Hari bertukar silih ganti. Hari itu merupakan hari yang
baru buat dirinya. Dia mahu menghadapi hari itu dengan penuh erti. Tak mahu
lagi dia mengingat kenangan yang lepas. Kenangan yang cukup pahit untuk dia
ingat mahupun bayangkan. Dia mesti gembira dengan apa jua keputusan yang
diambil.
Everyday
is a new adventure, right?
Selena
kini berada di tanah tempat tumpah darahnya sendiri. Tempat dia dilahirkan.
Tempat yang sudah bertahun lamanya tidak dijejaki semenjak umurnya dua tahun.
Ya, Selena
dan Amira kini bertapak di bumi Malaysia!
Malaysia,
oh tanah airku.
Tanah
tempat tumpah darahku.
Negeri
elok amat kucinta.
Yang
kupuja sepanjang masa.
Eh, aku ni
dah kenapa nyanyi lagu Malaysia Tanah Airku? Semangat nasionalisme betul ni!
Baguslah tu!
Bukan ke sepatutnya kita muda remaja ni mesti menghargai
jasa pemimpin kita yang bersusah payah mendapatkan kemerdekaan negara kita
hanya untuk kesenangan cucu cicitnya? Orang-orang muda ni kenalah kekalkan
kemerdekaan yang kita capai sekarang ni. Ya tak?
Berbalik kepada cerita Selena, setelah meninggalkan Jared,
dia mengambil keputusan untuk pulang ke bumi Malaysia. Dia teringin untuk
mengubah angin. Dia tahu angin di London merupakan segala-gala buat dirinya
tapi di situlah tercalit segala duka. Kehidupan sebagai model yang sangat
didengki oleh bekas teman lelakinya sendiri. Buat apa nak tinggal di situ kalau
luka bernanah je yang dia dapat?
Baiklah dia tinggalkan tempat yang punya beribu kenangan
itu.
Lagipun
apa salahnya tukar angin, kan? Asyik kena angin sejuk London je. Bila lagi nak
merasa angin sepoi-sepoi bahasa Malaysia?
Puas benar
dia memujuk Amira untuk balik ke Malaysia. Macam-macam alasan yang dia bagi
untuk melembutkan hati mamanya itu. Macam-macam muka yang dibuat. Lebih-lebih
lagi muka comel macam muka kucing Puss In Boots tu!
Sengaja
nak bagi mamanya cairlah tu!
Pujukan
demi pujukan akhirnya berhasil juga. Amira yang pada asalnya tidak mahu
menjejakkan kaki ke Malaysia termakan pujukan anak perempuannya. Dia sudah
semestinya punya sebab tersendiri tidak mahu berada di negara tercinta itu. Dia
punya sejarah sendiri bersama bekas suaminya.
Syafiq!
Malaysia
itu sangat banyak kenangan bersama lelaki itu. Berada di bumi itu hanya
mengingatkan lagi pada lelaki yang kini hanyalah bergelar bekas suami. Selepas
berpisah terus dia mengambil keputusan untuk membina kerjaya di London. Berada
dekat dengan Syafiq pasti akan mengundang air mata. Itu sebab dia membawa diri
ke kota mat saleh itu.
Namun,
setelah berbelas-belas tahun lamanya, kejadian buruk telah menimpa anaknya itu.
Kerjaya model Selena terpaksa ditangguhkan oleh sebab kecederaan yang entah
bila mahu pulih seperti sedia kala.
Lebih
tidak sangka dia apabila anak gadis itu mengambil keputusan untuk berpindah ke
Malaysia. Macam-macam rasa yang dia alami.
Walau
bagaimanapun, dia tetap akan menghormati keputusan yang telah diambil oleh
Selena. Sebagai mama yang telah bersusah payah melahirkan anaknya, dia mahukan
Selena mendapatkan yang terbaik. Jika berada di bumi London hanya mendatangkan
duka kepada diri anak itu, apa salahnya mereka membuka lembaran baru di bumi
Malaysia?
Lagipun
berada di Malaysia membolehkan dirinya untuk meluaskan perniagaan. Jenama
Miracle masih belum lagi mencecah negara berbilang kaum itu. Tidak salah untuk
dia bekerja di tempat dan suasana yang baru.
“Selena!”
jerit Emma dari tingkat bawah. Wanita itu sibuk benar menghidangkan sarapan di
atas meja makan.
“Ya,
Emma!”
“Mari
turun! Makan sarapan kamu ni cepat. Kalau tak nanti sampai sekolah lambat pulak
kang!”
“Yalah!”
Liat benar
Selena mahu bangun tidur waktu itu. Biasalah. Dia masih tak dapat membiasakan
diri dengan jam di Malaysia. Jet lag
kononnya!
Entah
sampai bilalah dia nak jet lag!
“You say good
morning when it’s midnight,
Going
out of my head,
Alone
in this bed,
I
wake up to your sunset,
And
it’s driving me mad,
I
miss you so bad,
And
my heart, heart, heart is so jet lagged!”
Ceh,
jantung pun boleh jet lag ek?
Ha,
apa-apa pun macam tulah yang Selena rasa bila bangun pagi. Lagu Jet Lag yang
dinyanyikan oleh kumpulan rock Simple Plan dan Natasha Bedingfield itu memang
selalu benar di pasang pada waktu pagi. Nak naikkan semangat kononnya!
Yalah tu!
Kaki dengan
lajunya turun tangga. Rasa macam nak lumba lari 100 meter pun ada. Laju benar.
Padahal nak turun tangga je pun!
“Turun
tangga tu elok-elok sikitlah, Selena oi!” tegur Amira yang kini sudah duduk di
kerusi meja makan. “Nanti jatuh siapa yang susah? Mama kamu ni jugak yang susah
tahu tak. Mama kamu ni dahlah takut darah.”
“Alah mama
ni. Kalau jatuh tangga terseliuh je. Bukannya keluar darah macam air pancut
tu,” balas Selena.
“Eh,
menjawab pulak budak ni! Meh sini makan sarapan. Nanti lambat pulak pergi
sekolah. Hari ni dahlah hari first
kamu. Kalau lambat tak pasal-pasal kena marah dengan cikgu disiplin nanti.”
Amira
sudah membebel macam apa. Rasa macam dah lama dia tak membebel suruh anak pergi
sekolah. Yalah, selalunya Selena tu ada pembantu sendiri. Kadang-kadang sibuk
dengan kerja model. Apa-apa pun semuanya si Jenny tu yang ingatkan.
Sekarang
Selena dah berhenti dulu daripada buat aktiviti modelling. Jenny pula terpaksa bekerja untuk model lain
memandangkan Selena mengambil keputusan drastik untuk pulang ke Malaysia. Jadi
tak ada siapa-siapa lagilah yang terpekik terlolong membebel melainkan Amira
sendiri.
Salah satu
senjata mak-mak...membebel!
Hahaha!
“Yalah.
Yalah!” Selena yang pertama kali berbaju kurung untuk ke sekolah mengambil
tempat di salah sebuah kerusi di meja makan.
Rasa lain benar dapat mengenakan pakaian tradisional orang
Melayu di Malaysia. Jarang benar dia pakai macam tu. Lainlah kalau hari raya.
Nama pun hari raya di tempat orang. Tak sampai beberapa jam baju kurung terus
dicampak masuk dalam mesin basuh.
Nak pergi
beraya pun bukannya ramai orang Melayu yang dia kenal. Jiran-jiran semuanya mat
dan minah saleh je. Kalau ada orang Melayu yang dia kenal pun hanyalah si Jared
dan Amy Patricia.
Ah,
lupakanlah pasal dia orang!
Benci
betul kalau ingat pasal orang-orang tak betul macam tu!
Sekarang
aku nak mulakan hidup baru. Aku nak jadi normal macam semua gadis diluar sana!
Pergi
sekolah. Balik sekolah. Makan. Buat kerja rumah. Main dengan kawan-kawan. Makan
lagi. Lepas tu tidur!
No more hectic schedule!
Selena memandang
makanan yang terhidang di atas meja makan. Dahinya berkerut tiba-tiba.
“Mak cik
Emma, mak cik masak apa ni?”
Pertanyaan ditujukan kepada Emma yang sedang menyediakan
air teh’o panas. Matanya masih lagi ligat melihat masakan pembantu rumahnya yang
langsung dia tak pernah nampak.
“Itukan
nasi. Apalah kamu ni. Takkan nasi pun tak kenal?” jawab Emma yang kini
meletakkan teko yang agak panas itu di atas meja. Air teh’o dicurahkan ke dalam
cawan yang terletak elok di sebelah pinggan.
“Mestilah
Selena tahu ni nasi. Tapi mak cik mana pernah masak nasi kalau sarapan. 17
tahun tau Selena duduk dengan mak cik tapi selalu kan mak cik buat roti sandwic
je,” balas Selena. Naif sungguh dia apabila melihat makanan di depan mata.
Padahal Emma tu hanya buat nasi goreng. Itu pun budak tu tak kenal! Alahai,
Selena!
Amira yang mendengarkan kata-kata Selena
hanya dapat ketawa. Kesian pulak dia tengok budak tu. Salah dia juga. Anak itu
dibesarkan dengan makanan barat. Makanan timur langsung tak pernah berjamah.
“Tu nasi
gorenglah, Selena,” sampuk Amira sekaligus menjawab pertanyaan yang berselirat
di kepala anak perempuannya itu.
“Ha?”
“Nasi
goreng,” ulang Emma pula.
“Oh, nilah
nasi goreng,” tutur Selena. “Ala tapi Selena tak ada masalah nak main
eksperimen makanan ni. Orang dah lambat nak pergi sekolah ni tau.”
“Makan
jelah, Selena. Takkan nak bagi kamu pergi sekolah dengan perut kosong pulak?
Kamu tu kan nak pergi belajar. Nanti lapar pulak otak kamu tu sebab tak makan
sarapan,” bebel Amira lagi.
“Otak pun boleh
lapar eh, mama?”
“Kamu tahu
tak otak ni perlukan glucose. Kalau
kamu kebulur mana pun, glucose mesti
sampai kat otak dulu. Otak kamu tak makan, macam mana badan nak fungsi dengan
baik?”
Alamak,
mama aku ni dah bebel lagi! Bebel pasal benda-benda sains pulak tu. Aku ni
dahlah memang bengap sikit bab-bab sains ni. Aiyo!
“Kamu yang
nak sangat duduk kat Malaysia ni. Ha, kenalah rasa masakan kat sini macam
mana.” Giliran Emma pula yang mengambil tempat Amira sebagai kaki bebel.
“Fine! Okay! Okay! Selena makan nasi
goreng ni.” Selena mengangkat tangan tanda mengalah. Entah apa jenis makananlah
yang dia bakal suap masuk dalam mulut ni. Entah sedap, entah tak.
Ish, aku nak roti! Nak roti! Roti!
Nasi
goreng yang tersedia hidang di depan mati disuap perlahan-lahan. Takut benar
dia. Rasa macam nak makan makanan yang dah tak elok pulak. Ish..ish...ish...
Selena...Selena...
Makanan
yang kamu makan tu nasi goreng je kot. Menu wajib yang mesti orang Melayu
selalu makan.
Nasi
goreng itu dikunyah perlahan-lahan. Pertama kali dia menyuap makanan yang sudah
tentunya biasa di lidah orang Malaysia tak kira bangsa.
Bermacam-macam
benda yang dapat dia rasa di lidah. Nasi yang berwarna kemerah-merahan itu
sudah semestinya benda utama yang dia rasa. Ditambah lagi dengan ikan bilis
goreng yang cukup rangup itu menokok lagi rasa yang berada di dalam mulut.
Empat mata
Emma dan Amira tekun memandang Selena yang pertama kali menjamah nasi goreng.
Sebenarnya, si Emma tu terujalah jugak bila dapat tahu majikannya nak pulang ke
Malaysia. Bolehlah jugak dia pekena masakan Melayu. Dah lama lidah tak rasa
masakan timur. Balik-balik makanan orang putih tu jelah yang dia buat. Penat
betul dia belajar macam mana nak masak masakan orang negara kulit putih tu.
Setelah
sekian lama, finally dapat jugak buat
nasi goreng! Nasi goreng pun jadilah kan? Siap dengan bilis goreng.
Pergh!
Kalau
lapar memang sedap sangat kot!
“Macam
mana?” tanya Emma.
“Sedap
gila!” jawab Selena. Suapan demi suapan diteruskan oleh anak perempuan itu. Nampak
macam kebulur benar.
“Tapi
pedaslah, Mak Cik Emma,” Selena menyambung.
“Mana ada
pedas,” cakap Amira kemudian. Memanglah tak rasa pedas. Lidah dia tu dah macam
batu. Makan pedas macam mana pun boleh relaks lagi. Kalau orang lain yang makan
confirm menangis tahan pedas!
“Kamu ni
harap je lidah Melayu. Baru makan nasi goreng pedas sikit dah rasa pedas.
Tengok mama kamu ni. Cool je tau,”
tutur Emma.
‘Macam
manalah mama aku ni boleh tahan makan nasi goreng ni? Lidah aku ni dah perit
kot,” bebel Selena dalam hati.
Namun
suapan masih diteruskan. Nasi goreng hasil tangan Emma masih lagi masuk ke
dalam mulut. Sedap punya pasal. Habis nasi goreng tu dia bedal.
“Hwaaa!
Pedas! Air! Air!” Selena mengipas tangannya. Moga-moga dapat berkurang darjah
kepedasan.
Air teh’o
panas yang dituang oleh Emma tadi terus diteguk.
Apalah
Selena ni? Lidah dah pedas. Lagilah kamu minum air panas. Jangan haraplah pedas
tu nak berkurang!
“Aduh,
pedasnya! Kenapa tak kurang ni? Hwaaa! Panas!”
Selena
berlari-lari ke arah peti sejuk yang terletak di dapur. Pintu peti itu dibuka.
Kepala dimasukkan. Asal kepala dapat rasa sejuk pun okeylah.
Matanya
tertancap ke arah tempat letak ais pula.
“Thank God ada ais! Meh sini kau! Lidah
aku panas ni oi!”
Cepat-cepat
Selena mengambil sebiji ketulan ais langsung diletakkan ke atas lidahnya.
Hahaha! Drama betul si Selena ni pagi-pagi!
“Fuh,
lega!”
Aku ni
dahlah tak pernah makan ais. Ni first
time ais ni mencemar duli masuk dalam mulut aku. Kalau bukan sebab kau nasi
goreng memang tak ada maknanya aku nak letak ais ni dalam mulut tau!
Huh, nasi
goreng punya pasal, aku yang kena!
Ada ke
patut?
Amira dan
Emma hanya tergelak sakan melihatkan reaksi anak dara itu.
“Hahaha!”
Macam-macam
betul si Selena ni.
Merasalah
kau Selena duduk kat Malaysia...