Bab 9

Selena membaca baris demi baris ayat yang ada pada keratan akhbar tersebut. Terasa mahu ketawa pula.

The sweetest couple of the year? Charming couple?

“Ada-ada aje paparazi ni. Tapi isinya not bad. I love it.”

Gembira dia membaca akhbar pada hari tersebut. Tidak sangka yang dia dan Jared dilabel sebagai ‘The Sweetest Couple’. Kalah pasangan hangat Justin Bieber dan Selena Gomez yang kejap-kejap ada hubungan, kejap-kejap tak ada!

Hahaha!

Ah, pedulikanlah apa yang dia orang nak kata! Aku memang sayang sangat kat Jared tu. Mana-mana orang yang sayangkan pasangan masing-masing tu kira sweet dan sedap mata memandang pada mata aku ni.

Yes, I love him to death.

Dirinya bersiap-siap untuk pergi ke set penggambaran. Mujur juga hari itu ada air panas. Bolehlah dia mandi dengan senang-lenang dan tidak dalam kesejukan. Nasib baik juga Jenny ingatkan dirinya mengenai jadual pada hari itu. Awal-awal pagi Jenny sudah menelefon Selena hanya untuk mengejutkannya daripada tidur.

‘Bagus betul Jenny ni. Siap kejutkan aku pulak tu. Kena tambah sikit gaji ni,’ desis hati kecil Selena memuji-muji executive assistant barunya itu.

Setelah sampai ke tempat yang dituju, Selena bergegas menukar persalinan kepada baju yang akan diperagakan. Solekan juga dikenakan bersesuaian dengan tema pakaian yang dipakai.

‘Romantic Stroll.’

Itulah tema pada hari itu. Heish, romantik aje. Tahulah newspaper yang aku baca tadi pasal sweet-sweet ni.

Maxi dress berwarna oren dikenakan. Sangat sesuai untuk dipakai ketika keluar bersama yang tersayang. Solekan mata ‘Everyday Look’ memang padan dengan apa-apa event yang mahu dihadiri.

Setelah penggambaran selesai, dirinya berlegar-legar pula untuk mencari Ben. Dia mahu melihat gambar-gambar yang diambil seperti kebiasaannya. Prestasi kerja mesti ditingkatkan dari hari ke hari. Dia mahu berasa puas melakukan apa-apa bidang yang dia minati.

Mata Selena masih lagi melilau menacri kelibat Ben. Rasanya tadi baru ternampak dia. Tiba-tiba aje dah hilang. Alahai, rasanya set tu tak adalah besar mana pun! Macam manalah matanya tak boleh nampak?

Jenny, have you seen Ben?” soal Selena kepada pembantunya yang sibuk mencatat sesuatu ke dalam buku nota. Mungkin menulis schedule Selena yang akan berlangsung pada hari esok agaknya.

Khusyuk benar dia menulis sampaikan pertanyaan bosnya langsung berlalu tidak berjawab. Apa bendalah yang dia sibuk tulis tu?

“Jenny!” tegur Selena lalu mengetuk bahu pembantunya yang seorang itu. Heish, baru ingat nak naikkan gaji si Jenny ni. Tapi dia ni suka sangat berangan dalam alam sendiri. Aduhai!

I’m so sorry, Selena. What did you just say?” Jenny bertanyakan soalan pula kepada Selena.

Ben! Have you seen him?

Jenny menggeleng kepala 180 darjah. Tiba-tiba matanya tertancap pada sepasang tubuh yang duduk di atas sofa di ruang rehat set. Kerutan di dahi hadir tidak semena-mena. Apa yang dia orang buat kat situ?

No,” balas Jenny kepada pertanyaan Selena yang bertangguh dari tadi. “I think he’s around here somewhere.

‘Selena tak nampak ke apa yang aku nampak ni?’ bisik Jenny dalam hati. ‘Harap-harapnya tak nampaklah. Boleh kecoh satu set ni kalau dia nampak benda yang tak patut dia tengok ni.’

I’ve been searching everywhere for him. And, nope, he’s not around here,” ujar Selena. Lehernya masih lagi dipanjang-panjangkan untuk melihat kelibat jurukamera itu. Manalah mamat ni pergi? Time aku nak tengok gambar ni pulak dia tak ada. Time aku tak nak tengok dia ajak pulak. Ish, apa-apa ajelah si Ben ni!

