Selena dan Jenny berjalan menuju ke rumah model anggun itu.
Bergaya sekali dia walaupun tubuh itu lengkap bertutup dek winter coat berwarna hitam. Mafela berwarna kelabu berjalur hitam
menampakkan lagi gaya muda remajanya.
Cuaca
masih lagi sejuk. Terasa mahu beku biarpun kaki telah tersarung but.
Kedua-dua
manusia itu sibuk memegang beg kertas. Maklumlah baru balik dari membeli-belah.
Memang penuh tangan. Jenny seorang sedang memegang tiga beg kertas. Selena tak
payah tanyalah kot. Tangan dia yang paling penuh dengan beg kertas.
Sebenarnya
bukan Jenny yang sakan membeli-belah tetapi majikannya, Selena! Model tu tak
cukup tangan sebenarnya. Penuh sangat tangan sampai tak terlarat nak pegang.
Senang cerita Selena telefon terus pembantunya untuk meminta pertolongan.
Nama pun
pembantu kan?
Memang
mintak bantuan terus!
Sengaja
Selena keluar pada hari itu. Kerjaya model telah membuka rezeki yang melimpah
ruah dalam hidupnya. Hari itu pula memang dia tak ada apa-apa benda nak buat. Schedule pula tak sibuk mana. Masa yang
terhidang itu diluangkan untuk pergi pusing-pusing dalam pusat beli-belah.
Entah
berapa kali tawaf agaknya model tu. Sudahlah pusat beli-belah tu memang sangat
besar. Memang boleh lenguh kaki kalau jalan lama-lama. Memang boleh turun berat
badan kalau tawaf dalam lima kali!
Amboi,
dramatik betul ni!
“Can we just take a taxi, Selena?” tanya
Jenny.
Tangannya dah naik lenguh memegang beg kertas milik Selena.
Walaupun ringan je tapi rasa macam dah angkat berat ni!
‘Jauh lagi
ke rumah Selena ni? Penat gila dah kot!’ desis Jenny dalam hati.
“Oh, of course not!” jawab Selena.
Bersungguh-sungguh dia berjalan menuju ke rumahnya walaupun
dirinya sendiri mengakui kaki lenguh macam nak patah kaki je rasa. Sakit mak
oi!
“What? Why not?”
Jenny sudah resah. Peluh terasa macam nak menitik walaupun
dalam musim sejuk. Macam manalah kaki minah ni boleh tahan? Aku yang tak shopping ni pun rasa nak pengsan dah ni.
“Because
I want to get some exercise today.”
Jenny
tergelak mendengarkan jawapan bosnya.
“What? Did I say something funny?” Selena
berkerut pula.
Aku salah cakap ke kat pembantu aku ni? Ke loghat British
aku pelik? Eh, English aku ni mestilah power!
Kalau tak power mana pun, boleh
lagilah nak faham. Nak buat komunikasi pun okeylah. Kalau tak, tak ada maknanya
aku jadi model kat London ni!
Ceh, bangga diri!
Hurm, tapi betullah apa yang Selena desiskan tu. Nama pun duduk
di negara orang. Mestilah kena fasih berbahasa inggeris. Ditambah lagi dengan
kerjayanya. Bahasa inggeris seharusnya menjadi keutamaan. Bahasa melayu
hanyalah dirumah untuk bertutur dengan mamanya dan Emma.
“Selena, you’re a super model, for goodness
sake! You have a great body and a face that looks like someone who just got
plastic surgery. You don’t need to work out, girl,” ucap Jenny. Dia memang
sudah termengah-mengah gara-gara gadis berumur 17 tahun itu.
Penatnya!
Oh, oksigen! Masuklah kau banyak-banyak dalam paru-paru aku. Aku dah tak larat
ni!
Selena
pula ketawa mendengarkan kata-kata Jenny.
“Plastic
surgery?”
“Well,
I was going to say ‘like a model’ but you already are a model. So I’m just
going to go with plastic surgery.”
Selena
gelak lagi. Mendengarkan anak muda itu ketawa, Jenny juga gelak sama. Entah apa
bendalah yang dia merepek dengan bosnya tu.
Tapi ada
betullah jugak. Selalunya orang yang buat pembedahan plastik muka lawa gila
sampai susah nak cam seseorang itu apabila tengok wajah lama.
Selena
pula memang aslinya jelita. Tak payah buat plastic
surgerypun tak apa. Memang tak boleh buat pun pembedahan plastik sebab
haram hukumnya di sisi Islam melainkan atas-atas sebab yang dibolehkan.
Ingat tu
ya!
Selena dan Jenny terasa seperti
sahabat walaupun mereka pada mulanya hanya mempunyai hubungan kerja.
Selena –
bos besar merangkap model popular yang gila shopping.
