Langit
biru dipandang kosong. Burung-burung ciptaan ILAHI berkicauan di petang itu
langsung tidak menarik minatnya. Langit cerah dek sang matahari dibiarkan
menyinari bumi juga tubuhnya yang ketika itu duduk di bangku panjang
bersebelahan dengan tempat makan bengkel.
Mata memerhati alam ciptaan ALLAH
yang sungguh menawan. Sedikit sebanyak merawat hatinya yang sungguh bernanah
waktu itu. Fikirannya menerawang jauh. Tidak tahu sampai ke mana tetapi apa
yang pasti dia mengenangkan satu-satunya wanita yang telah mengambil keputusan
yang cukup drastik. Keputusan itulah yang membuatkan dirinya dihurung
bermacam-macam rasa.
Sedih, kecewa, hatinya
gundah-gulana.
Apa yang harus dilakukan untuk
menawan hati perempuan itu kembali? Apa yang harus dibuat untuk menjernihkan
keadaan keluarga yang dibina tidak cukup lama?
“Syafiq?”
Syafiq menoleh lalu ternampak wanita
yang sungguh dicintai selama ini. Senyuman tak lekang di bibirnya apabila
wanita itu terpampang di retina mata.
“Amira!” ucap Syafiq jelas kelihatan
gembira. Hanya melihat wanita itu sudah cukup membuatkan hatinya terasa damai.
Sepasang tangan milik Amira
digenggam dengan penuh kasih sayang. Dia tidak mahu lagi melepaskan genggaman
itu. Dia mahu Amira meneruskan ranjau hidup ini bersama-sama dengannya. Apa jua
rintangan dia tidak akan sesekali melepaskan perempuan yang telah memberi impak
besar dalam hidup lelaki bernama Syafiq. Dia bukan sahaja bersungguh-sungguh
berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama, malah dia akan membahagiakan
wanita itu untuk menebus kembali kesalahannya yang lalu.
“Oh,
I’m so glad you’re back, Amira! I’m so sorry, dear. I won’t do stupid things
again. I’ll do better this time. Just forgive me, please,” ujar Syafiq.
Tangan Amira dikucup lembut menandakan betapa sayangnya Syafiq kepada manusia
yang bernama Amira itu.
Amira hanya diam melihat kelakuan
Syafiq. Senyum tidak. Apa-apa pun tidak. Mata sahaja yang berkelip-kelip.
“Amira, kenapa diam aje ni? Please say something, love,” ucap Syafiq
menyentuh lembut wajah putih milik Amira. Mata coklat hazel-nut itu ditenung dalam. Dia mahu memenuhi ruang matanya
dengan sepasang mata indah itu.
Buat seketika bibir berwarna merah
jambu itu mengukir senyuman buat santapan Syafiq. Lega rasanya walaupun Amira
langsung tidak mengeluarkan sepatah dua kata kepada lelaki itu.
Genggaman Syafiq cuba dileraikan
oleh Amira. Dia tahu sudah tiba masa untuk dia berundur diri. Dia perlu pergi
memandangkan lelaki itu hanya tinggal sejarah dalam hidupnya. Senyuman tetap
dihulurkan. Dia berpaling lalu berunsur bergerak pergi selangkah demi
selangkah.
“Amira!” panggil Syafiq cukup kuat
untuk didengari oleh sesiapa yang berada berhampiran.
“Amira!”
“Amira,
jangan pergi! Jangan tinggalkan saya.”
“Amira!” Berkali-kali nama Amira
disebut, namun, perempuan itu langsung tidak menoleh. Kakinya cuba untuk
melangkah mendapatkan Amira tetapi tubuhnya bagaikan terpaku di atas bumi.
Langsung tidak boleh bergerak mahupun berlari. Tangannya pula cuba untuk meraih
Amira dari belakang tetapi nyata diri itu sudah semakin menjauh.
Amira...jangan tinggalkan aku,
sayang.
***
Terasa bahunya digoncang kejap cukup
untuk menyedarkan dirinya. Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Sedikit demi
sedikit cahaya menyentuh kornea mata Syafiq.
“Amira!” Spontan bibir itu menyebut
nama wanita itu.
“Oi, Syafiq!” tegur Akief. Bahu
rakannya itu digoncang lagi supaya lelaki itu tersedar yang dia berada di alam
realiti. Bukan lagi fantasi mimpi.
Suara Akief menyapa gegendang telinga
si Syafiq. Baru dia tahu yang dia sebenarnya tidak berjumpa Amira secara nyata.
Tangan yang sering melindungi Amira itu ditenung agak lama. Tidak dia sangka
bahawa tadi hanyalah mimpi. Mimpi yang terasa seperti realitet. Masih lagi dia
dapat merasakan hembusan nafas Amira yang sering menemani tidurnya. Masih lagi
dia dapat merasakan sentuhan lembut wanita itu apabila dia berada dalam
kesusahan.
Namun sekarang tidak lagi. Tidak ada
lagi manusia yang bernama Amira dalam rencah hidupnya kini. Amira sudah pergi
meninggalkan dirinya sepi.
Ah, ini semua salah aku! Kalau bukan
sebab tragedi malam itu, Amira tentu tak tinggalkan aku.
“Syafiq, kau okey tak ni?” sapa
Akief. Dia mengambil tempat di sebelah kawan baiknya itu.
Tidak
sangka selepas tamat pengajian, mereka bersama-sama membuat keputusan untuk
membuka bengkel kereta. Bengkel itu dikongsi atas rasa minat yang mendalam
terhadap dunia kereta. Walaupun masing-masing masih ada lagi tanggungjawab di
tempat kerja yang berlainan, bengkel itu selalu menjadi keutamaan.
Nafas ditarik sedalam mungkin.