Maybe he’s taking picture of another model,” usul Jenny kemudian. Dia berasa sungguh bersalah dengan Selena ketika itu. Walaupun kadang-kadang perangai Selena itu menjengkelkan dirinya, tetapi gadis itu masih lagi punya perasaan. Dia tidak mahu gadis itu kecewa.

Jenny, there’s only me and Amy Patricia here. I thought Amy had done her part today,” balas Selena.

Kenapa macam ada yang tak kena dengan Jenny hari ni? Dia tahu pembantunya itu gopoh-gapah orangnya tetapi dia memang sangat peka dengan apa yang berlaku sekeliling.

‘Executive assistant’?

Hello!

Semua maklumat ada dalam buku nota kecil yang dibawa perempuan itu ke sana ke mari.

Err...err...maybe he’s in the tolet? You should check in the toilet. Yes, you probably should go there.

Mata Jenny masih lagi melihat gerangan yang berada di ruang rehat set. Mereka berdua masih lagi berada di situ. Tidak berganjak langsung.

You want me to go check on him in the toilet? Are you out of your mind?

Sesungguhnya, Selena berasa pelik dengan tingkah laku Jenny waktu itu. Takkanlah aku nak main redah aje tandas lelaki. Apa pulak nanti orang kata? Model yang tak tahu malu? Sex maniac? Urgh! Minta dijauhkan!

“Err...”

‘Apa lagi cerita yang aku boleh reka ni? Alamak, wahai otak, silalah berfungsi dengan pantas dan efisyen!’ Jenny berbisik dalam hati. Hujung bibirnya digigit.

What are you looking at?” Selena teringin melihat apa-apa yang menjadi perhatian Jenny. Dari tadi terpandang-pandang tempat yang sama. Apa bendalah yang menarik sangat tu sampai model lawa yang ada kat depan mata ni sanggup tak dilayan?

Nothing. I’m just looking for Ben as well,” balas Jenny. “He might not be here.

Tubuhnya bersungguh-sungguh menghalang Selena dari menuju ke arah ruang rehat. Selena ke kiri, dia bergerak ke kiri. Gadis itu ke kanan, Jenny juga akan bergerak ke kanan.

What is going on with you?” asak Selena dengan soalan demi soalan. Geram betul dengan perangai Jenny. Kenapalah perempuan ni tak bagi aku masuk ruang rehat?

“Err...”

Let me through, Jenny!

Tubuh Jenny ditolak sedikit menyebabkan perempuan itu agak kurang stabil. Ditambah lagi dengan kasut tumit tinggi yang dipakai, dia hampir-hampir terjatuh. Mujur badannya dapat diimbangkan.

Oh, my God!’ Hanya itu yang lahir di hati Jenny. ‘They are both so dead!

Selena yang bergerak ke arah ruang tamu menyedari kehadiran Jared. Apa yang menangkap pandangan matanya adalah Amy Patricia yang berada di sisi teman lelakinya.

Apa yang Jared buat kat sini?

Amy Patricia? Bukan ke dia dah habis shooting lebih awal daripada aku? Apa yang dia buat kat sini lagi?

Selena terdiam melihat pemandangan yang terpampang di depan matanya kini. Lirikan mata Amy Patricia sungguh menggoda sekali memandang lelaki itu. Kaki panjangnya tak sudah menggesek-gesek betis Jared. Skirt pendek yang dipakai menampakkan lagi peha putih melepak milik gadis itu. Memang sengaja mahu menarik perhatian Jared.

Mereka berdua memang duduk sangat dekat sekali. Kejap-kejap ketawa. Lepas tu, bertepuk tampar pula. Tangan Amy Patricia melingkari tubuh sasa lelaki itu. Jared pula melayan aje. Apa yang lebih menyakitkan hatinya apabila teman lelakinya itu memberi kucupan di pipi Amy Patricia.

Memang patutlah Jenny tidak membenarkannya masuk ke ruang rehat set. Ada benda terjadi rupanya. Terima kasih, Jenny, sebab cuba nak melindungi aku. Lepas ni aku naikkan gaji kau!

Model 17 tahun itu lantas menghentakkan kaki bergerak ke arah mereka berdua yang sedang sibuk bercengkarama di situ. Panas betul hatinya tatkala itu. Belum lagi dengan retakan hatinya yang tinggal menunggu belah.