Jenny –
pembantu eksekutif kepada Selena.
Umur yang
tak berapa nak jauh jaraknya tu membolehkan Selena bertukar pendapat dengan
Jenny kadang-kala. Kalau gadis muda tu tak tahu nak pilih baju apa, memang dia
minta pandangan Jenny. Itu pun kalau dah tak tahu sangat. Selalunya Selena ni
pakar bab-bab kecantikan dan gaya diri.
‘Super
model’ macam Jenny kata tadi.
Jenny pula
pandai jaga hati Selena. Kalau tak jaga, mesti senang-senang kena pecat macam
pembantu Selena yang lama dulu tu. Lambat sikit sampai ‘You’re fired!’.
“But seriously, Selena. You eat like a
vegetarian everyday. Your shirt still size six and you’re still on the pages of
Vogue. So, you pretty much don’t need for all this ‘burning the calories’ and
stuff,” jelas Jenny.
Apalah
nasib aku dapat majikan model? Kan syok jugak kalau majikan aku ni pegawai
bank. Bolehlah dapat duit banyak. Kerja dengan model, ha, ambil kau! Kena exercise tak pasal-pasal musim sejuk macam
ni!
“Whatever. I still want to walk,” balas
Selena walaupun pembantunya dilihat macam nak pengsan. Patutnya dia yang penat,
bukannya si Jenny tu yang penat. Ni macam si Jenny tu pulak yang shopping sakan.
“But
please don’t drag me into this, too. My legs are bloody damn tired. Feels like
lactic acid is accumulating in my calves!”
“Come
on, Jenny. My house is just a few steps away.”
“Fine...fine...”
Sampai
sahaja di rumah Selena...
“Oh, finally!” teriak Jenny. Tangan
didepakan terasa seperti dalam filem hebat Titanic.
I’m
the king of the world!
Beg kertas
memang terus dicampak ke atas sofa di ruang tamu. Kakinya terus berlari ke arah
dapur rumah. Mujurlah dia dah menjejakkan kaki ke rumah bosnya itu
berkali-kali. Lokasi dapur memang dah melekat di kepala. Tak payah nak guna
peta.
Air coklat
panas dibancuh sendiri. Badan memang terasa letih macam apa je ni. Sejuk pulak
tu. Memang seronok betul kalau dapat pekena air panas.
Selena
yang sepatutnya lebih penat itu hanya tercengang melihat tindak-tanduk Jenny.
Amboi, bukan main betul pembantu aku ni! Patutnya aku yang pengsan dulu. Ni
tak. Dia yang melebih-lebih sampai pergi dapur buat macam rumah sendiri.
Ish...ish...ish!
Nasib
baiklah si Selena tu dah memang biasa dengan perangai Jenny. Kalau orang lain
mahu kena bebel sebab tak jaga adab langsung dengan tuan rumah.
“Aish, si
Jenny ni! Cubalah hati-hati sikit nak letak barang-barang aku. Barang-barang ni
semuanya dahlah mahal tau. Berjenama semuanya. Kalau rosak memang aku
tenyeh-tenyeh si Jenny ni,” ucap Selena yang kini berbahasa melayu.
Bukan main
betul dia mengumpat si Jenny tu dalam bahasa ibunda.
Alah, dia
bukannya faham pun! Tak ada maknanya si Jenny tu nak belajar bahasa melayu tu
tak pasal-pasal.
Beg kertas
yang dibawa dilihat satu per satu.
Baju dari
Barney ada.
Jam tangan
Cartier Santos pun ada.
Barang-barang
yang lain pun ada.
Eh, mana
pulak minyak wangi Taylor Swift aku ni?
Selena
lekas-lekas mencari minyak wangi yang baru sahaja dibeli di salah sebuah kedai
terletak di pusat beli belah tadi. Satu demi satu beg kertas dibuka. Manalah
tahu kalau boleh terjumpa tapi memang tak ada.
‘Ah,
sudah! Takkanlah tertinggal kat kedai kot? Tadi sebelum balik rumah memang dah check barang. Semuanya ada.’ Resah betul
Selena walaupun hanya dalam hati.
Mana tak resah gelisahnya. Minyak wangi mahal kot! Walaupun
mungkin dalam mata wang UK nampak kecil je nilainya, kalau tukar dalam Ringgit
Malaysia berdenting mahal kot!
Minyak
wangi keluaran Taylor Swift! I repeat,
Taylor Swift!
Siapa je
tak kenal dengan penyanyi country
yang lawa gila tu?
Tadi
rasanya si Jenny yang pegang beg kertas yang ada perfume tu.
“Jenny, have you seen my Taylor Swift’s
perfume?” jerit Selena dari ruang tamu.
“I put it on the couch,” balas Jenny
dari dapur.
