“Okey, lauk dah siap hidang atas meja. Pinggan dan cawan
pun ada. Air ada, buah pun aku dah letak. Done!”
Selena
segera menghempaskan punggung ke atas sofa. Menitik-nitik peluhnya satu badan!
Mana taknya, pertama kali buat kerja rumah. Seumur hidup dia memang dia tak
pernah jejak dapur. Well, bukannya
tak jejak langsung. Jejak tu jejaklah tapi sebab nak ambil makanan, bukannya
masak makanan.
Peluh yang
ada di dahi dilap menggunakan tangan.
“Fuh,
letih!” ucap Selena. Baju yang dipakai digerakkan buat kipas badan. “Nasib
baiklah ada kedai makan kat depan tu. Bolehlah aku cilok beli makan malam buat
papa. Nasib baik jugak si Amanda tu bagi tahu awal-awal yang hari-hari dia
masakkan untuk papa. Kalau tak, boleh haru jadinya!
Sebenarnya
memang dah haru pun! Aku ni dahlah memang tak tahu langsung memasak! Takkan
hari-hari aku nak kena belikan makanan untuk papa? Mana aku nak cekup duit?
Aduh! Punyalah aku mati-mati ingat nak jadi Amanda ni senang. Perangai cool dia tu memanglah senang nak tiru
tapi masuk bab masak dengan study ni
memanglah payah betul!
Menyesal
betul aku tak belajar betul-betul masa kat London dulu. Kat sana aku belajar
main-main je. Asal lulus sudah. Asyik sibuk je dengan kerja modelling tu sampai tak menyempat nak
bukak buku. Sekarang ni terpaksalah belajar benda-benda basic balik.
Hwaa!
Lepas ni
memang kena mintak Amanda ajar aku masak. Itulah...dulu kau tu tak nak belajar
masak dengan Mak Cik Emma. Asyik tahu membebel je. Tak sedaplah, itulah,
inilah. Sekarang ni nak duduk dengan papa memang kena buat lonjakan
paradigmalah nampaknya!
“Ting
tong!”
Kedengaran
loceng pintu rumah berbunyi. Lekas-lekas Selena menoleh.
“Papa!”
Sepantas
kilat bibirnya tersenyum girang. Pada masa yang sama dia rasa berdebar sekali.
Dah lama sangat tak jumpa papa. Duduk dengan papa pun sampai umur dua tahun je.
Nasib baiklah ada gambar papa. Kalau tak memang sampai sekarang aku tak boleh
nak kenal papa sendiri.
Dia
berlari-lari menuju ke arah pintu. Cepat-cepat dia membuka pintu yang berkunci
tersebut.
Matanya
tertancap pada seorang lelaki yang berumur hampir separuh abad. Memang dia
kenal sangat wajah itu. Wajah yang sudah lama dia lupakan tetapi kembali
menatap mindanya sejak dua menjak ini. Sudah lama dia tak bertemu lelaki itu.
Ya ALLAH!
Terima kasih atas nikmat ini! Nikmat ibu bapa yang sangat bermakna ini, Ya
TUHAN!
“Assalamualaikum,
papa!” Selena mengucap salam penuh mesra. Riang sekali suara itu. Rasa gembira
yang tidak dapat digambarkan sama sekali!
“Waalaikumsalam,
Amanda.” Syafiq menjawab salam.
Selena
yang kini memainkan watak sebagai Amanda lantas mencapai tangan papanya lalu
dikucup. Terasa mahu menitik air mata saat ini. Pertama kali dia dapat
menyalami tangan yang tidak pernah sekali pun membesarkannya. Mana mungkin dia
dapat mengingati saat-saat dia bersama papa. Dua tahun sahaja waktu yang
ditakdirkan untuk bersama dengannya dulu.
Selena
tersenyum memanjang. Tangan Syafiq yang disalam itu masih lagi tidak terlepas.
Tubuh papanya itu dirangkul erat ke dalam dakapan.
“Eh,
kenapa ni, Amanda?” tanya Syafiq yang pelik dengan reaksi yang diberikan oleh
anaknya itu. “Amanda tak apa-apa? Kenapa kamu tiba-tiba peluk papa ni?”
Meskipun
terasa pelik dengan tingkah laku Selena, Syafiq tetap membalas pelukan anak
perempuannya itu. Tiba-tiba terasa baju yang dipakai itu basah.
“Amanda,
kenapa menangis ni?” tanya Syafiq kemudian. Pelukan dileraikan. Selena pula
cepat-cepat mengelap air mata yang mengalir. Ish, air mata ni! Senang betul nak
jatuh! Nak buat macam mana? Air mata gembira! Gembira sangat dapat jumpa papa!
“Tak ada
apa-apa. Saja je peluk papa. Amanda rindu sangat nak peluk papa. Dah lama tak
buat macam tu,” balas Selena. Hingus yang mengalir dalam hidung disedut-sedut.
Hwaa! Rindunya dengan papa!
Syafiq
ketawa mendengar kata-kata anaknya. Ditepuk-tepuk bahu Selena dengan perlahan.
Selena pula mengambil beg kerja ayahnya lalu diletakkan di atas sofa.
“Kamu ni
nak mintak apa-apa ke daripada papa? Lain macam je kamu hari ni,” kata Syafiq
yang kini duduk di sofa tersebut. Selena pula melucutkan stokin yang dipakai
pada kaki papanya.
Dia mahu
melakukan semua benda yang sepatutnya dilakukan sejak dulu lagi. Dia mahu
menjadi anak yang solehah buat papa dan mama.
Selena
yang mendengarkan pertanyaan Syafiq hanya menggeleng. “Mana ada, papa. Ish, ada
ke patut cakap macam tu! Amanda rindu sangat dengan papa. Tak boleh ke seorang
anak nak rindu papa dia sendiri?”
Syafiq
tersenyum. “Mestilah boleh. Lagipun bila kamu ni dah makin besar dah lama kamu
tak manja-manja dengan papa. Rasa comel pulak bila kamu macam ni.”
Selena
tersengih. “Hehehe...nanti hari-hari Amanda peluk papa eh!”
Syafiq
hanya menggeleng. Dah lama betul tak tengok si Amanda ni bermanja dengannya.
Lainlah masa kecil dulu. Ada benda je yang nak diusikkan. Bila dah makin besar,
Amanda sibuk, dia pun sibuk. Apa yang dia tahu, balik rumah, makan, lepas tu,
terus masuk tidur.
“Papa
lapar tak?”
“Kamu ni
tanya papa soalan macam tu pulak. Mestilah lapar.”
“Jom pergi
makan. Amanda pun dah lapar sangat ni.”
Masing-masing
bergerak ke meja makan. Selena mencedok nasi dan lauk yang telah tersiap
dihidang. Syafiq pula hanya tercengang melihatkan tindak-tanduk Selena. Selalunya
dia sendiri yang cedok nasi dan lauk. Hari ni lain pulak.
Amanda
yang sebenar tu kerjanya masak dan kemaskan rumah je. Tak pernah pulak nak
cedokkan nasi dan lauk untuk papa. Memang padanlah si Syafiq tu pelik semacam
dengan anak perempuannya malam tu.
Selesai
membaca doa makan, masing-masing menikmati makanan yang dibeli oleh Selena.
Selena hanya melihat papanya. Nak suap makanan ke dalam mulut pun tengok papa.
Memang tak puas tengok Syafiq!
Dapat
tengok papa in real life. Selama ni
asyik tengok dalam gambar je. Kacak jugak papa aku ni. Padanlah mama syok sangat
dengan papa. Hehehe...
“Macam
mana, papa? Sedap tak lauk tu?” soal Selena.
“Sedap tu
memanglah sedap tapi kenapa hari ni rasa lain ek?” jawab Syafiq sambil mencubit
ikan yang berada dalam pinggannya.
Selena
terkebil-kebil.
‘Mana taknya rasa lain? Bukan aku yang masak pun. Amanda
pun tak masak. Mak cik kat warung kedai tu yang masak, papa!’ bisik Selena
dalam hati.
“Kenapa,
papa? Garam tak cukup ke?” Sengaja Selena berpura-pura yang dia yang masuk lauk
tu. Padahal, lain ceritanya oi!
“Entah.
Okey jelah sebenarnya. Tapi hari ni kamu masak rasa lain sikit,” balas Syafiq.
Tangannya masih lagi menyuap makanan ke dalam mulut. Sedap tak sedap lain
cerita. Yang penting, perut kena isi dulu beb! Lapar tahap terabait ni! Kalau
dah lapar tu, apa-apa makanan pun memang sedap punya!
Selena
pula tak tahu nak kata apa. Memanglah lain, papa. Amanda tu master chef. Dia masak confirm jilat jari!
Hei, lepas
ni memang aku wajib belajar masak!
“Amanda,
tolong hulurkan buah oren tu,” tutur Syafiq.
Selena
pula masih lagi terus menyuap nasi. Masakan Melayu ni sedap jugak ek. Seronok
jugak tak ada aktiviti modelling ni.
Tak payah fikir nak jaga badan apa semua. Kau melantak jelah apa yang ada depan
mata.
“Amanda...”
Selena
masih lagi mengunyah. Lupa pulak dia yang namanya sekarang ni ialah Amanda.
“Amanda
sayang...”
Lamunan
Selena terhenti. “Ha, ya, papa! Kenapa?”
“Amboi,
nak kena panggil sayang baru nak toleh eh?”
“Err...alah,
papa ni! Anak sendiri kot!”
Jawapan
paling selamat.
Alamak!
Lupa pulak yang aku sekarang ni Amanda!
“Hulurkan
papa buah oren tu.”
“Okey.”