Pandangan yang ralit dilemparkan ke
arah rumput-rampai di taman itu. Hijau menawan memberikan kedamaian kepada
sesiapa yang memandangnya. Apa yang dia tahu, hijau menyegarkan mata yang
mengantuk. Biru pula melambangkan ketenangan. Lihat sahaja laut biru. Menatapnya
cukup memadai untuk merasai ketenangan di jiwa.
Warna dan kehidupan. Masing-masing
tidak boleh dipisahkan. Masing-masing mempunyai makna yang tersendiri.
Dirinya
leka melihat pemandangan indah di depan mata. Awan menutupi langit nan cerah
membuatkan hari itu agak kelam tetapi masih lagi ada keunikannya. Udara segar
hari itu bergerak perlahan melambai-lambaikan rambutnya yang dibiarkan lepas.
“Honey!”
sapa seseorang dari belakang. Suara itu milik seorang lelaki. Ya, memang pasti
itu suara lelaki.
Tiba-tiba
kakinya tergerak ke hadapan sedikit dek tindak-tanduk lelaki itu yang memeluk
bahunya dari arah belakang. Tubuhnya perlu distabilkan. Kalau tidak dia akan jatuh.
Oh, itu semestinya tidak boleh berlaku! Tubuh badannya perlu dijaga
memandangkan apa-apa cela yang ada akan mencacatkan reputasinya sebagai seorang
model berjaya.
Pelukan lelaki itu masih tidak lepas
pada bahu. Dia lantas menolehkan kepalanya untuk melihat jejaka itu biarpun dia
tahu siapa punya gerangan.
Tangan lelaki itu dipegang lalu
ditarik supaya pelukan itu dileraikan. Tubuhnya berpaling menghadap lelaki itu.
Betul tekaannya. Lelaki itu rupanya.
Selena tersenyum sampai ke telinga.
Dia riang gembira tidak terkata melihatkan lelaki itu sudah sampai. Lenguh juga
kakinya menunggu di hadapan Trinity Square Gardens. Mujur juga hari itu
tidaklah sesejuk seperti hari-hari sebelum ini. Kalau tak dia boleh kejung
waktu itu juga.
“Jared!”
Selena
lantas memeluk tubuh sasa lelaki itu kembali. Sungguh gembira dia dapat
berjumpa dengan orang tercinta. Berpisah berminggu-minggu lamanya telah
menimbulkan rasa rindu yang amat sangat terhadap dia yang bernama Jared.
“Hey,
how’s it going, babe?” soal Jared. Tangan itu ringan membalas pelukan gadis
itu.
Dia
terasa sangat beruntung dapat berdampingan dengan perempuan bernama Selena itu.
Siapa sahaja yang tak terpikat melihatkan kejelitaan gadis itu? Model cantik
yang menjadi igauan setiap orang yang bernama lelaki. Hanya dia satu-satunya
jejaka yang berjaya menambat hati sang puteri. Oh, bangganya!
“It’s
been great. Everything is totally copasetic. Feel loads better with you here,”
ucap Selena merungkaikan pelukannya. Lega dapat merasai pelukan hangat itu
lagi. Girang hatinya dapat menatap wajah Jared yang juga merupakan anak
Malaysia seperti dirinya.
“How
are you?” soal gadis itu kemudian.
“I’m
very much fine. Thank you,” jawab Jared. Rambut gadis yang menutup
sebahagian wajah diselak ke tepi.
Selena pula hanya tersenyum
melihatkan lelaki itu berbuat sedemikian. Terasa dirinya amat disayangi.
“How
long has it been?” Jared kini menyelitkan jari-jemarinya di antara
jari-jemari milik Selena.
“21 hari.”
“You
count, don’t you?”
“Of
course,” balas Selena. “You should
see my calendar. It’s full of Xs.”
21 hari sudah sememangnya cukup lama
buat Selena. Dirinya yang ternanti-nanti kepulangan Jared dari bumi New York
berasa senang hati apabila ternampak lelaki itu di depan mata kini.
Seperti dirinya, Jared merupakan
seorang model yang baru naik namanya di dunia fesyen. Ramai yang menginginkan
lelaki yang mempunyai paras rupa seperti Nicholas Hoult itu menjadi orang
tengah untuk memperagakan pakaian berjenama. Kehadiran Jared amat diperlukan di
New York baru-baru ini untuk memperagakan pakaian dari line Ralph Lauren pula. Perpisahan selama tiga minggu itu berakhir
jua akhirnya.
“Xs?”
Jared memeluk bahu Selena dari tepi pula. “Xs
as in kisses?”
“Bukanlah. Ish, X tu represent pangkahlah. Apalah you ni,”
balas Selena malu-malu. Gadis itu membalas pelukan lelaki itu dengan memeluk
pinggangnya.
Jared hanya ketawa mendengarkan
jawapan teman wanitanya itu.
“Nak hang out kat taman ni aje ke?” soal Jared selepas itu.
Penat
juga lidahnya asyik berbahasa inggeris dari tadi. Duduk kat tempat orang,
memang tu ajelah bahasa perantaraan yang boleh difahami. Masa di New York
kelmarin pun sama. Semua yang ada hanyalah mat dan minah saleh. Mat melayu
langsung tak ada. Nada! Nasib baiklah
dia sudah biasa dibesarkan di tempat orang. Memang sudah lali berbahasa itu.
“Ikut youlah. I tak kisah,” balas
Selena.
“Erm, jom pergi lepak kat kedai
makan yang kat situ nak? I laparlah.”
“Good
because I’m actually freezing out here!”
“Eleh, kalau sejuk tu cakap ajelah.
Tak payah nak berlagak sangat.” Hidung perempuan itu dicubit perlahan. Gemar
betul dia berbuat demikian kepada Selena.
“Mana adalah!”
“Tengok tu. Mulalah tu nak buat-buat
tahan sejuk. Tengok muka dah tahu. Merah semacam aje dari tadi I tengok.”
Selena mencebik.
“Jom
pergi sana.” Tangan Selena digenggam kemas disebalik sarung tangan tebal yang
melindungi diri masing-masing daripada kesejukan. Jared yang mahu melangkah
pergi ke arah kedai makan yang disebutkan dihalang oleh gadis itu terlebih
dahulu.
“On
one condition.”
“Apa dia?”
“Belanja I makan.”
“Huh, mengada! Yalah!”
Selena tersengih.
“Eh, kejap!” Selena memegang kejap
tangan Jared menghentikan pergerakan lelaki itu sekali lagi.
“Kenapa?” tanya Jared memandang
Selena.
“Selfie
dulu jom!”
Jared ketawa terbahak-bahak. Dah
nama model, model jugaklah. Suka benar bergambar. Ada-ada aje si Selena ni.
Layankan ajelah.
Telefon bimbit milik Selena
dikeluarkan.
Seorang
kacak, seorang lagi cantik. Memang nampak sweet
couple benar. Kedua-dua Jared dan Selena mendekatkan muka masing-masing
menghadap front kamera.
Gambar
yang diambil sangat cantik berlatar belakangkan 10 Trinity Square. Langit
kebiru-biruan menampakkan lagi kehebatan bangunan itu. Struktur bangunan itu
juga cukup unik dan terserlah untuk buat tatapan mata.
Bangunan yang mempunyai sejarah
tersendiri tersebut katanya akan dibuat menjadi hotel tidak lama lagi. Seni
bina yang ada masih dikekalkan agar keaslian pada bangunan itu dapat
dikekalkan.
Kalau dah siap jadi hotel, memang
Selena nak pergi menetap kat situ. Cantik sangat bangunannya!
Kejap-kejap senyum. Lepas tu buat wacky faces pulak. Macam-macam muka yang
dibuat pasangan sejoli tu!
Untunglah
dua-dua model...
“Jomlah pergi makan, Selena. I dah
lapar sangat ni. Penat asyik menghadap kamera aje,” ujar Jared. “Dahlah semalam
baru habis shooting.”
“Kerja kita kan model. Memang
kenalah menghadap kamera hari-hari cik abang oi!”
***
“Nak dengar satu cerita tak?”
Selena
menyuapkan kepingan sandwic ke dalam mulutnya. Sedapnya! Lidahnya dapat merasakan
masam-masam mayonis diadun sekali dengan sos lada hitam. Ditambah lagi dengan
lobak yang dipotong kecil, terasa sedikit kemanisan di samping masam yang
memenuhi lidah. Penuh betul mulut!
“Cerita apa?” Jared juga begitu. Tak
cukup dengan satu sandwic, burger keju pun dia nak pesan jugak. Lapar sangat
ni!
“I sekarang model untuk Victoria’s
Secret.”
“Oh...” balas Jared pendek. Burger
yang ada pada tangan masih dikunyah. Eh, kenapa aku macam dengar Selena cakap
dia jadi model? Ish, aku ni! Memanglah dia tu model. Victoria’s Secret?
Rewind.
“I sekarang model untuk
Victoria’s Secret.”
“What?”
Selena mengangguk. Mulutnya terukir
senyuman gembira yang tak sudah.
“Really?”
“Really,
really!”
“That’s
so brilliant!” Jared juga begitu. Masing-masing tersenyum. Masing-masing
nampak gembira dengan kejayaan Selena.
“Nanti kirim salam kat Cara
Delevigne eh,” ucap Jared. Mukanya sengaja dibuat-buat comel. Ish, menyampah
betul! Comel tu sesuai dengan mat Korea je. Hang tu muka orang putih. Dah kacak
tu, kacak ajelah ya, klon Nicholas Hoult!
“Jangan nak menggatal sangat eh,
Jared!” Selena mencebik. Mulut diherotkan. Cemburulah tu!
“Ala bolehlah! Cara tu lawa kot.”
Cara Delevigne. Namanya cantik
secantik orangnya.
“Hello,
model depan you ni tak lawa ke?”
“Hehehe...lawalah jugak,” balas
Jared. Sengaja mahu mengusik gadis itu.
“Cuba you tengok muka I ni. Lebih
kurang aje tau macam Cara tu.”
“Meh sini I tengok.” Tangan
meletakkan burger di atas pinggan. Sos yang tercalit sedikit pada tangan itu
disapu pada muka licin Selena. Tercopong mulut Selena jadinya.
“Hoi, berani you letak sos kat muka
I ni!” Geram betul Selena dengan Jared ketika itu. Wajah cantik itu habis
selekeh bukan aje dengan sos cili, mayonis juga habis diselet Jared pada muka
Selena.
“Nak kenalah you ni!”
Selena
juga tak mahu kalah. Sos cili dan mayonis yang terpampang di depan mata dituang
ke atas pinggan. Jari-jemarinya tangkas mengambil sikit lalu disapu pada muka
Jared pula. Apa yang ada kat depan mata semuanya dicapai. Serbuk lada hitam juga
ditabur pada lelaki itu. Sekarang, bukan muka aje yang menjadi mangsa Selena,
baju Jared juga habis selekeh dengan sos.
Jared juga tak menang tangan
menghabiskan serbuk lada hitam tuan kedai dengan hemburan tak sudah pada gadis
itu. Habis semua orang dalam kedai melihat pasangan tersebut bermain dengan
sos. Selalunya orang main baling-baling salji. Memandangkan London tak turun
salji, main sos pun jadilah.
Sudahlah mereka berdua tu orang
terkenal. Dia orang pasti mereka yang berada dalam kedai makan tersebut cam
mereka berdua. Mesti ada aje gambar mereka yang terakam nanti oleh paparazi.
Ah, lantaklah dengan dia orang!
Apa yang penting sekarang ni
masing-masing nak menang!
“Aduh, sakitlah mata I kena serbuk
lada hitam ni!” erang Selena. Matanya dipegang. Pedih jugak mata terkena bahang
lada hitam ni.
“Mata I pun.” Jared juga kelihatan
berkelip-kelip matanya dek tak tahan dengan kehebatan lada hitam menyakitkan
sepasang mata. Air mata tak semena-mena mengalir gara-gara lada hitam!
“Achum!”
Bersin.