Huh, baru sahaja dia membaca berita mengenai dirinya juga Jared di dada akhbar! Sekarang lain pulak jadinya.

Charming couple konon. Codswallop!

Hi, there,” tegur Selena berdiri di depan kedua-dua Jared dan Amy Patricia. Melihatkan kelibat Selena, masing-masing terus beralih tempat. Masing-masing duduk berjauhan. Nampak benar macam buat salah!

Hello, Amy,” sapa Selena lagi. Luaran tampak mesra. Dalam hati tak ada sesiapa yang tahu betapa geramnya dengan dia yang bernama Amy Patricia. Model yang tak kurang hebatnya tapi berlagak macam apa.

Hi, my sweety couple.” Sengaja Selena menekankan perkataan ‘sweety’. Biarkan si Jared dan Amy Patricia terasa.

Selena! Honey, have you done your shooting?” Tekak Jared berdehem sebentar sambil dirinya menanyakan soalan. Tidak sangka yang gadis itu akan muncul tiba-tiba di depannya semasa dia bersama-sama dengan Amy Patricia.

Selena tersenyum tipis. Terasa malas mahu menjawab soalan teman lelaki yang kononnya ‘manis’ itu tetapi dijawabkan sahaja, “Oh, yes, dear. Thank you very much for asking. Ingatkan I ni you dah lupa. Mana taknya, sibuk betul you buat projek dengan minah ni.”

Jared lantas bangun dari duduknya lalu bergerak menuju ke arah teman wanitanya. Dia tahu Selena berang dengan kelakuannya terhadap Amy Patricia. Lebih-lebih lagi dengan tersiarnya berita mengenai Jared dan Selena baru-baru ini, banyak spekulasi akan timbul dengan tindakannya bersama Amy Patricia.

Err...I can explain, dear,” ujar Jared memulakan perbualan. Empat mata kini sedang memandangnya.

Mata Selena tertumpu pada Jared. “Okay, explain.

Well...” Jared tersangkut. Apa alasan yang mahu diberikan kepada gadis itu? Gadis itu sudah pasti nampak dirinya berduaan dengan Amy Patricia berkelakuan tidak senonoh. Pandangan Selena terhadap dirinya menjawab segala-gala.

Explain!” tengking Selena memenuhi ruang rehat menyebabkan Jared dan Amy Patricia tersentak. Jenny yang berada berhampiran juga begitu. Tidak pernah sekalipun dia melihat bosnya berlaku macam tu depan orang ramai. Jerit-jerit mengarah itu memang sudah biasa di telinganya tapi kali ini lain sekali. Jenny tahu Selena sedang cuba bersabar terhadap apa yang berlaku.

“You tahu kan I dengan Amy dah kenal lama. Biasalah kalau kita orang pegang-pegang tangan. You janganlah salah faham,” jelas Jared pendek.

Amy Patricia hanya tersenyum. Sinis betul pada mata Selena. Sesungguhnya, dia sudah nekad untuk mendapatkan Jared. Dia tidak mahu lagi menjadi perempuan yang biasa-biasa di mata lelaki itu. Dia mahu menjadi perempuan yang luar biasa. Hari itu memang dia sengaja mengajak Jared berbual-bual kosong. Apa-apa yang dia lakukan pada Jared memang hanya untuk memancing perhatian Selena. Dia mahu Selena dan Jared memutuskan hubungan.

Everything has to be ended!

Mendengarkan jawapan Jared, Selena hanya mampu mencebik. Memang tak masuk dek akal!

Mates don’t hold hands, Jared,” ucap Selena. Kalau ikutkan hati dia memang mahu aje menerkam Amy Patricia bagaikan seekor harimau menerkam sang kancil. Mahu ditampar muka putih milik anak melayu kacukan Itali itu. Ingin ditumbuk aje muka teman lelaki yang langsung tak punya hati dan perasaan.

Geram gila!

Selena, you have to trust me,” kata Jared. Dia tidak boleh melepaskan gadis itu. Selena merupakan sebab utama dia menjadi model berjaya sehingga sekarang. Disebabkan nama Selena yang melonjak gah di mata dunia fesyen, lelaki itu dapat menumpang nama. Selena harus bersama di sisinya tidak kira apa pun!

