungguh Jenny bingung mendengarkan kata-kata Selena. Betullah kot
apa yang aku ambil tu. Apa kait dengan warna merah jambu dan hari Jumaat?
“I
don’t wear pink on Fridays,” balas Selena. Kot yang baru diserahkan tadi
dicampak keluar. “Bring me my coat!”
“Oh,
my bad!”
“Hurry
up!” arah Selena lagi. “I’m not going
outside in the bloody cold weather without my coat!”
“Just
a second!”
Haru-biru jadinya Jenny ketika itu.
Dia berlari-lari ke arah tempat letak pakaian. Setahunya Selena memiliki kot
berwarna merah jambu itu. Dibeleknya satu persatu kot yang ada di depan mata.
Memang patut pun dia kena bebel
dengan Selena. Semua kot yang ada adalah dari jenama yang sama. Warna sahaja
yang berlainan. Dia tersalah ambil rupanya. Padanlah bising aje minah tu.
Kot yang diinginkan diambil lalu
diserahkan pada Selena di muka pintu. Harap-harap lepas ni tak kena bebel lagi
dengan mulut pedas Selena yang kadang-kala mengecilkan hati.
“Where’s
my boot?” tanya Selena pula. Kot yang diserahkan oleh Selena tadi disarung
pada badan kecilnya.
“Boot?
What boot?” Jenny menggaru kepala. Apa lagilah yang budak ni nak?
“Do
I look like an idiot? You want me to run around the city of London without a
pair of boots?”
Jenny terus menggeledah bilik
mencari but Selena. Aduhai, Jenny. Kesiannya kau!