Terasa lemah membaham jiwa raga sejak Syafiq dan Amira bercerai meskipun masjid
indah yang dibina baru menjejak usia dua tahun. Kepalanya terasa sangat berat
sekali untuk menghadapi dugaan yang cukup besar melanda kehidupannya.
“Syafiq?” tegur Akief lagi. Dia
mengakui kawannya asyik termenung sejak kebelakangan ini. Dia pasti dia tahu
jawapan di sebalik menungan lama Syafiq itu.
Amira. Ya, perempuan itu memainkan
peranan yang sangat besar dalam hidup bekas rakan sebiliknya di fakulti dahulu.
Syafiq yang jarang melihat perempuan telah berubah apabila mengenali Amira. Dia
yang kekok dengan mereka yang berlainan jantina lebih mesra apabila Amira
terbit dalam hidupnya. Kemesraan hanya wujud untuk wanita itu sahaja.
“Aku rindu dia,” ucap Syafiq
perlahan.
Wajahnya diraup. Rambutnya diselak
kasar. Rambut yang dahulu sering kemas kini berserabai akibat demam rindu akan
Amira.
“Amira?” teka Akief.
Syafiq mengangguk lemah.
Akief mengangkat tangan lalu menepuk
bahu kawannya itu. Kekuatan dan semangat cuba dihulurkan. Dia tahu hati Syafiq
berada dalam kepedihan di saat ini.
“Boleh aku tanya, Syafiq?”
“Apa dia?”
“Kenapa kau orang ambil keputusan
untuk bercerai?” tanya Akief setelah menyusun atur ayat dalam fikiran dengan
penuh hati-hati. Takut-takut dia untuk mengecilkan hati Syafiq.
Syafiq menghembus nafasnya entah
kali ke berapa. Memandangkan Akief sudah bertanya, dia harus buka cerita.
Lagipun, Akief itu bukannya sembarangan orang yang hadir dalam hidupnya. Akief
itu kawannya sendiri.
“Salah aku jugak. Ada satu malam tu,
kita orang bergaduh. Selalu aje jadi macam ni tapi malam tu aku hilang kawalan.
Aku terlalu ikutkan nafsu amarah aku. Aku tampar dia sampai dia cedara,” jelas
Syafiq.
“Ya ALLAH. Apa yang Amira tu buat
sampai macam tu sekali, Syafiq?” tanya Akief kemudian.
“Masing-masing cuba mempertahankan
kerja masing-masing. Amira rasa terabai sebab aku selalu tak ada kat rumah.
Balik lewat malam. Selalu aje ada hal kat luar. Jadi dia siasat apa yang aku
buat selama ni. Akhirnya dia dapat tangkap gambar aku dengan Seri.”
Akief mengerutkan dahi tanda tidak faham.
“Seri? Siapa dia?” soal Akief lagi
persis sang wartawan yang mahu mendapatkan maklumat.
“She’s
nobody. Dia cuma klien aku. Bad
timing agaknya. Amira dapat tangkap gambar aku dengan Seri masa kita orang
keluar pergi restoran.”
“Kau dah jelaskan belum kat dia
pasal Seri?”
“Puas aku bagi penjelasan kat dia
tapi dia tak nak dengar. We end up
blaming each other. Things went completely out of hand. And that was when I...”
ujar Syafiq. Tidak sanggup dia untuk bercerita lagi. Biarpun begitu dia mesti
mengaku kesalahannya.
“I hit her, Akief,” ucap Syafiq. “Aku
hina kerja dia setelah macam-macam yang dia korbankan untuk aku selama ni. Dia
dah beri segala-galanya untuk aku tapi aku yang tak pernah nak hargai jasa dia
untuk rumah tangga kami. Suami apa aku ni?”
Akief setia mendengar. Dia tahu
berat bebanan yang ditanggung oleh kawannya yang seorang itu.
“Aku rindu Amira, Akief. Aku rindu
anak aku,” tutur Syafiq dalam keperitan yang sarat di jiwa.
“Kau tahu tak dia kat mana sekarang
ni?”
“Dia balik rumah mak dia yang kat
London tu. Dia nak teruskan kehidupan dia kat sana. Mungkin itu yang dia
rasakan terbaik untuk diri dia.”
“Si kembar tu macam mana pulak?”
“Kami dah sepakat. Amira nak jaga
Selena. Aku pulak akan pelihara Amanda.”
Akief mengangguk faham. Ternyata
besar penderitaan yang dihadapi Syafiq. Bukan sahaja berpisah dengan si isteri
tercinta, malah terpaksa berjauhan beribu batu dengan anak tersayang.
Dua tahun perkahwinan itu telah
dihiasi dengan kehadiran pasangan kembar yang cukup comel iaitu Selena dan
Amanda. Memandangkan Amira merupakan kacukan orang London dan juga orang
Malaysia, memang terserlah kejelitaan wanita itu. Memang tidak hairan Selena
dan Amanda sangat comel biarpun dipandang berkali-kali.
“Mungkin aku bukan pakar motivasi
yang terbaik, tapi satu nasihat aku, kau doalah banyak-banyak untuk kebahagiaan
bekas isteri kau dan anak-anak kau. InsyaALLAH, satu hari nanti kau dapat jumpa
balik dengan mereka. Kalau ada jodoh, mungkin kau orang akan bersatu semula.
Kita tak tahu kan rancangan ALLAH tu macam mana? Jangan risau, Syafiq. Plan
ALLAH tu plan yang terbaik.”
Syafiq mengangguk. Ada benarnya
tutur kata Akief itu.
Amira...moga kau baik-baik aje di
kota London tu. Di situlah tempat kita berdua menabur rasa cinta.
Selena anak papa...jadi anak yang
baik ya, sayang.