“I dan Amy hanya kawan aje. You know I love you,” ujar Jared bersungguh-sungguh mahu mendapatkan kembali kepercayaan gadis muda itu.

Sedaya-upaya dia mengeluarkan ayat-ayat cinta buat santapan Selena meskipun dia tidak langsung memaksudkannya.

Cinta? Dia sendiri tidak tahu apa erti cinta. Mengarut aje semua tu!

I trust you,” kata Selena kemudian. “Tapi tangan I ni langsung tak boleh percayakan kata-kata you tau tak!”

Dia memang sudah hilang sabar. Tangannya ringan sekali menampar wajah teman lelakinya itu. Langsung berbekas merah dibuatnya. Perit.

Amy Patricia hanya mampu memandang. Dia langsung tidak tahu nak buat apa-apa. Hanya boleh menjadi pemerhati kepada drama yang berlangsung di depan mata.

Selena berpaling lalu meninggalkan kedua-dua Jared dan Amy Patricia terkebil-kebil di ruang rehat set. Lantaklah kalau ada orang nampak dengan adegan yang baru berlaku. Biarkan ajelah kalau ada yang terpandang dia menampar Jared tak guna tu.

Just get on with it!

Hati menyumpah seranah. Air mata terasa ringan mahu berlinang saat itu juga tapi ditahan-tahan sahaja. Tidak mahu solekan yang sudah bertepek mencair dek air mata. Maskara hitam harus dijaga. Tak boleh langsung cair mengelilingi mata. Nanti buruk jadinya.

Jenny hanya menurut langkah-langkah Selena. Dia hanya mendiamkan diri. Tidak mahu menegur bosnya waktu itu. Takut jugak dia kalau kena hembur jika ditegur. Dia tahu pedihnya hati saat-saat terlihat orang yang disayangi sepenuh jiwa raga berdampingan dengan orang lain. Dibiarkan sahaja Selena waktu itu melayani perasaan sendiri.

Jared tidak mahu hanya menjadi pemerhati melihat Selena bergerak pergi macam itu sahaja. Dia mahu mendapatkan Selena kembali. Dia tidak mahu gadis itu meninggalkan dirinya.

Lelaki itu tangkas mengejar Selena yang mahu ke bilik persalinan. Dia perlu meminta maaf. Dia mesti bersungguh-sungguh untuk meraih Selena di sisi.

“Selena!” panggil Jared dari belakang.

Selena yang mendengar hanya buat endah tak endah.

“Selena!” Jared masih lagi mengejar. Lariannya dilajukan sedikit supaya dia boleh mendapatkan gadis itu.

Tangan gadis itu dicapai juga akhirnya. Pergelangan tangan gadis itu digenggam kemas. Tidak mahu dilepaskan. Tidak mahu lagi gadis itu lari.

Selena, please, listen to me,” ucap Jared.

Let go of me!” Selena meronta-ronta. Namun, apalah sangat kekuatan yang ada dalam dirinya jika mahu dibandingkan tenaga lelaki yang berada di hadapannya sekarang.

“I tahu I salah, Selena,” kata Jared memulakan kata-kata. “I minta maaf sangat-sangat. I’ve done you wrong. I’ve cheated on you. I tak sepatutnya buat benda yang bukan-bukan di belakang you setelah you berkorban macam-macam untuk I. I telah persia-siakan kepercayaan yang you letak selama ni. Please, forgive me, dear. If I would live a hundread years more, I’d do anything just to make it up to you.

Selena hanya membisu.

Please, Selena. Do you really want to erase me from your memories away after all what we’ve been through together? Our memories?

Tangan Selena masih lagi digenggam.

Selena menutupkan matanya. Air mata mengalir di saat itu juga. Kata-kata lelaki itu sedikit sebanyak mencairkan kekerasan yang tersingkap di hati.

“Shush...shush...shush...” Jared cuba menenangkan hati Selena yang sedang bersedih. Dia tahu sedikit sebanyak dia telah berjaya memenangi jiwa itu kembali.

Ah, perempuan! Ayat sikit dah cair. Senang sangat dipujuk.

Jari-jemari Jared ligat mengelap air mata yang jatuh mengalir.

I’m so sorry, Selena. Please forgive me,” tutur Jared perlahan.

Tubuh Selena dimasukkan ke dalam dakapan.

I love you.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh