Mereka bertiga duduk di salah sebuah meja yang terletak di
taman sekolah. Memang terasa seronok untuk mengulang kaji pelajaran di situ
memandangkan suasananya yang tenteram. Angin pula sepoi-sepoi bahasa. Cuaca
pula tak terlalu panas. Kalau nak baca buku pun memang senang sangat nak masuk
dalam otak. Tak terganggu pun dengan bunyi kebisingan memandangkan tak ramai
yang lepak di situ.
Tambahan
ramai pelajar yang sudah pulang ke rumah masing-masing. Berlainan dengan Amanda
dan Bahrain, mereka lebih suka mengulang kaji di taman sekolah sebelum pulang
ke rumah. Masing-masing mahu belajar balik apa yang telah diajari oleh guru di
kelas pada waktu pagi tadi. Kerja rumah pun terus disiapkan.
Apabila dah pulang ke rumah bolehlah nak santai-santai. Tak
payah fikir apa-apa dah. Boleh lepak tengok TV. Boleh tidur, makan, layan lagu
dan macam-macam lagilah. Senang. Tak payah susah-susah nak siapkan kerja rumah.
Hari itu
berbeza sedikit jika mahu dibandingkan dengan hari-hari lain. Bukan Amanda dan
Bahrain sahaja yang berada di taman itu sekarang. Kini mereka dah ada ahli baru
iaitu kembar Amanda sendiri.
Selena!
Seperti
yang dijanjikan, Selena perlu menghabiskan masa bersama-sama dengan Amanda
untuk mengulang kaji pelajaran selepas sekolah. Rahsia yang mereka berdua
kembar juga Bahrain tahu. Tak payahlah susah-susah nak reka cerita kalau
Bahrain tak pasal-pasal tanya. Nasib baik juga Bahrain tu boleh dipercayai.
Selena
sudah semestinya tak boleh duduk diam. Bab belajar memang susah sikit
punggungnya nak melekat. Ada je alasan nanti. Nak pergi tandaslah, laparlah,
itulah, inilah. Hei, ada-ada je budak seorang tu!
Mujur juga
si Amanda tu berkeras sikit. Hidup ni sekali je. Sementara masih bernafas kat
bumi ALLAH ni, seeloknya ilmu itu diambil sebanyak mungkin untuk bekalan di
akhirat sana. Dia tahu Selena boleh buat. Mereka kan kembar. Mesti ada punya gene pandai yang terselit kat chromosome Selena tu!
“Hari ni
kita belajar pasal blood,” ujar
Amanda. Buku nota yang disimpan di dalam beg dikeluarkan lalu diletakkan di
atas meja.
“Blood? As in darah?” ucap Selena kemudian.
“Yup,” celah Bahrain pula.
Dalam
banyak-banyak orang dalam kelas tu, Bahrain jelah yang boleh ngam dengan
perangai Amanda yang cold semacam tu.
Dia sebenarnya memang sukakan Amanda. Pandai, cantik, baik pulak tu.
Beauty with brain!
Cuma
Amanda ni pendiam sikit kalau nak dibandingkan dengan Selena. Selena ni becok.
Apabila diberitahu mengenai berita yang mereka berdua tu kembar, Bahrain hanya
tersenyum. Padanlah dia macam perasan wajah antara Selena dan Amanda ada iras
biarpun Selena mengenakan mekap yang tebal. Tak apalah kalau dia pakai mekap
tebal lima inci pun. Senang nak cam mana satu Amanda dan Selena.
“Apa yang
kau tahu pasal darah manusia?” soal Amanda yang sudah mula mengadakan sesi
kelas tambahan buat Selena.
“Err...entah.
Darah tu warna merah.”
Bahrain
tergelak mendengarkan jawapan Selena. Lawak pun ada jugak.
“Weh,
Bahrain! Kau tak payah nak gelakkan aku sangat eh! Aku tenyeh-tenyeh muka kau
dengan cili baru tahu!”
“Ada aku
kisah?”
“Ish,
baling dengan bekas pensil ni kang!”
“Tak takut
pun!”
Selena
sudah berkira-kira mahu mengambil bekas pensil Despicable Me yang terletak di
atas meja. Terasa nak hempuk je kepala si Bahrain ni!
“Hei, cukuplah
tu! Ada jugak yang nak kena cepuk ni!”
“Yalah!”
ucap Bahrain dan Selena serentak.
Amanda
hanya menggeleng kepala. Budak dua ‘ekor’ ni kalau tak duduk diam memang tak
boleh!
Terasa
akrab pulak padahal baru je kenal. Perwatakan Amanda dan Selena amat disenangi.
Memang senang untuk mendekati Selena yang peramah itu. Padanlah ramai budak
lelaki kat sekolah suka si Selena ni. Jelita mak oi! Macam Puteri Gunung Ledang
pun ada jugak!
Tapi hati
tetap pada si Amanda walaupun dia tak tahu. Tak berani nak bagi tahu gadis tu. Tak
pasal-pasal nanti kena lastik pulak. Yalah, Amanda ni garang semacam. Dalam
garangnya dia, dia tu memang punya kecantikan yang tersendiri. Nasib baiklah si
Bahrain ni tak kisah orangnya dengan kegarangan Amanda tu!
Amanda
pula menerangkan satu demi satu mengenai darah manusia.
“Darah manusia terdiri daripada sel darah dan plasma. Sel
darah tu boleh dibahagikan kepada erythrocytes,
leucocytes and platelet. Leucocytes
tu pulak terbahagi kepada granulocytes
and agranulocytes yang penting untuk immune
system kat dalam badan kita. Faham setakat ni?”
Selena hanya mengangguk. Faham sikit-sikit bolehlah.
Sikit-sikit ada perkataan cyte kat
hujung. Entah apa bendalah maksudnya dia pun tak tahu. Nasib baiklah dia ni
jenis yang boleh menghafal walaupun kadang-kadang bengap jugak dia tu. Dia
bukannya tak tahu langsung pasal sains ni, cuma dia malas. Maklumlah, dirinya
dah memang dibiasakan dengan kerja. Belajar pula masuk nombor dua. Itu sebab
dia macam tu.
“Apa
maksud cyte kat setiap term yang kau cakap ni?” soal Selena.
“Cyte tu maksudnya cell,” jawab Bahrain pula.
“Oh...”
Selena mengangguk lagi.
Dia dulu pernah jugak belajar benda-benda ni masa di
sekolah kat London dulu. Dia hanya kurang faham. Biasalah, belajar bukan
perkara pertama buat dirinya masa tu. Sibuk dengan aktiviti modelling memanjang. Sekarang ni, kena
biasakan diri jugak. Sijil Pelajaran Malaysia dah dekat. Penting kot exam tu!
“Lagi
senang sebenarnya kalau nak ingat sesuatu benda tu kalau kita faham maksudnya.
Tak adalah nanti kau hafal buku membabi buta tapi kau tak faham pun apa-apa
yang hafal,” ujar Amanda selepas itu.
Pernah
tengok cerita Hindustan ‘3 Idiot’? Cerita tu memang famous gila, kan? Ramai
yang menggemari filem tersebut dek pengajaran hidup yang sangat bererti
lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar pelajar.
Dalam
filem tu, Chatur Ramalingam atau nama gelarannya ‘Silencer’, memang pandai tapi
pandai yang berdasarkan hafalan semata-mata. Apa benda yang dia hafal, dia
sendiri tak faham. Memang lawak gila apabila dia dikenakan oleh Rancho. Ketawa
berdekah-dekah kalau tengok cerita tu!
“Habis tu,
maksud immune system tu apa?” tanya
Selena lagi.
“Immune system adalah untuk pertahanan
badan kita. Kalau ada microorganism
yang masuk badan dan katalah kalau benda tu mendatangkan bahaya untuk badan
kita, immune system tu yang akan buat
kerja,” Bahrain mencelah.
Selena
mengangguk lagi tanda faham. Dah macam burung belatuk pun ada. Ada dua cikgu
tak bertauliah yang duduk di depannya sekarang. Kalau tak faham jugak memang
tak tahu nak cakap apa!
“Setiap
satu granulocyte dan agranulocyte ada pecahannya
masing-masing,” ujar Amanda lagi.
Pen dan kertas diambil. Tangannya ringan sekali melukis
peta minda bagi memudahkan lagi pemahaman. Semua benda ditulis dalam satu peta
minda. Memang mudah sangat!
“Granulocytes terbahagi kepada tiga iaitu
neutrophils, basophils dan eosinophils.
Agranulocytes tu pulak terbahagi
kepada dua which are lymphocytes and
monocytes,” sambung Amanda lagi.
Alamak, cyte lagi!
“Each one of them has its own unique
function. Nevertheless, you have to remember these things first. We can go to
the details only after that.”
Sesi
belajar diteruskan lagi. Setelah memahami apa yang diterangkan Amanda dan Bahrain,
mereka mengajar Selena benda-benda yang lebih mendalam. Perkataan-perkataan
baru hampir semua dikeluarkan dan ditulis dalam buku nota untuk sesi hafalan.
Pendekatan
Amanda dan Bahrain yang menggunakan fakta menjadi cerita menjadi sesi ulang
kaji tersebut lebih menarik. Tak adalah rasa bosan sangat. Kadang-kadang
penyampaian guru dalam kelas macam robot. Cakap je tahu tapi murid-murid tak
berapa nak faham sangat. Nasib baik juga ada budak dua orang tu. Memang nampak
senang je!
Rasa macam
dah sedia nak ambil SPM ni!
Hehehe...
***
[Setengah jam kemudian]
“Hwaa!
Penatnya!” Selena sudah menghentak-hentak kepalanya ke atas meja. Rasa macam
dah ada sesakan lalu lintas kat setiap neuron kat dalam otaknya! Busy!
“Kenapa
aku kena belajar semua ni, Amanda?”
“Eh, kau
yang nak sangat jadi aku kan? Ha, kenalah belajar semua ni,” ucap Amanda
selamba. Tudungnya dibetulkan.
“Alah,
bila kita kat sekolah kan, kita jadi diri masing-masing balik. Lepas sekolah je
kan aku kena jadi kau. Penatlah!”
“Ish, kau
ni! Buatnya tiba-tiba papa check homework,
mesti dia pelik kalau dia tengok jawapan dalam buku semuanya merapu.”
“Sorry sikit eh. Mana ada jawapan dalam
buku aku merapu.”
“Aku
tengok homework kau yang hari tu
cikgu add maths bagi. Banyak betul
tanda pangkah.”
Selena
menjegil. “Kau tengok buku aku?”
“Mestilah.”
“Ish, kau
ni! Nak kena debik dengan aku ke? Suka hati dia je ushar buku orang.”
Amanda
pula masih lagi dengan jawapan selamba, “Ada aku kisah? Tak takut pun. Wek!”
Gadis itu
menjelirkan lidah.
Bahrain
pula hanya ketawa melihatkan gelagat kedua-dua kembar tersebut. Macam-macam
hal!
“Apa-apa
pun, kau kena jugak study. SPM kan
tahun ni. Kita dua-dua kena score.
Mama dan papa mesti bangga dengan kita berdua kalau kita dapat result gempak beb!”
“Yalah!
Yalah!” Selena sudah monyok muka. Apa-apa jelah!
“Weh,
korang. Sekarang dah pukul empat petang ni. Jomlah balik,” usul Selena. “Nanti
esok kita sambung belajar lagi.”
Bahrain
kemudiannya membalas, “Aahlah. Aku kena pergi main bola nanti. Aku dah janji
dengan budak-budak ni. Dia orang tu memang tak boleh hidup kalau tak ada aku.”
Amanda
memandang Bahrain yang kini sedang mengemas alatan tulisnya. Selena pula
memandang Amanda yang sedang melihat jejaka tersebut.
“Aku pergi
dulu eh. See you later, gang,” ucap
Bahrain sebelum mengucap salam. Dia berangkat pergi.
Amanda
pula tak habis-habis melihat si Bahrain. Sampai bayang hilang baru mata nak
beralih.
“Ehem!”
Selena pula berdehem menyedarkan Amanda yang macam orang tengah rindukan bulan.
Ceh, bukan main lagi ayat!
Bulan!
Bintang!
Jiwang!
“Amboi,
bukan main lagi kau eh!” Selena sudah mula mahu mengusik.
“Apa
benda?” Amanda dengan gaya cool terus
mengemas barang-barang yang bersepah di atas meja.
“Kau
dengan Bahrain...magical!”
Terbeliak
mata Amanda dibuatnya!
“Weh,
jangan nak mengada!”
Kena cool beb! Tak nak kantoi.
“Bahrain
tu dahlah kacak. Baik pun ya. Pandai pulak tu. Budak sukan, budak paling famous kat sekolah kot. Damn, he’s gorgeous!”
Amanda
mengambil buku tulis tipis milik Selena yang masih belum lagi dimasukkan dalam
beg. Buku tulis itu dihempuk perlahan ke kepala kembarnya itu.
“Kau tak
payah nak jadi pak cik Google pulak. Aku tahulah dia tu siapa,” ujar Amanda.
Masih lagi dia dengan gaya cool tapi
dalam hati berdebar-debar setiap hari bertemu dengan jejaka yang bernama
Bahrain itu!
“Kau tak
suka dia ke? Dia tu kalau tinggal kat London, mesti boleh jadi model macam aku
jugak tau. Handsome!”
Amanda
hanya diam. Malas nak layan si Selena tu.
“Kalau aku
nak date dia boleh?” Sengaja Selena
mahu menguji Amanda. Nak buat kembarnya tu cemburu!
“Hoi, kau
jangan nak mengada-ngada eh!”
“Hahaha! Jelaous jugak kau ni ek.”
“Eh, mana
ada jealous. Biasa jelah.”
“So bolehlah eh aku nak date dia?” Selena sengaja membuat
kembarnya itu keluar asap.
“Kau nak
kena penumbuk dengan aku ke?”
“Kalau
suka tu, baik kau cakap kat dia. Nanti melepas. Orang macam tu memang susah nak
dapat tau,” kata Selena.
“Alah,
malaslah. Kalau aku kena reject, aku
jugak yang mental breakdown nanti.
Baik tengok dari jauh je,” kata Amanda.
Perasaan terhadap Bahrain memang tak boleh nak disangkal.
Lelaki itu telah bertempat di hati. Entah berapa lama dia minat dengan si
Bahrain tu, dia sendiri tak tahu. Layanan lelaki itu terhadap dirinya memang
cukup baik. Namun dia tak nak bermain dengan perasaan. Manalah tahu kalau
lelaki itu melayan semua orang sama seperti dia melayan Amanda.
Lelaki...kalau
dah ada awek pun, boleh je layan perempuan lain terlebih-lebih. Ni lagilah
kalau tengah single kan?
“Tapi aku
rasa dia tu suka kat kau jugaklah,” tutur Selena.
“Jangan
nak merepeklah.”
“Cara dia
pandang kau memang lain. Kau tak rasa pelik ke kenapa dia asyik teman kau kat
taman ni? Padahal boleh je dia nak balik rumah, main whatsapp dengan perempuan lain.”
“Kita
orang memang dah selalu lepak kat sini. Buat study group memang dah jadi kebiasaan kita orang. Dia pernah cakap,
kalau dia tak faham apa-apa memang boleh dia direct terus tanya kat aku. Senang,” jelas Amanda berterus-terang.
“Kau nak
aku bagi tahu kat dia?” tanya Selena.
“Bagi tahu
apa?”
“Ish, kau
ni! Buat-buat blur pulak. Beritahu
yang kau kau suka kat dialah.”
“What? No. Tak payahlah. Benda ni biar
aku yang settle sendiri,” kata
Amanda. “Jomlah balik. Nanti lambat pulak sampai kat rumah. Kau dah ready, Selena? Dah ready nak jumpa papa?”
Selena
membetulkan tudungnya yang terherot-herot dek tiupan angin. Pertama kali dia
mengenakan tudung untuk menjayakan misi dia dan Amanda. Takkanlah pulak nak
balik rumah tak pakai tudung? Amanda tu bertudung litup orangnya. Kalau papa
nampak dia tak pakai tudung, tak ke pelik namanya nanti?
Buat
pertama kalinya juga dia merasakan ketenangan dalam hati. Menutup aurat
membuatkan dirinya terasa selamat. Tak ada lelaki yang suka-suka menjamah mata
melihat bentuk tubuhnya dari atas sampai ke bawah.
Ya ALLAH!
Ampunkan aku atas dosa-dosaku selama ini! Ampunkan aku yang lemah ini, Ya
ALLAH!
“Are you?”soal Selena pula.
Berdebar-debar pulak nak jumpa papa buat pertama kali. “Are you ready to meet mama?”
Amanda
tersenyum. Begitu juga Selena.
“Dah.”
“Let’s go!”