“Eh, tak
ada pun!” Selena menggaru-garu kepalanya. “Ish, Jenny ni! Suka benar letak
barang bersepah. Tengok ni. Aku punya minyak wangi ni pun tiba-tiba hilang
entah ke mana. Kalau memang hilang betul-betul memang aku suruh si Jenny ni
ganti!”
Tiba-tiba
hidungnya terhidu bau wangi semacam.
“Kenapa
ada bau wangi pulak ni? Badan aku ni memang wangi tapi tak adalah aku pakai
minyak wangi yang bau macam ni,” ujar Selena perlahan.
“Orang
melayu kata kalau bau wangi jangan tegur sebab tu mungkin benda halus. Eh, tapi
ni kan waktu siang. Mana ada benda-benda macam tu. Hello, lagipun ni London okey! Frekuensi benda-benda hantu tu tak
sampai sini.”
Cet!
Hidungnya
memang berfungsi macam hidung kucing pula sekarang. Tercari-cari arah punca
bau. Terangkat-angkat macam terbau makanan dari jauh. Namun dalam kes Selena
sekarang, dia bukannya terhidukan makanan, tapi terbau wangi yang entah dari
mana datangnya.
Kakinya
perlahan-lahan diangkat lalu menghalakan diri ke pintu rumah. Terdapat satu beg
kertas yang terjatuh di atas lantai. Bau wangi yang tiba-tiba memenuhi ruang
rumah memang Selena pasti berpunca dari situ.
“Jangan-jangan...”
Selena
mengangkat beg kertas tersebut lalu melihat ke dalamnya.
Minyak
wangi aku pecah!
“Jenny!!!”
Terbatuk-batuk
Jenny di dapur.
“What
now?”
“You come here this instant!” arah
Selena dengan suara yang meninggi. Alahai, Jenny ni! Malang betul aku dapat
pembantu macam kau!
Jenny yang
bergegas dari dapur ternampak botol kaca minyak wangi jenama Taylor Swift itu
terpecah. Terkedu betul perempuan tu.
Alamak!
Lari!
Adegan
kejar-mengejar antara bos dan pembantu pulak yang tersiar di ruang tamu rumah
Selena.
Drama
betul dua-dua ni!
“Ganti
balik minyak wangi aku! Siap kau, Jenny!” Selena menyumpah seranah pembantunya.
Ah, lantaklah! Cakap dengan orang putih ke apa ke...
Kalau dah geram tu, cakap bahasa melayu jugak yang best!
***
Telefon
bimbit pintar milik Amy Patricia berbunyi. Matanya dihalakan ke arah skrin
telefon bimbit mewahnya itu. Melihatkan nama yang tertera dia bingkas menjawab
panggilan tersebut.
“What’s
up?”
Amy
Patricia memulakan perbualan. Dia ingin mengetahui perkembangan mengenai
rancangan yang telah diatur baik. Dendam yang telah bersarang lama dalam jiwa
mesti dilaksankan juga.
Nyawa
Selena bagaikan barang dagangannya. Dia tidak peduli lagi. Dia mahu perempuan
itu lenyap dari matanya!
Suara
orang upahan masuk ke pendengaran telinganya di balik telefon. Satu per satu
ayat cuba dihadam di kepala. Sekejap-sekejap jari-jemarinya mengetuk stereng
kereta. Selepas itu, bibirnya diherotkan pula.
“Uhuh...” Amy Patricia bersuara lagi.
Bibirnya
mengukir senyuman tatkala itu. Cermin mata hitam berbentuk bulat yang
tersangkut pada batang hidung dibetulkan sedikit. Sesuai benar dengan bentuk mukanya.
“Good.”
Perempuan
itu bersuara lagi apabila mendengarkan kata-kata orang upahan di hujung talian.
Kepalanya kini dianggukkan pula walaupun orang yang diupahnya itu memang
langsung tidak menampakkan muka.
“You can do it tonight,” kata Amy
Patrica. Perlahan tetapi tegas.
“Just a scratch?” ucap orang upahan itu
kemudiannya.
“One bleeding deep scratch is enough,”
balas model itu.
“Roger
that.”
Talian
dimatikan.
Amy
Patricia melihat imbasan imej dirinya di cermin kereta.
Rambutnya dibetulkan sedikit. Rambut yang dikerintingkan
itu menampakkan unsur klasik pada wajah.
Wajahnya pula dibelek. Muka putih melepak itu semakin
jelita dek macam-macam solekan yang bertepek. Warna gincu merah itu
menyerlahkan lagi keanggunan dirinya yang mempunyai warm undertone.
Bibirnya
mengukir senyuman lagi.
Kau memang
cun, Amy Patricia! Lepas ni, kau sorang je yang paling lawa dalam dunia ni!